Syafiq Yusof

Pelakon dan pengarah filem Malaysia

Mohd Syafiq bin Mohd Yusof (lahir 7 Disember 1992) ialah seorang pelakon, pengarah filem dan penulis skrip Malaysia dan merupakan anak kepada Datuk Dr. Yusof Haslam dan adik kepada Syamsul Yusof. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan filem pendek dan seterusnya mengarahkan filem sulungnya, SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) yang melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Termuda oleh The Malaysia Book of Records.

Syafiq Yusof
Syafiq pada 2012.
Kelahiran
Mohd Syafiq bin Mohd Yusof

(1992-12-07) 7 Disember 1992 (umur 31)
Pusat pendidikanKolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)
PekerjaanPelakon, pengarah filem, penulis skrip
Tahun aktif2008–kini
PasanganAisyeah Zainal (k. 2014)
Anak-anak3
IbuDatin Fatimah Ismail
BapaDatuk Dr. Yusof Haslam
Saudara

Beliau juga mengarahkan siri TV Gerak Khas dan Evolusi KL Drift: The Series. Syafiq juga terkenal dengan beberapa filem arahannya yang diiktiraf secara kritis termasuk Abang Long Fadil (2014), Villa Nabila (2015) dan Desolasi (2016). Pada tahun 2017, untuk hasil kerjanya dalam Desolasi, beliau memenangi Anugerah PROFIMA 2017 bagi Pengarah Terbaik.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik dalam keluarganya. Berasal dari keluarga berdarah seni, Syafiq mewarisi bakat seni daripada bapanya, Dato' Yusof Haslam, abangnya ialah pelakon dan pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof, abang tirinya ialah Faizal Yusof, manakala kakaknya ialah Syamin. Sepupunya ialah dramatis Sabrina Ali dan Rizal Ashreff serta pelakon sinetron Indonesia iaitu Miller Khan dan Aliff Alli. Syafiq merupakan graduan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC).[1]

Kerjaya sunting

2008–2013: Penglibatan awal sunting

Syafiq (kanan), bersama bapanya, Datuk Yusof Haslam (tengah) dan abangnya, Syamsul (kiri).

Sebelum menduduki kerusi pengarah, Syafiq Yusof terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan dengan melakonkan watak pembantu dalam beberapa episod dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran Gerak Khas, sejak dari itu, beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama untuk beberapa episod bersama abang tirinya, Faizal Yusof dan juga mengarahkan beberapa episod Roda-Roda Kuala Lumpur yang mana beliau turut berlakon. Beliau menduduki kerusi pengarah dengan menghasilkan beberapa filem pendek termasuk Abangku Gengster (2010) dan Along (2011).

Pada tahun 2012, filem pertama arahan beliau, SAM: Saya Amat Mencintaimu yang bergenre romantik psiko thriler, ditayangkan pada 19 Ogos sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan abangnya Syamsul.[2][3] Percubaan sulung beliau dalam pengarahan filem cetera melayakkan Syafiq memenangi Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 dan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pengarah Paling Termuda.[4]

Pada tahun yang sama, beliau bersama sepupunya yang juga pelakon, Rizal Ashreff mengarahkan bersama siri drama 26 episod, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift yang mendapat sambutan dari penonton.[5] Syafiq sendiri turut berlakon dalam drama ini, yang mana beliau memegang watak sebagai Daniel, adik kepada Zack lakonan abangnya, Syamsul dalam dua filem asal.[6]

Pada 11 Januari 2013, Syafiq bersama dua rakan niaganya menubuhkan Viper Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan filem, kesan visual, pasca-penerbitan dan animasi, yang mana beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.[7]

2014–kini: Kejayaan arus perdana sunting

Syafiq di majlis tayangan perdana filem arahannya, Abang Long Fadil.

Filem kedua arahannya, Abang Long Fadil ditayangkan pada 29 Mei 2014, merupakan terbitan turunan dari filem KL Gangster dibintangi oleh Zizan Razak, dan Kamal Adli.[8] Pada tahun berikutnya, beliau mengarahkan filem ketiganya, filem pertama arahannya bagi genre seram - Villa Nabila[9] yang diinspirasikan dari kisah benar misteri banglo Villa Nabila,[9] dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir,[9] filem ini ditayangkan pada 15 Januari 2015.[9] Pada November 2015, Syafiq tampil dengan mengarahkan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh[10] yang menggandingkan pelakon yang mula mencipta nama Fattah Amin dan Chacha Maembong, bersama A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.[10] Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[10][11]

Beliau bersama Pekin Ibrahim mengarahkan filem drama aksi pengembaraan Mat Moto yang mana beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama.[12] Menurutnya, beliau ditawarkan menjadi pengarah bersama filem itu kerana idea yang diutarakan oleh Pekin.[13] Ditayangkan pada 14 Januari 2016, ia mengisahkan tentang seorang 'mat moto' yang bernama Al (Pekin) mengembara di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan empat topi keledar bagi memenuhi hajat sahabat karibnya. Ia dibintangi oleh Pekin dan pendatang baru dalam bidang lakonan, Falisha Crossley yang memegang watak Sikha. Beliau kembali dengan filem keempat arahannya, Desolasi yang ditayangkan pada 8 Disember 2016,[14] dibintangi oleh abangnya, Syamsul Yusof dan Bella Dally,[14] yang menuntut Syafiq untuk "mengosongkan" beberapa kawasan sibuk di Kuala Lumpur menggunakan teknik kesan khas.[15][16][17] Untuk filem ini, beliau mengetengahkan penyakit Anton-Babinski (sejenis simptom ganjil kerosakan otak yang berlaku di lobus oksipital) sebagai subjek di dalam jalan cerita.[18][19][20]

Filem keenam arahan beliau, Abang Long Fadil 2 ditayangkan pada 24 Ogos 2017,[21] dengan mengekalkan Zizan Razak dengan penambahan pelakon baru termasuk Wak Doyok, Shuib Sepahtu, Achey Bocey dan Tania Hudson. Dengan belanjawan yang dianggarkan RM 3.2 juta, filem ini menjadi kejayaan komersial, dengan mendapat kutipan paling tertinggi sebanyak RM 18.15 juta, mengatasi filem Munafik arahan abangnya, yang mencecah RM 17.04 juta.[22] Syafiq dilaporkan berkata mahu menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah francais.[23][24][25]

Pada Disember 2017, Syafiq dilaporkan akan mengarahkan drama KL Gangster: Underworld, siri TV terbitan turunan dari siri filem KL Gangster yang diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix dan turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak.[26][27] Filem ketujuh arahan beliau, KL Special Force, yang dibintangi oleh abangnya Syamsul, Rosyam Nor dan Fattah Amin ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2018[28][29] dan mencipta rekod baharu industri perfileman negara dengan meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM12.1 juta dan menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem.[30][31]

Selain itu, filem Abang Long Fadil 3 arahannya dalam perancangan.[32] Syafiq bersama Faisal mengarahkan drama aksi jenayah 6 episod, KL Gangster: Underworld, siri TV terbitan turunan daripada siri filem KL Gangster, memulakan tayangan perdana di iflix bermula 16 Ogos 2018. Barisan pelakon terdiri daripada Beto Kusyairy, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah, Dynas dan ramai lagi.[33][34]

Filem kelapan arahan beliau, Misteri Dilaila yang bergenre seram thriler menjalani penggambaran pada 26 Mac 2018 di Bukit Fraser, Pahang. Dikeluarkan pada 21 Februari 2019, filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor dan Sasqia Dahuri.[35] Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Jefri dan Dilaila yang bercuti di sebuah rumah banglo di Bukit Fraser milik arwah bapa Dilaila, namun percutian tersebut bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya yang hilang.[36] Ia menjadi kejayaan komersial sekaligus muncul sebagai filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.

Ia telah diumumkan pada September 2019 yang beliau akan mengarahkan siri ketiga filem Polis EVO dengan Shaheizy Sam dan Zizan Razak menjayakan kembali watak mereka.[37]

Filem ke-9 arahannya, Penunggang Agama ditayangkan pada 25 Mac 2021, dibintangi oleh Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Jalaluddin Hassan dan Salina Saibi. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan RM2 juta.

Tema sunting

Dalam satu temu ramah bersama Kosmo!, Syafiq mendedahkan filem bergenre ngeri dan saspens lebih dekat dengan jiwanya sebagai pembikin filem dan cuba ingin mengelakkan filem aksi yang cukup sinonim dengan abangnya, Syamsul.[3] Beliau turut mengakui kurang berminat berlakon di bawah arahan sendiri berbanding bapa dan abangnya.[3]

Portal berita Sinar Harian menyatakan bahawa karya filem garapan Syafiq masih "berbaur nafas ketimuran" biarpun dihidangkan dengan teknologi hebat yang bergerak seiring dengan kehendak penonton.[38] Syafiq sendiri mengakui beliau bukanlah seorang pengarah yang menghasilkan sebuah filem "syok sendiri",[38] namun lebih suka bereksperimentasi dari segi teknikal dan menguji kreativitinya melalui gerak kerja kamera.[39]

Kehidupan peribadi sunting

Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur pada jam 9.50 pagi. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012.[40][41] Pada Januari 2016, Syafiq dan isteri, Aisyeah telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, iaitu anak perempuan sulung mereka yang diberi nama Nuur Jannah kira-kira jam 1:56 petang, pada Jumaat sempena Tahun Baru 2016.[42][43][44]

Pada Julai 2016, Syafiq dimasukkan ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas mengadu sakit perut dan disahkan menghidap apendiks. Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar daripada hospital lebih awal dan bertahan dengan pengambilan ubat buat sementara waktu, namun menangguhkan pembedahan penyakitnya demi kerja.[45][46]

Pada 4 Februari 2018, Syafiq dan Aisyeah menimang cahaya mata perempuan kedua, Nuur Nusaybah dengan berat 3.6 kilogram.[47][48] Menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagramnya, ia dinamakan sempena seorang pejuang Muslimah Islam pertama.[49][50][51]

Cabang lain sunting

Dengan kejayaannya dalam bidang lakonan dan perfileman, Syafiq menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau memasarkan produk minyak argan yang diberi nama Luxone Argan Oil yang dirumus khas untuk penjagaan kulit, rambut dan kuku dengan 100 peratus asli dari Argania Spinosa organik, iaitu sejenis pati minyak dari Maghribi. Menurut Syafiq, beliau tertarik untuk memasarkan produk Luxone ini di pasaran Malaysia kerana keberkesanan yang ditunjukkan kerana isterinya menggunakan produk tersebut. Pelakon senior Dato' Rosyam Nor telah dilantik sebagai duta bagi produk ini.[52][53] Syafiq juga menjadikan usahawan terkenal Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya dalam bidang perniagaan.[54][55]

Kolaborasi sunting

Syafiq mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Syamsul Yusof ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam lima filem. Sementara Zizan Razak, Siraj Alsagoff dan Zul Ariffin muncul dalam empat filem.

PelakonSAM: Saya Amat Mencintaimu (2012)Abang Long Fadil (2014)Villa Nabila (2015)Desolasi (2016)Abang Long Fadil 2 (2017)KL Special Force (2018)Misteri Dilaila (2019)Penunggang Agama (2021)Penunggang Agama 2 (2021)Abang Long Fadil 3 (2022)Polis EVO 3 (2023)Sheriff: Narko Integriti (2024)Telekinesis (2024)Game Of Life (2025)Jumlah
Shaheizy Sam N N2
Lisa Surihani N1
Syamsul Yusof N N N N N5
Azad Jasmin N1
Neelofa N1
Harun Salim Bachik N N2
Joey Daud N N2
Fimie Don N1
Zizan Razak N N N N4
Kamal Adli N1
Shiqin Kamal N1
Tauke Jambu N1
Yassin Yahya N1
Ruzaidi Abdul Rahman N1
A. Galak N N2
Pablo Amirul N1
Aman Graseka N N2
Ruzzlan Abdullah Shah N N2
Aaron Aziz N N2
Soffi Jikan N1
Mak Jah N1
Pekin Ibrahim N N2
Tisha Shamsir N1
Bella Dally N1
Jalaluddin Hassan N N2
Aida Khalida N1
Razib Salimin N N N3
C. Kumaresan N1
Siraj Alsagoff N N N N4
AC Mizal N N2
Tania Hudson N N N3
Wak Doyok N N2
Achey Bocey N1
Shuib Sepahtu N N2
Mas Khan N N2
Delimawati N1
Yusof Haslam N N2
Rosyam Nor N N2
Fattah Amin N N2
Sabrina Ali N N2
Mustaqim Bahadon N1
Josiah Hogan N1
Ramona Zamzam N1
Esma Daniel N N2
Puteri Balqis N1
Shaharuddin Thamby N N2
Mahmud Ali Bashah N1
Wan Raja N1
Liza Abdullah N1
Roslan Saleh N1
Zul Ariffin N N N N4
Elizabeth Tan N N N3
Sasqia Dahuri N1
Nam Ron N1
Kenji Sawahi N1
Nafiez Zaidi N1
Azira Shafinaz N N N3
Johan As'ari N N2
Salina Saibi N N2
Nasir Bilal Khan N N2
Tony Eusoff N1
Rahim Razali N1
Anna Jobling N1
Johan Raja Lawak N1
Maya Karin N1
Ozlynn Waty N1
Kazar Saisi N1
Khir Rahman N1
Jay Iswazir N1
Daniella Sya N1
Hairul Azreen N1
Sharnaaz Ahmad N1
Nora Danish N1
Syafiq Kyle N N2
Farali Khan N1
Douglas Lim N1
Fauzi Nawawi N1
Fezrul Khan N1
Eyka Farhana N1
Fadilah Mansor N1
Kodi Rasheed N1
Hazama Azmi N1
Azri Iskandar N1
Hasnul Rahmat N N2
Beto Kusyairy N1
Yusuf Bahrin N1
Hun Haqeem N1
Ikmal Amry N1
Jaa Suzuran N1
Hafeez Mikail N1
Jihaa Sham N1

Filemografi sunting

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem sunting

TahunTajukDikreditkan sebagaiCatatan
PengarahPenulisPenerbit
2010Abangku Gengster Filem pendek
Hantu Takde Kepala
Abangku Gengster II
Lorong Filem pendek; juga sebagai penyunting dan pengarah fotografi
2011Along Filem pendek
2012SAM: Saya Amat Mencintaimu Filem arahan pertama dan juga sebagai penyunting
2014Abang Long Fadil Juga sebagai penyunting
2015Villa Nabila
2016Mat Moto Beliau mengarahkannya bersama Pekin Ibrahim
Desolasi Juga sebagai penyunting
2017Abang Long Fadil 2 Juga sebagai penyunting
2018KL Special Force Juga sebagai penyunting
2019Misteri Dilaila Juga sebagai penyunting
Rise to Power: KLGU Beliau mengarahkannya bersama Faisal Ishak
2021Penunggang Agama
Penunggang Agama 2
2022Abang Long Fadil 3
2023Polis EVO 3
Budak Flat Juga sebagai pengarah penyelarasan
2024Sheriff: Narko Integriti
Telekinesis Pos-produksi
2025Game Of Life Pra-produksi
TBASekolahaha Pos-produksi

Drama sunting

TahunTajukDikreditkan sebagaiCatatanSaluran TV
PengarahPenerbit
2008–2013Roda-Roda Kuala Lumpur Syafiq, sebagai pelakonTV2
2009–2011, 2014–2021Gerak Khas Sebagai pelakon dan penerbit bersamaTV2, TV3
2012–2013Evolusi KL Drift: The Series Daniel, juga sebagai pengarah bersama dan serta pelakonTV2
2015–2016Cinta Dari Marikh Adam, sebagai pelakon
2018KL Gangster: Underworld Iflix
2020KL Gangster: Underworld 2 WeTV
2021–2022Gerak Khas Undercover Sebagai pengarah dan penerbit bersamaTV3
2023Special Force: Anarchy Disney+ Hotstar

Muzik video sunting

TahunTajukPenyanyiPengarah
2012"Nyawaku"DJ Dave
"Sempurnakan Aku"Anuar Zain
"Ajari Aku"
2013"Jalan Bersimpang"Filsuf dan Sleeq
2014"Cobaan"Zizan Razak
2015"Cinta Untuk Nabila"CD Naz Silkhannaz & The Jawi
2016"Kalah Dalam Menang"Syamsul Yusof dan Mawi
"Bukan Propaganda"

Anugerah dan pencalonan sunting

TahunAnugerahPenerimaKarya tercalonKategoriKeputusanRujukan
2013Festival Filem Malaysia ke-25
Syafiq YusofSAMPengarah TerbaikTercalon[4]
Penyunting TerbaikTercalon
Pengarah HarapanMenang
2017Anugerah PROFIMA 2017DesolasiPengarah TerbaikMenang[56]
Festival Filem Malaysia ke-29Abang Long Fadil 2Filem Box OfficeMenang
2018Anugerah Skrin 2018Pengarah Terbaik FilemTercalon
KL Special ForceTercalon
Abang Long Fadil 2Lakon Layar Terbaik FilemTercalon
KL Special ForceTercalon
2022Festival Filem Malaysia ke-32Abang Long Fadil 3Pengarah TerbaikTercalon

Rujukan sunting

Pautan luar sunting