Anugerah Akademi ke-87

Majlis Anugerah Akademi ke-87 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2014 dan berlangsung pada Februari 22, 2015 di Teater Dolby, Hollywood, California. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Neil Meron dan Craig Zadan dan diarahkan oleh Hamish Hamilton.[6][7] Neil Patrick Harris mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[8]

Anugerah Akademi ke-87
TarikhFebruari 22, 2015
TempatTeater Dolby
Hollywood, Los Angeles, California, A.S
RangkaianABC
Pramajlis
  • Jess Cagle
  • Robin Roberts
  • Lara Spencer
  • Michael Strahan
  • Joe Zee[1]
PengacaraNeil Patrick Harris[2]
PenerbitNeil Meron
Craig Zadan[3]
PengarahHamish Hamilton[4]
Tempoh3 jam, 43 minit[5]
Filem TerbaikBirdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
Anugerah terbanyakBirdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) dan The Grand Budapest Hotel (4)
Pencalonan terbanyakBirdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) dan The Grand Budapest Hotel (9)
 < ke-86Anugerah Akademike-88 > 

Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-6 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 8, 2014.[9] Pada Februari 7, 2015, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Margot Robbie dan Miles Teller.[10]

Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) dan The Grand Budapest Hotel masing-masing memenangi empat anugerah Birdman memenangi anugerah Filem Terbaik.[11][12] Pemenang-pemenang lain termasuk Whiplash dengan tiga anugerah manakala American Sniper, Big Hero 6, Boyhood, Citizenfour, Crisis Hotline: Veterans Press 1, Feast, Ida, The Imitation Game, Interstellar, The Phone Call, Selma, Still Alice dan The Theory of Everything memenangi satu.

Calon dan pemenang sunting

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-87 diumumkan pada Januari 15, 2015 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh pengarah J. J. Abrams dan Alfonso Cuarón, presiden Akademi Cheryl Boone Isaacs dan pelakon Chris Pine.[13] Buat kali pertama, pencalonan untuk kesemua 24 kategori kompetitif diumumkan.[13] Birdman dan The Grand Budapest Hotel menerima pencalonan terbanyak dengan sembilan.[14]

Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Februari 22, 2015.[15] Buat kali pertama sejak penambahan slot calon untuk Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-82 pada tahun 2010, setiap calon Filem Terbaik memenangi sekurang-kurangnya satu anugerah.[16] Birdman merupakan filem pertama untuk memenangi Filem Terbaik tanpa pencalonan suntingan sejak Ordinary People (1980).[17] Alejandro G. Iñárritu menjadi orang Mexico kedua berturut-turut untuk memenangi Pengarah Terbaik selepas Cuarón memenangi untuk Gravity.[18] Pada umur 84 tahun, Robert Duvall merupakan calon pelakon lelaki tertua dalam sejarah Oskar.[19]Selepas memenangi untuk kerjanya dalam Gravity pada tahun sebelumnya, Emmanuel Lubezki menjadi orang keempat untuk memenangi dua anugerah Sinematografi Terbaik berturut-turut.[20]

Anugerah sunting

Alejandro G. Iñárritu, Pemenang Filem Terbaik (pemenang bersama), Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Asal Terbaik
Eddie Redmayne, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik
Julianne Moore, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik
J. K. Simmons, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Patricia Arquette, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Paweł Pawlikowski, Pemenang Filem Bahasa Asing Terbaik
Alexandre Desplat, Pemenang Skor Muzik Asal Terbaik
Common, Pemenang bersama Lagu Asal Terbaik
John Legend, Pemenang bersama Lagu Asal Terbaik

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[21]

Filem TerbaikPengarah Terbaik
Pelakon Lelaki TerbaikPelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikPelakon Pembantu Wanita Terbaik
Lakon Layar Asal TerbaikLakon Layar Adaptasi Terbaik
  • The Imitation Game – Graham Moore dari Alan Turing: The Enigma oleh Andrew Hodges
    • American Sniper – Jason Hall dari American Sniper: The Autobiography of the Most Lethal Sniper in U.S. Military History oleh Chris Kyle, Scott McEwen dan Jim DeFelice
    • Inherent Vice – Paul Thomas Anderson dari Inherent Vice oleh Thomas Pynchon
    • The Theory of Everything – Anthony McCarten dari Travelling to Infinity: My Life with Stephen oleh Jane Wilde Hawking
    • Whiplash – Damien Chazelle dari filem pendek beliau dengan nama yang sama
Filem Animasi TerbaikFilem Bahasa Asing Terbaik
Filem Dokumentari TerbaikDokumentari Terbaik - Subjek Pendek
Filem Pendek Aksi TerbaikFilem Pendek Animasi Terbaik
Skor Muzik Asal TerbaikLagu Asal Terbaik
Suntingan Bunyi TerbaikAdunan Bunyi Terbaik
Rekaan Produksi TerbaikSinematografi Terbaik
  • The Grand Budapest Hotel – Adam Stockhausen (Rekaan Produksi); Anna Pinnock (Hiasan Set)
    • The Imitation Game – Maria Djurkovic (Rekaan Produksi); Tatiana Macdonald (Hiasan Set)
    • Interstellar – Nathan Crowley (Rekaan Produksi); Gary Fettis (Hiasan Set)
    • Into the Woods – Dennis Gassner (Rekaan Produksi); Anna Pinnock (Hiasan Set)
    • Mr. Turner – Suzie Davies (Rekaan Produksi); Charlotte Watts (Hiasan Set)
Solekan dan Dandanan Rambut TerbaikRekaan Kostum Terbaik
  • The Grand Budapest Hotel – Frances Hannon dan Mark Coulier
Suntingan Filem TerbaikKesan Visual Terbaik

Anugerah Gabenor sunting

Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-6 pada November 8, 2014 dimana anugerah-anugerah berikut dipersembahkan:[9][22]

Anugerah Kehormat Akademi
Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt

Filem dengan pencalonan dan kemenangan berganda sunting

Filem yang menerima pencalonan berganda
PencalonanFilem
9Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
The Grand Budapest Hotel
8The Imitation Game
6American Sniper
Boyhood
5Foxcatcher
Interstellar
The Theory of Everything
Whiplash
4Mr. Turner
3Into the Woods
Unbroken
2Guardians of the Galaxy
Ida
Inherent Vice
Selma
Wild

Filem yang menerima anugerah berganda
AnugerahFilem
4Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
The Grand Budapest Hotel
3Whiplash

Penyampai dan penghibur sunting

Penyampai sunting

Penghibur sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting