Fizo Omar

Pelakon lelaki Malaysia

Wan Hafizol Wan Omar (Jawi: وان حافذل بن وان امر; lahir 19 Julai 1985) atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar ialah pelakon lelaki Malaysia.

Fizo Omar
Kelahiran
Wan Hafizol bin Wan Omar

(1985-07-19) 19 Julai 1985 (umur 38)
PendidikanDiploma Kejuruteraan Awam
Pusat pendidikanUiTM Arau, Perlis
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian179 cm (5 ka 10 in)
Pasangan
Anak-anak3

Kehidupan awal sunting

Fizo lahir pada 19 Julai 1985 di Kota Bharu, Kelantan dan memiliki Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik [1] serta mempunyai darah campuran Melayu, Siam dan Arab. Ayahnya berketurunan Melayu sementara ibunya berketurunan Siam dan Arab[2]. Ayahnya Wan Omar Wan Ishak (80 tahun) meninggal dunia di sebuah hospital di Kota Bharu akibat masalah ketumbuhan.

Kerjaya sunting

Sejak dari kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili Kelantan. Kemudian terpilih juga dalam beberapa kejohanan peringkat umur sehinggalah berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.

Apabila menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, dia terpilih juga mewakili Perlis bagi skuad Piala Presiden dan Liga Super. Ia juga menjadi kenangan manis buat Fizo apabila berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2005. Fizo bermain di posisi tengah dan pertahanan. Tamat pengajian, dia beralih angin ke Kuala Lumpur dan mewakili pasukan TNB dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga merupakan pasukan terakhirnya.

Kemudian dia tidak lagi bermain bola sepak kerana dia secara tidak langsung sudah terlibat dalam bidang peragaan dan lakonan. Ini semua adalah kerana seorang rakan dia yang telah menghantar gambarnya ke agensi modeling dan kemudian mendapat banyak tawaran iklan komersil dan beberapa tawaran lakonan.

Juga dalam masa yang sama, Fizo telah menyertai pencarian Hero Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf.” Jelas Fizo yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Jelasnya, bukan dia tidak berminat lagi dengan bola sepak, tetapi memandang jauh akan masa hadapan supaya kehidupannya nanti lebih terjamin.

Tidak menafikan dengan bermain bola sepak boleh hidup mewah tetapi semua itu akan berakhir apabila seseorang pemain itu mendapat kecederaan yang serius dan tidak boleh bermain lagi. Oleh itu, Fizo mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak secara serius dan menumpukan kepada bidang seni yang semakin terbuka luas untuknya [3] .

Rashid Sibir merupakan orang yang pertama yang bertanggungjawab membawa Fizo Omar ke dunia lakonan menerusi drama Elite. Beliau ketika itu pemenang Hero Remaja diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama tersebut [4] .

Bermula dengan perniagaan serunding daging, Fizo Omar, kini giat mengembangkan perniagaannya dengan menjual produk yang berlainan. Sejak beberapa bulan lalu, Fizo tampil memperkenalkan perniagaan penjualan burger menerusi, Hot Burger. Beliau membuka perniagaan ini untuk menarik minat belia menceburi bidang perniagaan. Perniagaan ini turut melibatkan dua rakan kongsinya, Rizal Musa dan Asri Hamid [5] ..

Kehidupan peribadi sunting

Pada 29 Oktober 2013, Fizo telah melamar Mawar Abdul Karim didalam sebuah panggung wayang di Cathay @ e-Curve, Damansara kira-kira jam 12.30 tengahari.Kejutan lamaran itu turut disertai pihak media, kenalan rapat dan ahli keluarga Mawar tanpa pengetahuan Mawar sendiri. Idea lamaran ini dirancang hanya dalam tempoh 3 hari dan nampaknya membuahkan hasil serta mencipta kenangan terindah buat mereka berdua [6]. .

Pada 10 November 2013, Fizo Omar selamat bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang. Beliau diijabkabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat Ustaz Mohd Arif Abdul Samat berwalikan Hakim Pejabat Agama Islam Hulu Langat dengan mas kahwin berjumlah RM506 [7].

Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran yang berupa mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, motosikal, jongkong emas bertulis ‘Fizo Love Mawar’ seberat 1.011 kilogram [8].

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan hantaran yang mewakili tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal WWF120, jaket, dan motosikal berkuasa tinggi. Majlis resepsi atau persandingan akan diadakan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari berbulan madu di Eropah.

Pada 10 Julai 2019, Fizo dan Mawar bercerai talak satu. Mereka melafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.[9][10] Fizo dan Mawar sebelum ini menafikan desas-desus mengenai rumahtangga mereka.[11] Pada 2021 fizo kembali berkahwin dengan wanita sarawak iaitu Fazeera Nazri Azrai. Mereka dikurniakan 1 anak perempuan.

Kontroversi sunting

Tuntutan hutang RM 2.5 juta sunting

Pada 13 Disember 2011, Fizo Omar (26 tahun) mendakwa namanya telah disalahguna sebagai penjamin oleh syarikat rakannya berjumlah RM2 juta.Beliau telah meminta khidmat guaman daripada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat. Fizo Omar pernah menjadi rakan kongsi dan lembaga pengarah syarikat percetakan itu di Damansara pada 2008. Beberapa bulan kemudian dia menarik diri dari syarikat itu.[12]

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
2009JalangFilem pertama
2010Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami!Jeremy
2011KongsiASP Shariff
20127 Petala CintaHamka
Halim MunanHalim
2013Minyak DaguJohan
Sembunyi: Amukan AzazilAhmad
99 Kali RinduKlate
HelloDr. Shafiq
CinderellaSalman
2015Romeo KotaBotak
Isyarat CintaAriel
2020Superbike The MovieAeron

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008Skuad ElitTommyAstro PrimaDrama pertama
Puteri SaljuDr. RafikTV3
Gadis Merah JambuBadriTV9
Spa Q 2FizTV3
2009Bio-NikJohan
La Dolce AmiraArif
SurayaMegat
MatahariMark
Cinta SempurnaNajibAstro Oasis
2010Jersi 9MokhtarTV9
Bila Musang BerjanggutPutera AshrafTV3
Kau Laksana BulanSyafikTV2
Siti KelembaiMoinTV3
Ulek MayangPutera Mayang MahkotaTV3
2011Ada Apa Dengan DurianKamalTV1
SoffiyaIlyasTV3
Santau MerasukHussin
2012Cinta Buat EmeldaAril Fatah
Tanah Kubur (Musim 4)AmirAstro OasisEpisod: "Patung Kertas"
JuliaAmirTV3
2013Surat Dari Langit BiruHeykal
2015BidadariIndra
2019Setelah Cinta Itu PergiIdlan
Bukan Cinta AkuSam
Adellea SofeaIkram
2020Maaf Tak IndahJai
Pengantin Satu MalamRasul Fadlan
2021Rindu Awak Separuh NyawaAidilAstro Ria

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2008Tidak Sama Tetapi SerupaKekasih Belinda
2009Bisikan SubuhAriff
BonanzaFaizal
2010Dollah HapakDollah HapakAstro Prima
Cinta D ButtDanial
Wira Padang PasirTuan Razlan
PanasBadrulTV2
2011KeliruMadi
2012Tunggu SekejapAdliTV1
2013Nur SarahDanial
Andai Itu TakdirnyaFirdaus
2015TalakBadrulTV3
Aku, Dia dan C70AmirulTVi
2018Gerabak CintaRemyTV3
2020Tuan Petri SaadongRaja AhmadAstro Citra
2022NotaMazniTV2

Teater sunting

Tajuk
Siti Di Alam Fantasi

Televisyen sunting

TahunTajukSebagaiSaluran TV
Gen-XPengacaraTV1
3 Hari 2 MalamTV9
Pakar KejelitaanTV3
2015–2016, 2024-kiniNasi Lemak Kopi OTV9
2016Pencetus Ummah (Musim 2)Astro Oasis

Siniar sunting

TahunTajukPerananCatatan
2024Studio SembangArtis JemputanBersama Amelia Henderson

Iklan sunting

Peragaan sunting

  • Malaysian International Fashion Show (MIFA)
  • Lord's Tailor Fashion Show, Micheal Shoo Design Fashion Show (2009)
  • KL Bollywood Fashion Show
  • Converse Fashion Show (2008)

Anugerah dan pencalonan sunting

TahunAnugerahKategoriPencalonanKeputusan
2007/2008
Hero Remaja
Tempat ke-2Menang
  • Top 5, Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Top 5 Hot Guys (Fun, Fabulous, Fearless) - 2009

Rujukan sunting

Pautan luar sunting