Era (stesen radio)

ERA (dahulu dikenali sebagai ERA FM)[1] merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. Ia memainkan muzik kontemporari hit melayu dan antarabangsa yang terkini dan terbaik disamping dengan penyampainya yang berverstail yang terdiri daripada selebriti terkemuka di Malaysia. Ia dilancarkan pada 1 Ogos 1998 dan ia juga merupakan sebuah radio melayu swasta pertama yang ditempatkan di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ERA
BandarBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganMuzik Hit Terkini
Tarikh siaran pertama1 Ogos 1998; 25 tahun yang lalu (1998-08-01)
FormatMuzik Kontemperari Hit
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluEra FM
(1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
(Maestra Broadcast Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/era
Tapak webera.syok.my

Radio edisi tempatan

ERA Sarawak

ERA Sarawak ialah sebuah siaran radio swasta berbahasa Melayu Malaysia. Ia dimiliki oleh Astro Radio Sdn. Bhd., anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad bersama ERA, ERA Sabah, Sinar, Gegar dan Zayan. Siarannya dipancarkan dari Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur.[2]

ERA Sarawak
BandarBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganMuzik Hit Terkini
Tarikh siaran pertama
  • 1 Ogos 1998; 25 tahun yang lalu (1998-08-01) (ERA)
  • 25 Oktober 2010; 13 tahun yang lalu (2010-10-25) (ERA Sarawak)
FormatMuzik Kontemperari Hit
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluEra FM Sarawak
(25 Oktober 2010 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/amp-era-kch
Tapak webera.syok.my

ERA Sabah

ERA Sabah ialah sebuah siaran radio swasta berbahasa Melayu Malaysia. Ia dimiliki oleh Astro Radio Sdn. Bhd., anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad bersama ERA, ERA Sarawak, Sinar, Gegar dan Zayan. Siarannya dipancarkan dari Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur.[3]

ERA Sabah
BandarBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganMuzik Hit Terkini
Tarikh siaran pertama
  • 1 Ogos 1998; 25 tahun yang lalu (1998-08-01) (ERA)
  • 1 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-01) (ERA Sabah)
FormatMuzik Kontemperari Hit
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluEra FM Sabah
(1 Disember 2010 -31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/amp-era-kk
Tapak webera.syok.my

Sejarah penubuhan ERA Sarawak dan ERA Sabah

Pada September 2010, ERA Sarawak dan ERA Sabah telah dilancarkan bersama rakan Inggeris dan Cina masing-masing Hitz Sarawak, Hitz Sabah, My Sarawak dan My Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.[perlu rujukan]

Antara 2017 dan 2018, pilihan keluar Sabah dan Sarawak telah dinaik taraf kepada cawangan tempatan sepenuhnya, dengan semua kandungan berasal dari ibu kota masing-masing 24 jam sehari, dan menamatkan pergantungan dengan perdana Kuala Lumpur pada waktu luar puncak. Era FM Sabah menjadi tempatan sepenuhnya pada 24 April 2017. Era Sarawak mengikutinya pada 22 Januari 2018.[perlu rujukan]

Pada 2 Januari 2018, Era FM Sarawak dan Era FM Sabah telah dijenamakan semula kepada ERA Sarawak dan ERA Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.[perlu rujukan]

Astro Radio menghentikan operasi di Sabah dan Sarawak dan berpindah ke Bukit Jalil[4]

Pada 1 Oktober 2023, Astro Radio telah menghentikan operasinya di Sabah dan Sarawak.[perlu rujukan]

Sebagai keputusan, saluran radio bahasa Inggeris dan Cina, Hitz Sarawak, Hitz Sabah, My Sarawak dan My Sabah akan dikembalikan semula siarannya ke Kuala Lumpur.[perlu rujukan]

Permulaan siaran ERA Sabah dan ERA Sarawak di Bukit Jalil bermula pada 8 Januari 2024 manakala studio-studio ERA Sabah dan ERA Sarawak di Kota Kinabalu dan Kuching akan menyiarkan siaran akhirnya pada 7 Januari 2024. ERA Sabah dan ERA Sarawak tidak akan dihentikan oleh Astro Radio sehingga kini.[perlu rujukan]

Pada hari yang sama, ERA Semenanjung, ERA Sabah dan ERA Sarawak menjadi sebahagian daripada rangkaian Astro Radio sebagai stesen negeri masing-masing untuk pendengar Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.[perlu rujukan]

Sejarah

Latar belakang

ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu "Hijau". Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.

Era FM pernah menjadi peneraju dalam stesen radio FM berbahasa Melayu, tetapi telah kehilangan popularitinya kepada stesen kakaknya, Sinar FM. Pada 2012, Era FM mendapat semula tempat teratas sebagai stesen radio paling popular di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Era FM ialah stesen radio pertama di Malaysia yang memegang tiga rekod dalam Malaysia Book Of Records sejak 1998.

Pada 2 Januari 2018, Era FM telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik" sehingga 16 Januari 2022, sebelum ditukar ke "Muzik Hit Terkini" pada 17 Januari 2022.

ERA bergabung dengan Suria

Buat julung kalinya, stesen radio Suria dan Era bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi Morning Morning Suria dan 3 Pagi Era pada 23 Oktober 2023 (Isnin) dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan"ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini", menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.

Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.

Menurut Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), pihaknya mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekali gus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air.

"Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.

"Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil berkata, meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, pihaknya percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.

"Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria akan Gagah Bersama," katanya.[5]

Penyampai radio

Logo dengan slogan (2008-2017).

Penyampai Harian

Penyampai Harian (Era Sarawak & Era Sabah)

  • Ilmo
  • Alisa
  • Asyilah
  • Afira Chin
  • Dhirah
  • Ameer
  • Addnan
  • Mijul
  • Emma
  • Melanie
  • Adam
  • Nicky
  • Deemike

Penyampai Hujung Minggu

Penyampai Hujung Minggu (Era Sarawak & Era Sabah)

Bekas penyampai ERA (1998 - sekarang)

Stesen radio ini mempunyai jumlah bekas penyampai yang paling ramai dalam kategori stesen radio swasta.

1990an

2000an

2010an

Syamimi* - Era Terengganu
Razif Abdul Roslin (Pak Pek)* Era Kelantan (1974-2019)
Erlinda* - Era Johor (2018–2020)
Nota: Telah meninggal dunia

Slot penyiaran

Isnin-Jumaat

Slot penyiaran ERA

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 - 06:00
3 Pagi ERAAzad Jasmin, Nabil & Radin06:00 - 10:00
ERAthonMunaabella10:00 - 13:00
Gempak Hit ERAIsha Norsham13:00 - 16:00
Petang ERAHaniff & Ray16:00 - 20:00
PM 40 ERAFazziq Muqris20:00 - 00:00

Sabtu

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 - 07:00
Sabtu Pagi ERANamie & Hawa Rizwana07:00 - 10:00
Super Safee ERASafee Sali10:00 - 11:00
#HujungMingguERA11:00 - 15:00
Carta ERA 40 (disambung siar dari stesen radio ERA Sarawak dan ERA Sabah)Elly Mazlein15:00 - 19:00
Nonstop ERA19:00 - 21:00
RIM CHART ERAIsha Norsham21:00 - 22:00
Flow ERAZahier22:00 - 23:00
Seram Sabtu ERAMR E23:00 - 00:00

Ahad

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 - 06:00
The Best of 3 Pagi ERA06:00 - 08:00
Carta ERA 40 (ulangan) (disambung siar dari stesen radio ERA Sarawak dan ERA Sabah)Elly Mazlein08:00 - 12:00
Throwbaek ERAFazziq Muqris12:00 - 13:00
Soundtrek ERA13:00 - 14:00
#HujungMingguERA14:00 - 18:00
Ulangan RIM CHART ERAIsha Norsham18:00 - 19:00
Nonstop ERA19:00 - 22:00
Lagu Baru Nak Up ERAFazziq Muqris22:00 - 23:00
Hallyu ERAMunabella22:00 - 23:00

Isnin - Jumaat

Slot penyiaran ERA Sarawak & ERA Sabah

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 - 06:00
Ooha Pagi ERAIlmo & Alisa06:00 - 10:00
Acak Tok ERAAsyilah10:00 - 13:00
Seranto ERAHaziq13:00 - 16:00
Rilek Petang ERADhirah16:00 - 20:00
Malam ONZ ERAAmeer20:00 - 00:00
Muzik Hit Terkini00:00 - 06:00
Konco Pagi ERAAddnan, Mijul & Emma06:00 - 10:00
Stready Bah ERA!Melanie10:00 - 13:00
Gen EAdam13:00 - 16:00
ERAmaitiNicky16:00 - 20:00
Bah Kasi Jadi ERA!Deemike20:00 - 00:00

Sabtu

SegmenPenyampaiMasa
Muzik Hit Terkini00:00 - 07:00
Borneo Pagi ERAFieya Julia & Daniel Chuer07:00 - 10:00

Slot Carta ERA 40

Kedudukan Carta ERA 40

PingatPenyanyiLaguNota
 EmasHaqiem Rusli
Floor 88
Siti Nordiana
X-Pose
Tergantung Sepi
Zalikha
Terus Mencintai
Sandiwara
Lagu Sandiwara nyanyian X-Pose menjadi sebagai juara ke dalam carta.
 PerakX-Pose
Siti Nordiana
Khai Bahar
Sandiwara
Terus Mencintai
Luluh
 GangsaHael HusainiJampi

Frekuensi

Radio

Frekuensi ERA

FrekuensiKawasanPemancar
103.3 MHzLembah KlangGunung Ulu Kali
103.6 MHzPerlis dan Alor Setar, KedahGunung Jerai
Pulau Pinang
Seremban, Negeri SembilanGunung Telapak Buruk
103.7 MHzIpoh, PerakGunung Kledang
95.2 MHzTaiping, PerakBukit Larut
90.7 MHzLangkawi, KedahGunung Raya
90.3 MHzMelaka dan Johor UtaraGunung Ledang
104.5 MHzJohor Bahru, Johor dan SingapuraGunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
98.0 MHzKuantan, PahangBukit Pelindung
102.8 MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Besar
103.3 MHzKota Bharu, KelantanBukit Panau

Televisyen

Platform TVSaluran
Astro/NJOI856

Frekuensi ERA Sarawak dan ERA Sabah[6]

FrekuensiKawasan siaranTapak pemancar
96.1 MHzKuching, SarawakBukit Djin
96.3 MHzSibu, SarawakBukit Lima
101.3 MHzMiri, SarawakBukit Lambir
102.4 MHzKota Kinabalu, SabahBukit Karatong
103.0 MHzSandakan, SabahBukit Trig

Radio internet

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Azan

Pada 1 Januari 2018, Azan di ERA ditamatkan kerana disampaikan waktu solat bagi bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia tetapi Maghrib setiap bulan dan Subuh bulan Ramadan, ERA masih disiarkan Azan.

Pada 17 Januari 2022, ERA disiarkan semula Azan setiap waktu solat fardu bersama-sama stesen kembar SINAR, GEGAR dan ZAYAN kerana ERA di SYOK dilancarkan ERA Nusantera, ERA Flow, ERA Cintan, ERA K-Hit, ERA Throwbaek, ERA Thon, ERA Nurock dan ERA Indie pada 1 November 2021 secara eksklusif di SYOK.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
  2. ^ ERA Sabah dan ERA Sarawak Perkenal Barisan Personaliti, Segmen Baru
  3. ^ ERA Sabah dan ERA Sarawak Perkenal Barisan Personaliti, Segmen Baru
  4. ^ [www.dailyexpress.com.my/news/220905/astro-radio-tutup-operasi-pejabat-di-sabah/ Astro Radio tutup operasi pejabat di Sabah]
  5. ^ Suria FM, ERA cipta sejarah
  6. ^ ERA Sabah dan ERA Sarawak Perkenal Barisan Personaliti, Segmen Baru

Pautan luar