Spa Q merupakan sebuah drama televisyen bahasa Melayu dalam slot Akasia di TV3, drama ini diarahkan oleh Zulkiflee R. Shad.

Spa Q
Spa Q
Genre
FormatTelevisyen
PengarahZulkifli R.Shad
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod60
Penerbitan
PenerbitZaitun Mohd Jiwa
LokasiMalaysia
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Julung kali ditayangkan di
Malaysia
StatusTamat
MengikutiManjalara
Diikuti olehBella
Logo Spa Q

Spa Q musim pertama ditayangkan dari 22 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008 untuk musim pertama dan musim kedua dari 15 Disember 2008 hingga 26 Mac 2009 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Tempoh tayangan setiap episod ialah sejam.

Siri drama Spa Q telah dilancarkan semula sebagai Spa Qistina pada tahun 2009 untuk tayangan Astro Ria, dengan barisan pelakon yang berlainan.

Sinopsis sunting

Mengisahkan mengenai kehidupan Qistina, pemilik spa Q dan yang mempunyai keluarga yang bahagia dan pelanggan-pelanggannya seperti Nora, Fatin dan Tania dan pekerjanya, Farah dan Alya. Namun, tanpa disangka, keharmonisan hubungan rumahtangganya bersama suaminya retak. Riezman sebenarnya menjalinkan hubungan sulit dengan Fatin, seorang pekerja GRO dan juga merupakan pelanggan setia Spa Q. Qistina yang mengetahui akan hal tersebut berasa sangat sedih dan mula menuntut cerai daripada Riezman. Manakala anak sulung Qistina, Dafi yang tertekan dengan penceraian ibu bapanya kemudian bertindak membunuh Fatin. Akhirnya Dafi diberkas polis. Qistina yang melihat anaknya berada dipenjara membuatkan dia semakin membenci bekas suaminya. Namun kerana suatu kejadian Qistina memaafkan Riezman disebabkan Riezman telah menyelamatkan nyawanya. Qistina sempat menemui Riezman dan Riezman memohon maaf diatas kesilapannya selama ini. Sesudah itu Riezman akhirnya meninggal dunia.

Pelakon sunting

Musim Pertama sunting

LakonanWatakPeranan
Norish KarmanQistinaPemilik Spa Q, isteri kepada Riezman
Betty BanafeNoraPelanggan Spa Q
Intan AzuraAlyaPekerja Spa Q
Elly MazleinFarahPekerja Spa Q
FarahdhiyaFatinPelanggan Spa Q, kekasih/perempuan simpanan Riezman
Nisha DirrTaniaAnak buah kepada Helmi, Pelanggan Spa Q, belajar sama kolej dengan Dafi dan Melissa, kekasih Dafi dan bercadang untuk membeli Spa Q tetapi Qistina tidak mahu menjualnya.
Ridzuan HashimRiezmanSuami kepada Qistina
Fazren RafiDafiAnak Sulung kepada Qistina
Nelydia SenroseMelissaAnak kedua kepada Qistina.
Kenchana DewiShila O LalaPekerja Spa Q dan menjadi pengikut Fatin
Zaefrul NordinZaefrulKawan kepada Marlia
Khairil Anwar AmanHelmiPekerja di "Asyura", Pak Ngah kepada Tania, pernah menculik Qistina dan telah dipenjarakan.

Musim Kedua sunting

LakonanWatakPeranan
Norish KarmanQistinaSeorang ibu tunggal
Azizah MahzanMarlia/Mar/Mak LongKakak kepada Qistina dan telah berkahwin bersama Zafrul
Zizie EzetteNorell (Menggantikan watak Alya)Pekerja Spa Q pada awalnya mendapat jawatan pengurus, berhenti kerana telah dianggap mengsonglap duit Spa Q, selepas berhenti dari Spa Q, beliau bekerja "Spa Eryana" juga sebagai pengurus dan telah menggoda Zafrul serta menyuruh Zafrul membuka syarikat baru.
Fouziah GousEryanaPekerja Spa Q pada awalnya dan telah membuka spanya sendiri iaitu "Spa Eryana"
Jasmin HamidSofiera/Datin SofieraPelanggan Spa Q, Isteri kedua kepada Riezman, Ibu kandung kepada Melissa
FarahdhiyaJuliaAdik kembar Fatin dan berniat untuk membalas dendam kepada keluarga Qistina
Nisha DirrTaniaKawan rapat kepada Melissa
Zaefrul NordinZaefrul/ZaefSuami kepada Marlia dan pernah mencintai Qistina
Fazren RafiDafiAnak Sulung kepada Qistina
Nelydia SenroseMelissaAnak tiri dan susuan kepada Qistina
Liza AbdullahZalina/ Mak LangMak Cik kepada Fatin dan Julia dan masih bersedih atas kematian Fatin
Ifa RaziahKhatyPekerja Spa Q
Sharifah SofiaLola (Menggantikan watak Farah)Pada awalnya pekerja Spa Q tetapi meletak jawatan kerana tidak sanggup bergaduh dengan Norell
Kenchana DewiShila O LalaTerima bekerja semula di Spa Q
Riz AminFahmyPada awalnya dia kekasih kepada Norell tetapi selepas mengetahui Norell ingin kembali kepada bekas suaminya, Shah dia terus melupakan Norell namun tidak lama kemudian dia mula jatuh cinta pada Qistina dan ingin berkahwin dengan Qistina walaupun ibu bapanya tidak merestui.
Erynne ErynnaAnisAnak angkat kepada Qistina.
Khairil Anwar AmanHelmiTelah dibebaskan dari penjara dan telah diterima bekerja disyarikat baru Marlia.
Faizal YusupShahBekas suami kepada Norell dan telah mati dibunuh.
Fizo OmarFizTunang kepada Lola.
Eja (Seoul Center)Dato AdhaniRakan kongsi untuk Spa Q.

Lagu Tema sunting

Musim Pertama sunting

Musim Kedua sunting

Pautan luar sunting

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
SebelumnyaSpa QBerikutnya
ManjalaraBella