Penghapusan pemerintahan beraja

Sepanjang sejarah, monarki atau pemerintahan beraja dihapuskan sama ada melalui pembaharuan perundangan, kudeta (rampasan kuasa) atau peperangan.

Satu poskad tahun 1908 menunjukan 18 orang raja memerintah; 11 takhta darinya telah dihapuskan sejak itu.

Contohnya penggulingan monarki Inggeris oleh Parlimen Inggeris yang diketuai oleh Oliver Cromwell pada tahun 1649. Monarki ini dipulihkan semula pada tahun 1660. Monarki Perancis menerima nasib yang sama pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis. Monarki Perancis dipulihkan beberapa kali sehingga tahun 1871. Monarki China tidak lagi wujud selepas revolusi Sun Yat-sen pada tahun 1912. Maharaja Korea hilang takhtanya apabila negara Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910. Selepas kematian khan terakhir pada tahun 1924, Mongolia menjadi republik.

Pada tahun 1893, pemimpin perniagaan menggulingkan Ratu di Hawaii untuk menubuhkan sebuah republik sebelum Hawaii menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1898. Monarki di Portugal digulingkan pada tahun 1910, dua tahun selepas pembunuhan Raja Carlos I.

Perang Dunia I berkemungkinan membawa kepada kejatuhan besar monarki dalam sejarah. Keadaan di dalam Rusia dan prestasi buruknya ketika perang membawa kepada revolusi komunis yang menggulingkan seluruh institusi monarki, menembak mati Tsar dan melaksanakan kerajaan diktator dari golongan bangsawan. Kekalahan empayar Jerman, Austria dan Turki menyaksikan penghapusan monarki mereka selepas perang. Begitu juga dengan negara naungan Jerman seperti Finland dan Lithuania yang kedua-dua raja mereka hilang takhta selepas kekalahan Jerman pada bulan November 1918.

Pada tahun 1939, Itali melanggar Albania dan membuang Raja Zog untuk meletakkan Raja Itali sebagai raja baru Albania. Itali bersama dengan beberapa monarki di timur Eropah seperti Bulgaria, Hungary dan Romania menyokong Jerman semasa Perang Dunia Dunia menentang Yugoslavia, kuasa sekutu barat dan Soviet Union. Dengan kekalahan kuasa paksi dalam perang, golongan komunis di Yugoslavia merampas kuasa dan mengakhiri monarki. Golongan komunis di Bulgaria, Hungary dan Romania membuang raja mereka dengan sokongan kuat Soviet Union yang mempunyai ramai tentera dan penyokong yang diletakkan di sana ketika peperangan. Raja Itali berubah menyokong sekutu barat tetapi dalam satu referendum pada tahun 1946, sistem monarki di sana dihapuskan juga. Maharaja Jepun yang memainkan peranan penting dalam perang dunia juga dikurangkan kepentingannya kepada hanya menjadi simbol negara.

Di Greece, raja mereka terpaksa melarikan diri selepas kudeta pada tahun 1967 dan Greece diisytiharkan sebagai sebuah republik pada tahun 1973.

Monarki di India, Kenya, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe dihapuskan apabila negara ini mencapai kemerdekaan dari United Kingdom. Monarki di Ireland dihapuskan oleh Akta Republik Ireland 1948 yang berkuat kuasa pada tahun 1949. Pakistan menjadi republik pada tahun 1956. Monarki di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1961 oleh referendum apartheid. Mauritius pula menjadi republik pada tahun 1992.

Mesir dan Sudan menghapuskan monarki pada tahun 1953 selepas revolusi tahun 1952. Raja-raja dihapuskan di Tunisia pada tahun 1957, Iraq 1958, Libya 1969, dan Iran melalui revolusi pada tahun 1979. Di Ethopia, maharaja digulingkan pada tahun 1974 akibat dari revolusi demokrasi. Pergolakan politik dan kebangkitan komunis menamatkan monarki di Indochina selepas Perang Dunia II.

Pemerintahan beraja yang dihapuskan dalam kurun ke-20 dan 21 sunting

Negara

Monarki terakhir

Tahun

Catatan

1900an
1910an
PortugalManuel II1910Kudeta Republikan
KoreaSunjongRaja asal dihapuskan dan digantikan dengan pemerintahan Jepun sehingga tahun 1945
ChinaPuyi1912Revolusi Xīnhài – Maharaja digulingkan kelompok pemimpin perang dan puak republikan
AlbaniaWilliam I1914Pemerintahan monarki dikembalikan pada tahun 1928 (Kerajaan Albania)
RusiaNikolai1917Revolusi Februari
MontenegroNikola I1918Referendum memutuskan penyingkirkan Raja dan penyatuan bersama Serbia
JermanWilhelm IIKekalahan Jerman dalam Perang Dunia I dan Revolusi Jerman yang berikutan
Prusia
BavariaLudwig III
WürttembergWilhelm II
SaxonyFriedrich Augustus III
HesseErnst Ludwig I
BadenFriedrich II
Saxe-Weimar-EisenachWilhelm Ernst I
Mecklenburg-SchwerinFriedrich Franz IV
Mecklenburg-Strelitz
OldenburgFriedrich August II
BrunswickErnst Augustus I
AnhaltJoachim Ernst I
Saxe-Coburg dan GothaCarl Eduard I
Saxe-MeiningenBernhard III
Saxe-AltenburgErnst II
Waldeck-PyrmontFriedrich I
LippeLeopold IV
Schaumburg-LippeAdolf II
Schwarzburg-RudolstadtGünther Victor I
Schwarzburg-Sondershausen
Reuss Senior Line
Reuss Junior Line
AustriaKarl Idijatuhkan dan pemerintahan beraja dihapuskan
FinlandFrederick Charles I (raja yang dilantik)tidak pernah berkuatkuasa
LithuaniaMindaugas II (raja yang dilantik)
PolandTiada (diperintah oleh Majlis Pemangku Raja)
HungaryKároly IVdipulihkan pada tahun 1920, tetapi takhta kosong dan diisi oleh pemangku raja
1920an
Bukhara (Uzbekistan)Mohammed Alim Khan1920
Khiva (Uzbekistan)Abdallah Khan
Empayar UthmaniyahMehmed VI1922Kesultanan dimansuhkan pada tahun 1922
YunaniGeorgios II1924dipulihkan pada tahun 1935 dan kemudian dimusnahkan pada tahun 1974 (lihat bawah)
MongoliaBogd KhanKerajaan Komunis Mongolia diisytiharkan selepas kematian Khan
1930an
SepanyolAlfonso XIII1931dipulihkan kemudian (lihat bawah)
1940s
CroatiaTomislav II1943diturunkan selepas hilang sokongan Itali
IcelandChristian X1944penyatuan dengan Denmark ditamatkan
YugoslaviaPetar II1945kebangkitan komunis
ManchukuoPuyibersatu dengan Republik China selepas penamatan Empayar Qing
HungaryTiada (Miklós Horthy sebagai pemangku takhta)1946Keputusan parlimen tanpa referendum.
ItaliUmberto IIreferendum; keputusan rasmi: 54,3% memihak kepada republik
BulgariaSimeon IIinisiatif referendum oleh Soviet; keputusan rasmi: 95% menentang pemerintahan beraja
AlbaniaZog Idisingkirkan oleh komunis
SarawakCharles Vyner BrookeRajah Putih menyerahkan kuasa kepada Mahkota British
RomaniaMihai I1947dipaksa turun oleh komunis
Kerajaan-Kerajaan Kecil dalam IndiaLihat artikel1947-
1950
menjadi negeri persekutuan daripada India
IrelandGeorge VI1949Raja Ireland yang Terakhir, Raja kepada United Kingdom
1950an
IndiaGeorge VI1950Monarki Alam Komanwel yang dihapuskan
Mesir dan SudanFuad II1953Revolution
VietnamBảo Đại1955referendum
PakistanElizabeth II1956Penghapusan Kerajaan Komanwel
TunisiaMuhammad VIII al-Amin1957coup d'état
IraqFaisal II1958
1960s
GhanaElizabeth II1960Penghapusan Kerajaan Komanwel
Afrika Selatan1961
RwandaKigeli VPenggulingan kuasa
TanganyikaElizabeth II1962Penghapusan Kerajaan Komanwel
YamanMuhammad XIRampasan kuasa
NigeriaElizabeth II1963Penghapusan Kerajaan Komanwel
Uganda
Kenya1964
Kesultanan ZanzibarSultan Jamshid bin AbdullahRevolusi Zanzibar
BurundiNtare V1966
MalawiElizabeth IIPenghapusan Kerajaan Komanwel
MaldivesMuhammad Fareed Didi1968Suatu referendum
LibyaIdris I1969Rampasan kuasa
1970s
KembojaNorodom Sihanouk1970later restored (see below)
The GambiaElizabeth IIPenghapusan Kerajaan Komanwel
Guyana
Sierra Leone1971
Ceylon1972Penghapusan Kerajaan Komanwel, nama negara ditukar kepada "Sri Lanka"
AfghanistanMohammed Zahir Shah1973coup d'état
HabsyahHaile Selassie I1974
YunaniKonstantinos IIPungutan suara; 69% menentang kerajaan
MaltaElizabeth IIPenghapusan Kerajaan Komanwel
LaosSavang Vatthana1975Rampasa kuasa oleh Pathet Lao
SikkimPalden Thondup Namgyalpungutan suara; official result: 97% penduduk mengundi menjadi negeri India
Trinidad and TobagoElizabeth II1976Penghapusan Monarki Alam Komanwel
IranMohammad Reza Pahlavi1979Revolusi Iran
Empayar Afrika TengahBokassa IRampasan kuasa
1980s
ZimbabweElizabeth II1980Penghapusan Kerajaan Komanwel. Rhodesia mengisyitharkan diri sebagai suatu republik pada 1965 (sebelumnya sebagai jajahan Rhodesia Selatan) namun tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.
FijiElizabeth II1987Penghapusan Kerajaan Komanwel. Ratu Elizabeth II diikitiraf sebagai Ketua Agung oleh Majlis Ketua-Ketua Besar Fiji
1990s
MauritiusElizabeth II1992Penghapusan Kerajaan Komanwel
2000s
SamoaMalietoa Tanumafili II2007Pemerintah tanpa pemilihan terakhir (O le Ao o le Malo) meninggal dunia, maka Samoa secara de facto-nya menjadi republik berparlimen
NepalGyanendra I2008Monarki dihapuskan pada 28 Mei 2008, pemerintahan diambil alih sebuah republik persekutuan sekular[1]

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting