Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus (lahir 6 Jun 1957) merupakan bekas vokalis dan pemain bass bagi kumpulan Carefree di Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah dan dibesarkan di Kelantan. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah seperti "Penyanyi Lelaki Popular" pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (1988), "Vokal Terbaik Lelaki" pada Anugerah Industri Muzik (1998) dan "Juara Kategori Pop Rock" pada Juara Lagu (1998) menerusi lagu "Joget Angan Tak Sudah".

Jay Jay
Latar belakang
Nama lahirMohd Fauzi bin Darus
Juga dikenali sebagai
Jay Jay
Kelahiran (1957-06-06) 6 Jun 1957 (umur 67)
Kedah Kedah
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop, Pop Rock
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, pemain bass, penerbit album
InstrumenVokal, Bass
Tahun aktif1979 - sekarang
Syarikat rakaman
WEA Records Sdn. Bhd., [[FMC Sdn. Bhd.]]
Pengkarya berkait
Kumpulan Carefree , Dayangku Intan

Selain dari menyanyi, beliau juga aktif dalam menjadi sessionist (bass) sama ada untuk rakaman atau pertunjukkan pentas. Beliau juga antara pemain bass terbaik Malaysia pada awal 90'an.

Keluarga

sunting

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1982 dan dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada tiga orang perempuan dan seorang lelaki.[1] Penghibur terkenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu sahabat seperjuangan Jay Jay merupakan antara tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Jay Jay dan isterinya.

Jay Jay menerima menantu pada tahun 2012 apabila salah seorang anak gadisnya mendirikan rumahtangga.

Diskografi

sunting

Album bersama Carefree

sunting

Album solo

sunting

Album kompilasi

sunting

Album lain

sunting

Duet bersama penyanyi lain

sunting
  1. Kita Insan Biasa (1988)
  2. Peralihan Zaman (1989)
  1. Erti Pertemuan (2004)
  1. Aku Tanpa CintaMu (2004)
  1. Senandung Hidup Berbudi
  1. Ghazal Perindu (2004)

Anugerah

sunting
TahunAnugerahKategoriNotaHasil
1988Anugerah Bintang Popular Berita HarianPenyanyi Lelaki PopularMenang
1998Anugerah Industri MuzikVokal Terbaik LelakiMenang
1998Juara Lagu 1998Juara Kategori Pop RockBeliau memenangi kategori ini melalui lagu Joget Angan Tak SudahMenang

Rujukan

sunting