Astro Shaw

Syarikat penerbitan filem Malaysia

Astro Shaw Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.

Astro Shaw Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriPerfileman
Ditubuhkan4 November 1996; 27 tahun yang lalu (1996-11-04)
Ibu pejabatBukit Jalil, Kuala Lumpur
Kawasan perkhidmatan
Tokoh pentingRaja Jastina Raja Arshad (Ketua Astro Shaw & Nusantara)
Norsalvina Alwee @ Vee (Ketua Pemasaran & Pengedaran)
Kyle Goonting (Ketua Pembangunan Filem)
Wee Sher Leen (Ketua Kandungan Strategi)
Chua Pei Pei (Ketua Kewangan & Pentadbiran)
Anwari Ashraf bin Hashim (Ketua Writers' Room)
Sarimah Ibrahim
Faizal Fauzi
Zahirah Abdul Rahim
Perkhidmatan
  • Penghasilan filem
  • Pemasaran filem
  • Pengedaran Filem
Syarikat indukAstro Malaysia Holdings Berhad
Pembahagian
Tapak webhttp://www.astroshaw.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.

Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem blockbuster tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan box office tempatan apabila berjaya menjadi filem pertama mendapat kutipan sebanyak lebih daripada RM 30 Juta[1]. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan box office melebihi RM 100 Juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.

Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya. Astro Shaw juga menerbitkan bersama, mengedar dan memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie pada tahun 2022 dan memecahkan rekod kutipan tertinggi filem animasi Malaysia sepanjang masa.

Polis Evo 3[2] berjaya mendapatkan kutipan tertinggi blockbuster untuk filem di bawah terbitan atau edaran Astro Shaw dengan kutipan sebanyak RM50 juta dalam masa 24 hari sahaja diikuti oleh Hantu Kak Limah, Mechamato Movie, MALBATT: Misi Bakara dan PASKAL The Movie.

Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.

Sejarah

sunting

Astro Shaw

sunting

Ditubuhkan pada tahun 4 November 1996 di bawah jenama Astro Shaw, tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang cemerlang. Astro Shaw menghasilkan filem pertamanya pada tahun 1998 bertajuk Nafas Cinta. Filem yang dibintangi oleh Awie itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka peluang bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem The Journey yang berjaya menggondol beberapa anugerah dalam festival filem tempatan.

Pada tahun 2014 pula, Maindhan menjadi filem Bahasa Tamil pertama yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Bukan sahaja di Malaysia, malahan filem ini ditayangkan di pawagam negara Singapura dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mendapat kutipan box office tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem Vedigundu Pasangge pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Veedu Productions Sdn Bhd.

Filem Polis EVO yang berjaya mencatat sejarah apabila menjadi filem nombor 1 negara pada tahun 2015 dengan kutipan RM17.74 juta.

Box Office

sunting

Sekitar tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Walaubagaimanapun, pada tahun 2014, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dan telah menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan dengan melepasi aras kutipan RM15 juta melalui filem The Journey (RM17.28 juta). The Journey merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta box office tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat penghasilan filem lain di Malaysia. Pada tahun 2015 pula, Astro Shaw sekali lagi mengekalkan rekod sebagai filem nombor 1 negara apabila filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar dan penerbit Joel Soh mendapat kutipan sebanyak RM17.74 juta dan menjadi filem Melayu pertama mendapat kutipan lebih RM15 juta.

Manakala pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar dalam kutipan box office tempatan kepada sejumlah RM 170 Juta melalui kutipan daripada 49 buah filem yang ditayangkan. Astro Shaw menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan memegang sebanyak 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan box office yang mengagumkan melebihi RM 103 juta yang diperoleh melalui 4 filem blockbuster, antaranya Hantu Kak Limah[1] (RM 36.4 Juta), Dukun (RM 12 Juta), PASKAL (RM 30.08 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 22.45 Juta).

Berikutan tahun yang bersejarah itu, Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem blockbuster yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan kutipan sebanyak RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan boxoffice di tanda aras RM30 juta sekaligus memecahkan rekod filem box office negara.

Polis Evo 3[2] berjaya mencipta sensasi dan sejarah apabila menjadi filem dengan kutipan tertinggi bagi terbitan dan edaran Astro Shaw dengan jumlah sebanyak RM54 juta setelah 8 minggu. Ini sekaligus mengukuhkan jenama Astro Shaw sebagai peneraju syarikat perfileman tempatan.

Filem Ola Bola terbitan Astro Shaw bersama Multimedia Entertainment dan Golden Screen Cinemas yang berjaya bertanding di Festival Filem Far East.

Pengiktirafan

sunting

KL Menjerit merupakan filem pertama dihasilkan oleh Astro Shaw yang memenangi anugerah pada tahun 2003. Filem ini memenangi 8 kategori untuk Festival Filem Malaysia ke-16 termasuk Filem Terbaik dan 2 lagi kategori di Anugerah Skrin TV3.

Berikutan kejayaan KL Menjerit, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 170 anugerah dari festival filem tempatan dan antarabangsa. Filem keluaran Astro Shaw, The Journey dan Ola Bola dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Far East.

Perlaburan Filem Antarabangsa

sunting

Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa telah mendapat pujian pelbagai pihak. Sebagai contoh, filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, Cemetery of Splendor, yang ditayangkan di Un Certain Regard, salah satu seksyen Festival Film Cannes 2015 telah berjaya memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya, pengarah daripada Indonesia yang bertajuk Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak membuat debutnya di Director’s Fortnight Section di Cannes. Manakala, The White Girl, filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw untuk menapak di dalam industri perfileman Asia Utara, dan filem tersebut dipertandingkan dalam Festival Filem London pada tahun 2017.

Selain itu, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, The Garden of Evening Mists telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horse ke-56.

Pada tahun 2022, Astro Shaw telah melabur dalam penghasilan 5 filem Indonesia iaitu Ben & Jody, Mencuri Raden Saleh[3], Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Qodrat. Kesemua filem ini mendapat pujian positif oleh rakyat Malaysia hasil kualiti filem tersebut.[4] Ini secara tidak lanngsung mengukuhkan perantaraan Malaysia dan Indonesia dalam industri perfileman.

Perkembangan Perniagaan

sunting

Astro Shaw telah terlibat dalam industri perfileman bukan sekadar melalui penghasilan filem, malah ia juga merupakan rakan kongsi yang kukuh dalam pemasaran dan pengedaran filem di Malaysia mahupun antarabangsa. Sebagai contoh, filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof terbitan utama Skop Productions memilih Astro Shaw sebagai rakan pemasaran filem tersebut. Salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem yang dipasarkan serta diedarkan oleh Astro Shaw.

Pada tahun 2022, Astro Shaw bekerjasama dengann Visinema Pictures di Indonesia untuk mengembangkan perniagaan pembuatan filem. Hasil daripada kolaborasi tersebut, 4 filem terbitan bersama dikeluarkan pada tahun sama.[5]

Selepas kejayaan box office yang dialami dalam filem tersebut, mereka diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menerbitkan bersama[6] serta memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie dan berjaya mendapat kutipan sebanyak RM35.88 juta menjadikan sebagai filem animasi Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[7]

Mereka menjadi produksi utama filem kanak-kanak Didi & Friends The Movie terbitan bersama Warnakala Studios dan Digital Durian.[8]

Astro Shaw telah menjadi salah satu produksi dalam penerbitan salah satu filem termahal Malaysia, MALBATT: Misi Bakara bersama Berjaya Pictures, ACT 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Invesments Limited dan Golden Screen Cinemas arahan Adrian Teh dengan kos RM20 juta.[9]

Dengan memanfaatkan perhubungan rakan kongsi serantau dan antarabangsa sedia ada, Astro Shaw sentiasa meneruskan usahanya untuk mencari pasaran baharu yang berpotensi untuk mengedarkan filem-filem tempatan selain membuka jalan buat filem antarabangsa untuk memasuki pasaran Malaysia.

Program Writers' Room

sunting

Astro Shaw memimpin barisan hadapan dalam mendandan penceritaan oleh bakat tempatan melalui formasi oleh pihak penulisnya sendiri yang diketuai oleh Anwari Ashraf. Matlamat ahli pasukan ini bertumpu kepada pembangunan cerita serta idea daripada kreativiti bakat tempatan dan pencarian untuk menghasilkan cerita yang menarik bukan sahaja sesuai untuk tontonan tempatan, malahan antarbangsa. Antara filem yang menggunakan Writers' Room ialah filem Pusaka dan Rahsia. Kedua-dua filem tersebut merupakan filem seram terbitan utama Astro Shaw.

Melayu

sunting
TahunTajukPengarahGenrePulangan KasarPenerbit
1998Nafas CintaJailani Abdul GhaniRomantik, DramaRM 255,102.00
2007Diva[10]Sharad SharanMuzikalRM 213,245Produksi utama ialah Astro Shaw dan Tarantella Pictures manakala Buena Vista Columbia Tristar Films (kini Sony Pictures Malaysia) sebagai pengedar
2008Tipu Kanan Tipu KiriSharad SharanRomantik, Komedi, DramaRM 623,546.25Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2010Lagenda Budak SetanSharad SharanDramaRM 4,382,008Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2011Sini Ada HantuJames LeeSeram, KomediRM 1,602,654Dengan kerjasama Double Vision
Ombak RinduOsman AliDramaRM 1,1042,009Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2012Hoore! Hoore!Saw Teong HinMuzikal, DramaRM 353,837.50Dengan kerjasama Real Films
Untuk Tiga HariDato' Afdlin ShaukiRomantik, DramaRM 785,805.25Produksi utama ialah Astro Shaw dan Tarantella Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Lagenda Budak Setan 2: KaterinaSharad SharanRomantik, DramaRM 2,106,378Produksi utama ialah Astro Shaw dan Tarantella Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
2013Bikers KentalHelmi YusofKomedi, DramaRM 2,727,880Dengan kerjasama Califwork Studios
PenanggalEllie SuriatiSeramRM 2,731,732Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Tayangan Unggul
Papadom 2Dato' Afdlin ShaukiKomediRM 623,612Dengan kerjasama Ismail Holdings dan Vision Works
2014Kami HisteriaShamyl OthmanSeram, KomediRM 874,152.50Dengan kerjasama Marna Films dan Redfilms
Apokalips XAllahyarham Mamat KhalidAksi, DramaRM 260,197Dengan kerjasama Tayangan Unggul dan Naga VXS
Lagenda Budak Setan 3: KasyahSharad SharanRomantik, DramaRM 1,320,327.00Produksi utama ialah Astro Shaw dan Tarantella Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Amir dan Loqman Pergi ke LautAllahyarham Mamat KhalidKomedi, DramaRM 310,850Produksi utama ialah Astro Shaw dan Greenlight Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Manisnya Cinta Di CappadocciaBernard ChaulyRomantik, DramaRM 1,797,505.81Produksi utama ialah Astro Shaw, Global Station dan Redfilms manakala GSC Movies sebagai pengedar
Terbaik dari LangitNik Amir MustaphaKomedi, DramaRM 474,660Produksi utama ialah Astro Shaw dan Playground Productions (kini Playground Films) manakala GSC Movies sebagai pengedar
2015Suamiku, Encik Perfect 10!Feroz KaderRomantik, DramaMY: RM 3,025,971.88

Brunei: RM147,374.75

Produksi utama ialah Astro Shaw dan Global Station manakala GSC Movies sebagai pengedar
Cicakman 3Datuk Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu BakarAdiwira, Aksi, KomediMY: RM 2,555,988.77

Brunei: RM42,400.80

Produksi utama ialah Astro Shaw, Grand Brilliance dan KRU Studios manakala Primeworks sebagai pengedar bersama TGV Pictures
Pilot CafeOsman AliRomantik, DramaMY: RM 1,987,987.01

Brunei: RM85,369.03

Produksi utama ialah Tarantella Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Polis EvoGhaz Abu BakarAksi, KomediRM 17,724,178.87

Brunei: RM342,915.00

Dengan kerjasama Tayangan Unggul
2016Langit CintaOsman AliRomantik, DramaMY: RM 665,768.70

Brunei: RM109,224

Dengan kerjasama Nuansa Sdn. Bhd.
Ola BolaChiu Keng GuanDrama, Patriotik, SukanRM 16.67 JutaProduksi utama ialah Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Woohoo Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Aliff Dalam 7 DimensiFaisal IshakAksiMY: RM 1,702,168.75

Singapura: RM 39,024.00

Dengan kerjasama ChainFX dan Tayangan Unggul
Dukun Doktor DaniSabri YunusDramaMY: RM 69,182.55

Brunei: RM 1,465.67

Singapura: RM 4,216.00

Dengan kerjasama Balang Rimbun
2017Kimchi Untuk AwakMichael AngRomantik, KomediMY: RM 1,139,912.69

Brunei: 82,179.95

Dengan kerjasama Dark Wave Pictures
Kau Yang SatuOsman AliDramaDengan kerjasama Global Station dan Nuansa
Abang Long Fadil 2[11]Syafiq YusofAksi, KomediMY: RM 18,122,481.65

Brunei: RM207,095.50

Singapura: RM104,317.00

Dengan kerjasama Skop Productions
Bisik Pada LangitKabir BhatiaDramaDengan kerjasama Nusantara Seni Karya dan Filmscape
Tombiruo: Penunggu Rimba[12]Seth Larney dan Nasir JaniAksi, DramaMY: RM 8.032,052.72

Brunei: RM49,556.25

Singapura: RM47,777.04

Dengan kerjasama Kumpulan Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan
2018BuskerSyed Khairul Fariz Syed Khairuldin (Kye Fariz)Romantik, MuzikalMY: RM 98,809.97

Brunei: RM4,458.76

Singapura: RM142.90

Dengan kerjasama Tayangan Unggul
KL Special ForceSyafiq YusofAksiRM12.1 jutaProduksi utama ialah Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios manakala Astro Shaw sebagai rakan pemasaran
Hantu Rumah Sakit JiwaMichael AngSeram, KomediKeluaran Astro First : RM 422,977.5Dengan kerjasama Tayangan Unggul
Dukun[13]Dain SaidSeram, NgeriMY: RM 9,933,035.76

Brunei: RM214,982.8

Singapura: RM389,067.24

Hantu Kak LimahAllahyarham Mamat KhalidKomedi, SeramRM 36,626,906.59Dengan kerjasama Infinitus Gold
Paskal[14]Adrian TehAksi, PatriotikRM30.08 jutaProduksi utama ialah Astro Shaw, Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Granatum Ventures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Polis Evo 2[15]Joel Soh dan Andre ChiewAksiRM22.45 jutaDengan kerjasama Surya Citra Media dan Blackflag
2019Misteri DilailaSyafiq YusofMisteri, SeramRM9.4 jutaDengan kerjasama Skop Productions
BoBoiBoy Movie 2[16]Nizam RazakAnimasi, Adiwira, Aksi, KomediAsia: RM30 juta (termasuk MY)

MY: RM29.6 juta

Dengan kerjasama Animonsta Studios
SangkarKabir BhatiaDrama, AksiRM12 jutaDengan kerjasama Primeworks, MM2 Entertainment dan Infinitus Gold
M For MalaysiaDian Lee dan Ineza RoussileDokumentariKolaborasi bersama Project M Media
PusakaRazaisyam RashidSeramRM13.7 jutaDengan kerjasama Director's Think Tank dan Alpha 47 Films
WiraAdrian TehAksiRM7.6 jutaProduksi utama ialah Astro Shaw, Primeworks Studios, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan ACT 2 Pictures, manakala GSC Movies sebagai pengedar
2020Bulan dan Pria TerhebatGhaz Abu BakarAksi, KomediRM4 jutaDengan kerjasama Nizra Entertainment dan Skop Productions
Eye On The BallChen Yih WenSukan, DokumentariKolaborasi bersama Star Media Group dan CIMB Foundation sebagai produksi manakala Astro Shaw sebagai pengedar bersama TGV Pictures
Manap KaraokeAllahyarham Mamat KhalidKomediDengan kerjasama Enjit Enjit Semut
Mulut MasinRazaisyam RashidSeram, KomediDengan kerjasama Alpha 47 Films
Saka Nan SepiRazaisyam Rashid dan Azri AzmanKomedi, SeramDengan kerjasama Alpha 47 Films
2021Kerana KoronaKabir BhatiaDrama, KeluargaDengan kerjasama Wildsnapper TV
Penunggang AgamaSyafiq YusofSeram, Ngeri, AgamaDengan kerjasama Skop Productions
18 Puasa Di Kampong PisangAllahyarham Mamat KhalidKomedi, AgamaDengan kerjasama Enjit Enjit Semut
Kampong Pisang Musikal Raya IstimewaAllahyarham Mamat KhalidKomedi, MuzikalDengan kerjasama Enjit Enjit Semut
ChomelJason ChongKomedi, KeluargaDengan kerjasama Double Vision
Penunggang Agama 2Syafiq YusofSeram, Ngeri, AgamaDengan kerjasama Skop Productions
2022Kampong Pisang Berbuah Dua KaliAmen KhalidKomedi, SeramDengan kerjasama Enjit Enjit Semut
JuangAziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman AliDramaRM500 ribuDengan kerjasama Suhan Movies & Trading, Asia Tropical Films, The Film Engine, Web TV Asia dan FilmForce
Abang Long Fadil 3[17]Syafiq YusofAksi, KomediRM25 jutaDengan kerjasama Skop Productions
Talbis IblisKabir BhatiaSeramRM4 jutaDengan kerjasama Infinitus Gold, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment dan Chain FX
Mechamato Movie[18]Nizam RazakAnimasi, Adiwira, Aksi, Cereka sains, PengembaraanMY: RM 35.88 jutaDengan kerjasama Animonsta Studios
2023Didi & Friends The MovieAkmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal AriffinAnimasi, Muzikal, PengembaraanMY: RM8.144 jutaDengan kerjasama Warnakala Studios dan Digital Durian
Polis Evo 3[19]Syafiq YusofAksi, KomediRM55 juta (RM54 juta + RM1 juta kutipan Astro First)Dengan kerjasama Skop Productions, TGV Cinemas dan Blackflag
Merewang Keluarga Pak AwangAdlin Aman RamlieKomedi, KeluargaDengan kerjasama Infinitus Gold
Rahsia[20]Shamyl OthmanSeramRM6 jutaDengan kerjasama Five Star Trading dan Kuman Pictures
MALBATT: Misi Bakara[21]Adrian TehAksi, Perang, PatriotikRM34 jutaProduksi utama ialah Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Berjaya Pictures, Aurum Investments, ACT 2 Pictures dan Fast Bikes manakala GSC Movies sebagai pengedar
Geng Sakau vs. Hantu Ting TongWan HafizSeram, KomediDengan kerjasama KRU Studios
Adiwiraku 2: The Gemencheh BoysEric Ong dan Jason ChongDrama, Biografi, SukanDengan kerjasama SOL Pictures dan GV Corporates Advisory
2024Sheriff: Narko IntegritiSyafiq YusofMisteri, AksiDengan kerjasama Skop Production
The ExpertsAndre Chiew dan Nazim ShahAksi, JenayahDengan kerjasama Blackflag dan TGV Cinemas
Baik Punya Ah LongDato' Afdlin ShaukiKomediDengan kerjasama Vision Works
Don DukunWan HafizKomedi, SeramDengan kerjasama Infinitus Gold
2025P.A.P.A. Game OnNizam RazakAnimasi, Keluarga, PengembaraanDengan kerjasama Animonsta Studios
Keluang ManAnwari AshrafAdiwira, Aksi, KomediDengan kerjasama Pasal Productions
Projek: KaharRazaisyam RashidAksi, DramaDengan kerjasama Pasal Productions dan Alpha 47 Films
KhawarijSyamsul YusofSeram, AgamaDengan kerjasama Syamsul Yusof Films
BoBoiBoy Movie 3Nizam RazakAnimasi, Adiwira, Aksi, KomediDengan kerjasama Animonsta Studios
Akan diumumkanMusytariNadiah HamzahCereka sainsDengan kerjasama Wayangworks
Geran 2Areel Abu Bakar dan Joel SohAksiDengan kerjasama Blackflag dan Layar Pictures
Tanah KuburRashid SibirDrama, AgamaDengan kerjasama Opera Klasik, Alkahfi Pictures, Greenlight Pictures dan Da Huang Pictures
VektorDain SaidCereka sainsDengan kerjasama Apparat, Kinovisuals dan GSC Movies
Bulan dan Pria Terhebat 2Dr. Vimala PerumalAksi, KomediDengan kerjasama Nizra Entertainment, Veedu Production, Screenplay Films dan KawanKawan Media
Pi Mai Pi Mai Tang Tu The MovieShamyl OthmanKomediDengan kerjasama Cinematic Pictures, Redfilms dan KL Motion Pictures

Inggeris

sunting
TahunTajukGenrePengarahPulangan KasarPenerbit
2009Sell Out!KomediYeo Joon Han
2020The Garden of Evening MistsDramaTom Lin Shu-YuDengan kerjasama CJ Entertainment & HBO Asia
2024Zan Orangutan: Going BananasAnimasiNorman Abdul HalimDengan kerjasama KRU Studios
TahunTajukGenrePengarahPulangan KasarPenerbit
2014MaindhanAksi, KomediC. KumaresanRM 903,550.00Dengan kerjasama CK Films & SS Wawasan
2018Vedigundu PasanggeDrama, KomediDr. Vimala PerumalDengan kerjasama Veedu Production
2024Neer Mel NeruppuDramaShanjhey Kumar PerumalDengan kerjasama Skyzen Studios

Cina (Hokkien, Kantonis dan Mandarin)

sunting
TahunTajukGenrePengarahPulangan KasarPenerbit
2010WoohooKomediChiu Keng GuanRM 4,205,397.50Dengan kerjasama Woohoo Pictures
2011Great DayDrama / KomediChiu Keng GuanDengan kerjasama Woohoo Pictures
Claypot Curry Killers / Spicy KillersSlasher / ThrillerJames Lee
2012Ghost BuddiesSeram / KomediSimon SekRM 1,095,623Dengan Kerjasama Double Vision Pictures
2013Paper MoonRomantik / KomediStanley LawRM 171,539Dengan Kerjasama Double Vision Pictures & Passion Music & Entertainment
Once Upon A TimeKomediSilverRM 5,589,030Dengan Kerjasama The Film Engine
2014The JourneyDramaChiu Keng GuanRM 17,245,191.50Dengan kerjasama Woohoo Pictures
In The DarkSeramYeo Joon HanRM 888,004.40Dengan Kerjasama Amok Films
2017You Mean the World to MeDramaSaw Teong HinMY: RM 1,278,376.65

Singapore: RM7,690.50

Dengan Kerjasama Real Pictures
2018Think Big BigKomedi / DramaChiu Keng GuanMY: RM 5,329,298.97

Brunei: RM12,405.00

Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, MM2 Entertainment & Woohoo Pictures
2023Ma, I Love YouDramaChiu Keng GuanRM1.2 jutaDengan kerjasama Multimedia Entertainment & Woohoo Pictures
2024GoldBiografi / SukanAdrian TehDengan kerjasama ACT 2 Pictures

Indonesia

sunting
TahunTajukPengarahGenrePulangan KasarTerbitan
2017Marlina Si Pembunuh Dalam Empat BabakMouly SuryaDrama, Thriller, BaratDengan kerjasama Cinesurya Pictures, Kaninga Pictures, Shasha & Co. Productions & Hooq
2019Bumi Itu BulatRon WidodoDramaDengan kerjasama Inspiration Pictures, Ideosource Entertainment & GP Ansor
Dua Garis BiruGina S. NoerDramaProduksi utama ialah StarVision Plus & Wahana Kreator manakala Astro Shaw sebagai pengedar
Hiruk-Piruk Si Al-KisahYosep Anggi NoenDramaProduksi utama ialah Angka Fortuna Sinema, KawanKawan Films & Limaeman Films manakala Astro Shaw sebagai ko-produksi bersama Andolfi & Go-Jek
2020Nanti Kita Cerita Tentang Hari IniAngga Dwimas SasongkoDramaKolaborasi bersama Visinema Pictures, IDN Media, Blibli dan XRM Media
2021BackstageGuntur SoeharjantoDrama, Keluarga, MuzikalDengan kerjasama Ideosource Entertainment, Paragon Pictures, Endeavor Content & NFC Indonesia
2022Ben & JodyAngga Dwimas SasongkoAksi, Pengembaraan, Drama, Thriller, FantasiDengan kerjasama Visinima Pictures, Jagartha & Blibli
Keluarga Cemara 2Ismail BasbethDrama, Keliarga
Mencuri Raden Saleh[3]Angga Dwimas SasongkoAksi, Jenayah, Drama
Jagat ArwahRuben AdrianPengembaraan, Fantasi, SeramDengan kerjasama Visinema Pictures, Infinite Frameworks Studios, Jagartha & Blibli
QodratCharles Gozali & Imron AyikayuAksi, Drama, Seram, Fantasi, ThrillerDengan kerjasama Magma Entertaiment, Rapi Films, Ideosource Entertaiment, Caravan Studio & Dunia Mencekam Productions
TahunFilemGenrePengarahKutipanPenerbit
2015Rak ti Khon Kaen (tajuk Inggeris Cemetery of Splendor)Drama, Fantasi, MisteriApichatpong WeerasethakulProduksi utama ialah Kick the Machine, Illumination Films & The Match Factory manakala Astro Shaw sebagai ko-produksi bersama 8 syarikat lain

Televisyen (Siri Astro Originals)

sunting

Melayu

sunting
TajukTayanganKeluaran asalRangkaianMusimEpisodStatus
DO[S]A: The Sacred Sin201814 Februari 2018 (2018-02-14)Astro First (saluran 480)18Tamat
Kampong Pisang Bersiri-siri2020 – 20217 Disember 2020 (2020-12-07) – 8 Mac 2021 (2021-03-08)Astro Citra14
Projek: Anchor SPM2021 – kini15 Mac 2021 (2021-03-15) – kini28Berjalan
I-Tanggang: Mother of All Lies13 September 2021 (2021-09-13) – kini12Musim 2 Episod Order
Dukun Diva: They Put The Sham In Shaman2021 – 20226 Disember 2021 (2021-12-06) – 24 Januari 2022 (2022-01-24)18Tamat
Kuasa: One Throne. Three Heirs. No Mercy2022 – kini11 April 2022 (2022-04-11) – kiniTamat; Istimewa
Histeria The Series6 Jun 2022 (2022-06-06) – kini2Tamat; Sebelum Musim Baru 2024
Murder By Moonlight: A Getaway To Die For1 Ogos 2022 (2022-08-01) – kini1Tamat; Istimewa
One Cent Thief8 Oktober 2022 (2022-10-08) – kiniAstro Ria
Astro Vinmeen
Astro Shuang Xing
PRIMEtime
211 (kini)Berjalan
Kudeta: Absolute Power Will Corrupt2022 – 202321 November 2022 (2022-11-21) – 9 Januari 2023 (2023-01-09)Astro Ria
PRIMEtime
18Tamat
Projek: High Council202314 Januari 2023 (2023-01-14) – 18 Mac 2023 (2023-03-18)Astro Ria10
Liar: Two Sides, One Truth25 Mac 2023 (2023-03-25) – 10 Jun 2023 (2023-06-10)12
Jack Yusof: Father In Training17 Jun 2023 (2023-06-17) – 5 Ogos 2023 (2023-08-05)8Tamat; Musim Baru
Riot!: Rebel With A Cause22 September 2023 (2023-09-22) – 24 November 2023 (2023-11-24)Astro Premier10Tamat
Mystic Village2023 – 202430 Oktober 2023 (2023-10-30) – 1 Januari 2024 (2024-01-01)
Gamers Mangkuk1 Disember 2023 (2023-12-01) – 19 Januari 2024 (2024-01-19)8
I.D: Swipe, Steal, Love[22]202423 Februari 2024 (2024-02-23) – 12 April 2024 (2024-04-12)
Framed: Can You Change Your Fate?3 Mei 2024 (2024-05-03) – kiniSebelum dikeluarkan
Akan datang / Istimewa
X-Change2024Astro PremierN/A[23][24]
Projek: Exit
First Wives
Jack Yusof 2.0TBAAstro Ria28Televisyen; Sekuel siri Akan Datang
Murder By Moonlight KembaliAstro CitraIstimewa
Kuasa: One Special. Three More Heirs. No Mercy

Cina (Hokkien, Kantonis dan Mandarin)

sunting
TajukTayanganKeluaran asalRangkaianMusimEpisodStatus
The Hiddens201622 September 2016 (2016-09-22) – 16 Oktober 2016 (2016-10-16)Astro Wah Lai Toi116Awal 2016
Demon's Path201811 Ogos 2018 (2018-08-11) – 22 September 2018 (2018-09-22)Astro Wah Lai Toi
BOO
13Demon Path Musim ke-2 akan ditayangkan pada 2024 hanya di BOO
Lost & Found20222 Oktober 2022 (2022-10-02) – 4 Disember 2022 (2022-12-04)Astro Shuang Xing
(2022 – 2023)
Astro QJ (2023)
10
Rally For Love2022 – 20235 November 2022 (2022-11-05) – 25 Februari 2023 (2023-02-25)Astro Hua Hee Dai15Rally For Love Musim ke-2 akan ditayangkan pada Ogos 2024.
The Patient202319 Februari 2023 (2023-02-19) – 23 April 2023 (2023-04-23)Astro Shuang Xing (Feb 2023–Sep 2023)
Astro QJ (2023)
10The Patient Musim ke-2 akan ditayang pada 2024, hanya di Astro QJ.
Once Upon a Kopitiam28 April 2023 (2023-04-28) – 30 Jun 2023 (2023-06-30)Astro AEC
The Queen's Ploy2023 – 20246 Oktober 2023 (2023-10-06) – 19 Januari 2024 (2024-01-19)15
The Hidden Dragon[25]202426 Januari 2024 (2024-01-26) – kiniSedang tayang
Akan datang / Istimewa
The Great Resonance202426 Julai 2024 – 1 November 2024Astro AEC[26]
TajukTayanganKeluaran asalRangkaianMusimEpisodStatus
Kalvanai Kandupidi20201 Julai 2020 (2020-07-01) – 31 Julai 2020 (2020-07-31)Astro Vinmeen HD124Tamat

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Zainuri Misfar (28 August 2018). "Hantu Kak Limah cipta rekod kutipan sukar ditandingi". Berita Harian. Dicapai pada 14 August 2023.
  2. ^ a b Gempak (20 Julai 2023). "Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!". Astro Awani. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
  3. ^ a b Shahrin Zulkifle (16 September 2022). "5 Fakta Kenapa Anda Wajib Tonton Filem Mencuri Raden Saleh - No.5 Paling Tak Sangka". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Julai 2023.
  4. ^ Zulkifle, Shahrin (26 September 2022). ""Aku Memang Tak Menyesal Langsung Bayar Tiket…" – Penonton Malaysia Puas Selepas Saksikan Mencuri Raden Saleh". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
  5. ^ Hadi, Raihan (16 Februari 2022). "Astro Shaw & Visinema Pictures join forces to produce a slate of regional blockbusters". MARKETING Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 September 2023.
  6. ^ Zulkifle, Shahrin (5 Disember 2022). "[VIDEO] Lepas Tonton Trailer Mechamato Movie, Penonton Terus Excited; "Tiket Dah Beli Tinggal Tengok Je Dekat Wayang"". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
  7. ^ Mumtaj Begum (3 Januari 2023). "'Mechamato Movie' earns RM33.8mil at box office; is now no.1 local animated film" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
  8. ^ "Didi and Friends The Movie - Didi & Friends". Warnakala Studios. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
  9. ^ Zulkifle, Shahrin (11 September 2022). "Malbatt: Misi Bakara Telan Belanja RM20 Juta, Pengarah – "Kami Perlu Membina…"". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
  10. ^ "Motion picture soundtrack of Diva launched Diarkibkan 2013-02-21 di archive.today" The Star. 24 April 2007. Retrieved on 18 January 2013. "Diva is a production of independent film production house Tarantella Pictures Sdn Bhd together with Nusantara Films Sdn Bhd, a subsidiary of Astro Shaw Sdn Bhd which was set up to produce films that are targeting audiences around the region."
  11. ^ BIBI NURSHUHADA (28 Ogos 2018). "Abang's back with a bang!" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times.
  12. ^ Shackleton, Liz (25 August 2016). "Malaysia rallies international team for 'Tombiruo'". ScreenDaily. Media Business Insight Limited. Dicapai pada 31 August 2016.
  13. ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2018). "[VIDEO] Umie menggigil, hampir 'histeria' kerana Dukun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 April 2018.
  14. ^ Firdaus Alauddin (29 November 2018). "PASKAL The Movie mampu jadi pemangkin anak muda sertai bidang ketenteraan". Astro Awani.
  15. ^ Madiha Abdullah (13 Oktober 2018). "Tiada Tekanan untuk Polis Evo 2". Astro Awani.
  16. ^ Asyraf Roslan (31 Julai 2019). "Kemunculan BoBoiBoy di Meletop dapat sambutan". Astro Awani.
  17. ^ Dennis Chua (6 September 2022). "#Showbiz: 'Abang Long Fadil 3' marks Jozan's grand return" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times.
  18. ^ Faida Rahim (8 November 2022). "Mechamato promosi budaya Malaysia, di pawagam mulai 8 Disember". Astro Awani.
  19. ^ Asyraf Roslan (19 Mei 2023). "Penantian yang berbaloi, 'Polis Evo 3' saji aksi paling gempak!". Astro Awani. Dicapai pada 14 Julai 2023.
  20. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Julai 2023). "Rahsia versi anak sutradara". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  21. ^ Madiha Abdullah (10 September 2022). "Malbatt Misi Bakara bawa kisah hero sebenar Black Hawk Down". Astro Awani. Dicapai pada 14 Julai 2023.
  22. ^ Drama I.D. Myinfotaip, 26 Disember 2023.
  23. ^ DAY 1 MAKEUP TEST XCHANGE ASTRO ORIGINALS🎥 TikTok Radius One (@radiusone_official), 6 Ogos 2023.
  24. ^ Drama X-Change Myinfotaip, 25 Nov 2023.
  25. ^ https://www.youtube.com/watch?v=0imV4mbEgQU
  26. ^ The Great Resonance Astro Media Solutions, 27 Mac 2024.

Pautan luar

sunting