New Mexico ialah sebuah negeri di bahagian barat daya Amerika Syarikat. Mengikut sejarah, ia telah diduduki oleh Penduduk asal Amerika Syarikat dan pernah menjadi sebahagian kawasan wizurai Sepanyol Baru, sebuah provinsi Mexico serta Negeri Amerika Syarikat.

State of New Mexico
Negeri New Mexico
Bendera New MexicoMohor negeri New Mexico
BenderaMohor
Nama samaran: Land of Enchantment (Tanah Pesona)
Cogan kata: Crescit eundo
Peta Amerika Syarikat dengan nama New Mexico ditonjolkan
Peta Amerika Syarikat dengan nama New Mexico ditonjolkan
Bahasa rasminone
Bahasa pertuturanBahasa Inggeris 82%
Bahasa Sepanyol 29%,
Bahasa Navajo 4%[1][2]
DemonimNew Mexican
Ibu negeriSanta Fe
Bandar raya terbesarAlbuquerque
Kawasan metro terbesarAlbuquerque
Keluasan Kedudukan ke-5
 - Jumlah121,593 batu persegi
(315,194 km²)
 - Lebar342 batu (550 km)
 - Panjang370 batu (595 km)
 - % air0.2
 - Latitud31° 20′ U ke 37° U
 - Longitud103° B ke 109° 3′ B
Penduduk Kedudukan ke-36
 - Jumlah2,009,671 (2009)[3]
 - Kepadatan16.2/batu persegi 
6.27/km² (ke-45)
Ketinggian 
 - Titik tertinggiWheeler Peak[4]
13,161 ft  (4013.3 m)
 - Purata5,692 ft  (1,735 m)
 - Titik terendahRed Bluff Reservoir[5]
2,842 ft  (865 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
6 Januari 1912 (ke-47)
GabenorMichelle Lujan Grisham (D)
Leftenan GabenorHowie Morales (D)
Senator A.S.Martin Heinrich (D)
Ben Ray Luján (D)
Delegasi Dewan A.S.Vacant
Yvette Herrell (R)
Teresa Leger Fernandez (D) (Senarai)
Zon waktuMountain: UTC-7/-6
SingkatanNM US-NM
Tapak webwww.newmexico.gov

Di antara negeri-negeri di Amerika Syarikat, New Mexico mempunyai peratusan orang Amerika-Sepanyol yang tertinggi terdiri dari pendatang baru dan keturunan penjajah Sepanyol). Negeri ini juga mempunyai peratusan orang asli Amerika yang ketiga tertinggi selepas Alaska dan Oklahoma, dengan kebanyakannya suku Navajo dan Pueblo). Kerana ini, demografi dan budaya negeri ini adalah unik dengan pengaruh kebudayaan Sepanyol, Mexico dan India Amerika.

Geografi sunting

Sempadan timur New Mexico terletak pada 103° B bersebelahan Oklahoma, dan 3 batu (5 km) di sebelah barat 103° B bersebelahan Texas. Di sempadan selatan, dua pertiga darinya bersempadan dengan Texas, sementara selebihnya dengan dua buah negeri Mexico iaitu Chihuahua dan Sonora. Sempadan baratnya bersebelahan dengan Arizona yang terletak sepanjang 109° B. Latitud 37° U membentuk sempadan utara dengan Colorado. New Mexico, Colorado, Arizona dan Utah bertemu di Empat Sudut pada sudut barat laut New Mexico.

Muka buminya berbeza-beza dari gurun yang berwarna merah mawar, mesa pecah ke puncak gunung yang dilitupi salji. Walaupun New Mexico dikenali kering, gunung-gunungnya yang dilitupi dengan hutan tebal melitupi sebahagian besar negeri ini terutamanya menghala ke utara. Sebahagian Banjaran Rocky dan Sangre de Cristo (Darah Christ) yang mengunjur utara-selatan, mengapit kedua-dua sisi Rio Grande dari kawasan rumput ternak utara yang berceranggah ke tengah negeri.

Kaktus, pokok yuka, pokok renek kreosot, semak pokok renek, dan rumput gurun melitupi dataran separa kering yang merangkumi bahagian selatan negeri ini.

Kerajaan persekutuan melindungi berjuta-juta ekar New Mexico yang indah sebagai hutan negara:

Tanah-tanah perlindungan yang lain termasuk tugu-tugu peringatan negara seperti berikut:

Pelawat-pelawat juga sering melawati pueblo-pueblo asli New Mexico yang masih wujud. Pelancong-pelancong yang melawat tapak-tapak ini membawa banyak wang ke negeri ini. Kawasan-kawasan menarik dari segi geografi dan berpemandangan indah termasuk Tugu Peringatan Negara Kasha-Katuwe Tent Rocks dan Kawasan Simpanan Negara Valles Caldera. Hutan Gila terletak di barat daya negeri ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "Language Use, English Ability, and Linguistic Isolation for the Population 5 Years and Over by State: 2000" (PDF). United States Census 2000. United States Census Bureau. February 25, 2003. Dicapai pada 2010-03-28.
  2. ^ Shin, Hyon B.; Bruno, Rosalind (October 2003). "Language Use and English-Speaking Ability: 2000" (PDF). Census 2000 Brief. United States Census Bureau. Dicapai pada 2010-03-28.
  3. ^ "Annual Estimates of the Resident Population for the United States, Regions, States, and Puerto Rico: April 1, 2000 to July 1, 2009". United States Census Bureau. Dicapai pada 2010-04-11.
  4. ^ Templat:Cite ngs
  5. ^ "Elevations and Distances in the United States". U.S Geological Survey. April 29, 2005. Dicapai pada 2006-11-06.

Pautan luar sunting