Erma Fatima

Pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip Malaysia

Fatimah Rahmad Ali (lahir 14 Mac 1968), dikenali dengan nama pentasnya, Erma Fatima merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit, dan penulis skrip Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).

Erma Fatima
Kelahiran
Fatimah binti Rahmad Ali

(1968-03-14) 14 Mac 1968 (umur 56)
Nama lainErma Fatima
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, penerbit televisyen, penulis skrip
Tahun aktif1986–kini
PasanganBade Hj. Azmi (k. 1991; c. 2017)
Anak-anak5 anak angkat
1 anak kandung
SaudaraUmie Aida (adik)
Betty Rahmad (adik)

Kehidupan dan kerjaya sunting

Beliau dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad Ali pada 14 Mac 1968 di Kuala Lumpur dan mempunyai adik-beradik seramai enam orang, adiknya Umie Aida juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau mula diperkenalkan menerusi filem Rozana Cinta 87 yang diterbitkan pada tahun 1987. Beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya. Filem pertama arahan beliau ialah Jimi Asmara lakonan Hani Mohsin. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama di samping filem. Antara karya arahan beliau termasuklah Diva Popular, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.

Beliau berkahwin dengan pengarah filem terkenal, Bade Hj. Azmi pada 30 November 1991 dan memiliki lima orang anak angkat. Pada 19 Ogos 2017, pasangan ini bercerai secara rasmi.[1]

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukDikreditkan sebagaiWatakCatatan
PengarahPelakon
1986Hantu Siang AtonFilem lakonan pertama
1987Rozana Cinta 87 Nomi
Puteri
Kepala Angin Ema
1988Dendang Remaja
Anak Sarawak
1989Kolej 56 Zuraidah
Pelumba Malam Tini
Tuah Shahira
1990Hati Bukan Kristal Michelle
Riang Tirana Riang Tirana
1991Bintang Malam Shima / Kartini
1992Syahadat Saleha
XX Ray Makhluk UFOPenampilan khas
1993Pemburu Bayang Faridah
1994Fantasi Nora
Femina Kartina
1995Putera Noraini
Jimi Asmara Filem arahan pertama, juga sebagai penerbit
1998Puteri Impian 2 Pelakon undangan
1999Perempuan Melayu Terakhir Sebagai penerbit
2001Lagi-Lagi Senario Fatima RahmadPenampilan khas
2002Embun
2003Laila Isabella Kak Bell
Janji Diana Anita
2004Buli Pengarah filem Pancutan TerakhirPenampilan khas
Bintang Hati Dirinya sendiri
Cinta Luar Biasa Cik Lulu
2006Castello Ibu AdiPenampilan khas
Diva Popular Juga sebagai penulis
2008Apa Kata Hati? LalaPelakon undangan
2012Azura Yusni
2014Manisnya Cinta Di Cappadoccia Datin NoorPelakon undangan
2016Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!

Drama sunting

TahunTajukDikreditkan sebagaiWatakSaluran TVCatatan
PengarahPenulisPelakon
2000Salam Taj Mahal TV3
1999Romeo & Juliet
2010Janji Kekasih Hajjah Hashimah
2011Tahajjud Cinta Ustazah Hamani
2014–2018Mak Cun Mak Cun
2012Dejavu di Kinabalu
Kau Yang Terindah
2013Sangkar ZainahTV9
2015Ajaibnya Cinta Mak CunTV3
2016Rumi & Jawi Astro Prima
2021Lockdown Astro Ria
Diva Popular Datuk Rona Di Alfonso Di Al BukhariAwesome TV
Diva Popular 2
2022Lockdown 2 Astro Ria
2023FYP: Famili Yang Popular Astro Ceria
Perempuan Itu Ibu KartikaTontonPenampilan khas
2024Terlanjur Cinta Viu
Lelaki Itu Peguam KhairullahTV3Penampilan istimewa

Telefilem sunting

TahunTajukDikreditkan sebagaiWatakSaluran TVCatatan
PengarahPelakon
1990Amira AmiraTV1
Tuhan Sayang Padamu Asmah
1994Pengantin Popular VCD
Ratu Jamu TV3
Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi Farina
1997Jangan TV1
1999Daerah Shafika
2002Tarantula TV3
2011Ohhh Harammm
2014Spain Uoolss Mak Cun
2015Sawadeeka - Mak Cun
2016Mak Cun Pi New York
2017Pesan Dari Tuhan TV2
Asam Pedas Pewitt TV3
Teater Mak Cun - D'Walei Mak Cun
Raya Sakan Mak Cun Rancangan khas
Mak Cun Pi Lombok
2018Mak Cun Pi Amerika Lagi
2020Mak Cun - Anjung Orang KIta
TBAMak Cun Raya KL

Anugerah dan penghargaan sunting

Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Pada tahun 2003, filem arahan beliau, Embun tewas kepada filem arahan suaminya, KL Menjerit dalam kedua-dua anugerah berprestij iaitu anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin masing-masing untuk kategori pengarah terbaik dan filem terbaik.

Festival Filem Malaysia
TahunFilemKategori/AnugerahHasil
1987PuteriPelakon Pembantu Wanita Terbaik FFMMenang
1990Hati Bukan KristalPelakon Wanita Terbaik FFMMenang
1992SyahadatPelakon Wanita Terbaik FFMTercalon
Bintang MalamPelakon Pembantu Wanita Terbaik FFMMenang
1994FeminaPelakon Wanita Terbaik FFMMenang
FantasiPelakon Wanita Terbaik FFMTercalon
Pemburu BayangPelakon Pembantu Wanita Terbaik FFMTercalon
2000Perempuan Melayu TerakhirPengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7Menang
2003EmbunPengarah Terbaik Anugerah SkrinTercalon
Anugerah Skrin
TahunJudulKategori/AnugerahHasilCatatan
1995Ratu JamuPengarah Terbaik Anugerah SkrinMenang
Aku Anak SiapaPengarah Terbaik Anugerah SkrinTercalon
Masih Ada HarapanAktres Terbaik Anugerah SkrinTercalon
2009Tersasar Di JalanmuPengarah Terbaik Anugerah SkrinMenang
Lakon TV Terbaik Anugerah SkrinMenang
2011Airmata Nur SalinaPengarah Terbaik Anugerah SkrinTercalon
Lakon TV Terbaik Anugerah SkrinMenang
2015Sawadeeka Mak CunPersembahan teater
2017Pesan Dari TuhanDrama TerbaikMenang
Anugerah PROFIMA
TahunJudulKategori/AnugerahHasil
2011Tahajjud CintaPengarah Terbaik Anugerah Profima[2]Menang
2016Rumi & Jawi[3]
TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Artis Versatil PopularTercalon

Rujukan sunting

Pautan luar sunting