Takwim Ibrani

Takwim Ibrani atau Takwim Ibrani (הַלּוּחַ הָעִבְרִי‎, ha'luakh ha'ivri; bahasa Inggeris: Hebrew calendar) merupakan takwim qamari-suria yang kini digunakan khususnya untuk sambutan keagamaan Yahudi. Ia menentukan tarikh-tarikh perayaan Yahudi dan hari-hari yang sesuai untuk membaca ayat-ayat dalam kitab Taurat, yahrzeit (tarikh untuk memperingati kematian saudara-mara), dan pembacaan Mazmur harian, antara pelbagai kegunaan istiadat. Di negara Israel, takwim ini merupakan takwim rasmi untuk tujuan awam serta menyediakan rangka masa untuk pertanian.

Takwin Ibrani telah mengalami perubahan sepanjang zaman. Contohnya, hingga zaman Tannaim (sekitar 10–220 M) bulan-bulan disusun mengikut pemerhatian bulan sabit baru dengan bulan tambahan yang ditambah setiap dua tiga tahun untuk membetulkan perbezaan antara dua belas bulan qamar dengan tahun suria, dan dengan ini, untuk memastikan Paskah kekal dalam musim bunga. Penambahan bulan tambahan juga berasaskan pemerhatian terhadap kejadian alam, iaitu masaknya tanaman barli; umur anak kambing, anak biri-biri dan anak merpati; kemasakan pokok buah; dan kaitan tarikh dengan tekufah (musm).[1] Sepanjangan zaman Amoraim (200–500 M) hingga zaman Geonim, sistem ini diganti oleh hukum matematik. Rukun-rukun dan hukum-hukumnya dipercayai ditetapkan pada piawaian masa kini sewaktu Maimonides menyusun Mishneh Torah pada abad ke-12.

Disebabkan beza sekitar 11 hari antara 12 bulan qamari dengan satu tahun suria, maka tempoh tahun takwim Ibrani berbeza-beza dalam kitaran Meton 19 tahun berulang-ulang yang terdiri daripada 235 bulan qamari dengan ditambahnya bulan tambahan mengikut petua-petua yang ditetapkan setiap dua tiga tahun, untuk sebanyak 7 kali setiap 19 tahun. Tahun takwim Ibrani adalah sekitar 6 minit 25+25/57 saat lebih lama daripada tahun suria min semasa, maka dalam setiap 224 tahun, takwim Ibrani akan ketinggalan sehari di belakang waktu suria min semasa; dan dalam sekitar setiap 231 tahun, ia akan ketinggalan sehari di belakang tahun takwim Gregory.

Gelaran zaman yang digunakan untuk takwim Ibrani pada masa kini adalah Anno Mundi ("dalam tahun duniawi" dalam bahasa Latin; Ibrani: לבריאת העולם "sejak penciptaan dunia").

Sumber dan sejarah sunting

Kitab Tanakh mengandungi beberapa perintah yang berkenaan dengan penjagaan takwim dengan kitaran bulan, serta mencatat perubahan-perubahan yang telah dilakukan pada takwim Ibrani.

Hari sunting

Sehari dalam takwim Yahudi tidak tetap tempohnya, sebaliknya bercontohkan "...jadilah petang dan jadilah pagi..."[2] dalam kisah Penciptaan di bab pertama Kitab Kejadian. Mengikut tafsiran klasik Rabbini pada surat ini, sehari dalam takwim Ibrani Rabbini bermula ketika matahari terbenam (bermulanya "petang") hingga matahari terbenam seterusnya. Ini dirumitkan oleh tiadanya waktu matahari terbenam atau terbit yang ketara di kawasan sekitar kutub Bumi pada musim-musim tertentu. Di tempat-tempat berkenaan pada musim panas apabila matahari tidak terbenam ke bawah kaki langit, sehari dikira dari tengah hari ke tengah hari, manakala pada musim sejuk apabila matahari tidak terbit ke atas kaki langit, sehari dikira dari tengah malam ke tengah malam.[3]

Resam Yahudi tidak menjaga waktu, maka waktu umum diterima guna. Biarpun waktu umum menerapkan kelaziman-kelaziman yang disesuaikan mengikut setempat seperti zon waktu, waktu piawai dan waktu jimat siang, namun semua ini tidak bertempat dalam resam Yahudi. Waktu umum hanya digunakan sebagai titik rujukan bagi ungkapan-ungkapan seperti: "Shabbat bermula pada...". Kemajuan matahari terbenam yang malar di seluruh dunia serta perubahan musim menyebabkan perubahan waktu awam yang beransur-ansur dari sehari ke hari berikutnya berdasarkan fenomena falak yang nyata (iaitu matahari terbenam) dan bukan ketentuan manusia.

Daripada kebiasaan garisan tarikh antarabangsa, terdapat pertikaian mengenai di mana beralihnya hari. Antara yang disyorkan adalah meridian songsang Baitulmaqdis. (Baitulmaqdis terletak 35°13’ di timur meridian perdana, maka meridian songsangnya adalah 144°47' di barat, merentasi rantau timur Alaska.)[4][5]

Minggu sunting

Takwim Ibrani mengikuti kitaran mingguan tujuh hari yang berjalan serentak tetapi bebas daripada kitaran bulanan dan tahunan. Nama-nama hari dalam seminggu sekadar bilangan hari dalam seminggu. Dalam bahasa Ibrani, nama-nama tersebut boleh disingkatkan dengan menggunakan nilai bilangan huruf Ibrani, cth. יום א׳‎ (Hari pertama, atau Yom Rishon (יום ראשון‎)):

  1. Yom Rishon - יום ראשון‎ (יום א׳‎), "hari pertama" [Ahad]
  2. Yom Sheni - יום שני‎ (יום ב׳‎) "hari kedua" [Isnin]
  3. Yom Shlishi - יום שלישי‎ (יום ג׳‎) "hari ketiga" [Selasa]
  4. Yom Reviʻi - יום רביעי‎ (יום ד׳‎) "hari keempat" [Rabu]
  5. Yom Khamishi - יום חמישי‎ (יום ה׳‎) "hari kelima" [Khamis]
  6. Yom Shishi - יום ששי‎ (יום ו׳‎) "hari keenam" [Jumaat]
  7. Yom Shabbat - יום שבת‎ (יום ש׳‎ atau שבת‎), "hari rehat" [Sabtu].

Nama-nama hari dalam seminggu berasaskan tujuh hari yang disebut dalam kisah Penciptaan. Cntohnya, Genesis 1:5Template:Bibleverse with invalid book "...Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama". Dalam ayat-ayat berikutnya disuratkannya hari berbilangan, cth. 'hari kedua', 'hari ketiga', dan seterusnya. Rujuk Genesis 1:8Template:Bibleverse with invalid book, 1:13, 1:19, 1:23, 1:31 dan 2.2.

Bulan sunting

Sejak zaman dahulu lagi, takwim qamari-suria Mesopotamia luas digunakan oleh negara-negara Asia Barat. Strukturnya yang juga digunakan oleh kaum Ibrani adalah berasaskan bulan-bulan Qamari dengan penambahan satu bulan untuk merapatkan takwim dengan kitaran suria.[6]

Num 10:10Template:Bibleverse with invalid book menekankan kepentingan menyambut bulan baru dalam agama Ibrani (ראש חודש‎, Rosh Chodesh, "pangkal bulan"): "... pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu ..." Begitu juga dalam Num 28:11Template:Bibleverse with invalid book. "Bulan baru" itu bererti keluarnya anak bulan.

Bulan-bulan Ibrani dengan padanan Babylon
#IbraniTiberAkademiUmum/
Lain-lain
Bil. hariPadanan BabylonPerayaanNota
1נִיסָןNīsānNisanNissan30NisanuPaskahDipanggil Abib (Exodus 13:4Template:Bibleverse with invalid book, 23:15, 34:18, Deut. 16:1Template:Bibleverse with invalid book)
dan Nisan (Esther 3:7Template:Bibleverse with invalid book) dalam Tanakh.
2אִיָּר / איירʼIyyārIyyarIyar29AyaruPesach Sheni
Lag B'Omer
Dipanggil Ziv dalam 1 Kings 6:1Template:Bibleverse with invalid book, 6:37.
3סִיוָן / סיווןSīwānSivanSiwan30SimanuShavuot
4תַּמּוּז TammūzTammuzTamuz29DumuzuSeventeenth of TammuzDinamakan sempena dewa Babylon Dumuzi
5אָב ʼĀḇAvAb30AbuTisha B'Av
Tu B'Av
6 אֱלוּל ʼĔlūlElul29Ululu
7 תִּשׁרִיTišrīTishriTishrei30TashrituRosh Hashanah
Yom Kippur
Sukkot
Shemini Atzeret
Simkchat Torah
Dipanggil Ethanim dalam 1 Kings 8:2Template:Bibleverse with invalid book.
Bulan pertama tahun awam.
8 מַרְחֶשְׁוָן / מרחשוון MarḥešwānMarẖeshvanMarcheshvan
Kheshvan
Marẖeshwan
29/30ArakhsamnaDipanggil Bul dalam 1 Kings 6:38Template:Bibleverse with invalid book.
9 כִּסְלֵו / כסליוKislēwKislevKislev
Chisleu
Chislev
29/30KislimuHanukkah
10 טֵבֵת ṬēḇēṯTevetTebeth29Tebetu10 Tevet
11 שְׁבָט ŠəḇāṭShvatShevat
Shebat
Sebat
30ShabatuTu Bishvat
12L* אֲדָר א׳ Adar I*30*Hanya dalam tahun lompat.
12 אֲדָר / אֲדָר ב׳ ʼĂḏārAdar / Adar II*29AdaruPurim

Tarikh Tahun Baru Yahudi sunting

TahunTarikhJumlah hariTahunTarikhJumlah hari
576723 September 2006355578712 September 2026385*
576813 September 2007383*57882 Oktober 2027355
576930 September 2008354578921 September 2028354
577019 September 2009355579010 September 2029383*
57719 September 2010385*579128 September 2030355
577229 September 2011354579218 September 2031354
577317 September 201235357936 September 2032383*
57745 September 2013385*579424 September 2033355
577525 September 2014354579514 September 2034385*
577614 September 2015385*57964 Oktober 2035354
57773 Oktober 2016353579722 September 2036353
577821 September 2017354579810 September 2037385*
577910 September 2018385*579930 September 2038354
578030 September 2019355580019 September 2039355
578119 September 202035358018 September 2040383*
57827 September 2021384*580226 September 2041354
578326 September 2022355580315 September 2042385*
578416 September 2023383*58045 Oktober 2043353
57853 Oktober 2024355580522 September 2044355
578623 September 2025354580612 September 2045384*

* Tahun lompat 13 bulan.

Rujukan sunting

  1. ^ Talmud, Sanhedrin 11b
  2. ^ Gen 1:5Template:Bibleverse with invalid book, Gen 1:8Template:Bibleverse with invalid book, Gen 1:13Template:Bibleverse with invalid book, Gen 1:19Template:Bibleverse with invalid book, Gen 1:23Template:Bibleverse with invalid book, Gen 1:31Template:Bibleverse with invalid book dan Gen 2.2Template:Bibleverse with invalid book.
  3. ^ "CALENDAR - JewishEncyclopedia.com". Dicapai pada 2012-04-24.
  4. ^ See Willie Roth's essay The International Date Line and Halacha Diarkibkan 2011-07-18 di Wayback Machine.
  5. ^ "Appendix II: Baal HaMaor's Interpretation of 20b and its Relevance to the Dateline" in Talmud Bavli, Schottenstein Edition, Tractate Rosh HaShanah, Mesorah Publications Ltd. ("ArtScroll") 1999, where "20b" refers to the 20th page 2nd folio of the tractate.
  6. ^ Ancient Israel: Its Life and Institutions (1961) by Roland De Vaux, John McHugh, Publisher: McGraw-Hill, ISBN 978-0-8028-4278-7, p.179