Nasrizal Ngasri

Pelakon, pengacara dan pelawak Malaysia

Nasrizal Ngasri (lahir 30 Ogos 1980) lebih dikenali sebagai Bell Ngasri ialah seorang pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia.[2][3] Prolifik dalam televisyen dalam filem di Malaysia sejak 1980-an, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, seterusnya memperluaskan bakatnya apabila menginjak dewasa sekaligus dikenali dengan keupayaanya bermain dengan emosi penonton menerusi pelbagai watak lakonannya.[4][5]

Bell Ngasri
Nasrizal ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 6 Januari 2015.
Kelahiran
Nasrizal bin Ngasri

(1980-08-30) 30 Ogos 1980 (umur 43)
PendidikanDiploma Penyiaran
Pusat pendidikanInstitut Media Integratif Malaysia (MIIM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif1986–kini
PasanganNur Farhana binti Mahamad Fauri (k. 2007)[1]
Anak-anak3
Ibu bapa
Saudara

Antara filem-filem yang pernah dibintanginya seperti Puteri Impian (1997), Cinta 200 Ela (2002), Castello (2006), Tolong Awek Aku Pontianak (2011), Cicakman 3 (2015), Bulan dan Pria Terhebat (2020) dan 18 Puasa Di Kampong Pisang (2021). Nasrizal juga telah berlakon dalam beberapa siri drama TV termasuk Idaman (1998–2001), KL Menjerit The Series (2008), Ahmad Durrah (2010), Pengembaraan Jason Murad (2015), Bibik-Bibikku (2016) dan Kampong Pisang Bersiri-siri (2020–2021). Beliau merupakan anak kepada penyiar terkenal, Ngasri Sain dan adik kepada Naszeli Ngasri serta abang kepada Anne Ngasri dan Darling Ngasri.[6][7][8]

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 30 Ogos 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.[2] Beliau ialah anak ketiga daripada 6 beradik kepada ibu bapanya, bekas penyampai radio dan artis rakaman suara Ngasri Sain[9][10] dan isterinya, pelakon veteran Habibah Jaafar (kakak kepada Rashidah Jaafar).[2] Adik-beradiknya, Nasliza, Naszeli, Nasreen, Naszriah dan Nassuhada turut berkecimpung dalam bidang lakonan. Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nasrizal melanjutkan pelajarannya ke peringkat Diploma dalam bidang penyiaran di Akademi TV3 (kemudian dikenali sebagai Institut Media Integratif Malaysia atau MIIM).[2]

Kerjaya sunting

Mewarisi bakat seni daripada bapanya, Ngasri yang merupakan bekas juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ibunya, Habibah Jaafar (adik pelakon Rashidah Jaafar) yang juga aktif dalam bidang lakonan, Nasrizal memulakan kerjaya lakonan ketika zaman prasekolahnya. Beliau pertama kali diperkenalkan di layar perak dalam filem Yassin (1988) arahan Tan Sri Kamarul Ariffin ketika berusia 7 tahun.[2]

Pada tahun 1988, beliau bersama dua adik-beradiknya, Nasreen (Darling) dan Naszriah (Anne) membintangi iklan sebelum bakat mereka dikesan oleh penerbit drama di RTM dan TV3. Pada tahun 1992, Nasrizal berlakon dalam drama Dam Dam Dum dan Cinta Mastura yang kedua-duanya disiarkan di TV1. Untuk persembahannya dalam Cinta Mastura, beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 1992. Beliau memegang watak tambahan sebagai Kassim dalam filem Perempuan, Isteri & .....? (1993) lakonan Sofia Jane dan Nasir Bilal Khan. Ia turut dibintangi oleh dua adiknya, Darling dan Anne.

Beliau juga berlakon dalam filem Cinta Kita (1995) dengan memegang watak sebagai Epi dan menjadi pelakon undangan dalam sitkom IQ Genius. Pada tahun 1997, Nasrizal berlakon bersama Shaheizy Sam dalam telefilem Pa'e arahan Shaharuddin Sulaiman dengan memegang watak sebagai pelajar sekolah nakal yang bernama Ajoy. Persembahan beliau dalam telefilem ini melayakkan beliau meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 1998. Dari 1998 sehingga 2001, kerjaya lakonan Nasrizal diteruskan apabila beliau meningkat usia remaja dengan membintangi drama Idaman bersama barisan pelakon lain termasuk Jalaluddin Hassan, Deanna Yusoff, Janet Khoo, Kartina Aziz, Dian P. Ramlee, Sean Ghazi dan Nana Nurgaya.

Beliau juga berlakon bersama Khalid Salleh dengan memegang watak sebagai Shamsul dalam filem Kaki Bakar arahan U-Wei Haji Saari berdasarkan daripada novel Barn Burning karya penulis Amerika Syarikat, William Faulkner. Filem ini ditayangkan pada 1995 di Festival Filem Cannes 1995 yang berlangsung di Perancis, namun tidak ditayangkan di Malaysia sehingga 6 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2001. Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[11]

Pada tahun 2004, beliau berlakon dalam filem Bisikan Remaja, diikuti oleh telefilem VCD, See You di IPT lakonan kumpulan nasyid UNIC. Nasrizal berlakon dalam dua filem pada tahun 2006, iaitu Castello sebagai Nik dan Cinta sebagai Amin. Dalam filem 1957: Hati Malaya (2007) arahan Shuhaimi Baba, beliau melakonkan watak sebagai bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Sardon Jubir. Pada tahun 2007 juga, beliau membintangi drama web Kerana Karina dengan memegang watak sebagai Boy, seorang pendandan rambut.

2008 terus menjadi medan Bell cemerlang di kanvasnya sendiri dengan membintangi drama Ampang Medikal di ntv7, diikuti oleh drama Sutun Kembali Lagi di TV9 dan KL Menjerit The Series di Astro Ria. Tawaran berlakon filem juga diterimanya apabila beliau membintangi filem Antoo Fighter arahan Azizi "Chunk" Adnan dengan memegang watak sebagai Opie.

Beliau berlakon dalam dua filem pada tahun 2010, iaitu filem aksi komedi Kecoh Betul lakonan bersama Saiful Apek, Nabil Ahmad, Diana Danielle dan Yatt Hamzah. Beliau memegang watak sebagai Joe, seorang penghantar pesanan makanan di sebuah restoran makanan segera di ibu kota. Selepas Kecoh Betul, beliau muncul pula dalam filem aksi adiwira Kapoww!! Atoi The Ajaib Boy lakonan bersama Zizan Razak dan Lisa Surihani.

Nasrizal tidak berlakon dalam sebarang drama TV dalam tahun 2012 dan 2013. Bagaimanapun, beliau membintangi beberapa telefilem sepanjang tempoh itu. Antaranya ialah siri telefilem Bedah Tong Gas, Anakku Ghazali dan Mana Kuali Opah?. Satu-satunya filem lakonan beliau dalam tahun 2014 ialah Amir dan Loqman Pergi ke Laut yang menyaksikan beliau pertama kali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid. Beliau membuat penampilan khas dalam filem ini.

Beliau berlakon dalam tiga filem pada tahun 2015, iaitu Rumah Pusaka Di Simpang Jalan sebagai Markona, kemudian diikuti oleh Cicakman 3 sebagai Jojo dan Jejak Warriors sebagai Rahim. Pada tahun yang sama, beliau membintangi drama komedi Pengembaraan Jason Murad yang mana isterinya, Farhana Fauri berkhidmat sebagai salah seorang penulis skrip. Pada tahun 2017, beliau membuat penampilan khas sebagai Orang Kampung dalam filem Pak Pong arahan Fauzi Nawawi, seterusnya berlakon di samping Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Rab Khalid dan Man Kadir dalam telefilem 16 Puasa dengan memegang watak sebagai Ngas. Ditayangkan pada 8 Jun 2017 di Astro First Eksklusif, ia mengisahkan tentang sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing. Beliau kembali beraksi dalam kesinambungannya, 17 Puasa pada tahun 2019.

Pada tahun yang sama juga, beliau berlakon dalam filem Hero: Jangan Bikin Panas lakonan bersama Mark Adam dan Hisyam Hamid. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon dalam filem Bulan dan Pria Terhebat (2020) lakonan Zahirah MacWilson, diikuti dengan dua filem pendek lakonannya, iaitu Uncle Security dan Cikgu Ganti Dari Kampung. Nasrizal meneruskan kerjasamanya bersama Mamat Khalid dalam siri drama Kampong Pisang Bersiri-siri dan filem 18 Puasa di Kampong Pisang serta beberapa filem arahan Mamat yang lain dengan memegang watak sebagai Barkoba sekaligus watak lakonannya memberi tuah kepadanya dalam kerjaya lakonannya.

Beliau juga mengacarakan rancangan realiti Hijrahkan Laguku bersama Faizal Ismail yang disiarkan di TV Alhijrah dari 2021 sehingga 2022. Penampilan muzik video pertama Nasrizal ialah menerusi muzik video lagu "24434" yang dipersembahkan oleh kumpulan Floor 88. Nasrizal turut membintangi filem pendek terbitan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang bertajuk Cakaran yang disiarkan di saluran YouTube rasmi RISDA.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan penulis skrip, Farhana Fauri pada 30 Mac 2007.[12][13] Pasangan ini memfailkan perceraian pada 22 Oktober 2008,[14] namun merujuk semula pada Januari 2009.[15] Mereka mempunyai 3 anak, iaitu Nasfazril, Nasfarisya dan Nasfazira.

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
1988YassinFilem pertama, pelakon tambahan
1993Perempuan, Isteri & .....?KassimPelakon tambahan
1995Cinta KitaEpi
1997Puteri ImpianAnak yatim
2001Kaki BakarKesuma
2002Cinta 200 ElaDin
2004Bisikan RemajaMustafa Ayoub @ Bob
2005SalonAsmadie
2006CastelloNik
CintaAmin
20071957: Hati MalayaSardon Jubir
2008Antoofighter: Amukan Drakulat!Opie
2010Kecoh BetulJoe
KapowwAboo
2011Tolong Awek Aku PontianakPembantu Pak Harun
Al-HijabPemuda 1
2013LanggarKhairul
Tanda PuteraDatuk Seri Haji Harun Idris
Balada PencintaJenal
2014Amir dan Loqman Pergi ke LautDirinya sendiriPenampilan khas
2015Rumah Pusaka Di Simpang JalanMarkona
Cicakman 3Jojo
Jejak WarriorsRahim
2017Pak PongOrang KampungPenampilan khas
2019Bella & JamieJay
Hero: Jangan Bikin PanasAhmad Mustar
2020Bulan dan Pria TerhebatArab
202118 Puasa Di Kampong PisangBarkoba
Kampong Pisang Musikal Raya IstimewaBarkoba
Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun TakutPengurus Produksi
Kampung Latah Kena KuarantinAbon
Kampong Pisang Kita SetandanBarkobaFilem pendek
2022Gracias BarcelonaAzraf
Kampong Pisang Berbuah Dua KaliBarkoba
Showtime 1958Aziz Sattar
Kampung Latah The MummyAbon
SeratusAbang DinPenampilan khas
2023Penanggal Mak KiahBudin
Sumpahan Malam RayaUjangPenampilan khas
GuiZain
Geng Sakau Vs Hantu Ting TongAmir
2024Jangan Lupa Aku Cinta Padamu
Pemburu Saka
19 Puasa: Playboys Of Plestik HitamDak Ngas / Barkoba
Zim Zim Ala Kazim
Harimau Malaya: The Untold StoryBadarPos produksi
TBA6 JilakePra-produksi
Mami Jarum KembaliBellPos-produksi, penampilan khas
Ice ShowDalam perancangan
Bulan dan Pria Terhebat 2ArabDalam perancangan

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1993Ada Ada Saja[16]NabilTV2
1994Keluarga Ria: Kedai Kopi[17]HelmiTV1
1995Sendaloka: IQ Genius[18]Yusri
1995-1997Nur HikmahSyafiqTV2
1998–2001IdamanAmranAstro Ria
2004–2005KekawanBoyTV2
2004Gerak Khas (Musim 6)Episod: "Buli"
Begitulah CintaTV3 / RCTIDitayangkan di Indonesia
2007Kerana KarinaBoyTontonWeb drama
Salam Pantai TimurTV1
2008Novel Latifah
KL Menjerit The SeriesBellAstro Ria
PepayaMat SenoiTV3
2009Chef JoAzman
Ejen 008
SenarioPelbagai watak
Nabil & Co.TV9
2010Gerak Khas (Musim 12)SaniTV2Episod: "Suspek"
JidinDazurTV3
Ahmad DurrahJuki
HaniTajul
2011Antara Maghrib Dan Isyak
Kias RamadanKhuzaimiEpisod: "Lejen Raya"
2014SepaiPutatTV1
Bedah Vs JoyahSyak/ZamriTV9
2015Edisi KhasPelbagai watakTV3
Pengembaraan Jason MuradHamdanTV9
2016Aku Bukan BimboAzrulAstro Ria
Bibik-BibikkuEn ZamiTV3
Diari Cinta KitaHermanTV9
2017Gerak Khas (Musim 17)JokoTV2Episod: "Love Scam"
Joyah The SeriesSyak/ZamriTV9
Ops Cinta Din SardinAzam
Muzium MisteriShahTV3
2018Shah & ZamShah
Bedah vs JoyahSyak & ZamriTV9
SuriramAkhbarAstro Prima
2018–2019Misteri JenazahArman
2019Kereta SewaTV3
IktibarIqbalEpisod: "Tamak Haloba"
2020Cinta PediaDoktor CintaTV Okey
Uncle SecurityAngelD Ayu PicturesDrama pendek
Cikgu Ganti Dari KampungBell LocengAstro CeriaDrama pendek
One Two HantuAwesome TV
Ah How Putus CintaSaidin
U-Turn Ke SyurgaRumi
Pak Kodi 5G (Musim 1)TV3Pelakon undangan
Isteri MisteriGuardViu
Kampong Pisang Bersiri-siriBarkobaAstro Citra
2021Jenaka Kampung Kalut (J.K.K 6)MalikTV3Episod: "Homestay"
Hantu Van SewaAwesome TV
Sis Stars HotelBaharom
Keluarga Instafamous
Geng GajetBobAstro Ceria
Jom Mak, Raya KLRafiqTV3
B.T.S. – Bujang. Tampan. Selamba.TommyTV9
Layan LockdownAmyAwesome TVSitkom
2022Cinta AmnesiaLatefTV3
Mem & Bibik BibikBibik Rocky
Melodi Raya: MELO'DRAMA'DI RayaBudinUndangan khas
Pekan Kecil Kampung TerpencilAmin JTV1
2023Geng Daddy DaddyIskandarTV3
Presiden Kampung MortenMan TapauTonton
Misi SeramediAbuTV Okey
Bang... Maznah Datang...WanchoAwesome TV
Inspektor BabyfaceHelmiTV2
Hikayat Pak BelalangPak BelalangAstro Ceria

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
1992Dam Dam Dum[19]FikriTV1
Cinta Mastura[20]Fahmi
1996YB & Thuraya[21]TV3
1998Pa'eZulkifli @ Ajoi
2000Ramadan Yang Lepas
2002DemiVCD
2003NeonTokan
Paling ComelWartawan
Bukan Ku PintaTV3
Amukan PuakaVCD
2004See You Di IPTNorman
Syurga Di ManaHishamTV3
2005SutunShamsulAstro Ria
Jalil JuZikTV1
2006Anak Kerbau Mati EmakTawilTV1
2008Cinta Keropok LekorKhairilTV3
Merdeka Ajis Merdeka AjitAjis
2011Cinta Buta
Ku Hijrahkan DoaTV9
Sekering Jiwa AnteHamzah
2012Bedah Tong GasZamri
Bedah Tong Gas Nak RayaZamri
Bila Joyah Masuk TVSyak Wasangka Daud
Anakku GhazaliGhazali
Pendekar Durian LempukTirikhAstro Prima
2013Bedah Tong Gas MuflisZamreeTV9
Mana Kuali Opah?Suffian
Adi & MeonMeonTV2
2014Tingkat Atas Tingkat BawahRazmanTV9
Bila Joyah Dah GoyahSyak
Bila Joyah Jadi Jutawan
2015Joyah Tak Balik Malam Raya
Akhil Yang BakhilMat Din
PagarDollahTV3
Kerana LemangAjisTVi
2016Cintaku TerkailTV9
Kaki KipasShah
Dari Asar Ke IsyakTV2
Rongples RongtaimAkmalAstro Citra
Saka Ke Ni?DinTV9
Ok Bah Kalau KauTV3
2017SalingAjunTV1
Awak Kat Mana?TV9
16 PuasaNgasAstro First Eksklusif
Rindu Yang TertundaIbrahimTV1
Kalut Nak RayaAstro Ria
2018Din Sardin BerayaAzamTV3
Wan Peah Balik Beraya
Pengantin Lari Culik ArtisAstro Citra
201917 PuasaNgasriAstro First Eksklusif
Saya Jual Ye Bang
Mana Ada Hantu Malam RayaTV2
Gunting BhavanaSufianTV3
2020Terlajak SubuhZamTV1
2021Lagenda Puteri BulanLaksamanaAstro Ceria
Mache FusionChef MenoiqAwesome TV
2022Keranamu ErnieMat JanTV2
Kerusi KecilTV1

Televisyen sunting

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
1993Sampaikan SpecialsPengacara JemputanTV3Bergandingan dengan Azwan Ali[22]
2005-2006Diari Anak SeniPengacaraTV2Bersama Darling Ngasri
2006Melodi RayaPengacara JemputanTV3
2007-20083 Hari Dua BalamPengacaraTV9Bersama Intan Noorsaina
2010Simpang 3PelbagaiTV3
2018Di Balik Tawa (Musim 1)Artis JemputanAstro Warna
2020Bukan Calang-CalangPengacaraAwesome TVMengacara bersama Scha Alyahya
2021Riuh Family 2Awesome TV
Hijrahkan LagukuPengacaraTV AlHijrahMengacara bersama Faizal Ismail
2022Sepahtu Reunion Live Al-RayaAminAstro WarnaEpisod: "Sambutan Salah Niat"
Sembang Viral (Musim 2)Artis JemputanTV9Episod: "Mulut Laser"
2023MeleTOPPengacara JemputanAstro Ria
Inspirasi 2024PengacaraTV2Mengacara bersama Uyaina Arshad
2024MelodiPengacara JemputanTV3
Yak Yak Yey!PelbagaiAstro Warna

Peserta sunting

TahunTajukKumpulan
2011Maharaja Lawak Mega 2011Comel
2012Super Spontan 2012Beruang Comel
2014Maharaja Lawak Mega 2014Shake
2016Maharaja Lawak Mega 2016
2019Maharaja Lawak Mega 2019Rojak
2021Maharaja Lawak Mega 2021Tobat

Video muzik sunting

TahunTajuk laguPenyanyi
2022"24434"Floor 88

Anugerah dan pencalonan sunting

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusan
1992Anugerah Sri Angkasa 1992Aktor Pembantu TerbaikCinta MasturaTercalon
1998Anugerah Skrin 1998Aktor Pembantu TerbaikPa'eMenang
2021Maharaja Lawak Mega 2021Kumpulan Tobat (bersama Ropie, Ajak yang menggantikan Shuk Sahar menarik diri minggu ke-2)Minggu ke ke-10 (Akhir)Tempat Ke-5 (Finalis)
2022Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia[23]Aktor Versatil Pilihan MalaysiaAnugerah KhasMenang
2023Malam Healing ERAAnugerah KhasMenang
2023Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35Aktor Filem PopularTercalon
Artis Komedi PopularMenang
Bintang Paling Popular[24]Menang[25]

Rujukan sunting

  1. ^ "Nasrizal Ngasri (Bell) Kahwini Nur Fahana Muhamad Fauri (Syasya)". Syokkahwin.com. 2007-03-25. Dicapai pada 2008-06-09.
  2. ^ a b c d e Fariza Saidin (12 Oktober 2009). "Bangga lahir sebagai anak seni". Sinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2013.
  3. ^ "'Santapan' Bell". Kosmo!. 26 Oktober 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2008. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (5 September 2019). 'Saya bukan pelakon cerewet' Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
  5. ^ Ardini Sophia Sina (7 Mac 2018). Kerja jujur, ikhlas prinsip Bell Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  6. ^ Norhayati Nordin (23 Disember 2014). Guna dialog sendiri Harian Metro. Diperoleh pada 29 September 2014.
  7. ^ Ardini Sophia Sina (8 Mac 2018). Bell suka melawak Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
  8. ^ Nor Eryani Yusop (1 Oktober 2019). "Bell Ngasri tidak terkilan jadi tempelan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2019. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  9. ^ Norhayati Nordin (25 Julai 2023). "'Ayah saya paling popular' - Bell Ngasri". Harian Metro. Dicapai pada 27 Julai 2023.
  10. ^ "#Showbiz: My father is the most popular artiste - Bell Ngasri". NST Entertainment (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 26 Julai 2023. Dicapai pada 27 Julai 2023.
  11. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  12. ^ "Nasrizal, Nur Farhana langsung perkahwinan". Berita Harian. 31 Mac 2007. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  13. ^ "Bell, Shasha selamat diijab kabul". Harian Metro. 31 Mac 2007. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  14. ^ Norhashimah Mohd Radzali (25 November 2008). "Pelakon sah cerai talak satu". Berita Harian. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  15. ^ SS (17 Mac 2009). "Bell, Sasha sudah rujuk". Harian Metro. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
  16. ^ Zulkefli Ali (31 Mei 1993). "Ada Ada Saja papar unsur kekeluargaan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  17. ^ Ainul Zaharah (19 September 1994). "Two family dramas bow in on TV1". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  18. ^ Marina Abdul Ghani (17 Oktober 1995). "New series about a boy genius". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  19. ^ Azwani Abdul Ghani (9 Mac 1992). "Dam! Dam! Dum! mula ambil tempat di RTM". Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  20. ^ Ainul Zaharah (2 September 1992). "Nuke bomb hostages". The Malay Mail. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  21. ^ Hartati Hassan Basri (3 Jun 1996). "YB & Thuraya penuh simbolik". Harian Metro. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  22. ^ "Sampaikan special". New Straits Times. 22 Mac 1993. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  23. ^ "Bell Ngasri, Sheikh Muszaphar dinobat personaliti industri pilihan di APIUM 2022". Niaga Times. 4 Ogos 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2022.
  24. ^ Farihad Shalla Mahmud (31 Julai 2023). "Bell Ngasri menerima hadiah kereta jenis Mini Cooper Clubman S sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, DTC Motors Sdn Bhd di premis syarikat berkenaan di Jalan Ampang". Berita Harian. Dicapai pada 31 Julai 2023.
  25. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Julai 2023). "Rakyat Malaysia pilih Bell Ngasri Bintang Paling Popular". Berita Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2023.

Pautan luar sunting