Azad Jasmin

Pelakon lelaki Malaysia

Azad Jasmin John Louis Jefri (lahir 11 Februari 1976) merupakan seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau juga lebih dikenali sebagai Azad Jasmin ataupun Pak Azad.

Azad Jasmin
Azad Jasmin pada 2015.
Kelahiran
Azad Jasmin John Louis bin Jeffi

(1976-02-11) 11 Februari 1976 (umur 48)
Nama lainPak Azad
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelawak
  • pengacara
  • penyanyi
  • penyampai radio
Tahun aktif2007–kini
Majikan
Ketinggian6 ft 1.5 in (1.87 m)
PasanganEira Syazira (k. 2011)
Anak-anak3

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan pelakon Eira Syazira pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang kesemuanya diakhiri dengan nama Rose—Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose,[1] dan Areisya Suri Rose.[2][3]

Kerjaya sunting

Kerjaya lakonan Azad bermula pada 2007 menerusi filem Nana Tanjung 2 arahan Abdul Razak Mohaideen, seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun, setahun kemudian.

Pada tahun 2010, beliau berlakon bersama Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak dalam filem seram komedi Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim, filem ini menjadi kejayaan komersial. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Tasnim. Di bawah arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil beliau beraksi dalam filem aksi komedi 2011, Kongsi yang mana beliau memegang watak sebagai Mikail. Ia merupakan filem terakhir Azad bersama Metrowealth sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri akibat perselisihan faham dengan penerbit David Teo.

Selain itu, beliau ialah salah seorang pelakon utama drama kepolisan Metro Skuad yang disiarkan di TV2, selama 1 musim.[4] Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Azad memegang watak Haikal dalam filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan bersama Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani dan Neelofa.

Azad dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
2007Nana Tanjung 2IzadFilem pertama
2009Sifu & TonggaAzad
2010NgangkungTasnim
2011KongsiMikail
2012Jalan Kembali: Bohsia 2Ejat
SAM: Saya Amat MencintaimuHaikal
Apa Celop Toqq...Black
2013Gangster CelopMat Cirit
KolumpoRahul
PakuKhalil
2014Sejoli: Misi Cantas CintaTompy
Fobia Malam PertamaAshraf
Suatu Malam Kubur Berasap 2Chot
Mamak CupcakeAli Deen
2015Pilot CafePian
Girlfriend KontrakHarith
2016Showdown The MovieKadir
2017J RevolusiHerman / Skodeng
20187ujuhKonstabel Rasyid
2022Bunga dan KayuEncik Badri
2023GuiJeffrey

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008Laila MajnunJefriTV3
2009Chef JoFarish
2009–2011Si CapikDanialTV2
2010Cinta BalqisRayTV3
Anak Mami Mek AniRaoufAstro Warna
Adnan Semp-It The SeriesBobby
Roda-Roda Kuala LumpurMaidin OthmanTV2Episod: "Kaki Pukul"
2011Ustaz AmirulBapa AyamTV3
Gerak Khas (Musim 13)Maidin OthmanTV2Episod: "Geng Tanjung"
2012Apa Celop!MakoTV3
Metro Skuad (Musim 1)ASP AzadTV2
2013Tanah Kubur (Musim 6)KamilAstro OasisEpisod: "Khabar Angin"
2015SketsoAstro Warna
2017Isteri-Isteri AyahHalimTV3
2021Keluarga Baha Don (Musim 3)tukang cuciViu
2022Fantasia InnRafiqieTV Okey

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2007LoklakHanifTV1
Sangga SaadahKhaiTV3
2010Anak Mamak Menantu MamiJabbarAstro Prima
2011Kopi Susu Kopi OTV3
2017Balik Raya Ke Kita?FaridTV3
Kad Raya Dalam KolongAwangAstro Mustika HD
Ooops! Terlajak NikahAstro Citra
2022LangitSyamTV3
2023Sekeping Muruku Sebuah RinduDevan@YusufTV2

Televisyen sunting

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2012–2013Mimpi Ke BintangPengacaraTV3
2012–2015Edisi KhasPelbagai watakTV3Sitkom
2018Pa&MaPengacaraAstro Prima
2022Mystery Ranking Show MalaysiaJuriAstro Warna
Anugerah Industri Muzik ke-23PengacaraAstro Riamengacara bersama Awal Ashaari & Sherry Alhadad

Radiografi sunting

Radio sunting

TahunTajukStesen
2021–kiniPetang Era & 3 Pagi EraEra

Diskografi sunting

Single
TahunTajuk
2021"Sarakkey"

Rujukan sunting

  1. ^ Meen Tahrin (3 Januari 2017). Eira Syazira dan Azad Jasmin timang anak kedua Diarkibkan 2017-02-02 di Wayback Machine Media Hiburan. Diperoleh pada 25 Januari 2017.
  2. ^ Dennis Chua (4 Januari 2018). Eira Syazira and Azad Jazmin welcomed their third child New Straits Times. Dicapai pada 4 Januari 2018.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2018). Eira Syazira sambut puteri ketiga Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  4. ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah Unit Elit Polis dalam Metro Skuad Senasi Selebriti. Dicapai pada 19 Jun 2012.
  5. ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.

Pautan luar sunting