Intan Najuwa

Pelakon wanita Malaysia

Datin Intan Najuwa Abdul Wahid (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula bergiat di dalam bidang lakonan menerusi wataknya sebagai Abby di dalam drama Hantu Punya Bos dan mula dikenali menerusi wataknya sebagai Hanan Khaira di dalam drama popular Kekasih Paksa Rela. Selain itu, beliau juga dikenali menerusi drama Tuan Danial sebagai Tengku Ismahanim dan drama Setelah Ku Dimiliki sebagai Sarra. Sebelumnya beliau juga merupakan seorang blogger.


Intan Najuwa
Kelahiran
Intan Najuwa binti Abdul Wahid

(1997-08-18) 18 Ogos 1997 (umur 26)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
BAC College (Singapore)
PekerjaanPelakon, model, blogger
Tahun aktif2016–kini
PasanganDato' Ahmad Azraf Azman
(k. 2023)

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada usia 18 tahun setelah diperkenalkan oleh David Teo, penerbit Metrowealth Pictures. Pada tahun 2016, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi watak sebagai Abby dalam drama adaptasi novel karya Dekna Lee, Hantu Punya Bos, bergandingan dengan pelakon Shukri Yahaya.[1] Pada tahun 2017, beliau berlakon dengan pelakon senior Remy Ishak dalam drama Kekasih Paksa Rela, memegang watak sebagai Hanan Khaira.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Intan Najuwa merupakan anak yang kedua daripada 3 orang adik-beradik perempuan kepada pasangan Abdul Wahid Ismail dan Nafizah Mohd Sahid. Kakak sulungnya bernama Intan Najiha dan adik bongsunya bernama Intan Nerina. Kedua-dua ibu bapanya merupakan pesara penjawat awam.

Pada 18 Ogos 2023, beliau sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Yang Hormat Dato’ Ahmad Azraf Azman. Majlis perkahwinan mereka berlangsung di sebuah resort di Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor.[3]

Pasangan ini dinikahkan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) iaitu Dato’ Dr. Nooh Gadut.[4]

Filemografi sunting

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2016Hantu Punya BosAbbyTV3
2017Khabar Dari CasablancaSharinaTV2
Kekasih Paksa RelaHanan KhairaTV3
2018Gantung The SeriesTashaAstro First
Kenyalang I'm In LoveSuteraTV3
2019Suamiku Mr. BlindWaniUnifi TV
Ajak Oh IjalAmaniTV3
Semua SalahkuMira
Tuan DanialTengku Ismahanim
Setelah Ku DimilikiSarra
2020Ironi KasihKasih
Pink SmileRysa
2021Tak Sempurna MencintaimuSiratul
Kisah Rumah TanggaAmeeraAstro RiaEpisod 1-5: "Mencantum Cinta"
Budak InternIzzyTV9
TikamAkmaAstro Ria
Saat Kau Takluk Cinta IniMelissa HairaTV3
2022Bunga HatiDilailaAstro Ria
Jodohku BabysitterAdelia Faranisa
Wanita Milik Tuan PutraBunga ZinnirahTV3
JesnitaJesnitaAstro Prima
2023Pemburu RahsiaAliaTV3
2024Racun RihannaRihanna

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2019Cinta SesungguhnyaFarishaTV3
Mana Ada Hantu Malam RayaSarahTV2
2020Pemuja RahsiaHawaTV3
Nurul NajwaFatinTV1
2022Sempurna MencintaimuSiratulTV3

Anugerah dan pencalonan sunting

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017Artis Baru Wanita PopularTercalon
Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak)Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Tahir Alhamzah (29 Disember 2016). TELLY TALK: The Boss from hell New Straits Times. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  2. ^ Ramlah Zainal (10 Januari 2018). Intan gementar jadi 'isteri' Remy Harian Metro. Dicapai pada 19 Ogos 2018.
  3. ^ Izz Laily Hussein (18 Ogos 2023). "Intan Najuwa dan Ahmad Azraf kini suami isteri". Berita Harian. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
  4. ^ NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI (18 Ogos 2023). "Intan Najuwa kini isteri Dato'". Kosmo. Dicapai pada 18 Ogos 2023.

Pautan luar sunting