Joel Soh (lahir 16 Ogos 1987) merupakan seorang penerbit filem, pengarah filem dan penulis skrip Malaysia.

Joel Soh
Kelahiran (1987-08-16) 16 Ogos 1987 (umur 36)
Pusat pendidikanTaylor's University Emerson College
PekerjaanPenerbit filem, pengarah filem, penulis skrip
Tahun aktif2009–kini
MajikanBlackflag Malaysia
Karya terkenal
Polis EVO

Kehidupan awal

sunting

Joel dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu dan dibesarkan Puchong, Selangor. Beliau berpindah ke Selangor pada 2005, berumur 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), di mana dia belajar perfileman dalam tempoh yang singkat. Dia kemudian berpindah ke Universiti Taylor untuk belajar Cambridge A-Level. Selepas menerima biasiswa daripada Astro, beliau berpindah ke Boston, Massachusetts untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam penerbitan filem dan video di Emerson College selama tiga tahun.

Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke Malaysia dan menyertai Astro Shaw dan Tayangan Unggul sebagai penerbit bersekutu dan eksekutif produksi sebagai sebahagian daripada program biasiswa itu.

Filemografi

sunting
Kunci
Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan
TahunTajukDikreditkan sebagaiCatatan
PenerbitPenulisPengarah
2009Room 1821 Filem pendek; juga sebagai penyunting, dan penyunting seni
2011Angela Filem pendek
2014The JourneyBersekutu
2015Cemetery of SplendourBersekutu
Polis EVO
2016Ola BolaBersekutu
2018Polis EVO 2 Arahan bersama Andre Chiew
2023Polis EVO 3
2024The Experts
TBABaran Pos-produksi
Geran 2 Arahan bersama Areel Abu Bakar; Dalam perancangan

Anugerah dan pencalonan

sunting
TahunAnugerahKategoriDicalonkanKeputusanRujukan
2016Festival Filem MalaysiaFilem TerbaikPolis EVOTercalon
Skrip TerbaikTercalon
Anugerah Juri KhasMenang
Anugerah Pecah PanggungMenang
2018Pengarah HarapanPolis EVO 2Tercalon

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting