Mira Filzah

Pelakon, pengacara dan peragawati Malaysia

Nur Amirah Filzah Badioezaman (lahir 2 April 1993) atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia.[1][2][3] Menjadi antara artis wanita yang terlaris di Malaysia.[4][5] Antara drama terkenal lakonan beliau ialah Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Pujaan Hati Kanda (2018-2019), Lelaki Kiriman Tuhan (2018-2019), Sweet Dreams (2019), Adellea Sofea (2019–2020) dan Bidadari Kiriman Tuhan (2020). Filem lakonan beliau termasuk Rise: Ini Kalilah (2018) dan Sangkar (2019). Selain berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls. South China Morning Post telah menyifatkan beliau sebagai "Malaysia's ultimate girl's next door".[6]

Mira Filzah
Mira dalam salah satu adegan drama Abang Beduk.
Kelahiran
Nur Amirah Filzah binti Badioezaman

(1993-04-02) 2 April 1993 (umur 31)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, usahawan
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian162 cm (5 ka 4 in)
PasanganWan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar (k. 2020)
Anak-anak1
Ibu bapa
  • Badioezaman Abdul Khalik (bapa)
  • Faizatul Akmar Hisan (ibu)
HubunganYB Datuk Mastura Mohd Yazid (Ibu mentua)
YB Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Bapa mentua)

Kehidupan awal sunting

Mira Filzah dilahirkan pada 2 April 1993 di Ipoh, Perak. Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Faziatul Akmar Hisan dan Badioezaman Ab Khalik. Adik bongsunya ialah Aina Fadhilah.[7] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan merupakan lulusan dalam perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kerjaya sunting

Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun,[8] sebelum beralih kepada bidang lakonan. Drama televisyen pertamanya ialah Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah rancangan hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk. Selepas menyepi dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pelajarannya dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di UiTM,[9] Mira tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi drama Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu. Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.

Tawaran yang datang selepas beliau membintangi drama Eksperimen Cinta tidak disangkal lagi dan beliau kerap muncul di kaca televisyen melakonkan pelbagai telefilem selepas itu. Memegang watak sebagai Intan di dalam telefilem Abang Haji di TV3 di mana beliau perlu menghidupkan perwatakan gedik menambah pengalaman baharu baginya kerana beliau tidak pernah melakonkan watak sebegitu tambahan lagi perwatakan tersebut dianggap sebagai antagonis dan boleh membuatkan dirinya tidak disukai. Sangkaan tersebut jauh meleset apabila ramai penonton memberi respon positif terhadap lakonannya yang menjadi.

Beliau mula dikenali dan menjadi tular di laman media sosial Facebook kerana memperagakan pakaian seragam rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk telefilem Din Sardin (2015). Menurut beliau, berita tentang gambarnya yang tular di laman sosial tidak dirasakan sebagai sesuatu yang negatif dan menganggap ianya peluang agar dirinya lebih dikenali umum.

Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit kepadanya tidak disia-siakan apabila menerajui sebuah drama yang menjadi perbualan hangat ramai penonton, Cinta Si Wedding Planner (2016) yang bersiaran di TV3.[10] Walaupun ada penonton yang mempertikaikan gandingan beliau bersama pelakon Singapura yang berpangkalan di Malaysia, Dato' Adi Putra dalam drama itu, namun setelah beberapa episod yang ditayangkan, gandingan mereka mendapat maklum balas positif daripada rata-rata peminat. Drama ini kemudiannya disambung dengan telefilem khas sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Cinta Si Wedding Planner Raya.

Mira ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 1 Mac 2016.

Mira memenangi Anugerah MeleTOP Era 2016 sebagai Artis Baharu MeleTOP[11] dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 sebagai Artis Baharu Wanita Popular.[12][13] Pada tahun 2019, menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32, Mira memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular serta Gandingan Serasi Drama bersama Remy Ishak untuk drama Pujaan Hati Kanda. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dengan undian peminat iaitu sebanyak 6,320 463 undi.

Beliau mempunyai kelab peminat yang diberi nama "Miraclegacy". Mira terus mengasah bakatnya di bidang pengacaraan apabila diberikan peluang mengendalikan program Mahligai Cinta musim ke-10 yang bersiaran di TV3.[14] Beliau menggalas peranan pengacara Nona di TV3 bagi menggantikan Uyaina Arshad.[15][16] Beliau bersama Remy Ishak dan Sangeeta Krishnasamy berlakon dalam filem drama politik Rise: Ini Kalilah arahan Nik Amir Mustapha. Filem ini ialah filem sulung lakonannya dan ditayangkan pada 13 September 2018.[17]

Beliau kemudiannya memegang watak jururawat dan adik Johan, Lea dalam filem aksi sukan Sangkar arahan Kabir Bhatia yang menggandingkan beliau bersama Zul Ariffin dan Remy Ishak. Ditayangkan pada 29 Ogos 2019, ia mengisahkan tentang permusuhan dan penebusan antara dua pejuang MMA tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga.[18][19][20]

Mira sekali lagi bergandingan bersama Remy Ishak dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan arahan Rashid Sibir dan Pujaan Hati Kanda di Slot Akasia TV3.[21][22][23] Pujaan Hati Kanda mendapat respons yang amat baik dari penonton sehingga berjaya mendapat 12 juta tontonan sepanjang waktu tayangan drama tersebut dan 30 juta jumlah tontonan di Youtube TV3.[24]

Pada Ogos 2019, Mira melakonkan watak Puteri dalam drama Sweet Dreams arahan Michael Ang, lakonan bersama Ben Amir. Ia dibintangi oleh Sean LJE, Datin Nina Juren, PU Azman, Yuna Rahim, Nasz Sally, Yusuf Bahrin, Didi Astillah dan Roy Azman.[25][26][27]

Mira juga tampil dalam muzik video lagu "Baby Sayang" bersama Caprice.[28]

Mira sekali lagi muncul di kaca televisyen menerusi drama Adellea Sofea yang membawa watak tajuk yang bergandingan bersama Ungku Ismail Aziz yang memegang watak sebagai Fir. Drama ini turut dikatakan hangat kerana watak yang dibawa mereka sangat timbul.[29]

Beliau bersama suami, Wan Emir Astar mengacarakan rancangan In Love With Mira yang memulakan siaran di Naura bermula 7 September 2020.[30] Mira kembali digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama adaptasi novel, Bidadari Kiriman Tuhan di mana beliau memegang dua watak, Manis Suhaila dan Manja Suhana.[31] Bermula Ogos 2021, kontrak beliau sebagai pengacara Nona tidak disambung dan tempatnya digantikan oleh Amyra Rosli.[32][33][34]

Pada tahun 2022, beliau berlakon dalam filem Dato' Ai La Beau dengan melakonkan watak sebagai Miera dan setahun kemudian, beliau digandingkan bersama Hun Haqeem dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer yang disiarkan di Astro Ria dengan melakonkan watak sebagai Effa.[35][36]

Kehidupan peribadi sunting

Mira bertunang dengan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, anak kepada pasangan ahli politik Mastura Mohd Yazid dan Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 16 Julai 2020.[37] Beliau dan Wan Emir melangsungkan pernikahan pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.[38] Beliau menetap bersama keluarganya di Bangi, Selangor.[39]

Pada Januari 2022, Mira mengumumkan beliau hamil cahaya mata sulungnya.[40][41][42] Beliau melahirkan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.[43][44][45]

Cabang lain sunting

Di luar kerjaya lakonan, Mira ialah seorang usahawan yang berjaya dan cantik. Beliau ialah pengasas produk kecantikan Mora Essential.

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
2018Rise: Ini KalilahFizahFilem pertama
2019SangkarLea
2021Sa Balik BajuAria
2022Dato' Ai La BeauMiera
2024Cinta Tak Pernah Tepat WaktuDr. SarahFilem Indonesia
2025Munajat KekasihNur Sakinah
TBASangkar 2Lea

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2013Dunia LolaLaila / LolaAstro Ria
2015Eksperimen CintaSurayaTV3
2016Cinta Si Wedding PlannerIzara Batrisya
Ketupat Palas Mr. HandsomeAyu
Tika Langit Terbuka: Down SyndromeMariaAstro Oasis
Abang Bomba I Love YouDr. DahliaAstro Ria
2017Meh Sandar Pada AkuAfnan TasneemTV3
Ops Cinta Din SardinChe TaTV9
3 Gadis ManisAisyahAstro Gempak
Meh Sandar LagiAfnan TasneemTV3
2018Pelangi CintaBunga
Rahsia Hati PerempuanIlainaAstro Ria
Lelaki Kiriman TuhanNairaAstro Oasis
Pujaan Hati KandaTiaraTV3
2019Sweet DreamsPutriAstro Ria
Sara SajeedaSofea (kameo)TV3
Adellea SofeaAdellea Sofea
2020Bidadari Kiriman TuhanManis Suhaila / Manja SuhanaAstro Ria
2021The MaidElisa
The HotelRaisa
2022Senduk SwapRoshiniTA-DAA!
2023Imam Instant Ustazah ScammerUstazah EffaAstro Ria
Super WiraSeri GumumAstro Ceria
2024Cinta Itu Nama AqidahAqidahTV3
Perempuan Kiriman TuhanAira HumairaAstro Ria

Web Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran
2016Katakan, 3 Jam SajaMiraYoutube
2024Gadis MasaMayaViu

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2015Din SardinChe TaTV9
Abang HajiIntanTV3
Abang BedukAishahAstro Oasis
Nasi Dagang Lembu KorbanUmairaTV AlHijrah
2016Dia UntukkuZahra
Dika BaranKameoTV1
CiliMiraAstro Maya HD
Cinta Si Wedding Planner RayaIzara BatrisyaTV3
BellaBella
Duit KahwinRozanaAstro Ria
Jatuh Cinta ButaKameo
2017Love You Miss PomenSaerahTV9
Jula Juli Bintang CintaJulaAstro Citra
Malam Tanpa YasinAdawiyahTV3
Jula Juli Bintang Putus CintaJulaAstro Citra
Dosa PerempuanTashaTV3
Izinkan AkuMawarAstro Citra
2018Teksi LoveNada
Mak Cun Pi Amerika LagiFira KiranaTV3
2019U'Start EnjinShuharaAstro Citra
Pujaan Hati Kanda RayaTiaraTV3
Aku PenghiburmuAyu (kameo)TV2

Televisyen sunting

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
2014PrimadonaEjen PrimadonaAstro Prima
2014-2015KLTVPengacaraHypp Sensasi
2015Qari JuniorPengacaraTV3
2016Trek SelebritiArtis JemputanAstro Ria
LePaknil
Ketuk-Ketuk RamadanTV1
Ye KeTV3
Bonda BondingAstro Ria
MeleTOPPengacara jemputan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29PengacaraTV3
25 RasulPenceritaAstro OasisEpisod: "Muhammad SAW & Siti Khadijah"
2016-20173 JuaraPengacaraTV3
2017CCTV!Artis jemputanAstro Ria
Shuib, Artis & Telemovie Citra
Mahligai CintaPengacaraTV3
2018-2021Nona
2019Maharaja Lawak Mega 2018Artis JemputanAstro WarnaBersama kumpulan Zero
Sepahtu Reunion LiveMawarArtis Jemputan: Episod "Lelaki Kiriman"
Sepahtu Reunion Al-RayaDeejaArtis Jemputan: Episod "Air Mata Syawal"
Resepi Mak EsahPengacara bersama Sherry AlhadadAstro Ria
CCTV!Artis jemputan
2020I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3)TV3
In Love with Mira, Sebuah Cerita CintaDirinya sendiriNaura HD
2021RomantikaDirinya sendiri bersama SuaminyaAstro Ria
2022Ceria Popstar XtraJuri jemputanAstro Ceria
Sepahtu Reunion LiveZilaAstro WarnaArtis Jemputan: Episod "Tapan Yang Disakiti"

Videografi sunting

Muzik video sunting

TahunTajukPenyanyi
2015"Selamat Malam Cinta"Encik Mimpi
2019"Baby Sayang"Caprice
2020"Siapa Tak Mahu"Dato' Seri Siti Nurhaliza

Diskografi sunting

Single sunting

TahunTajukKedudukanCatatan
ERA FM
[46]
Hot FM
[47]
Muzik Muzik
[48]
JOOX
[49]
2017"Sandar Padaku" (berduet dengan Aliff Aziz) [50][51]OST Drama Meh, Sandar Pada Aku!

Anugerah dan pencalonan sunting

TahunAnugerahKategoriPenerima/Karya tercalonKeputusan
2016
Anugerah MeleTOP Era
Artis Baharu MeleTOPMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Artis Baharu Wanita PopularMenang
Anugerah Melodi
Personaliti Drama MelodiTercalon
Personaliti Sensasi MelodiTercalon
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur
Aktres PilihanCinta Si Wedding PlannerMenang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30
Pelakon TV Wanita PopularTercalon
Pengacara TV PopularTercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan PilihanMenang
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Pelakon TV Wanita PopularTercalon
Pengacara TV PopularTercalon
Artis Versatil PopularTercalon
Anugerah Skrin
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik DramaDosa PerempuanTercalon
2019
Anugerah MeleTOP Era
Pelakon TV MeleTOPLelaki Kiriman TuhanTercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32[52][53]Pelakon TV Wanita PopularMenang
Pelakon Filem Wanita PopularRise: Ini KalilahMenang
Pengacara TV PopularTercalon
Artis Versatil PopularTercalon
Gandingan Serasi Drama (bersama Remy Ishak)Pujaan Hati KandaMenang
Gandingan Serasi Filem (bersama Remy Ishak)Rise: Ini KalilahTercalon
Bintang Paling PopularMenang
Anugerah TelenovelaPelakon Wanita Telenovela PopularPujaan Hati Kanda / Lelaki Kiriman TuhanMenang
Ratu Telenovela Serba DinamikMenang
2021
Festival Filem Malaysia ke-31
Pelakon Harapan WanitaSangkarTercalon

Rujukan sunting

  1. ^ https://web.archive.org/web/20180918014231/http://www.utusan.com.my/hiburan/jadual-padat-ketepi-hal-peribadi-1.746801
  2. ^ Ardini Sophia Sina (31 Oktober 2019). Mira masih sama Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2019.
  3. ^ Rudy Imran Shamsudin (24 September 2019). Bakat seiring anugerah Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2019.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (28 Disember 2019). Artis wanita paling laris Harian Metro. Dicapai pada 28 Disember 2019.
  5. ^ Zaidi Mohamad (19 September 2019). "Mira Filzah mahu jadi pelakon terbaik". Berita Harian. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  6. ^ Irene Pyne (9 Julai 2019). "Baby sayang: Who is Mira Filzah and why is she trending on Instagram?". South China Morning Post. Dicapai pada 18 Julai 2019. Malaysian actress has had to deal with an onslaught of sexually explicit comments on her social media feed.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (4 Jun 2020). Adik Mira Filzah dah bagi 'hint' Harian Metro. Dicapai pada 10 September 2020.
  8. ^ Amirah Filzah pesona busana muslimah Diarkibkan 2016-02-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (25 April 2012). Dicapai pada 26 April 2014.
  9. ^ Mira Filzah tumpu pelajaran Diarkibkan 2017-01-10 di Wayback Machine Utusan Malaysia (17 Mei 2013). Dicapai pada 15 Ogos 2013.
  10. ^ "4.5 juta tonton episod akhir Cinta Si Wedding Planner". Sinar Harian. 19 Februari 2016. Dicapai pada 28 Ogos 2016.
  11. ^ Zaidi Mohamad (3 Mac 2016). Mira Filzah di puncak populariti Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2016.
  12. ^ Nurfarhana Mohamed (14 Oktober 2015). "Tuah lakonan Mira". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2019. Dicapai pada 15 Ogos 2016.
  13. ^ Zaidi Mohamad (29 Mac 2016). ABPBH 29: Mira akur saingan bakat baharu lain Berita Harian. Dicapai pada 29 Mac 2016.
  14. ^ Zaidi Mohamad (20 Februari 2017). Mira Filzah hos Mahligai Cinta musim baharu Berita Harian. Dicapai pada 20 Februari 2017.
  15. ^ Zaidi Mohamad (1 Februari 2018). Penonton Nona meningkat sejak Mira jadi pengacara Berita Harian. Dicapai pada 1 Februari 2018.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (2 Januari 2020). "Nona buat saya tahu banyak perkara - Mira Filzah". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2020.
  17. ^ Mumtaj Begum (14 September 2018). ‘Rise: Ini Kalilah’ captures the spirit of New Malaysia Diarkibkan 2019-08-15 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 26 September 2018.
  18. ^ Zaidi Che (3 Julai 2019). Zul Ariffin dan Remy Ishak bertarung dalam Sangkar Diarkibkan 2019-08-20 di Wayback Machine STAIL. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  19. ^ Jessica Chua (17 Julai 2019). Fists Up! Malaysia's First MMA Film 'Sangkar' Is Coming Soon Rojak Daily. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  20. ^ Najiy Jefri (21 Julai 2019). Mira ikuti kelas lakonan Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  21. ^ #Showbiz: Actress Mira Filzah denies rumours of marriage plans New Straits Times. 29 Ogos 2018. Dicapai pada 15 November 2018.
  22. ^ Syanty Octavia Amry (28 Februari 2019). Laluan semakin mudah Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2019.
  23. ^ Najiy Jefri (8 Februari 2019). Lakonan Mira semakin mantap Harian Metro. Dicapai pada 15 Februari 2019.
  24. ^ Sudirman Mohd Tahir (28 April 2019). Mira tak rimas Harian Metro. Dicapai pada 15 November 2019.
  25. ^ Farhana Ab. Rahman (23 Ogos 2019). Mira Filzah belajar kawal emosi Berita Harian. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  26. ^ Ahmad Isyafiq Mad Desa (23 Ogos 2019). Watak bisu tidak menjadi, Mira Filzah dikritik Kosmo!. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  27. ^ Mohd Fadhil Abdullah (23 Ogos 2019). Jelita luar dan dalam Utusan Malaysia. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  28. ^ Qarami Hashim (4 Oktober 2019). Belum ada kata putus berkaitan 'lamaran' Caprice, Mira Filzah tiada masalah bekerjasama untuk ‘Baby Sayang’ mStar Online. Dicapai pada 24 November 2019.
  29. ^ Budiey (6 Disember 2019). Mira Filzah diperdaya Ungku Ismail dalam Adellea Sofea Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  30. ^ I Love With Mira, sebuah cerita cinta mula bersiaran 7 September Astro Newsroom. 3 September 2020. Dicapai pada 17 Oktober 2020.
  31. ^ Kakimuvee (30 Jun 2020) Mira Filzah bawa watak kembar dalam drama bidadari kiriman tuhan Kakimuvee. Dicapai 30 Jun 2020.
  32. ^ Ali Toupan Rajalee (26 Julai 2021). "Selamat tinggal Mira Filzah, Amyra Rosli hos baharu Nona... Janji kelainan dengan 'catchy character'". mStar Online. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  33. ^ Fathullah Abu Bakar (28 Julai 2021). ""Biasalah, pengacara bersilih ganti..." - Mira Filzah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Julai 2021.
  34. ^ Najiy Jefri (8 Ogos 2021). "Mira Filzah terbuka kontrak tamat lima bulan awal". Harian Metro. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  35. ^ Nor Eryani Yusup (6 Mac 2023). "Imam Instant Ustazah Scammer satukan Mira, Hun". Kosmo!. Dicapai pada 23 Mac 2023.
  36. ^ "#Showbiz: Mira returns in duel of tricksters". NST Entertainment. New Straits Times. 15 Mac 2023. Dicapai pada 23 Mac 2023.
  37. ^ Aref Omar (17 Julai 2020). "#Showbiz: Mira Filzah engaged to deputy minister's son". New Straits Times. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  38. ^ "Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar". Astro Awani. 3 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 3 September 2020.
  39. ^ Zaidi Mohamad (24 Mei 2020). "Mira rindu atuk, opah di Perak". Berita Harian. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  40. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Januari 2022). "Mira Filzah hamil". Berita Harian. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  41. ^ Nur Emira Saizali (20 Januari 2022). "Giliran Mira Filzah kini hamil 6 bulan". Kosmo!. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  42. ^ Aref Omar (21 Januari 2022). "#Showbiz: Mira Filzah expecting first child". New Straits Times. Dicapai pada 25 April 2022.
  43. ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Mei 2022). "Mira Filzah dapat 'baby' lelaki". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mei 2022.
  44. ^ Aref Omar. "#Showbiz: Mira Filzah, husband name firstborn Wan Khair Amir". New Straits Times. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  45. ^ Fatin Farhana Ariffin (17 Mei 2022). "Wan Khair Amir pilihan Mira Filzah, suami". Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  46. ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
  47. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2017-03-21.
  48. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
  49. ^ "Player Ranking". JOOX APP.
  50. ^ mStar (21 Februari 2017) Mira Filzah Terjebak Jadi Penyanyi - Berita Hiburan Dicapai 21 Mac 2017.
  51. ^ Sinar Harian (8 Mac 2017). Percubaan pertama Mira Filzah duet bersama Aliff Aziz - Hiburan Dicapai 21 Mac 2017.
  52. ^ Farihad Shalla Mahmud (16 Ogos 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  53. ^ Zul Husni Abdul Hamid (22 September 2019). "Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32". Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2020.

Pautan luar sunting