Irma Hasmie

Irma Hasmie Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Irma Hasmie (lahir 8 Januari 1982) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model Malaysia.

Irma Hasmie
Kelahiran
Irma Hasmie binti Ibrahim

(1982-01-08) 8 Januari 1982 (umur 42)
PendidikanDiploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2004–kini
Terkenal keranapembantu pengacara Roda Impian musim ke-11
PasanganRedza Syah Azmeer (k. 2012; c. 2023)
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Bapanya berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala ibunya dari Hulu Selangor. Irma berdarah campuran Pakistan (ayah) dan Cina (ibu).

Anak sulung tiga beradik ini mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kerjaya sunting

Irma pernah memenangi Gadis Jelita 2004 anjuran majalah Jelita. Pertama kali mengenali dunia lakonan apabila membintangi filem Cinta Fotokopi, diikuti Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004. Filem lain ialah Bujang Senang dan Diva. Secara rasmi keluar dari MIG mulai Mac 2007 dan kini mengurus sendiri kerjayanya.

Pernah bergelar pembantu pengacara Roda Impian musim ke-11 bersama pengacaranya, Allahyarham Hani Mohsin. Selain filem, Irma juga bergelar pelakon TV.

Kehidupan peribadi sunting

Pada 29 Jun 2012, Irma Hasmie telah melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pasangannya Redza Syah Azmeer. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.[1]

Beliau sebelum ini pernah digosipkan dengan pelakon Farid Kamil dan pelawak Nabil Ahmad.

dikatakan pada September 2023, Irma Hasmie sah bercerai dengan bekas suaminya iaitu Redza Syah Azmeer.

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
2005GangsterFilem pertama, pelakon tambahan
Cinta FotokopiAmy
Anak Mami KembaliModelPenampilan khas
2006Main-Main CintaNana
Bujang SenangMarliaPenampilan khas
Cicak-ManPembaca BeritaPenampilan kameo
2007Diva
2008SepiRoxy
20102 Hati 1 Jiwa
HooperzEmak Saidatul

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2006Janji DianaMiraTV2
2007–2008MuungIrmoo Hasmoo (suara)Tonton
2008BellaDr. MiaTV3
2009Segalanya Ku TerimaAzlina
2009–2010Aliff FirdausDira
2011Samson & DelailaSally (muda)
Kasih AliaQistina
2012Selamat Pagi Cikgu!Cikgu DianaAstro Tutor TV

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2008Terlerai Takbir KasihTV3
2011Hatiku Di KinabaluLaraAstro Citra

Televisyen sunting

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2006Roda Impian (Musim 11)Pembantu pengacaraAstro Riabersama Hani Mohsin
2014–2022AssalamualaikumPengacaraTV AlHijrah
2024Sepahtu Reunion Al-RayaNadiahAstro WarnaEpisod: "Manisnya Sebuah Kesabaran"

Iklan sunting

Tajuk
Tourism Malaysia (Cuti-Cuti Malaysia)
Fair & Lovely
Yamaha dan Pringle's

Rujukan sunting

Pautan luar sunting