Gemma Arterton

Gemma Christina Arterton[1] (lahir 2 Februari 1986) ialah seorang pelakon Inggeris. Arterton membuat penampilan filem pertamanya dalam filem komedi, St Trinian's (2007). Beliau mula dikenali selepas peranan dalam Quantum of Solace (2008) sebagai Strawberry Fields dimana beliau memenangi Anugerah Empire untuk Pendatang Baru Terbaik.

Gemma Arterton
Arterton pada tahun 2013.
Kelahiran (1986-02-02) 2 Februari 1986 (umur 38)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2007 - sekarang
PasanganStefano Catelli (k. 2010; c. 2015)
KeluargaHannah Arterton (adik)

Beliau terkenal dengan peranannya dalam Clash of the Titans (2010), Prince of Persia: The Sands of Time (2010), Byzantium (2013) dan Hansel and Gretel: Witch Hunters (2013).

Kehidupan awal sunting

Arterton dilahirkan di Hospital North Kent, Gravesend, Kent,[2] kepada Sally-Anne (née Heap), seorang pencuci dan Barry Arterton, seorang pengimpal.[2][3] Sepupu ibunya adalah penyanyi, Wreckless Eric.

Beliau menghadiri Sekolah Grammar Gravesend Grammar untuk Perempuan di Kent dan membuat penampilan pentas pertamanya di sana dalam sebuah produksi amatur, The Boy Who Fell into a Book yang memasuki pertandingan di festival tempatan dimana beliau memenangi hadiah pelakon wanita terbaik.[4]

Ketika berumur 16 tahun, Arterton meninggalkan sekolah untuk menghadiri Teater Miskin di Kolej North West Kent, Dartford. Beliau kemudiannya menerima geran penuh kerajaan untuk belajar di Akademi Diraja Seni Drama (RADA).[4] Beliau menamatkan pengajian dari RADA pada tahun 2008.[5] Adiknya, Hannah Arterton juga merupakan seorang pelakon.[6]

Karier sunting

Arterton mendapat peranan professional pertamanya dalam Capturing Mary semasa beliau masih lagi di sekolah drama.[7] Beliau membuat penampilan pentas pertama sebagai Rosaline dalam Love's Labour's Lost di Globe Theatre, London pada bulan Julai 2007 sebelum menamatkan pengajian pada tahun itu.[8] Beliau membuat penampilan filem pertama dalam St Trinian's (2007) sebagai Kelly.[9]

Pada tahun 2008, beliau muncul dalam filem James Bond, Quantum of Solace.[10] Dipilih daripada sekitar 1,500 calon, Arterton melakonkan watak Gadis Bond, Strawberry Fields.[11] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan dalam Tess of the d'Urbervilles.[12] Juga pada tahun 2008, beliau berlakon sebagai Elizabeth Bennet dalam siri ITV, Lost in Austen. Peranan paling kontroversi darinya setakat ini adalah filem 2009, The Disappearance of Alice Creed dimana karakternya diculik dan dilayan secara kejam dalam beberapa adegan bogel.[13]

Arterton adalah wajah pewangi Bond Girl 007 Avon yang dilancarkan pada bulan Oktober 2008.[14] Setelah sudah bermula siri pengiklanan untuk Avon, Arterton pada bulan Mei 2008 meminta satu peranan bertentangan model Kate Moss untuk Rimmel tetapi disekat atas terma kontrak di bawah kontrak Avonnya.[15]

Gemma Arterton di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2012

Pada tahun 2010, Arterton membuat penampilan West End pertamanya dalam The Little Dog Laughed.[16] Beliau pada asalanya dijadual untuk membintangi adaptasi baru Wuthering Heights[17] sebagai Catherine Earnshaw; walau bagaimanapun, beliau kemudiannya meninggalkan projek itu.[18] Beliau dijadual membintangi Burden of Desire.[19]

Arterton dilihat dalam filem 2010, Clash of the Titans dan Prince of Persia: The Sands of Time dan melakonkan watak utama dalam Tamara Drewe.[20] Pada tahun 2011, Arterton dicalonkan dua kali oleh British Academy of Film and Television Arts untuk lakonannya dalam Tamara Drewe dan The Disappearance of Alice Creed.[21] Pada bulan November 2012, beliau dipilih sebagai ahli juri pertandingan utama di Festival Filem Antarabangsa Marrakech 2012.

Arterton membintangi filem aksi, Hansel and Gretel: Witch Hunters sebagai Gretel bertentangan Jeremy Renner sebagai Hansel. Filem 3-D ini berlatarkan 15 tahun selepas Hansel dan Gretel membunuh ahli sihir yang menculik mereka.[22] Ia ditayangkan pada 25 Januari 2013. Pada bulan Januari 2014, beliau mengambil peranan dalam The Duchess of Malfi.[23] Pada tahun yang sama, beliau membintangi bersama Ryan Reynolds, Anna Kendrick dan Jacki Weaver dalam The Voices.[24]

Pada tahun 2014-2015, Arterton membintangi muzikal pentas Made in Dagenham sebagai Rita O'Grady.[25]

Dalam satu temubual pada tahun 2015 bersama surat khabar Independent, Arterton menyatakan bahawa beliau merupakaan pilihan pengarah, Jonathan Glazer untuk watak utama dalam Under The Skin. Walau bagaimanapun, pengarah itu dipaksa memilih pelakon lain kerana Arterton dilihat kurang popular.[26]

Pada bulan Februari 2016, Arterton dijadual untuik berlakon dalam Nell Gwynn,[27] di West End Apollo Theatre.[28]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 5 Jun 2010, Arterton berkahwin dengan perunding fesyen, Stefano Catelli di Zuheros, Sepanyol.[29] Pada awal tahun 2013, Arterton dan suaminya berpisah,[30] dan pada bulan Ogos 2015, perceraian mereka telah dimuktamadkan.[31]

Filmografi sunting

Arterton pada tahun 2010
Filem dan televisyen
TahunTajukPerananNota
2007St Trinian'sKelly Jones
2007Capturing MaryLizaFilem TV
2008Lost in AustenElizabeth Bennetsiri TV (2 episod)
2008Tess of the d'UrbervillesTess Durbeyfieldsiri TV (4 episod)
2008Three and OutFrankie Cassidy
2008RocknRollaJune
2008Quantum of SolaceStrawberry Fields
2009The Boat That Rocked a.k.a. Pirate RadioDesiree
2009St. Trinian's II: The Legend of Fritton's GoldKelly Jones
2010Clash of the TitansIo
2010The Disappearance of Alice CreedAlice Creed
2010Prince of Persia: The Sands of TimePuteri Tamina
2010Tamara DreweTamara Drewe
2012Song for MarionElizabeth
2012ByzantiumClara
2013Hansel & Gretel: Witch HuntersGretel
2013Runner RunnerRebecca Shafran
2014Inside No. 9Gerrisiri TV (episod "Tom & Gerri")
2014Gemma BoveryGemma Bovery
2015The VoicesFiona
2016She Who Brings GiftsHelen Justineau
2016Their Finest Hour and a Half

Rujukan sunting

Pautan luar sunting