Fiza Sabjahan

Pengacara televisyen Malaysia

Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (lahir 9 September 1982) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia, terkenal sebagai pengacara rancangan Wanita Hari Ini di TV3.[1] Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan Nona, Singgah Sahur dan Soal Rakyat.

Fiza Sabjahan
Kelahiran
Siti Hasfizza Aswaty binti Sab Jahan

(1982-09-09) 9 September 1982 (umur 41)
PekerjaanPengacara, pramugari, penerbit
Tahun aktif2007–kini
MajikanMedia Prima (2007–kini)
PasanganAfief Farhan Fauzi (k. 2010; c. 2014)

Kerjaya sunting

Sebelum menyertai dunia penyiaran Fiza adalah bekas pramugari Malaysia Airlines dari 2003 sehingga 2006, pada 2007 beliau menyertai program pencarian bakat baru iaitu Pesona Nona 2007 dan beliau menjadi naib juara Pesona Nona 2007 seterusnya diserapkan sebagai pengacara Nona bagi menggantikan Nurul Syuhada Nurul Ain yang bertukar ke program Majalah 3.

Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Adi Putra, Nora Danish, Neelofa, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[2][3][4]

Kehidupan peribadi sunting

Fiza Sabjahan pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Afief Farhan Fauzi dan memfailkan perceraian pada tahun 2014. Beliau sehingga kini masih tidak berkahwin kerana ingin mengutamakan kerjaya yang dibina sungguhpun ingin mencari pasangan baru selepas kegagalan perkahwinan pertama. [5][6]

Filemografi sunting

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2019Aku Tak RayaDirinya sendiriTV3Penampilan khas

Televisyen sunting

TahunTajukSebagaiSaluran TV
2007–kiniWanita Hari IniPengacaraTV3
2008–2020BersamamuPengacara & Suara latar
2020Jom Heboh Di RumahPengacara

Rujukan sunting

7.https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/10/1008837/fiza-sabjahan-sukar-didekati-lelaki

  1. ^ Ramlah Zainal (10 Julai 2015). "Persiapan lebaran 3 personaliti". Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2015.
  2. ^ Kemalia Othman (25 July 2013). "Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 25 July 2013.
  3. ^ Marina Sahabudin (4 August 2013). "TV3 saji program terbaik sepanjang raya". Sinar Harian. Dicapai pada 5 August 2013.
  4. ^ "Variasi Aiman, Tasha, Amar". Kosmo!. 15 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-17. Dicapai pada 15 August 2013.
  5. ^ Hasbullah Awang Chik (19 Jun 2017). "Hati tertutup, Fiza Sabjahan belum mahu kahwin". The Malay Mail. Dicapai pada 10 Julai 2017.
  6. ^ "Fiza mahu bincang secara harmoni dengan suami". Utusan Malaysia. 10 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-01. Dicapai pada 10 Disember 2013.

Pautan luar sunting