Woody Harrelson

Woodrow Tracy "Woody" Harrelson[1][2] (lahir Julai 23, 1961) ialah seorang pelakon, aktivis dan pengarang drama Amerika Syarikat. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi dua kali dan teah memenangi satu Anugerah Emmy daripada tujuh pencalonan.

Woody Harrelson
Harrelson pada tahun 2009
Kelahiran
Woodrow Tracy Harrelson

(1961-07-23) 23 Julai 1961 (umur 62)
WarganegaraAmerican
PekerjaanPelakon, pengarang drama, pengarah
Tahun aktif1985–sekarang
PasanganNancy Simon (1985–1986)
Laura Louie (2008–present)
Anak-anak3
Ibu bapaCharles Harrelson
Diane Lou (née Oswald)

Peranan yang membuatnya terkenal datang pada tahun 1985 selepas menyertai sitkom televisyen, Cheers sebagai Woody Boyd dimana untuk itu beliau mendapat lima pencalonan Anugerah Emmy. Antara peranan terkenal beliau adalah Billy Hoyle dalam White Men Can't Jump, Roy Munson dalam Kingpin, Haymitch Abernathy dalam siri filem The Hunger Games,Tallahassee dalam "Zombieland", Mickey Knox dalam Natural Born Killers, Larry Flynt dalam The People vs. Larry Flynt dan Dusty dalam A Prairie Home Companion.

Untuk The People vs. Larry Flynt dan The Messenger, Harrelson mendapat pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[3] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Detektif Martin Hart dalam drama HBO, True Detective bersama-sama Matthew McConaughey yang mendapatkan beliau dan McConaughey pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.

Kehidupan awal sunting

Harrelson dilahirkan di Midland, Texas, anak lelaki kepada Diane Lou (née Oswald) dan Charles Voyde Harrelson yang bercerai pada tahun 1964; beliau mempunyai dua orang adik beradik, Jordan dan Brett. Bapa Harrelson,yang merupakan seorang pembunuh upahan ditangkap pada tahun 1979 kerana membunuh Hakim Persekutuan, John H. Wood, Jr. di San Antonio, Texas.[4] Bapanya telah disabitkan kesalahan dan akhirnya meninggal dunia semasa menjalani hukuman tersebut di penjara.[4] Pada tahun 1973, Harrelson berpindah ke bandar asal ibunya, Lebanon, Ohio dimana beliau dibesarkan.[5] Harrelson menghadiri Sekolah Tinggi Lebanon, banyak bekerja ketika zaman sekolah tingginya sebagai pengukir kayu di taman tema Pulau Kings.

Beliau menghadiri Kolej Hanover di Hanover, Indiana. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam teater dan Bahasa Inggeris pada tahun 1983.

Karier sunting

Televisyen sunting

Harrelson ketika Anugerah Primetime Emmy ke-40, Ogos 28, 1988

Harrelson secara meluas dikenali untuk peranannya dalam sitkom NBC, Cheers. Beliau melakonkan watak Woody Boyd. Beliau menyertai barisan pelakon pada tahun 1985 untuk musim keempat dan kekal selama lapan musim (1985–1993) dalam rancangan itu. Untuk peranan ini, Harrelson dicalonkan lima Anugerah Emmy,[6] memenangi sekali pada tahun 1989. Pada tahun 1999, Harrelson membintangi sebagai tetamu dalam spin-off Cheers, Frasier sebagai Woody Boyd. Harrelson dicalonkan Anugerah Emmy untuk Pelakon Lelaki Tetamu Cemerlang dalam Siri Komedi untuk peranan ini.Beliau muncul dalam beberapa episod Will & Grace sebagai teman lelaki baru Grace, Nathan.Harrelson kembali ke televisyen pada tahun 2014, membintangi bersama Matthew McConaughey dalam musim pertama siri HBO, True Detective dimana beliau melakonkan watak Marty Hart, seorang polis Louisiana menyiasat pembunuhan yang berlaku sepanjang kitar masa 17 tahun.

Pada Jun 6, 2010, Harrelson mengambil bahagian dalam Soccer Aid 2010 untuk UNICEF UK di Old Trafford, Manchester, UK. Perlawanan itu disiarkan secara langsung di saluran ITV. Selepas dimasuk menggantikan Gordon Ramsay, Harrelson mengambil sepakan penalti terakhir ketika penentuan penalti susulan seri 2–2 selepas 91 minit. Harrelson menjaringkan penaltinya untuk memberikan kemenangan kepada pasukan "The Rest of the World", mengalahkan England buat pertama kali sejak pertandingan itu bermula. Harrelson juga mengambil bahagian dalam Soccer Aid 2012 pada Mei 27, 2012.

Filem sunting

Filem pertamanya adalah Wildcats pada tahun 1986. Harrelson membintangi bersama Wesley Snipes dalam White Men Can't Jump dan Money Train. Pada tahun 1993, beliau mempunyai peranan dalam Indecent Proposal yang mencapai kejayaan box office, mengutip lebih daripada $265,000,000 di seluruh dunia.[7] Harrelson kemudiannya berlakon sebagai Mickey Knox dalam Natural Born Killers dan Dr. Michael Raynolds dalam The Sunchaser. Pada tahun 1996, beliau membintangi Kingpin bersama-sama Randy Quaid dan Vanessa Angel.

Karier Harrelson mendapat momentum apabila beliau membintangi filem The People vs. Larry Flynt dimana beliau berlakon sebagai Larry Flynt. Filem itu merupakan satu kejayaan dan lakonan Harrelson dicalonkan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik.Selepas itu, Harrelson telah diberi watak lebih serius dalam filem. Beliau membintangi dalam filem 1997, Welcome to Sarajevo dan berperanan sebagai Sarjan Schumann dalam Wag the Dog. Pada tahun 1998, Harrelson membintangi filem thriller, Palmetto dan melakonkan watak Sarjan Keck dalam The Thin Red Line, sebuah filem perang yang dicalonkan tujuh Anugerah Akademi pada tahun 1999.

Harrelson juga mempunyai peranan dalam The Hi-Lo Country dan melakonkan watak Ray Pekurny dalam EDtv. Juga pada tahun 1999, beliau muncul sebagai Vince Boudreau dalam Play It to the Bone. Harrelson tidak muncul dalam filem lagi sehingga tahun 2003 apabila beliau membintangi sebagai Galaxia dalam Anger Management. Beliau muncul dalam After the Sunset dan She Hate Me.Pada tahun 2005, Harrelson mempunyai peranan dalam The Big White dan North Country. Juga pada tahun 2005, beliau muncul sebagai Kelly Ryan dalam The Prize Winner of Defiance, Ohio. Harrelson berada dalam dua filem pada tahun 2006, dalam Free Jimmy dan A Scanner Darkly. Pada tahun 2007 beliau melakonkan watak Carter Page III dalam The Walker.

Harrelson pada bulan April 2007

Dalam filem 2007, No Country for Old Men, Harrelson melakonkan watak penting sebagai Carson Wells. Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Gambar Terbaik dan Pengarah Terbaik. Harrelson juga memenangi Anugerah Screen Actors Guild untuk Barisan Pelakon Terbaik bersama-sam Tommy Lee Jones, Javier Bardem, Josh Brolin dan Kelly Macdonald.

Juga filem yang ditayangkan pada tahun 2007, Battle in Seattle, Harrelson melakonkan satu lagi peranan penting sebagai seorang pegawai polis Seattle. Pada tahun 2008, Harrelson muncul dalam beberapa filem, antaranya ialah Semi-Pro dan Seven Pounds. Pada tahun 2009, Harrelson menerima pujian untuk lakonannya sebagai Kapten Tony Stone dalam The Messenger. Harrelson dicalonkan Anugerah Satelit, Anugerah Independent Spirit, Anugerah Golden Globe, Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik. Harrelson juga memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik di majlis anugerah National Board of Review 2009 dan menerima penghargaan daripada pelbagai persatuan pengkritik.

Pada tahun 2009, beliau membintangi dalam filem komedi seram, Zombieland, disusuli dengan filem 2012 dimana beliau berlakon sebagai Charlie Frost. Pada tahun 2010, beliau membintangi dalam Bunraku. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak Tommy dalam Friends with Benefits. Beliau melakonkan watak Haymitch Abernathy dalam filem 2012, The Hunger Games dan menyambung wataknya dalam ketiga-tiga filem seterusnya dalam siri itu.[3]

Pada tahun 2015, Woody Harrelson dan anak perempuannya, Zoe membintangi dalam filem pendek untuk U2, 'Song for Someone.’ Beliau juga akan melakonkan watak bernama "Kolonel" dalam War for the Planet of the Apes, dijadual ditayangkan pada tahun 2017.[8]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 1985, Harrelson berkahwin dengan Nancy Simon di Tijuana. Kedua-dua mereka merancang untuk bercerai pada hari berikutnya tetapi kekal berkahwin untuk sepuluh bulan.[9] Pada Disember 28, 2008, Harrelson berkahwin dengan Laura Louie, teman wanitanya sejak tahun 1987. Pasangan itu mempunyai tiga orang anak perempuan, Deni (lahir 1993), Zoe (lahir 1996) dan Makani (lahir 2006).

Filmografi sunting

Filem sunting

TahunTajukPerananNota
1986WildcatsKrushinski
1990Cool BlueDustinTerus-ke-video
1990L.A. StoryBos HarrisKameo
1991Doc HollywoodHank Gordon
1991Ted & VenusVeteran VietnamKameo
1992White Men Can't JumpBilly Hoyle
1993Indecent ProposalDavid Murphy
1994Natural Born KillersMickey Knox
1994The Cowboy WayPepper Lewis
1994I'll Do AnythingGround Zero Hero
1995Money TrainCharlie
1996The People vs. Larry FlyntLarry Flynt
1996KingpinRoy Munson
1996The SunchaserDr. Michael Reynolds
1997Wag the DogSgt. William Schumann
1997Welcome to SarajevoJordan Flynn
1998The Thin Red LineSgt. William Keck
1998PalmettoHarry Barber
1998The Hi-Lo CountryBig Boy Matson
1999Play It to the BoneVince Boudreau
1999EDtvRay Pekurny
1999Austin Powers: The Spy Who Shagged MeDiri sendiriKameo
1999GrassDiri sendiriPencerita
2001′′Zoolander′′Hansel
2003Anger ManagementGalaxia/Security Gary
2003Go FurtherDiri sendiriFilem dokumentari
2003ScorchedJason "Woods" Valley
2004After the SunsetStanley "Stan" P. Lloyd
2004She Hate MeLenald Power
2005North CountryBill White
2005The Prize Winner of Defiance, OhioLeo "Kelly" Ryan
2005The Big WhiteRaymond "Ray" Barnell
2006Free JimmyRoy ArnieSuara
2006A Scanner DarklyErnie Luckman
2006A Prairie Home CompanionDusty
2007The WalkerCarter Page III
2007No Country for Old MenCarson Wells
2007Battle in SeattleDale
2007The GrandOne Eyed Jack Faro
2007NankingRobert O. "Bob" Wilson
2008Semi-ProEd Monix
2008SleepwalkingRandall
2008TranssiberianRoy
2008Surfer, DudeJack Mayweather
2008ManagementJango
2008Seven PoundsEzra Turner
2009The MessengerKapten Anthony 'Tony' Stone
2009DefendorArthur Poppington / Defendor
2009ZombielandTallahassee
20092012Charlie Frost
2011Friends with BenefitsTommy Bollinger
2011BunrakuThe Bartender
2011EthosPenceritaDokumentari
2011RampartDave Brown
2012The Hunger GamesHaymitch Abernathy
2012Seven PsychopathsCharlie Costello
2013How to Make Money Selling DrugsDiri sendiriFilem dokumentari
2013Now You See MeMerritt McKinney
2013Out of the FurnaceHarlan DeGroat
2013Free BirdsJakeSuara
2013The Hunger Games: Catching FireHaymitch Abernathy
2014The Hunger Games: Mockingjay – Part 1Haymitch Abernathy
2015The Hunger Games: Mockingjay – Part 2Haymitch Abernathy
2016Triple 9Sarjan Detektif Jeffrey Allen
2016Now You See Me 2Merritt McKinney
2016By Way of HelenaAbraham Brant
2016LBJLyndon B. Johnson
2017War for the Planet of the ApesKolonel

Televisyen sunting

TahunTajukPerananNota
1985–1993CheersWoody Boyd200 episod
1987Bay CovenSlatergsyFilem
1988Mickey's 60th BirthdayWoody BoydFilem
1988Killer InstinctCharlie LongFilem
1989Dear JohnRichardEpisod: "Love and Marriage"
1989Saturday Night LiveDiri sendiri (hos)Episod: "Woody Harrelson/David Byrne"
1990Walt Disney's Wonderful World of ColorWoody BoydEpisod: "Disneyland's 35th Anniversary Celebration"
1990Mother Goose Rock 'n' RhymeLou the LambFilem
1992Saturday Night LiveDiri sendiri (hos)Episod: "Woody Harrelson/Vanessa L. Williams"
1994The SimpsonsWoody Boyd (suara)Episod: "Fear of Flying"
1996Spin CityTommy DuganEpisod: "Meet Tommy Dugan"
1998EllenHenryEpisod: "Ellen: A Hollywood Tribute: Part 2"
1999FrasierWoody BoydEpisod: "The Show Where Woody Shows Up"
2001–2002Will & GraceNathan7 episod
2012Game ChangeSteve SchmidtFilem
2013David Blaine: Real or MagicDiri sendiriIstimewa
2014True DetectiveMartin Hart8 episod; juga penerbit eksekutif
2014Saturday Night LiveDiri sendiri (hos)Episod: "Woody Harrelson/Kendrick Lamar"

Teater sunting

TahunTajukPerananNota
1985–86Biloxi BluesJoseph Wykowski, Roy Selridge (standbys)Teater Neil Simon
1987–88The Boys Next DoorJackTeater Lamb
1999–2000The RainmakerBill StarbuckTeater Brooks Atkinson
2005–2006The Night of the IguanaShannonTeater Lirik London
2012Bullet for AdolfPengarah/pengarang dramaNew World Stages Stage IV

Rujukan sunting

Pautan luar sunting