Fimie Don

Pelakon lelaki Malaysia

Shafimie Saedon, atau lebih dikenali sebagai Fimie Don (lahir 13 Februari 1998) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Fimie mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak kecil lagi iaitu ketika beliau berusia lima tahun dan [1] beliau juga ialah sepupu kepada pelakon Nik Adruce.[2]

Fimie Don
Kelahiran
Shafimie bin Saedon

(1998-02-13) 13 Februari 1998 (umur 26)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2003–kini
Ketinggian168 cm (5 ka 6 in)
Saudara
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
The BeeSings, Raja Syahiran

Kerjaya

Fimie merupakan pelakon utama siri Hikayat Putera Shazlan [3] dan Bong. Beliau turut terlibat dalam program ‘Nasi Lemak Kopi O’. Beliau mula menceburi industri lakonan menerusi drama yang disiarkan di RTM dan telah melakonkan lebih 30 buah drama, tiga buah filem dan 50 buah iklan seperti drama ‘Kudrat’, ‘Ramadan ke-30’, ‘Mencari Sinar Lailatulqadar’, ‘Malam Tujuh Likur’, filem ‘Magika’, ‘Aman’ dan ‘Seram’. Lain-lain program yang disertainya ialah 'Ketupat Rendang Kopi O' yang disiarkan di TV9, 'Kuih Goyang Seha' (TV3), 'Rumah Kembar 4' (RTM) dan 'Gabra' (RTM). Telemovie Kasut mengakhiri slot akhir tahun 2010 pada 25 haribulan 12. Drama Seram (asrama) arahan Nizam Zakaria dan 7 lagu arahan Kabir Bhatia telah mendapat tempat di Astro Ria dan Astro Citra. Drama lakonan Fimie Don seterusnya yang menyusul di TV9 ialah Sekilas Kalbu arahan Jamal Khan bersama Zeel Production yang mana Zeel juga merupakan penerbit bagi Kem Pink. Astro Warna pula telah menayangkan drama komedi bertajuk "Ayahku Anakku" arahan Mat London. Fimie Don telah melakonkan iklan pertamanya untuk JPJ bertajuk ‘Tengok Kiri, Tengok Kanan’ ketika berusia 9 tahun dan muncul dalam beberapa iklan seperti Roti Tiger, KFC 35 tahun, Pizza, Solivite serta menjadi duta pakaian Hari-Hari.

Pelakon watak utama dalam filem Sereem arahan Bob Singah pada tahun 2008. Akan tetapi, hingga kini filem tersebut masih tidak dapat ditayangkan. Beliau kini diberi peluang lagi oleh KRU dalam filem keluaran arahan Edry Abdul Halim bertajuk Magika dengan diberi watak utama bersama Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M. Nasir serta pelakon lain. Dengan bakat yang dimiliki beliau, beliau diberi lagi kepercayaan oleh Pengarah terkenal Prof. Dr. Hatta Azad Khan untuk membawa watak utama dalam filem Senario Asam Garam terbitan MIG. Kemudian dalam pencarian watak utama kanak-kanak dalam filem CE1 terbitan Hes Communication, Fimie Don telah ditawarkan watak tersebut dan pada tahun 2011 telah dijemput sekali lagi oleh MIG bawah arahan Ahmad Idham untuk filem aksi terbaik untuk 2012 bertajuk 8 Jam dengan membawa watak Shaheizy Sam semasa kecil yang bernama Alang. Pada tahun yang sama juga, Fimie Don sekali lagi ditawarkan watak Shaheizy Sam semasa kecil untuk filem S.A.M arahan pengarah termuda Syafiq Yusof anak kepada Dato Yusof Haslam. Filem 8 Jam berada di pawagam pada 5 Julai 2012 manakala S.A.M pada Hari Raya pertama 2012. [4]

Drama Bong terbitan Ace Mation telah memberi peluang kepada Abang Fimie Don memulakan episodnya untuk pertama kalinya di TV9 di samping beliau mendapat tawaran daripada Filem Scape untuk terlibat dalam Astro Ceria sebagai watak utama dalam drama Hikayat Putera Shazlan yang mengisahkan Shazlan bersama buku istimewanya yang telah menaikkan nama dan memperkenalkan beliau kepada ramai pengarah dan penerbit. Beliau sekali lagi mendapat tawaran daripada Global Station membawa watak utama dalam drama bertajuk Surat untuk Amin yang bersiaran di TV9. Beliau semakin mendapat tawaran-tawaran bagi drama, iklan, filem dan program secara langsung di TV9 iaitu Nasi Lemak Kopi O sebagai pengacara bersama setiap hari Sabtu dari pukul 8 sehingga 10 pagi. Beliau juga merupakan pengacara Berita Adik di TV9. [5] Kini, Fimie Don telah menamatkan program Nasi Lemak Kopi O dan Berita Adik untuk memberi laluan sepenuhnya bagi pengacaraan terbaharu di RTM2 untuk Kids On 2 yang disiarkan setiap hari Jumaat dari jam 7 sehingga 11 pagi.

Daripada seorang model iklan, beliau mula terjebak dalam persenian sejak usia 9 dan menjadi pelakon ketika berusia 8 tahun. Kemudian, beliau melangkah pula menjadi seorang pengacara pada usia 13 tahun dan kini melangkah setapak lagi menjadi seorang penyanyi dan memiliki single dengan dua lagu pada usia 14 tahun dan pada usia 15 tahun, telah memiliki single ke-2 bertajuk "Bila Ku Di Mercu". Lagu "Untuk Mama & Papa" telah pun berkumandang di semua corong radio-radio dan televisyen. Lagu tersebut telah menjadi lagu tema bagi Hari Ibu 1 Malaysia yang telah dipersembahkan di hadapan Dato' Shahrizat. Tambahan lagi, lagu "Untuk Mama & Papa" telah berjaya memasuki Muzik-Muzik. Fimie diberi kepercayaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadi pengacara bersama untuk menjayakan program "Pelancaran Pencarian Duta Kecil Kuala Lumpur 2010" dan telah melaksanakan tugasnya di hadapan Tun Sri Siti Hasmah Mohd Ali, Yg Bhg Datuk Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Lagu Mama & Papa dipilih untuk menjadi lagu tema dalam drama Cucu Seorang Primadona siaran RTM, [6] manakala single keduanya pula dipilih untuk menjadi lagu tema dalam drama Kelab WOW di TV9. Fimie Don juga menggunakan suaranya sendiri untuk OST filem Magika bersama KRU dan menjadi suara latar untuk lagu "Bangun Semula" nyanyian Alif AF8 yang juga hasil penggubah Edry Abdul Halim daripada KRU. Selain itu, Fimie juga pernah menjadi ahli kumpulan The BeeSings bersama Azzam Shah, Didi Astillah & Haqiem Rusli. [7]

Pada tahun 2010, Fimie mengurangkan semua pengambaraan kerana memberi laluan kepada pelajarannya bagi menduduki peperiksaan UPSR. [8] Fimie telah berada di carta tempat pertama sebagai kanak-kanak berbakat dalam Hip TV di TV9 pada 2010 dan Fimie telah terpilih menjadi pelakon remaja terbaik pada tahun 2010 dalam filem Magika, manakala Filem Magika muncul sebagai filem terbaik bagi Festival Festa Filem Malaysia ke-23. Pada tahun 2011, Fimie Don juga tercalon dalam senarai Top 5 Anugerah Sri Angkasa untuk drama Surat Dari Amin terbitan Global Station ditayangkan di TV9 yang telah dipertandingkan pada 18 dan 19 Februari 2011 di PWTC.

Fimie telah selesai berlakon untuk filem 8 Jam dengan membawa watak Shaheizy Sam sewaktu kecil yang diarah oleh pengarah terkenal iaitu Ahmad Idham. Seterusnya, Fimie telah membintangi filem berjudul Butak yang diarahkan oleh Sabri Yunus. [9]

Filemografi

Filem

TahunTajukWatakCatatan
2006CintaMuridFilem pertama
2010Senario Asam GaramAmin
MagikaMalik
20128 JamAlang (kecil)
SAM: Saya Amat MencintaimuSam (kecil)
2014BalistikSaga budak
Gila BabyBoh
2018Gol & Gincu Vol. 2FakhrulPenampilan khas
2020ButakPanjang
2023The Lord Musang KingFiezol

Drama

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2006Hikayat Putera ShazlanShazlanAstro CeriaDrama pertama
2008BongAimanTV9
2010Kem PinkAnyaTV3
2011JuvanaKedah
2015WadiAzim
2016Mr. Donat KaramelKamil
2017Oh My English! Level UpRonaldoAstro TVIQ
2018Matahari Cerah LagiWan IrsyadTV Okey
2019Rumah Siti KhadijahAminTV3Episod: "Ragut"
2020Titian TakdirAyoi
Bidadari SaljuNaufal
2021One Two Hantu 2Awesome TV
Cik Ayu Mee SanggulJoe Al-JufryAstro Ria
Keringat FirdausiRyanTV1
Ali AliaAliAstro Prima
Malaysian Ghost StoriesIzzatAstro RiaEpisod “Rumah Sewa RM100”
IsraqiEpisod: “Jenglot”
Keluarga Untuk DisewaFikri / HishamTV9
Diari Seorang SuamiJenalTV3
2022NurlailaSamTV1
Melur Untuk FirdausHarris DanielTV3
Histeria The SeriesKhairulAstro Citra
Kau vs AkuLuqmanSooka
2023Nenek Bongkok TigaMiorViu
Melur Untuk Firdaus 2Harris DanielTV3
From Saga With LoveBobViu
2023–2024The CadetsHakimAstro Ceria

Telefilem

TahunTajukWatakSaluran TV
2011Kain Pelikat AcatAcatTV9
20127 LaguFarhan (kecil)Astro Citra
2014AcuHaikalTV3
2016Dodol Dodol CintaAmirTV2
2017Imamkan AkuAfiq HaiqalTV9
2020Rindu Tanpa BatasSyafamiTV1
2021RujukAmirulTV2
2022Kerana Aku Seorang IbuEzraTV1
AlongTV Okey

Televisyen

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2006–2011Berita AdikPengacaraTV9mengacara bersama Diyana & Afieq

Diskografi

Single

TahunTajukAlbumCatatan
2010"Mama & Papa"Singlelagu tema drama Cucu Seorang Primadona
2011"Bila Ku Di Mercu"
2012"Pentas Dunia"The BeeSingskumpulan The BeeSings
"Luar Biasa"
2019"Jangan Panggil"Singlebersama Raja Syahiran
2021"Dijaja"bersama Cat Farish, Shiha Zikir, Pekin Ibrahim, lagu tema drama Keluarga Untuk Disewa
2023"Sambut"bersama Faizal Tahir
"Koyak"

Anugerah dan pencalonan

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2010Festival Filem Malaysia ke-23Pelakon Remaja TerbaikFimie Don (Magika)Menang
2011Anugerah Seri Angkasa 2010Top 5 Anugerah Sri AngkasaFimie DonTercalon

Rujukan

  1. ^ Kekesalan Fimie Don... harian metro.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (17 Jun 2012). "Saya tak macam dulu - Fimie Don". Utusan Malaysia. Foto oleh Noradzrene Mohd Nor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-31. Dicapai pada 31 Julai 2017 – melalui Utusan Online.
  3. ^ Fimie Don pernah berhasrat tinggalkan dunia lakonan. sinar harian.
  4. ^ Filem 'SAM' Beri Tekanan Kepada Syafiq Yusof. mstar.
  5. ^ Dayana, Fimie dan Afiq Pengacara BERITA ADIK di TV9. budiey.com
  6. ^ Pengajaran Dalam Drama Cucu Seorang Primadona. mstar
  7. ^ Gambar Kumpulan BeeSings di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 27. budiey.com.
  8. ^ Fimie Don Sasar 5A Dalam UPSR. mstar.
  9. ^ Putera Shazlan' tak malu. berita harian.

Pautan luar