Kakak abang

(Dilencongkan dari Kakak)

Kakak abang merupakan saudara-mara dalam sesebuah keluarga yang lebih tua dilahirkan orang tua daripada diri sendiri. Seorang saudara tua dalam kalangan lelaki dipanggil abang manakala yang perempuan dipanggil kakak.

Saudara-saudara di Haiti.

Peristilahan sunting

Sebutan kakak bahasa Melayu dahulunya merujuk kepada saudara tua daripada mana-mana jantina baik dari yang lelaki] mahupun perempuan.[1] Perkataan ini menngalami penyempitan makna di Malaysia dan Singapura lalu mengkhusus kepada saudara tua berjantina perempuan sahaja; pengungkapan "kakak" merujuk kepada saudara lelaki masih kekal ada dalam bahasa baku Indonesia.[2]

Bahasa istana menggunakan perkataan yang khusus untuk kerabat lebih berusia daripada raja atau ratu iaitu kakanda.

Rujukan sunting

  1. ^ "'kakak' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 12 November 2019.(Rujuk maksud II)
  2. ^ "Arti kata 'kakak'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. Dicapai pada 12 November 2019.