Azhar Sulaiman

Pelakon, pengacara, model, arkitek dan pereka Malaysia

Azhar Sulaiman (lahir 22 Julai 1971) merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka Malaysia.[1][2]

Azhar Sulaiman
Kelahiran (1971-07-22) 22 Julai 1971 (umur 52)
PekerjaanPelakon, pengacara, arkitek, pereka
Tahun aktif1989–kini
PasanganChempaka Emalin Pahamin (k. 1995)
Anak-anak3 (termasuk Kasih Iris Leona)
Ibu bapaSulaiman Ismail (bapa)
Wook Mat Adan (ibu)
HubunganPahamin Rajab (bapa mertua)

Kerjaya

sunting

Beliau mula berlakon pada tahun 1989 menerusi drama Cinta Dan Sayang bersama Norlida "Connie" Ahmad. Perjalanan kerjaya beliau sebagai pelakon TV dan filem berjalan serentak semasa beliau menuntut di ITM Manjung. Beliau juga ialah bekas finalis Hero Remaja 1990/1991 bersama Esma Daniel dan Badrul Muhayat, sekaligus memenangi tempat ketiga.

Di era 90an, Azhar merupakan antara pelakon lelaki terlaris memegang watak utama dalam filem-filem Melayu. Wajah tampannya menghiasi banyak filem-filem bergenre romantik dan drama. Filem Mira Edora menaikkan namanya sebagai pelakon popular dan kemudian mula meraih tumpuan menerusi filem Interlud gandingan bersama Sofia Jane dan filem Abang 92 bersama Deanna Yusof. Kedua-dua filem ini melayakkan Azhar tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) di usia yang sangat muda. Seterusnya Azhar muncul dalam filem Jimi Asmara dan Sayang Salmah. Menerusi Sayang Salmah Azhar memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin dan pada tahun 1995 bergelar Pelakon Filem Lelaki Popular (Watak Pembantu) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Azhar cukup popular dengan penyanyi/pelakon terkenal Amy Mastura apabila gandingan serasi mereka dalam Impian (1996), KLU (1999) dan Trauma (2004) meraih kutipan pecah panggung.

Beliau terus aktif berlakon disamping melakukan perkerjaan yang lain seperti bekerja sebagai arkitek sepenuh masa di Design Nexus Architect[3] dan mereka cipta set untuk drama dan filem. Beliau ialah arkitek untuk bangunan Studio Filem baru syarikat KRU di Cyberjaya dan juga pereka set untuk filem Cicakman terbitan KRU. Azhar Sulaiman pernah menjadi pengacara rancangan Kunci Khazanah musim pertama dan kedua. Perpustakaan Negara pernah menjadikan Azhar Sulaiman sebagai IKON Perpustakaan Negara untuk Kempen Bulan Membaca pada tahun 2008. Beliau kini juga sangat aktif didalam kerja kerja amal dan kemasyarakatan seperti memberi ceramah motivasi dan teknik kemahiran hidup kepada para pelajar sekolah dan juga universiti.

Kehidupan peribadi

sunting

Azhar merupakan anak bongsu daripada 14 beradik. Bapanya, Kapten Sulaiman Ismail ialah bekas tentera yang merupakan Ketua Platon Batu Malim.[4]

Pada tahun 1989, beliau memulakan pengajian dalam bidang Diploma Senibina di ITM Manjung, Perak Darul Ridzuan dan tamat sekitar tahun 1995. Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Newcastle Upon-Tyne, Newcastle, United Kingdom (UK) dalam bidang sama.[5]

Beliau berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995[6] dikurniakan tiga anak,[7] Kasih Leia Ixora (lahir 1998) dan dua anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin (lahir 2002).[8][9] Chempaka Emalin ialah anak sulung pengasas bersama AirAsia dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Pahamin Abdul Rajab @ Abdul Razak.

Filemografi

sunting
TahunTajukWatakCatatan
1990Mira EdoraFauziFilem pertama
Riang TiranaIkram
1992InterludHaris
Abang 92Imran Zainal Abidin
1995Bisikan CintaJohari
Jimi AsmaraA. Rafee
Sayang SalmahSalleh
1996ImpianZahari Azman
Litar KasihHisyam
1999KLUShahril
2000Senario LagiPelayan WarungPenampilan khas
2003Black MariaRazlan
2004TraumaHuzir
2006Cicak-ManPenjual Tiket
20071957: Hati MalayaAnwar Malek
2010BelukarEncik Hassan
Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami!Ayob
2012Jangan Pandang-PandangAbang Bob
2015Love, SupermoonAzman
2020Keluarga Iskandar The MovieKamarul (Abang Teh)
Bikin FilemZaidi Bahrom
2022RompakPakcik Kassim
TBAHarimau Malaya: The Untold StoryPos produksi
TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1989Cinta Dan SayangTV3Drama pertama
1993Keluarga IthninHaikal IthninTV1
Lepak [10]TV3
Roda-Roda KotarayaTV2
1993–1994Hawa [11]TV1
1996IdentitiTV3
Cinta KorporatAzhar
1997Cinta Antara BenuaZack
1999Romeo & JulietTV3Penampilan khas
2001–2002Astana IdamanSulaiman FirdausAstro Ria
2002Secarik Wajah RinduTV2
2005Mahligai GadingMustafa
2006Mya ZaraEzaharTV3
2007ManjalaraKamarul Azlan
2008Ayyad
BellaShah
Ampang MedikalAmir Shah Stephensntv7
2009Korban 44Astro Prima
Segalanya Ku TerimaAshraffTV3
E-Toyol.comDato Sabarudin
2010IlusiRashid
ChintaKamal
Suatu Ketika: Soldadu MerahAstro Citra
2011Samson & DelailaJamilTV3
Stanza CintaDr. Ikram
SoffiyaKamal
2011–20136 ProgresifKamalTV9
2012Citra JuwitaIhsan
Bukan BidadariRoyTV3
2012–2015Keluarga IskandarAbang TehAstro Prima, Astro Warna
2013KarlosIO MahadhirTV3
Terukir Di BintangChef Mukhriz
Plus OneCoach FairuzTV9
2013–2014Bukan Kerana Aku Tak CintaWahabAstro Mustika HD
20147 SuamiKamalTV9
Azam Ramadan SuHalimTV3
2015Hati PerempuanTuan IzuddinPelakon undangan
Dunia Generasi BaruRioTV9
2016Isteri Tuan IhsanSholehAstro Ria
2018Lafazkan Kalimah CintamuTengku HashimPelakon undangan
Alamatnya CintaHamzah
Gantung The SeriesUstaz Mohd ZahimAstro First
Cekelat HoneySuffianAstro Citra
2021Di Sebalik KasyafShamilTV3
2022Hantu Raya Pergi PerangBoss LawyerSookaPenampilan khas
Cinta Hilang KataDato AaronAstro Prima
Reen Putus CintaAwesome TV
HilangDato JamilViu
Budak Tebing 3BadassTV3
2023Projek: High CouncilFirdaus IsmetAstro Ria
BintangZubirTV3
Kau Yang Bernama SeriAriffinAwesome TVSitkom
Bunga, Aku TungguTuan SyukriTV3
Metro Crimes Series: Siapa Lelaki Itu?Tonton
2024Hawt FellasNasirTV3
Otai@KolejEncik ZafianTV1
Bercakap Dengan JunAstro Ria
Aku Bukan UstazahTuan HamidTV3

Telefilem

sunting
TahunTajukWatakSaluran TV
199825 Tahun 5 MinitTV3
2002Tarantula
2003Jangan Jadi TakVCD
NeonSungkai
2007Aku Bukan BuayaNTV7
2010Rahsia ShalizaHishamTV3
2011Sayang IkaAzmanTV2
2012Demi SuffianTV3
Mariam Kampung Putat
2015Aku Mahu Ke New York 1Dato' HishamAstro Ceria
Aku Mahu Ke New York 2
Cucuku Ustaz
MelroseHusseinAstro Citra
Bila Ajal MenantiHazmanTV AlHijrah
2016Bila Kau TiadaTV1
2017Di Pintu SyurgaTV3
Raya DivaAstro Warna
2023Demi MasaSyamTV3

Televisyen

sunting
TahunTajukPerananSaluran TV
1992Lagu Popular Minggu IniPengacara (bersama Maria Farida)TV1
2005Kunci Khazanah (Musim 1)PengacaraAstro Ria
2015Harta Dalam Stor (Musim 1)

Seni bina

sunting

Sebagai arkitek, beliau terlibat didalam beberapa Projek Senibina semasa bekerja di Firma Arkitek di Malaysia dan London United Kingdom. Ketika di London, Azhar telah bekerja di Firma Arkitek Norman Foster and Partners yang mana ianya sebuah Firma Arkitek yang terkenal di United Kingdom dan Eropah.Bermula dengan jawatan sebagai Pembantu Teknikal kepada Arkitek Senior dan kini memegang jawatan Associate di Firma Arkitek tempatan.Telah terlibat secara langsung didalam beberapa projek didalam dan luar negara.

Syarikat seni bina

sunting
  • Designworks Architects - Kuala Lumpur 1993
  • Norman Foster and Partners - London 1999
  • Macroworks Malaysia - Kuala Lumpur 2002
  • Design Nexus Architect - Kuala Lumpur 2004
  • Adifazli Architect - Kuala Lumpur 2011

Senarai projek

sunting
  • TNB Power Station and Office Manjung Perak
  • Bungalow for Dr Syed Hussien Al Attas Kelana Jaya
  • TNB Resort at Fraser's Hill
  • 5 storey Shopping Complex for MKland Langkawi
  • 4 units of 2 storey Luxury Bungalows for Dato Pahamin Kuala Lumpur
  • 2 storey Luxury Bungalow for Dr Asbi Gita Bayu Selangor
  • Drive thru payment kiosk for Celcom Headquaters Jalan Semarak KL
  • 4 storey Luxury Bungalow for Tengku Abdullah of MAA Bukit Tunku
  • 2 storey office for Pahang Royalty Ampang selangor - Shahzan Office
  • Film Set for Cicakman KRU Pictures
  • Interior Design set for TV series Astana Idaman (300 episodes)
  • Set Designer for science fiction drama Hologram Kuasatek Pictures
  • Swiss Re Building London
  • LLoyds Bank London
  • Albion Wharf Apartment London
  • Cosmos Tower
  • 3 units Commecial Buildings at London Bridge London (Behind London Mayor's Office)
  • Sainsbury Headquaters London
  • PLOT-ONE 7 storey luxury office block Tower Bridge London
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Takzim
  • KRU Studios Cyberpoint 6,Persiaran Cyberpoint Selatan.
  • Malaysian Airline Ticket Sales Office /Regional/World
  • Malaysia Airline Premium Check In Counter/Section at Level 5 KLIA
  • The In Colonial Restaurant at The Intermark Kuala Lumpur.
  • Renovation for Pawagam P Ramlee Finas
  • Renovation for Ground floor Level at Finas
  • Dato Bung Mohktar Residence
  • Diandra Boutique at Neo Damansara
  • Office for Jalena Rejab at Kota Damansara
  • Film Set for Terang Pictures Sdn. Bhd.
  • Office for Terang Bulan Sdn. Bhd.
  • Film Set (hospital) for Feroz Kader

Anugerah dan pencalonan

sunting
  • Olahragawan Sekolah Rendah dan Menengah untuk tahun 1982,1985,1986 dan 1988
  • Tempat Pertama Pertandingan Saintis Muda Pahang 1982
  • Pingat Emas Lumba Basikal Tertutup Pahang 1983
  • Pingat Gangsa Acara Masa Perseorangan Lumba Basikal Kejohanan Lumba Basikal Sultan Haji Ahmad Shah,Pahang.
  • Tempat Pertama Pertandingan Mereka Cipta Dataran Sultan Azlan Shah Perak Darul Ridzuan.
  • Tempat Pertama Pertandingan Mereka Cipta Terminal Bas dan Tempat Makan Awam di Bandar Ipoh,Perak Darul Ridzuan.
  • Tempat Pertama Pertandingan Mereka Cipta Bangunan Pencakar Langit COSMOS. London United Kingdom.
  • Tempat Pertama Pertandingan Mereka Cipta Bangunan Sainsbury.London United Kingdom.
  • Tempat Pertama Explorace Media Hiburan 2005
  • Tempat Pertama Explorace TV3+Media Hiburan 2007
  • Anugerah Pelakon Pembantu Paling Popular 1996
  • Anugerah Pelakon Paling Kacak Media Hiburan
  • Hero Remaja 1990/1991 (ke 3)

Rujukan

sunting
  1. ^ Hanisah Selamat (10 Ogos 2018). Jangan hidup dalam fantasi Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2019.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Ogos 2015). Azhar tidak berhasrat mengarah Harian Metro. Dicapai pada 10 Ogos 2015.
  3. ^ Tiru istana lama Diarkibkan 2017-11-07 di Wayback Machine Utusan Malaysia (8 Mac 2009). Dicapai pada 14 Jun 2010.
  4. ^ Salehudin Mat Rasad (24 September 2022). "Dua pelakon bangga nama ayah, datuk diabadi di Tugu Peringatan Force 136 di Kem Puncak Mas". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 September 2022.
  5. ^ Tengoklah sendiri salinan ijazah tu - Azhar Sulaiman Berita Harian Dicapai pada 5 April 2020
  6. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3155416/pengantin-terus-belajar
  7. ^ Mohd Al Qayum Azizi (30 Julai 2018). "Tak payah cepat melenting" - Azhar Sulaiman mStar Online. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  8. ^ Netizen puji anak dara Azhar Sulaiman cantik macam Fazura Astro Awani (4 September 2018). Dicapai pada 4 September 2018.
  9. ^ Najiy Jefri (11 Mac 2019). Azhar Sulaiman cemas sekejap Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2019.
  10. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2443274/tuah-azhar
  11. ^ https://www.klik.com.my/item/story/631382/new-season-of-family-drama-hawa-

Pautan luar

sunting