Cate Blanchett

Catherine Élise "Cate" Blanchett AC (/ˈblɑːn.ət/;[1] lahir 14 Mei 1969) ialah seorang pelakon dan pengarah teater Australia. Beliau telah menerima pujian meluas dan memenangi pelbagai anugerah termasuk dua Anugerah Akademi, tiga Anugerah Screen Actors Guild, tiga Anugerah Golden Globe dan tiga Anugerah Filem Akademi British. Blanchett mendapat perhatian antarabangsa selepas peranannya sebagai Elizabeth I dalam filem 1998, Elizabeth dimana beliau memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Golden Globe serta mendapat pencalonan buat pertama kali Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Peranan beliau sebagai Katharine Hepburn dalam filem 2004 arahan Martin Scorsese, The Aviator mendapatkan beliau pujian kritis dan pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Pada tahun 2013, beliau membintangi sebagai Jasmine French dalam filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine dimana beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Cate Blanchett

Kelahiran
Catherine Élise Blanchett

(1969-05-14) 14 Mei 1969 (umur 55)
Melbourne, Victoria, Australia
KerakyatanAustralia
Pusat pendidikanInstitut Kebangsaan Seni Dramatik
Universiti Melbourne
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah teater
Tahun aktif1989–sekarang
PasanganAndrew Upton (k. 1997)
Anak-anak4

Blanchett adalah salah seorang daripada enam pelakon dan satu-satunya pelakon wanita untuk menerima pencalonan Anugerah Akademi dengan melakonkan watak yang sama dalam dua filem serta satu-satunya pelakon Australia untuk memenangi dua Oskar. Dicalonkan untuk Oskar sebanyak tujuh kali, beliau menerima pencalonan untuk Notes on a Scandal (2006), Elizabeth: The Golden Age (2007), I'm Not There (2007) dan Carol (2015). Antara filem beliau yang lain termasuk The Talented Mr. Ripley (1999), trilogi The Lord of the Rings (2001–03) dan trilogi The Hobbit (2012–14), Babel (2006), The Curious Case of Benjamin Button (2008), How to Train Your Dragon 2 (2014) dan Cinderella (2015).

Kehidupan awal sunting

Blanchett dilahirkan pada 14 Mei 1969 di Ivanhoe.[2] Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik, mempunyai seorang abang yang bekerja sebagai jurutera sistem komputer dan seorang adik perempuan yang bekerja sebagai pereka teater.[3] Ibu beliau, June (née Gamble),[4] bekerja sebagai pemaju hartanah dan guru manakala bapa beliau, Robert DeWitt Blanchett, Jr. adalah seorang penduduk Texas, bekas pegawai tentera laut Amerika Syarikat yang kemudiannya bekerja sebagai eksekutif pengiklanan.[5][6] Blanchett berketurunan Inggeris, Scotland dan Perancis.[7][8][9]

Beliau menghadiri sekolah rendah di Sekolah Rendah Ivanhoe Timur. Untuk pendidikan menengah, beliau menghadiri Sekolah Grammar Perempuan Ivanhoe dan kemudiannya Kolej Methodist Perempuan.[10] Beliau mempelajari ekonomi dan seni halus di Universiti Melbourne tetapi keluar selepas setahun untuk pergi luar negara. Semasa di Mesir, Blanchett diminta untuk menjadi pelakon tambahan sebagai ahli sorak Amerika dalam filem tinju Mesir, Kaboria dan kerana memerlukan duit, beliau menerima tawaran tersebut.[3][11] Selepas kembali ke Australia, beliau berpindah ke Sydney dan mendaftar di Institut Kebangsaan Seni Dramatik (NIDA) untuk mengejar kerjaya lakonan.[11] Beliau menamatkan pengajian dari NIDA pada tahun 1992.[3]

Karier sunting

1992–2000 sunting

Peranan pentas besar pertama Blanchett adalah dalam lakonan pentas tahun 1992, Oleanna untuk Syarikat Teater Sydney. Pada tahun itu, beliau dipilih untuk watak Clytemnestra dalam produksi Sophocles, Electra. Beberapa minggu selepas latihan, pelakon yang melakonkan peranan utama menarik diri dan pengarah, Lindy Davies memilih Blanchett untuk peranan tersebut. Lakonan beliau sebagai Electra menjadi salah satu peranan beliau yang dipuji secara meluas di NIDA.[12] Pada tahun 1993, Blanchett dianugerahkan Anugerah Pendatang Baru Pengkritik Teater Sydney untuk lakonannya dalam Kafka Dances dan memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk lakonannya dalam Oleanna, menjadikan beliau pelakon pertama untuk memenangi kedua-dua kategori pada tahun yang sama.[12] Blanchett melakonkan watak Ophelia dalam produksi tahun 1994–95, Hamlet diarahkan oleh Neil Armfield, dibintangi Rush dan Richard Roxburgh dan dicalonkan untuk Anugerah Green Room. Beliau muncul dalam minisiri TV tahun 1994, Heartland, minisiri tahun 1995, Bordertown dan dalam sebuah episod Police Rescue bertajuk "The Loaded Boy".[13][14] Beliau juga muncul dalam filem pendek 50 minit, Parklands (1996) yang menerima pencalonan Institut Filem Australia (AFI) untuk Lakon Layar Asal Terbaik.[15][16]

Blanchett membuat penampilan filem pertamanya sebagai seorang jururawat Australia yang ditangkap oleh Tentera Jepun semas Perang Dunia Kedua dalam filem 1997, Paradise Road yang dibintangi Glenn Close dan Frances McDormand. Peranan utama pertamanya, juga pada tahun 1997, merupakan sebagai Lucinda Leplastrier dalama Oscar and Lucinda. Blanchett menerima pujian meluas untuk lakonannya[11] dan meneriman pencalonan Anugerah AFI pertamanya untuk Pelakon Wanita Terbaik tetapi tewas kepada Deborah Mailman.[17] Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik AFI pada tahun yang sama untuk peranannya sebagai Lizzie dalam filem 1997, Thank God He Met Lizzie, juga dibintangi Richard Roxburgh dan Frances O'Connor.[11]

Peranan antarabangsa berprofil tinggi pertamanya adalah sebagai Elizabeth I dari England dalam filem 1998, Elizabeth, diarahkan oleh Shekhar Kapur. Filem ini melonjakkan beliau menjadi terkenal dan lakonan beliau mendapat pengiktirafan yang meluas. Beliau memenangi Anugerah Golden Globe dan Anugerah Filem Akademi British (BAFTA) serta menerima pencalonan Anugerah Screen Actors Guild (SAG) dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Pada tahun berikutnya, Blanchett muncul dalam Bangers, sebuah filem pendek Australia sebahagian daripada Stories of Lost Souls. Beliau juga muncul dalam filem komedi, Pushing Tin, juga dibintangi Billy Bob Thornton dan Angelina Jolie[11] serta The Talented Mr. Ripley bersama-sama Matt Damon, Gwyneth Paltrow, Jude Law dan Philip Seymour Hoffman. Beliau menerima pencalonan BAFTA keduanya untuk lakonannya dalam The Talented Mr. Ripley.

2000–2007 sunting

Sudah menjadi seorang pelakon terkenal, Blanchett menerima ramai peminat baru apabila beliau muncul dalam trilogi The Lord of the Rings, melakonkan watak Galadriel dalam ketiga-tiga filem. Trilogi ini memegang rekod sebagai filem trilogi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[18] Sebagai tambahan kepada The Lord of the Rings, tahun 2001 juga menyaksikan Blanchett mempelbagaikan portfolio beliau dengan pelbagai peranan dalam Charlotte Gray, The Shipping News dan Bandits dimana beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Golden Globe dan Anugerah SAG.[19] Pada tahun 2002, Blanchett muncul bersama-sama Giovanni Ribisi dalam Heaven.[20] Tahun 2003 sekali lagi menyaksikan Blanchett melakonkan pelbagai peranan; Galadriel dalam filem ketiga dan terakhir trilogi Lord of the Rings (yang memenangi Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik), The Missing, Coffee and Cigarettes dimana beliau menerima pencalonan Anugerah Independent Spirit dan Veronica Guerin yang mendapatkan beliau pencalonan Anugerah Golden Globe.

Pada tahun 2005, beliau memenangi Anugerah Akademi pertamanya untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk peranan beliau sebagai Katharine Hepburn dalam filem arahan Martin Scorsese, The Aviator.[21] Pada tahun itu, Blanchett memennagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Institut Filem Australia untuk peranannya sebagai Tracy Heart dalam filem Australia, Little Fish.[22] Walaupun kurang dikenali di peringkat global berbanding filem-filem beliau, Little Fish menerima pujian kritis di negara asal beliau, Australia dan dicalonkan untuk 13 anugerah Institut Filem Australia.[23][24]


Pada tahun 2006, beliau membintangi bersama-sama Brad Pitt dalam Babel, diarahkan oleh Alejandro González Iñárritu yang menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi, The Good German bersama-sama George Clooney dan Notes on a Scandal bersama-sama Judi Dench.[11] Blanchett menerima pencalonan Anugerah Akademi ketiga beliau untuk lakonan dalam Notes on a Scandal.[25]

Pada tahun 2007, Blanchett dinamakan oleh majalah Time sebagai salah seorang daripada 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia dan salah seorang pelakon wanita paling berjaya oleh majalah Forbes.[26] Blanchett membuat penampilan kameo sebagai Janine, seorang saintis forensik dan bekas teman wanita karakter Simon Pegg dalam Hot Fuzz (2007).

Beliau menyambung wataknya sebagai Ratu Elizabeth I dalam filem sekuel tahun 2007, Elizabeth: The Golden Age dan melakonkan watak Jude Quinn dalam I'm Not There. Beliau memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Piala Volpi di Festival Filem Venice, Anugerah Independent Spirit dan Anugerah Golden Globe untuk lakonan beliau sebagai Jude Quinn.[27] Di Anugerah Akademi ke-80, Blanchett menerima dua pencalonan Anugerah Akademi—Pelakon Wanita Terbaik untuk Elizabeth: the Golden Age dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk I'm Not There—menjadikan beliau pelakon kesebelas untuk menerima dua pencalonan pelakon pada tahun yang sama.[28] Untuk pencapaian beliau pada tahun itu, Roger Ebert berkata, "Blanchett boleh muncul dalam Festival Filem Toronto yang sama melakonkan watak Elizabeth dan Bob Dylan, kedua-duanya dengan baik sekali merupakan satu keajaiban lakonan".[29]

2008–2011 sunting

Beliau muncul dalam filem arahan Steven Spielberg, Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull sebagai penjahat ejen KGB Col. Dr. Irina Spalko,[30] dan dalam filem arahan David Fincher yang menerima pencalonan Oskar, The Curious Case of Benjamin Button, juga dibintangi Brad Pitt. Pada 5 Disember 2008, Blanchett telah dianugerahkan dengan bintang di Hollywood Walk of Fame.[31] Blanchett menyuarakan karakter Granmamare dalam versi Bahasa Inggeris Ponyo, dikeluarkan pada bulan Julai 2008.[32]

Blanchett kembali ke teater pada tahun 2009 menerusi produksi Syarikat Teater Sydney, A Streetcar Named Desire, diarahkan oleh Liv Ullmann. Beliau membintangi sebagai Blanche DuBois bersama-sama Joel Edgerton sebagai Stanley Kowalski. Ia menerima kejayaan kritis serta komersial dan Blanchett menerima pujian meluas unuk lakonan beliau sebagai Blanche DuBois.[6][33][34][35] Blanchett memenangi Anugerah Teater Sydney untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama.[36] Produksi itu dan Blanchett menerima Anugerah Helen Hayes.[37]

Blanchett muncul bersama-sama Russell Crowe dalam filem arahan Ridley Scott, Robin Hood pada tahun 2010. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak ejen CIA, Marissa Wiegler dalam filem aksi thriller arahan Joe Wright, Hanna.

Pada tahun 2011, Blanchett mengambil bahagian dalam dua produksi Syarikat Teater Sydney. Beliau melakonkan watak Lotte Kotte Groß und klein (Big and Small), diarahkan oleh Benedict Andrews.[38] Selepas persembahan di Sydney, produksi itu menjelajah ke London, Paris, Festival Vienna dan Ruhrfestspiele.[6] Blanchett dan produksi itu menerima pujian meluas.[39][40][41][42][43] Blanchett dicalonkan untuk Anugerah Evening Standard London untuk Pelakon Wanita Terbaik,[44], memenangi Anugerah Teater Sydney untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama[45] dan Anugerah Helpmann untuk Pelakon Wanita Terbaik. Beliau kemudiannya melakonkan watak Yelena dalam Uncle Vanya.[46] Produksi itu dan Blanchett menerima pujian kritis.[47][48][49]

2012–sekarang sunting

Blanchett menyambung watak beliau sebagai Galadriel di dalam filem The Hobbit (2012–14), prekuel kepada siri filem The Lord of the Rings.[50] Beliau menyuarkaan watak "Penelope" dalam sebuah episod Family Guy bertajuk "Mr. and Mrs. Stewie" dan Ratu Elizabeth II di dalam episod "Family Guy Viewer Mail 2".[51][52] Blanchett kembali dalam filem Australia dengan muncul dalam The Turning (2013), sebuah filem antologi berdasarkan koleksi cerita pendek oleh Tim Winton.[53] Beliau merupakan ketua juri Festival Filem Antarabangsa Dubai pada tahun 2012 dan 2013.[54]

Pada tahun 2013, Blanchett melakonkan watak Jasmine French, watak utama dalam filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine, juga dibintangi Alec Baldwin dan Sally Hawkins. Beliau menerima ulasan hangat untuk lakonan beliau dengan beberapa pengkritik menggelarkan ia sebagai peranan terbaik dalam kariernya (mengatasi peranan beliau dalam Elizabeth).[55] Lakonan beliau mendapatkannya lebih daripada 40 anugerah industri dan pengkritik termasuk Anugerah LAFCA, Anugerah NYFCC, Anugerah NSFC, Anugerah Critics' Choice, Anugerah Lakonan Luar Biasa Tahunan Festival Filem Antarabangsa Santa Barbar, Anugerah Akademi Australia (AACTA), anugerah SAG, anugerah Golden Globe, anugerah BAFTA, Anugerah Independent Film Spirit dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik. Kemenangan Blanchett menjadikan beliau pelakon wanita keenam untuk memenangi Oskar dalam kedua-dua kategori lakonan, pelakon ketiga untuk memenangi Pelakon Wanita Terbaik selepas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan pelakon Australia pertama untuk memenangi lebih daripada satu Oskar bagi kategori lakonan.[56][57]

Pada tahun 2014, Blanchett membintangi bersama-sama Matt Damon dan George Clooney dalam The Monuments Men.[58] Filem ini juga dibintangi John Goodman, Bill Murray, Hugh Bonneville dan Jean Dujardin. Beliau menyuarakan watak Valka dalam filem 2014, How to Train Your Dragon 2.[59] Blanchett utga muncul dalam siri TV Australia, Rake sebagai Cleaver.< Pada 29 Januari 2015, beliau mengacarakan Anugerah AACTA ke-4 bersama-sama AACTA Deborah Mailman.[60]

Pada tahun 2015, Blanchett membintangi lima filem. Beliau melakonkan watak Nancy dalam filem arahan Terrence Malick, Knight Of Cups yang ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin pada bulan Februari 2015.[61] Beliau melkonkan watak Lady Tremaine, ibu tiri Cinderella dalam filem Disney, Cinderella.[62][63] Beliau membintangi bersama-sama Rooney Mara dalam Carol, sebuah filem adaptasi Patricia Highsmith, The Price of Salt. Blanchett merupakan penerbit eksekutif filem ini. Beliau juga melakonkan watak Mary Mapes dalam Truth, sebuah filem tentang kontroversi dokumen Killian. Syarikat produksi Blanchett merupakan rakan kongsi penerbit untuk filem ini.[64] Blanchett juga muncul dalam Manifesto.

Blanchett dijadual akan muncul dalam filem arahan Malick, Weightless.[65] Beliau juga akan membintangi sebagai Marisa Acocella Marchetto dalam filem HBO, Cancer Vixen, ditulis dan diarahkan oleh Julie Delpy.[66] Blanchett akan menyuarakan watak Kaa dalam Jungle Book: Origins.[67] Blanchett akan menyuarakan salah satu daripada dua versi dokumentari arahan Terrence Malick, Voyage of Time, dijadual ditayangkan pada tahun 2016.[68][69]

Blanchett akan membangun dan mengarah siri drama Australia, Stateless. Projek ini dibiayai oleh Screen Australia dan diterbitkan oleh syarikat produksi Blanchett dan Andrew Upton.[13][70] Pada bulan September 2015, ia telah diumumkan bahawa Blanchett akan melakonkan watak Lucille Ball dalam sebuah filem biografi yang belum mempunyai tajuk.[71] Pada bulan November 2015, ia telah dilaporkan bahawa Blanchett berada dalam perbincangan untuk muncul dalam filem adaptasi dari buku, Where'd You Go Bernadette yang akan diarahkan oleh Richard Linklater.[72] Pada bulan Disember 2015, ia telah diumumkan bahawa Blanchett berada dalam perbincangan untuk melakonkan salah satu watak wanita utama dalam Thor: Ragnarok.[73]

Sehingga tahun 2015, filem-filem Blanchett telah mengutip lebih daripada 9 bilion dolar di box-office seluruh dunia.[74] Sehingga tahun 2015, Blanchett telah muncul dalam tujuh filem yang dicalonkan Anugerah Akademi untuk Filem Terbaik: Elizabeth (1998), trilogi The Lord of the Rings (2001, 2002 dan 2003), The Aviator (2004), Babel (2006) dan The Curious Case of Benjamin Button (2008).

Kehidupan peribadi sunting

Suami Blanchett adalah seorang penulis drama dan skrip, Andrew Upton. Mereka berjumpa pada tahun 1996 di set sebuah rancangan TV,[75] dan berkahwin pada 29 Disember 1997.[76] Blanchett dan Upton mempunyai empat orang anak: Dashiell John (l. Disember 2001),[77] Roman Robert (l. April 2004),[78] Ignatius Martin (l. April 2008),[79] dan anak angkat, Edith Vivian Patricia.[80]

Filmografi sunting

Filem sunting

TahunTajukPerananNota
1990KaboriaPelakon tambahan
1996ParklandsRosieFilem pendek
1997Paradise RoadSusan Macarthy
1997Thank God He Met LizzieLizzie
1997Oscar and LucindaLucinda Leplastrier
1998ElizabethRatu Elizabeth I
1999An Ideal HusbandLady Gertrude Chiltern
1999BangersJulie-AnneFilem pendek; penerbit
1999Pushing TinConnie Falzone
1999The Talented Mr. RipleyMeredith Logue
2000The GiftAnnabelle "Annie" Wilson
2000The Man Who CriedLola
2001The Shipping NewsPetal Quoyle
2001Charlotte GrayCharlotte Gray
2001BanditsKate Wheeler
2001The Lord of the Rings: The Fellowship of the RingGaladriel
2002HeavenPhilippa
2002The Lord of the Rings: The Two TowersGaladriel
2003Coffee and CigarettesDiri sendiri & Shelly
2003Veronica GuerinVeronica Guerin
2003The MissingMagdalena "Maggie" Gilkeson
2003The Lord of the Rings: The Return of the KingGaladriel
2004The Life Aquatic with Steve ZissouJane Winslett-Richardson
2004The AviatorKatharine Hepburn
2005Little FishTracy Heart
2006BabelSusan Jones
2006The Good GermanLena Brandt
2006Notes on a ScandalSheba Hart
2007Hot FuzzJanineKameo tidak dikredit
2007In the Company of ActorsDiri sendiriDokumentari
2007Elizabeth: The Golden AgeRatu Elizabeth I
2007I'm Not ThereJude Quinn (Bob Dylan)
2008Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal SkullKolonel-Doktor Irina Spalko
2008The Curious Case of Benjamin ButtonDaisy Fuller
2009PonyoGranmamareSuara dalam versi Bahasa Inggeris
2010Robin HoodLady Marian
2011HannaMarissa Wiegler
2012The Hobbit: An Unexpected JourneyGaladriel
2013Blue JasmineJeanette "Jasmine" Francis
2013The TurningGail Lang
2013The Galapagos AffairDore StrauchDokumentari; suara
2013The Hobbit: The Desolation of SmaugGaladriel
2014The Monuments MenClaire Simone
2014How to Train Your Dragon 2ValkaSuara
2014The Hobbit: The Battle of the Five ArmiesGaladriel
2015Knight of CupsNancy
2015CinderellaLady Tremaine
2015CarolCarol AirdPenerbit eksekutif
2015TruthMary Mapes
2015Manifesto13 peranan
2016Weightless
2016Voyage of TimePenceritaDokumentari
2017Jungle Book: OriginsKaaSuara

Televisyen sunting

TahunTajukPerananNota
1993Police RescuePn. HainesEpisod: "The Loaded Boy"
1994HeartlandElizabeth Ashton13 episod
1995BordertownBiancaMinisiri
2012Family GuyPenelope / Ratu Elizabeth IISuara; 2 episod
2014RakeClarice Greene (dalam filem)Episod 3.3

Anugerah utama sunting

Pencalonan dan anugerah
Fail:Cate Blanchett Deauville 2014 3.jpg

Blanchett pada tahun 2014

Anugerah
Menang
Pencalonan
Akademi27
AACTA67
BAFTA37
Critics' Choice312
Golden Globe39
Independent Spirit35
Screen Actors Guild314
TahunFilemKategoriKeputusan
Anugerah Akademi
1999ElizabethPelakon Wanita TerbaikTercalon
2005The AviatorPelakon Pembantu Wanita TerbaikMenang
2007Notes on a ScandalPelakon Pembantu Wanita TerbaikTercalon
2008Elizabeth: The Golden AgePelakon Wanita TerbaikTercalon
I'm Not TherePelakon Pembantu Wanita TerbaikTercalon
2014Blue JasminePelakon Wanita TerbaikMenang
2016CarolPelakon Wanita TerbaikTercalon
Institut Filem Amerika
2002BanditsPelakon Tahunan — WanitaTercalon
Anugerah AACTA
1998Thank God He Met LizziePelakon Pembantu Wanita TerbaikMenang
1999Oscar and LucindaPelakon Wanita TerbaikTercalon
2006Little FishPelakon Wanita TerbaikMenang
Anugerah Pilihan Pembaca News LimitedMenang
2008Elizabeth: The Golden AgePelakon Wanita Terbaik — AntarabangsaMenang
2014Blue JasminePelakon Wanita Terbaik — AntarabangsaMenang
2016CarolPelakon Wanita Terbaik — AntarabangsaMenang
Anugerah Filem Akademi British
1999ElizabethPelakon Wanita Terbaik dalam Peranan UtamaMenang
2000The Talented Mr. RipleyPelakon Wanita Terbaik dalam Peranan PembantuTercalon
2005The AviatorPelakon Wanita Terbaik dalam Peranan PembantuMenang
2008Elizabeth: The Golden AgePelakon Wanita Terbaik dalam Peranan UtamaTercalon
I'm Not TherePelakon Wanita Terbaik dalam Peranan PembantuTercalon
2014Blue JasminePelakon Wanita Terbaik dalam Peranan UtamaMenang
2016CarolPelakon Wanita Terbaik dalam Peranan UtamaTercalon
Institut Filem British
2016BFI FellowshipMenang
Anugerah Golden Globe
1999ElizabethPelakon Wanita Terbaik dalam Filem – DramaMenang
2002BanditsPelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Komedi atau MuzikalTercalon
2004Veronica GuerinPelakon Wanita Terbaik dalam Filem – DramaTercalon
2005The AviatorPelakon Pembantu Wanita Terbaik – FilemTercalon
2007Notes on a ScandalPelakon Pembantu Wanita Terbaik – FilemTercalon
2008Elizabeth: The Golden AgePelakon Wanita Terbaik dalam Filem – DramaTercalon
I'm Not TherePelakon Pembantu Wanita Terbaik – FilemMenang
2014Blue JasminePelakon Wanita Terbaik dalam Filem – DramaMenang
2016CarolPelakon Wanita Terbaik dalam Filem – DramaTercalon
Anugerah Independent Spirit
2005Coffee and CigarettesPelakon Pembantu Wanita TerbaikTercalon
2008I'm Not TherePelakon Pembantu Wanita TerbaikMenang
Anugerah Robert AltmanMenang
2014Blue JasminePelakon Wanita TerbaikMenang
2016CarolPelakon Wanita TerbaikTercalon
National Board of Review
2002The Man Who Cried
The Shipping News
The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikMenang
2004The Lord of the Rings: The Return of the KingLakonan Terbaik oleh Barisan PelakonMenang
Anugerah Screen Actors Guild
1999ElizabethLakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan UtamaTercalon
2002BanditsLakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan PembantuTercalon
The Lord of the Rings: The Fellowship of the RingLakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam FilemTercalon
2003The Lord of the Rings: The Two TowersLakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam FilemTercalon
2004The Lord of the Rings: The Return of the KingLakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam FilemMenang
2005The AviatorLakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan PembantuMenang
Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam FilemTercalon
2007Notes on a ScandalLakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan PembantuTercalon
BabelLakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam FilemTercalon
2008Elizabeth: The Golden AgeLakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan UtamaTercalon
I'm Not ThereLakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan PembantuTercalon
2009The Curious Case of Benjamin ButtonLakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam FilemTercalon
2014Blue JasmineLakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan UtamaMenang
2016CarolLakonan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan UtamaTercalon

Rujukan sunting

Bacaan lanjutan sunting

Pautan luar sunting