Saifuddin Nasution Ismail

YB Senator Datuk Seri [1] Saifuddin Nasution Ismail (lahir 7 Disember 1963) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia. Pada peringkat parti beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat[2].

YB Senator Datuk Seri

Saifuddin Nasution Ismail

DGSM (Melaka); DSDK (Kedah)
Kelahiran (1963-12-07) 7 Disember 1963 (umur 60)
Singapura, Malaya (kini negara Singapura)
PendidikanSarjana Sains (Agronomi)
Pusat pendidikanUniversiti Putra Malaysia
PekerjaanAhli Parlimen
Parti politik UMNO (1995-1999)
Parti Keadilan Nasional (1999-2003)
PKR (2003 – kini)
PasanganDatin Seri Norhayati Musa
AnugerahSenarai

Latar belakang

sunting

YB Senator Dato Seri Saifuddin Nasution berasal dari Singapura. Nama 'Nasution' dapat dikaitkan dengan keturunan Batak Mandailing di tengah Sumatera, Indonesia. Ramai penduduk Sumatera berhijrah ke Kedah dan lain-lain lokasi kerana Perang Belanda-Aceh. Anaknya Arham Rahimin Nasution melanjutkan pelajaran ke Mesir di sebuah pusat pengajian yang dikenali sebagai Ma'ahad Buuth Islamiyyah di bawah naungan Al-Azhar. Dan kini anak beliau telah melanjutkan pelajaran ke Afrika Selatan kerana semangat cita-citanya yang ingin mengikut jejak langkah ayahnya sebagai ahli politik.[3]

Kerjaya politik

sunting

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda UMNO, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia dan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional kemudian dipecat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir sebelum Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998. Beliau antara sebahagian pemuda UMNO yang mengadakan demonstrasi dari Masjid Negara ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Ketika itu media arus perdana menuduh beliau memecahkan pintu PWTC.[4]

Beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Syed Hamid Albar (bekas Menteri Luar Malaysia). Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah pada 29 November 2000 dan menang.[5]

Semasa masih berada dalam UMNO beliau juga mengambil bahagian dalam satu protes pada tahun 1996 untuk menentang "Second Asia Pacific Conference on East Timor" di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Beliau mengetuai sekumpulan penunjuk perasaan seramai 400 orang dan berdemonstrasi di hotel tersebut secara biadab kerana Saifudin mendakwa mendapat arahan dan dicabar oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.[6]. Dalam dialek Perak, Megat Junid mencabar "Kalau tidak, saya anggap Pemuda UMNO tiada telur".[6]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saifuddin Nasution telah bertanding di Parlimen Machang di Kelantan dan mengalahkan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah dengan memenangi majoriti yang baik.

Keputusan Pilihan raya

sunting
Parlimen Malaysia: Machang, Kelantan
TahunPakatan RakyatUndi%Barisan NasionalUndi%
2008Saifuddin Nasution Ismail (PKR)21,04151%Sazmi Miah (UMNO)19,58147%
Parlimen Malaysia: Padang Serai, Kedah
TahunPakatan RakyatUndi%Barisan NasionalUndi%
2004Saifuddin Nasution Ismail (PKR)15,95337%Lim Bee Kau26,26961%

Anugerah

sunting
  •  Kedah :
    • Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) - Dato'
  •  Melaka :
    • Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2018)

Rujukan

sunting
  1. ^ 5 menteri bergelar Datuk Seri
  2. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/saifuddin-kembali-sebagai-setiausaha-agung-pkr-nurul-izzah-naib-presiden-372112
  3. ^ Othman Mohamad (30 November 2000). "Keadilan menang pilihan raya kecil Lunas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-28. Dicapai pada 28 Februari 2017.
  4. ^ Muzliza Mustafa. "BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat Read more: BN's Abd Aziz to face off PKR's Saifuddin for Kulim-Bandar Baharu seat". New Straits Times. Dicapai pada 11 October 2014.
  5. ^ Habibu, Sira (10 Januari 2010). "PKR picks Saifuddin to replace Salehuddin". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2010. Dicapai pada 11 Januari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ a b Persidangan Asia Pasifik Timor Timur II. Retrieved 2011-08-03.

Pautan luar

sunting

,