Raja Syahiran

Yang Mulia Raja Syahiran Bin Raja Azhanrianshah (lahir 22 Julai 1994) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia dan merupakan suami kepada Uyaina Arshad.

Raja Syahiran
Kelahiran
Raja Syahiran bin Raja Azhanrianshah

(1994-07-22) 22 Julai 1994 (umur 29)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perniagaan
Pusat pendidikanManagement & Science University (MSU)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2012–kini
PasanganUyaina Arshad (k. 2021)
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Pada usia 18 tahun, Raja Syahiran mula mendapat perhatian dalam industri seni apabila beliau memenangi pertandingan Pencarian Bakat JoHaRa anjuran stesen radio ERA fm pada 2012.[1]

Sebagai penyanyi, beliau pernah merakamkan beberapa single, antaranya ialah "Biarkan Aku", "If I Could Go Back", "It's A Trap" dan sebuah lagu duet bersama Fimie Don, "Jangan Panggil".[1][2]

Sebagai pelakon, Raja Syahiran pernah berlakon dalam telefilem Hey Orang Kita (2016) arahan Zara Khan yang berkisarkan tentang jerih perih empat anak muda mengharungi liku kehidupan di ibu kota. Ia turut dibintangi oleh Christia Palencia, Talitha Tan dan Takahara Suiko.[1]

Pada tahun 2020, beliau menjadi salah seorang peserta rancangan realiti Dansa Dan Sing.

Kehidupan peribadi sunting

Raja Syahiran dilahirkan dan dibesarkan di Subang Jaya, Selangor. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan di Management & Science University (MSU).[1]

Beliau berkahwin dengan pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad dengan sekali lafaz pada 20 Disember 2021.[3][4] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Urhan yang dilahirkan pada 8 September 2022.[5]

Diskografi sunting

Single
TajukTahun
"Biarkan Aku"2015
"If I Could Go Back"2017
"It's A Trap"2018
"Jangan Panggil" (duet bersama Fimie Don)2019
"Hingga Akhir Waktu"2021

Filemografi sunting

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2017Pinggan Tak Retak, Nasi Tak DinginTV3Drama pertama
2022Kau Cipta KasihFaisal

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2016Hey Orang KitaAstro First Eksklusif
2020Ada Yang NgikutBakhtiarAstro Citra
Bercinta Dengan JinIzwan
202144 Hari Bangkitnya Pocong

Televisyen sunting

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2020Dansa Dan SingPesertaAstro Ria
2022Romantika RayaDirinya sendiribersama suaminya
2023Family Feud Malaysiabersama suami dan keluarganya (Episod 1)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Ahmad Shah (13 Mei 2016). "Raja Syahiran Mahu Fokus Dalam Bidang Lakonan". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  2. ^ "Raja Syahiran Terkejut Lagu It's A Trap Tembus Pasaran Antarabangsa". XTRA. 18 Disember 2018. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  3. ^ Siti Athirah Dzulkifly (21 Disember 2021). "Uyaina Arshad dan Raja Syahiran selamat bergelar suami isteri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  4. ^ Fatin Farhana Ariffin (21 Disember 2021). "Raja Syahiran, Uyaina sah suami isteri". Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.
  5. ^ Nur Emira Saizali (9 September 2022). "Uyaina Arshad selamat lahirkan bayi lelaki". Kosmo!. Dicapai pada 12 September 2022.

Pautan luar sunting