Rita Rudaini

Pelakon dan model Malaysia

Rita Rudaini Mokhtar (lahir 11 April 1976) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem Mami Jarum Junior hingga memberikannya pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 pada tahun 2004.

Rita Rudaini
Kelahiran
Rita Rudaini binti Mokhtar

(1976-04-11) 11 April 1976 (umur 48)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1997–kini
Pasangan
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Peragawati sunting

Rita menyertai pertandingan Dewi Remaja 98/99, dan berjaya menjadi finalis. Namun beliau tewas kepada penyanyi pop Juliana Banos. Antara finalis lain pertandingan tersebut adalah Wardina Safiyyah dan Julia Hana. Rita pertama kali menjadi model untuk video muzik penyanyi Rem pada 1997. Dalam video muzik Selingkar Kasih itu, Rita melakonkan watak sebagai obsesi Rem.

Pada 1999, setelah dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja, Rita disunting pengarah tersohor, Yasmin Ahmad untuk muncul dalam iklan komersil PEPSI. Dalam iklan tersebut, Rita melakonkan watak sebagai rakan baik kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Turut berlakon dalam iklan tersebut ialah model Alan Yun. Nama Rita menjulang naik dalam bidang modeling lewat 1999 hingga 2006. Antara iklan komersil yang dilakonkannya adalah Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas, Astro Movie Package dan banyak lagi.

Sejak 2005, Rita dilantik menjadi wajah komersil produk Secret Garden. Rita berganding bersama pelakon Maya Karin, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz sebagai wajah kempen prabayar Celcom sejak 2008. Pada 2009, Rita menjadi salah seorang penggerak kepada promosi produk jualan langsung One Drop Perfume. Selain membantu promosi, Rita juga bergelar usahawan produk tersebut. Pada tahun 2010, Rita dan anak lelakinya Airit Rayyan telah dilantik menjadi duta produk ibu dan bayi serta wajah Rita digunakan untuk kempen Safi Rania Gold.

Televisyen dan filem sunting

Rita membina nama sebagai pelakon sejak tahun 2000. Drama pertama lakonannya adalah Dulang Wan Chu arahan Ismail Yaacob. Sejak itu Rita membintangi puluhan drama TV dan drama bersiri. Seringkali menjadi pilihan untuk memegang watak utama.

Di layar perak, Rita diperkenalkan menerusi filem Mendam Berahi, namun kutipan filem tersebut tidak memberangsangkan. Pada 2003, Rita muncul menerusi watak perempuan anak dara tua yang kepoh dalam filem Mami Jarum Junior yang melayakkan beliau tercalon untuk kategori Aktres Terbaik - Festival Filem Malaysia ke 17 bersaing bersama-sama Amy Mastura (Bintang Hati), Maya Karin (Pontianak Harum Sundal Malam), Janet Khoo (Paloh) dan tewas kepada Nasha Aziz (Trauma).

Namun pada 2003, Rita berselisih faham dengan David Teo serta syarikat pengurusan serta penerbitan filemnya Metroweath Movies Production setelah Rita menarik diri daripada memegang watak pembantu dalam filem Cinta Kolestrol (watak itu diganti oleh aktres Aleeza Kasim). Akibatnya, kerjaya lakonan Rita di layar perak mula suram akibat campurtangan beberapa pihak yang mempersoalkan isu kontrak Rita bersama produksi tersebut. Isu itu selesai secara baik, dan kerjaya lakonan Rita mula menyinar pada 2005 setelah membintangi drama Rafflesia. David Teo mula berhasrat untuk menyunting semula Rita untuk filem-filemnya pada 2007 setelah aktres itu kembali ke puncak populariti.

Pada 2008, Rita mencetuskan kontroversi apabila tidak menghadiri penggambaran filem Kantoi arahan Ahmad London. Perselisihan faham tersebut berakhir apabila Rita menarik diri dan digantikan oleh aktres Rozita Che Wan. Filem tersebut kini masih belum ditayangkan ekoran beberapa masalah.

Sepanjang menceburi bidang lakonan, Rita berpeluang bekerja dengan pengarah-pengarah seperti Rashid Sibir, Kabir Bhatia, Aziz Chunk Adnan, Amie Maziah, A Razak Mohaideen, Silver Chung, dan Feroz Khan. Banyak drama-drama dan filem lakonan Rita meraih anugerah seperti drama Rafflesia, Bicara Aur dan Tebing yang dinobatkan sebagai Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Seri Angkasa dan Anugerah Skrin. Sementara filem Cinta pula memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia.

Hero yang paling kerap digandingkan bersama Rita ialah aktor Rosyam Nor sejak drama kedua lakonan Rita iaitu Kabus & Sinar (2000) kemudian drama TV Daun Ketupat Kering (2006) serta drama bersiri kegemaran ramai seperti Biarku Sentuh Cintamu, Rozana dan Iris. Rita merupakan salah seorang heroin paling cocok buat Rosyam selain Umie Aida, Nasha Aziz & Eja.

Sejak 2009, Rita sering digandingan dengan aktor Singapura, Aaron Aziz.

Muzik sunting

Pada 2001, Rita turut serta dalam rakaman runut bunyi filem Mendam Berahi. Dua buah lagu beliau yang sempat diputarkan di corong-corong radio pada 2002 adalah Kekal & Terbanglah. Bakat nyanyian Rita mendapat kritikan positif daripada wartawan hiburan. Rita pernah merakamkan album solo pada 2002 diterbitkan oleh LY dan Sham Kamikaze, namun hanya sempat menyiapkan rakaman 6 buah lagu sebelum menghadapi masalah dengan syarikat rakaman, MIG Production. Ketika masih dalam proses rakaman, Rita pernah menyuarakan hasrat untuk merakamkan lagu-lagu yang berentak 'Amy Mastura'.

Kehidupan peribadi sunting

Rita yang aktif dalam bidang sukan ketika sekolah rendah merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama dan pernah berkhidmat sebagai pramugari Penerbangan Malaysia.

Pada 1999, ketika berusia 23 tahun Rita melangsungkan perkahwinan dengan pengulas sukan TV3, Akbar Shaari. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.

Rita kemudian berkahwin dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008. Aidil hanya berusia 21 tahun ketika itu, sementara Rita mencecah usia 32 tahun. Hasil daripada perkahwinan mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4. Namun, mereka bercerai pada tahun 2013.

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
1999BaraPelacur Carlos IFilem pertama, tidak dinamakan
2002Mendam BerahiAgen Sara
Mami JarumKak Rita
2003MistikAthirahbersama Cico Harahap, Farid Kamil & Uji Rashid
Mami Jarum JuniorKak Rita(Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik - FFM17
2004MakarNadhirah
2006CintaAirin
2014BalistikSalina
2015Love, SupermoonNina
2021Kerana Korona[1]Nur IzatiDitayangkan melalui Astro First kerana Perintah Kawalan Pergerakan 2.0
Rumah Madu Ku BerhantuSofea
2023Sumpahan Malam RayaCik AyuPenampilan khas
2024Mami Jarum KembaliKak Rita

Muzik Video sunting

TahunTajuk laguPenyanyi
1997"Selingkar Kasih"Rem

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2001GK3
Cik Tom Sdn Bhd
Wajah
Skuad ElitElina Mansor
2003Kutub Utara Kutub Selatan 2RohanaTV2menggantikan Nasha Aziz
2005Mentari JinggaAstro Ria
RafflesiaAkmaTV2Juga ditayangkan di KBS (Saluran TV Korea Selatan)
SimbiosisTV3
Biar Ku Sentuh Cintamu
2006Mengapa Harus Ada Cinta
Syair Untuk NajihahNajihah
Butakah CintaErra
Rafflesia 2AkmaTV2Juga ditayangkan di KBS (Saluran TV Korea Selatan)
NuraishaNuraishaTV3
Janji KekasihJuliaTV1
2007Datin DiariesDatin MollyTV3
Kau Yang Ku SayangAlia
Bicara Aur Dengan TebingMia
  • Drama Siri Terbaik Anugerah Skrin
  • Drama Siri Terbaik Anugerah TV Asean
RozanaRozanaTV3
2008Tangisan Bulan Madu (Musim 1)AmiraTV2
IrisIrisTV3
2009Cinta GilaAriannaAstro Prima
Rahsia HatiKamelia
2010Noktah ErnaErnaTV3
Jangan Bunuh Matahariku (Musim 1)SuriTV2
Pengantin Untuk DijualIndahAstro Box Office
2011Dan Bila EsokSyafieraTV3
Tangisan Bulan Madu (Musim 2)AmiraTV2
Jangan Bunuh Matahariku (Musim 2)SuriTV2
2012AmeeraAmeeraTV3
2013Sehangat AsmaraKamilia NajwaAstro Mustika HD
2013-2014Istidraj CintaSiti FatimahTV3
2014Azam Ramadan SuSu
2014-2015Satu HariLiaTV9
2016Ahli Mesyuarat Tingkap [2]ZaiTV3
Tak Beli Tak CintaBibi
2017Ketupat Rendang Brownies CoklatElynnadrama Panasonic Malaysia kerjasama dengan Media Prima Berhad.
Misi Laksa Dan LaksamFiza
2019Voice NoteMariam
Geng Mak MakKak DAstro Ria
Satu Hati Dua JiwaTV2
Seputih Cinta Rangbulan
2021Shah Alam 40000Datin RoseTV3
2022Akim & Mira: Kisah Cinta 1999Cikgu AzlindaAstro Ria
2023Kerasnya TakdirSharifah MasturaTV3
2024Racun RihannaMarya

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
1998Dulang Wan Chu
2000Kabus & Sinar
Hikayat
2001Teksi
Dalina
Rimba Berdarah
Tol Gate GirlMilahntv7
2002Salam Sally
Keranamu Durian
2003Paling ComelAyang
Wad 04
NeonLailaVCD
2004Cik Tom Wanita Besi
Tak Sangka No!
2005Buah Hati Mama
Topeng
Daun Ketupat KeringKak LongTV2
2006Kau Dihatiku
Mama Rock
2007WaliWaniAstro Ria
Satu Hati Dua Jiwa
Selimut PutihTV3
2009Jalan Pintas Ke Neraka
2010Tiupan Sangkakala
Lillahitaala
Selamat Datang Anak-anak Suamiku
2011Mesej Terakhir
Oh! HaramTV3
2012Telapak Syurga
Teratak Shamsiah
Di Bawah Langit Lazuardi
Syurga Di Mana?
Tersalah Cinta
Taubat Seorang SamsengFarahAstro Oasis
Anak LorongTV3
2013Antara Safa Dan MarwahAstro Prima
2014Pontianak Teng - TengIndah/PontianakTV3
2017Akak Mekanik
Bukan Cinta BiasaTV9
2018Datin GlamTV3
Penjaga Gol Itu Suami Aku
2019Alamak Boss!!TV Okey
2020Mak...Nak Peluk Boleh[3]SyafikahTV3
Pemuja RahsiaMak Su
Tiada Lagi [4]Datin Nureen Azalea
Milik Kita [5]Raisya Farhanantv7
2021Epilog: Aku Yang Kau Gelar IsteriNisaTV3
Bukan Cinta BiasaRaniaTV2
Keringat
2022Kerana Dia IsteriSuhana

Televisyen sunting

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2019All Stars Buka PanggungPesertaAstro Warna
2024MelodiPengacara JemputanTV3

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
TahunKategoriKeputusan
2003Pelakon Filem Wanita PopularTercalon
2005Pelakon TV/VCD Wanita PopularTercalon
2006Pelakon TV Wanita PopularTercalon
Pelakon Filem Wanita PopularTercalon
2007Pelakon TV Wanita PopularTercalon
2008Pelakon TV Wanita PopularTercalon


Festival Filem Malaysia
TahunKarya TercalonKategoriKeputusan
2003 (FFM 16)Mami JarumPelakon Harapan WanitaTercalon
2004 (FFM 17)Mami Jarum JuniorPelakon Wanita TerbaikTercalon

Pencapaian lain

  • Finalis - Pencarian Dewi Remaja 1998/99

Rujukan sunting

Pautan luar sunting