Kedah

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu

Kedah (Sebutan bahasa Melayu: [kəˈdɑh]),[3] atau rasminya dikenali Kedah Darul Aman (Jawi: قدح دار الأ) merupakan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 dan ia terdiri daripada tanah besar dan pulau-pulau Langkawi. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi, sesuatu yang membuatnya terkenal sebagai "jelapang padi Malaysia", manakala Langkawi adalah sebuah kepulauan yang kebanyakannya adalah pulau-pulau yang tidak berpenghuni. Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Wilayah Songkhla dan Yala di Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya. Pada 2020, jumlah penduduk negeri adalah 2,131,427, menjadikannya negeri yang ke-6 paling ramai penduduk di Persekutuan.

Kedah
قدح
Kedah Darul Aman
قدح دار الأمان
Transkripsi Lain
 • Jawiقدح
 • Cina吉打
 • Tamilகடாரம்
Keṭā (Transliteration)
Nama panggilan: Negeri Jelapang Padi
Cogan kata: "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua"
Lagu: Allah Selamatkan Sultan Mahkota
( الله سلامتکن سلطان مهكوتا)
   Kedah di    Malaysia
Koordinat: 6°07′42″N 100°21′46″E / 6.12833°N 100.36278°E / 6.12833; 100.36278Koordinat: 6°07′42″N 100°21′46″E / 6.12833°N 100.36278°E / 6.12833; 100.36278
Ibu negeriAlor Setar
Bandar dirajaAnak Bukit
Pentadbiran
 • JenisParlimen Raja berperlembagaan
 • SultanSultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
 • Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor (PN-PAS)
Keluasan
 • Jumlah9,425 km2 (3,639 batu persegi)
Aras tertinggi1,862 m (6,109 ft)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah2,131,427
 • Kepadatan230/km2 (590/batu persegi)
Indeks Pembangunan Manusia
)
 • IPM (2019)0.808 (sangat tinggi) (ke-8)
Poskod
05xxx sehingga 09xxx
Kod panggilan04
08 (Kulim dan Langkawi )
Kod ISO 3166MY-02
Pendaftaran kenderaanK (Tanah Besar Kedah)
KV (Pulau Langkawi)
Penjajahan British1909
Pendudukan Jepun1942
Persekutuan Tanah Melayu1948
Merdeka sebagai ahli Persekutuan Tanah Melayu31 Ogos 1957
Laman sesawangkedah.gov.my
Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang.

Kedah sebelum ini dikenali sebagai Kadaram (Tamil: கடாரம்; Kaṭāram) oleh orang Tamil purba dan zaman pertengahan, Kataha atau Kalahbar (Bahasa Arab: قتح; qataḥa atau Arab: قلحبر; qalaḥbar) oleh orang Arab, dan Syburi (Thailand: ไรรร; Buri) oleh orang Siam ketika berada di bawah pengaruh mereka.[4][5]

Bukti arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang mendedahkan bahawa sebuah kerajaan Animisme memerintah Kedah purba seawal 788 SM. Penemuan jeti terus, besi peleburan tapak, dan tugu-tugu batu bata tanah liat sejak 110 Masihi menunjukkan bahawa laluan perdagangan maritim yang telah ditubuhkan sejak zaman itu. Penemuan Tamadun Awal Sungai Batu di Lembah Bujang juga menjadikan Kedah sebagai tamadun purba yang tertua di Asia Tenggara.

Ibu negerinya ialah Alor Setar dan kota diraja adalah di Anak Bukit. Pekan utama lain termasuk Sungai Petani (kawasan bandar terbesarnya mengikut populasi), dan Kulim di tanah besar, dan Kuah di Langkawi.

Etimologi dan sejarah ايتيمولوڬي دان سجاره sunting

Dalam kesusasteraan timur tengah, Kedah purba telah dirujuk sebagai "Qilah" oleh Ibn Khordadbeh dalam Kitab al Masālik w'al Mamālik, "Kalah-bar" oleh Soleiman Siraf & Abu Zaid al Hassan di Silsilat al-Tawarikh (bergerak di Asia), dan "Kalah" oleh Abu-Dulaf Misa'r Ibnu Muhalhil di Al-Risalah al-Thaniyah. Tang terkenal Dinasti sami Buddha, Yi Jing yang melawat kepulauan Melayu antara 688-695, juga menyebut tentang kerajaan yang dikenali sebagai "Ka-Cha" di bahagian utara Semenanjung Melayu, yang menurut beliau telah belayar 30 hari dari Bogha (Palembang), ibu kota Sribogha (Srivijaya).

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Kedah telah diasaskan oleh seorang raja Hindu bernama Merong Mahawangsa (Melayu). Menurut teks lanjut, Kesultanan Kedah bermula pada tahun 1136 apabila Raja Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dan menerima pakai nama Sultan Mudzafar Shah.

Dalam abad ke-7 dan 8, Kedah di bawah kawalan longgar Srivijaya, kemudian di bawah Siam, sehingga ia telah ditawan oleh kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke-15. Dalam abad ke-17, Kedah diserang oleh Portugis selepas penaklukan mereka terhadap Melaka, dan diserang Aceh. Dengan harapan bahawa Britain akan melindungi Kedah dari Siam, Sultan menyerahkan Pulau Pinang dan kemudian Seberang Perai kepada Inggeris pada akhir abad ke-18. Namun, Siam telah menawan Kedah pada tahun 1811, dan ia kekal di bawah jajahan Siam sehingga diserahkan kepada British dalam Perjanjian Inggeris-Siam 1909.

Dalam Perang Dunia II, Kedah (bersama-sama dengan Kelantan) merupakan bahagian pertama Tanah Melayu yang diserang oleh Jepun. Jepun menyerahkan Kedah untuk berada di bawah naungan Thailand yang telah dinamakan sebagai Syburi, tetapi Kedah telah dikembalikan kepada pemerintahan British selepas berakhirnya perang. Kedah merupakan sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Sultan terkini yang memerintah Kedah adalah Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah. Kesultanan Kedah bermula pada abad ke-9 Masihi apabila Raja Kedah iaitu Maharaja Derbar Raja telah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzafar Shah I. Sejak itu terdapat 27 Sultan yang memerintah negeri Kedah.

Geografi ݢيوݢرافي sunting

Negeri Kedah mencakupi sebanyak 2.87 peratus daripada keluasan Malaysia dan sebahagian besar muka buminya adalah terdiri daripada tanah pamah landai yang amat sesuai dengan aktiviti pertanian. Satu pertiga kawasan dalam negeri ini juga diliputi hutan tropika di sekitar kawasan pergunungan dan lereng bukit yang sebahagian besarnya merangkumi Banjaran Titiwangsa. Gunung Bintang merupakan gunung tertinggi di negeri Kedah dengan ketinggian 1,862 meter.

Kedah terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Wilayah Yala dan Songkhla di Thailand, negeri Perak, negeri Pulau Pinang dan Selat Melaka. Kedah juga mempunyai empat batang sungai utama iaitu Sungai Muda sepanjang 230.48 kilometer, Sungai Kedah sepanjang 122.68 kilometer, Sungai Merbok sepanjang 53.78 kilometer dan Sungai Pedu sepanjang 31 kilometer.

Kedah juga mempunyai persisiran pantai di sebelah pantai barat sepanjang 158 kilometer yang menghadap Selat Melaka. Terdapat beberapa gugusan pulau di sekitar perairan negeri Kedah seperti Pulau Langkawi, Pulau Tuba, Pulau Payar, Pulau Bidan, Pulau Songsong dan Pulau Telor.[6]

Kerajaan کراجاءن sunting

Sultan merupakan ketua negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan adalah pada Dewan Undangan Negeri Kedah. Dewan ini melantik beberapa anggota untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh Menteri Besar Kedah, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan. Menteri Besar (Ketua Menteri) pada masa ini ialah Muhamad Sanusi Md Nor.

Dewan Undangan Negeri ديوان اوندڠن نݢري sunting

HubunganKetua parti/gabunganStatusKerusi
PRU 2018Semasa
    
    
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Muhammad Sanusi Md NorKerajaan1823
    Pakatan HarapanPhahrolrazi ZawawiPembangkang1813
Majoriti kerajaan010

Pentadbiran Negeri ڤنتدبيرن نݢري sunting

Pentadbiran Negeri Kedah terletak di Alor Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah. Pada asalnya terletak di pusat bandar Alor Setar namun dipindah agar kesesakan lalu lintas dapat diatasi.

Pihak Berkuasa Tempatan ڤيهق برکواس تمڤتن sunting

Terdapat sebanyak 12 pihak berkuasa tempatan di negeri Kedah;

Pecahan kawasan pentadbiran ڤچهن کاوسن ڤنتدبيرن sunting

Negeri Kedah dibahagikan kepada 12 daerah dan 122 mukim.

Daerah di Kedah
DaerahKeluasan (km2)[6]Populasi (2020)[2]Mukim
Baling1,528142,6438
Bandar Baharu26944,4127
Kota Setar422374,05119
Kuala Muda922544,98416
Kubang Pasu946237,75921
Kulim767337,69913
Langkawi46694,1385
Padang Terap1,35765,69811
Pendang62798,9228
Pokok Sena24449,8126
Sik1,63467,9253
Yan24173,3845

Demografi ديموݢرافي sunting

Kumpulan etnik warganegara (2020)[2]

  Bumiputera (80.1%)
  Cina (12.3%)
  India (6.3%)
  Lain-lain (1.3%)

Kaum قوم sunting

Penduduk di negeri Kedah terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta beberapa etnik lain seperti Siam Malaysia dan kumpulan orang asli kaum Kensiu.

Menurut bancian penduduk Malaysia 2020, Majoriti penduduk warganegara merupakan bumiputera iaitu 80.1 peratus dari jumlah warganegara.

95.6 peratus dari jumlah penduduk merupakan warganegara manakala 4.4 peratus merupakan bukan warganegara.[2]

WarganegaraKaum%
Warganegara MalaysiaBumiputera80.1
Cina12.3
India6.3
Lain-lain1.3
Bukan warganegaratiada data

Terdapat beberapa komuniti kaum Siam di Kedah terutamanya di kawasan yang berdekatan dengan sempadan Thailand seperti di Kuala Nerang. Komuniti orang asli Kensiu pula hanya terdapat di pedalaman daerah Baling dengan hanya seramai 204 orang.[7]

Agama di Kedah (2020)[2]

  Islam (78.5%)
  Buddha (12.4%)
  Hindu (5.9%)
  Kristian (0.8%)
  N/A atau tiada agama (2%)
  Lain-lain agama (0.5%)

Agama اݢام sunting

Menurut bancian penduduk Malaysia 2020, majoriti penduduk di negeri Kedah beragama Islam iaitu sebanyak 78.5 peratus daripada jumlah penduduk, diikuti Buddha sebanyak 12.4 peratus, Hindu sebanyak 5.9 peratus, Kristian sebanyak 0.8 peratus, sebanyak dua peratus tidak diketahui atau tidak beragama dan lain-lain agama sebanyak 0.5 peratus.

Pendidikan ڤنديديقن sunting

Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di negeri Kedah sehingga tahun 2020.[8]

Sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

Terdapat sebanyak 30,794 orang guru dan 333,465 orang murid ditempatkan di 750 buah sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di negeri Kedah.

MenengahRendahJumlah
Bilangan sekolah202548750
Guru lelaki4,1994,9859,184
Guru perempuan9,52612,08421,610
Murid lelaki70,38696,275166,661
Murid perempuan73,90992,895166,804

Sekolah swasta

Terdapat juga 20 buah sekolah swasta yang berdaftar di negeri Kedah menempatkan sebanyak 609 orang guru dan 8,048 orang murid.

JenisBilanganJumlah guruJumlah murid
Sekolah rendah (akademik)125235
Sekolah rendah (agama)73194,865
Sekolah menengah (akademik)28209
Sekolah menengah (agama)363495
Sekolah menengah (Cina)31291,759
Sekolah antarabangsa465485

Sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri

Terdapat 70 buah sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri Kedah

JenisBilanganGuru lelakiGuru wanitaMurid lelakiMurid perempuan
Kelas Aliran Fardu Ain (KAFA)N/A4272,77945,20844,848
Sekolah Agama Rakyat (SAR)44393995789
Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)2N/AN/A905945
Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR)333544424,4563,712
Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR)312056565,6804,464

Universiti awam

UniversitiStaf akademikPelajar
Universiti Utara Malaysia1,24632,965
Universiti Teknologi Mara (Cawangan Kedah)N/AN/A
Universiti Teknologi Mara (Kampus Alor Setar)N/AN/A
Universiti Teknologi Mara (Kampus Sungai Petani)N/AN/A

Institut pendidikan guru

NamaStaf akademikPelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman1681,377
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim89279

Politeknik

NamaStaf akademikPelajar
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah3984,715
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah3043,503

Kolej komuniti

NamaStaf akademikPelajar
Kolej Komuniti Bandar Baharu1697
Kolej Komuniti Jerai1467
Kolej Komuniti Baling24171
Kolej Komuniti Bandar Darul Aman Jitra69300
Kolej Komuniti JerlunN/A37
Kolej Komuniti Kulim20187
Kolej Komuniti Langkawi43287
Kolej Komuniti Padang Terap22116
Kolej Komuniti Sik16108
Kolej Komuniti Sungai Petani66553

Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

JenisBilanganStaf akademikPelajar
Universiti332710,073
Kolej6791,570
Universiti kolejN/A122N/A

Pengangkutan ڤڠڠکوتن sunting

Negeri Kedah mempunyai sistem pengangkutan yang baik.[9]

Lebuh Raya Antara Bandar لبوه راي انتارا باندر sunting

  • Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS).

Kedah dihubungkan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Kubang Pasu iaitu di utara merentasi Alor Setar, Pendang sehingga ke Sungai Petani di selatan.

  • Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE).

Selain itu, terdapat juga Laluan Persekutuan yang menghubungkan Kulim dengan Butterworth, Pulau Pinang.[10]

  • Lebuhraya Sungai Petani - Inner Kedah (SPIKE).

Dalam rancangan Malaysia Ke Sebelas, Kerajaan Persekutuan ingin membina sebuah lebuh raya sebagai alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang. Laluan ini akan menghubungkan Bandar Sungai Petani, Kulim, Bandar Baharu Serdang sehingga ke Taiping, Perak[11]

Landasan Keretapi Antara Bandar لندسن کريتاڤي انتارا باندر sunting

Stesen keretapi Alor Setar

Kereta Api Tanah Melayu (KTM)

Selain daripada Laluan Utara - Selatan, KTM Antarabandar juga merentasi Kedah. Landasan Keretapi Eletrik Berkembar Ipoh - Padang Besar bakal merancakkan lagi sosioekonomi di Kedah.

Antara hentian kereta api adalah Kodiang di Kubang Pasu, Anak Bukit, Bandar Alor Setar dan beberapa buah bandar yang lain.

Terminal Bas Antara Bandar ترمينل بس انتارا باندر sunting

Seperti di negeri-negeri lain, di Kedah juga terdapat perkhidmatan bas dan teksi. Stesen bas utama yang berpusat di Stesen Bas Lama di pusat bandar Alor Setar yang telah dipindah ke Terminal Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Mergong bagi menampung pertambahan penduduk.[12]

Lapangan Terbang لاڤڠن تربڠ sunting

Antara lapangan terbang utama di Kedah ialah

  1. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
  2. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Terminal Feri ترمينل فيري sunting

Antara terminal feri yang terdapat di Kedah :

  1. Terminal Feri Kuala Kedah
  2. Terminal Kuah, Langkawi

Ekonomi Dan Budaya ايکونومي دان بودايا sunting

Kedah dianggap Negeri "Jelapang Padi" Malaysia, mencakupi satu pertiga daripada keseluruhan pengeluaran beras Malaysia. Lain-lain produk pertanian, termasuk getah, kelapa sawit dan tembakau juga penting. Pelancongan, khususnya di pulau Langkawi semakin penting kerana kebanyakkan sumber pendapatan negeri lebih melalui pelancogan di Langkawi.

Kini, Kedah sedang merancakkan kemajuan ekonomi ke arah industri automotif dan aeroangkasa dengan Modenas dan Rencam Asia menubuhkan pangkalan di sini. Salah satu kelebihan utama ialah kos buruh yang rendah dan infrastruktur di tempat yang strategik berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pada tahun 1996, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) telah dibuka secara rasmi sebagai taman perindustrian teknologi tinggi yang pertama di Malaysia. Taman ini terdiri daripada jumlah keluasan tanah kira-kira 14,5 kilometer persegi (5.6 km ²). Banyak syarikat-syarikat tempatan dan asing, seperti Intel, Fuji Electric, Silterra, Infineon, First Solar, AIC Semiconductor, dan Showa Denko memulakan operasi kilang pengeluaran mereka.

Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, kawasan ekonomi ini adalah sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Wilayah Ekonomi Koridor Utara adalah salah satu daripada tiga kawasan pembangunan yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia; kawasan pembangunan yang lain sebagai Iskandar Malaysia (atau Wilayah Ekonomi Johor Selatan) dan Wilayah Pembangunan Pantai Timur.

Kesihatan کصيحتن sunting

Berikut merupakan statistik institusi kesihatan di Kedah menurut Kementerian Kesihatan Malaysia setakat tahun 2019[13]:

Hospital PMC di Alor Setar.

Hospital هوسڤيتل sunting

Sehingga tahun 2019, terdapat 19 buah hospital di Kedah iaitu 9 hospital kerajaan dan 10 hospital swasta. Hampir setiap daerah di Kedah mempunyai sebuah hospital kerajaan.

Klinik کلينيک sunting

Terdapat sebanyak 304 buah klinik di negeri Kedah terdiri daripada 217 buah klinik desa, 67 buah klinik kesihatan dan klinik kesihatan ibu dan anak serta 20 buah klinik komuniti.

Petugas kesihatan ڤتوݢس کصيحتن sunting

Terdapat seramai 11,624 petugas kesihatan yang berdaftar di negeri Kedah, terdiri daripada 3577 orang doktor, 545 orang doktor gigi, 5818 orang jururawat dan 1684 orang jururawat masyarakat.

JenisDoktorDoktor gigiJururawatJururawat masyarakat
Kerajaan2,9194334,6401,674
Swasta6581121,17810
Jumlah3,5775455,8181,684

Pelancongan ڤلنچوڠن sunting

Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di Kedah ini. Antaranya

Sukan سوکن sunting

Kedah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia yang berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun 2006. Majlis perasmian telah diadakan di Stadium Darul Aman

Kompleks Sukan کومڤليک‌‌س سوکن sunting

Berikut adalah senarai kompleks sukan di Kedah

  1. Stadium Darulaman Alor Setar
  2. Kompleks Sukan Muadzam Shah Hijau Kuning Alor Setar
  3. Kompleks Belia Dan Sukan Alor Setar
  4. Kompleks Akuatik Alor Setar
  5. Kompleks Rakan Muda Baling
  6. Kompleks Sukan Langkawi - Stadium Lada

Trivia تريۏيا sunting

Ibu NegeriAlor Setar
Bandar DirajaAnak Bukit
Bandar UtamaAlor Setar & Sungai Petani
Hari Keputeraan Sultan30 April 1942
NegaraMalaysia, Asia
Koordinat Geografi2 30 U, 112 30 T
Iklim Tahunan2,390 (94.09)
Jumlah hujan tahunan2000 mm ~ 2500 mm
Puncak tertinggiGunung Bintang (1,862 m)
Sungai terpanjangSungai Muda (178 km)
Tasik terbesarTasik Pedu
Bangunan tertinggiMenara Alor Setar (165.5 m)
Daerah terbesarSik (1,635 km²)
Daerah terkecilYan (242 km²)
Bandar paling padat pendudukAlor Setar (1,358.55/km²)
Bandar paling ramai pendudukSungai Petani (456,605 pop)
Penanaman utamaPadi

Penduduk ternama ڤندودوق ترنام sunting

Lihat juga ليهت جوݢ sunting

Rujukan روجوعن sunting

  1. ^ "Kajian Semula Persempadanan" (PDF). Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. m/s. 96. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  2. ^ a b c d e "Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. m/s. 35. Dicapai pada 2022-03-30.
  3. ^ "Kedah pronunciation". Forvo.
  4. ^ Miksic, John Norman; Yian, Goh Geok (2000). Ancient Southeast Asia. Routledge. ISBN 978-0-415-73554-4.
  5. ^ Cyril Skinner, The Civil War in Kelantan in 1839, Kuala Lumpur: Monographs of the Malaysian Branch, Royal Asiatic Society, 1965.
  6. ^ a b "Laporan Kajian Semula Persempadanan" (PDF). Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. 2018. m/s. 96. Dicapai pada 2022-01-12.
  7. ^ "Suku Kaum". Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Dicapai pada 12 Januari 2022.
  8. ^ "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 15 Januari 2022.
  9. ^ "Kedah Transport". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-10. Dicapai pada 2011-04-02.
  10. ^ Roads in Malaysia.
  11. ^ Lebuhraya Spike
  12. ^ "Stesen Bas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-24. Dicapai pada 2011-04-02.
  13. ^ "Poket Stats Negeri Kedah ST3 2021". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 41. Dicapai pada 19 Januari 2022.

Pautan luar ڤاءوتن لوار sunting