Sukan Pasifik 2007

Sukan Pasifik 2007 diadakan di Apia, Samoa, Lautan Pasifik mulai 25 Ogos hingga 8 September 2007. Sukan ini dikenali sebagai 'Sukan Pasifik Selatan XIII'.

Official logo of the 2007 Games

Sukan ini diadakan sejak 1963 termasuk sukan-sukan tradisional , atletit, renang, kayak, luncur ombak dan boling padang. Lokasi utama ialah di Taman Apia, Kompleks Sukan Tuanaimato di Paleata dan sekitar Samoa.

Secara perbandingan, Sukan Olimpik mendatangkan keuntungan kepada negara penganjur . Tetapi Sukan Pasifik 2007 menyebabkan Samoa berhutang US$92 juta kerana terpaksa membina kompleks sukan, jalan raya dan jambatan.

Majlis perasmian sunting

Upacara pembukaan pada 25 Ogos 2007 di Stadium Apia dengan tarian tradisional Samoa dengan gaya Pasifik. Seramai 5000 atlet dari 22 negara dan wilayah datang ke Samoa.

Perasmian oleh Tuilaepa Aiono Sailele Malielegaoi , Perdana Menteri Samoa dan Tuiatua Tupua Tamasese Efi selaku ketua kerajaan negeri Samoa. Rekacipta koreografer diketuai oleh Alan Aiolupotea. Corak persembahan berdasarkan legenda misteri dari kepulauan Samoa. Turut digambarkan ialah tarian kayu api yang menceritakan aliran lahar gunung berapi tahun 1905 di Savaii.

Penyanyi dari New Zealand iaitu Rosita Vai turut menyanyi bersama sinaran cahaya .

Penyertaan Perdana Menteri Samoa sunting

Perdana Menteri Samoa turut serta sebagai atlet acara memanah. Ini adalah pertama kali seorang perdana menteri turut serta sebagi atlet. Lima bukan sebelum sukan, Tuilaepa berada pada kedudukan ke-2 di Samoa. Anaknya turut tersenarai sebagai pemain simpanan. Tuilaepa menang pingat perak dan acara campuran.

Masalah peralatan sunting

Acara dekathlon terlewat diadakan kerana tiang lompat galah masih di Melbourne kerana belum membayar cukai kapal. Acara lompat tinggi dibatalkan. Acara 1500 m dikurangkan kepada 1000 meter sahaja. Acara wanita 400 meter dan lelaki turut terjejas.

Ujian dadah tidak dapat dijalankan sepenuhnya dan tentunya keesahan penrtandingan ini diragui. Kos setiap darah yang diperiksa ialah AU$500 yang terpaksa dihantar ke negara Australia.

Pertunjukan bunga api tidak dapat diadakan kerana masalah kapal mengangkut dari Melbourne.

Penduduk Samoa berugama Kristian Congregationalist . Sukan bola tampar pantai yang memakai seluar pendek singkat dan baju T terpaksa memakai bikini pula. Kegiatan homoseksual dilarang sama sekali kerana bertentangan undang-undang Tuhan. Kes ini melibatkan pengerusi majlis, Tapasu Lueng Wai.

Jadual Keputusan Akhir sunting

 Ked. NegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  New Caledonia906968227
2  Polinesia Perancis444331118
3  Samoa433350126
4  Fiji395443136
5  Papua New Guinea38243294
6  Nauru1591236
7  Palau94316
8  Persekutuan Mikronesia66113
9  Kepulauan Cook59822
10  Tonga3141027
11  Samoa Amerika381122
12  Tokelau3115
13  Wallis dan Futuna3014
14  Vanuatu21912
15  Kepulauan Solomon1121427
16  Guam12710
17  Kiribati0426
18  Kepulauan Marshall0112
 Tuvalu0112
 Niue0112
21  Pulau Norfolk0101
22  Kepulauan Mariana Utara0000

Acara Sukan sunting