Tasha Shilla

Pelakon wanita Malaysia

Natasha Sheila Abdul Razak (dilahirkan pada 25 Januari 1987) atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon dan model wanita di Malaysia. Tasha memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, ketika berusia 12 tahun, muncul dalam beberapa siri televisyen dan filem. Antara drama lakonannya ialah Tentang Dhia dan Tabir Zulaikha. Tasha juga mempunyai peranan di layar lebar termasuk Ratu The Movie dan Klip 3GP, kedua-duanya dikeluarkan pada 2011.

Tasha Shilla
Tasha Shilla dalam gambar hitam dan putih.
Tasha dalam sesi fotografi pada 2013.
Kelahiran
Natasha Sheila binti Abdul Razak

(1987-01-25) 25 Januari 1987 (umur 37)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1999–kini
PasanganMuhammad Atiq Idris (k. 2020)
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Tasha dilahirkan pada 25 Januari 1987 di Ampang, Selangor. Beliau ialah anak kepada pasangan Rosnah Suratman dan Abdul Razak Razali dan mempunyai darah kacukan Melayu dan Jawa.[1]

Kerjaya sunting

Pada usia 12 tahun, Tasha Shilla memulakan kerjaya lakonannya pada 1999, menerusi peranan kecil dalam sitkom NTV7, Spanar Jaya. Enam tahun kemudian, pada 2005, beliau menjadi salah seorang peserta pertandingan Dewi Remaja 2005/06 yang turut disertai oleh Scha Al-Yahya, Intan Ladyana dan Izreen Azminda. Tasha membuat penampilan filem pertama menerusi peranan kecil dalam filem KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi.[2]

Beliau muncul sebagai salah seorang peserta pertandingan ratu cantik dalam filem Ratu The Movie arahan Abdul Razak Mohaideen dan filem Klip 3GP. Pada tahun 2013, Tasha mempunyU peranan utama dalam siri drama gabungan Malaysia dan Brunei, Erna Shuraya terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[3]

Tasha memegang watak utama sebagai Ain Zulaikha dalam melodrama Tabir Zulaikha, berpasangan bersama Aiman Hakim Ridza di mana ia memerlukan Tasha bermain biola.[4][5] Pada Februari 2017, beliau dilantik sebagai jurucakap produk kecantikan antarabangsa, SK-II setelah dinamakan sebagai Top Malaysia's Beauty Circle 2017.[6]

Gempak Superstar sunting

Persembahan sunting

Tasha merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan tersingkir di konsert minggu ketiga.[7][8] Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Wanita Terbahagia" (nyanyian asal Bunga Citra Lestari)
  2. Minggu 2: "Aku Wanita Biasa" (nyanyian asal Krisdayanti)
  3. Minggu 3: "My Heart Will Go On" (nyanyian asal Celine Dion)

Carta penyingkiran sunting

Minggu:1 (10/Apr)2 (17/Apr)3 (24/Apr)
KedudukanPesertaKeputusan
8TashaKekalke-8 (3 tercorot)Tersingkir

Kehidupan peribadi sunting

Sekitar 2013, Tasha sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan Hans Wong yang berketurunan Cina,[9] namun tidak berkekalan apabila berpisah pada 2015.[10]

Beliau mendedahkan pernah mengalami kemurungan selama dua tahun dan menderita tekanan emosi dan kesukaran untuk tidur. Beliau berkata dalam entrinya di Instagram: "Selama dua tahun saya berdepan depresi disebabkan pelbagai keadaan, hidup saya menyakitkan dan sangat tertekan. Orang nampak saya tersenyum dan ketawa tetapi sejujurnya emosi dalaman yang telah mengawal hidup saya. Saya tidak boleh menjelaskan bagaimana rasanya, tetapi saya rasa penat,".[11][12] Beliau kini pulih sepenuhnya daripada kemurungan.[13][14]

Tasha Shilla bertunang dengan pakar kewangan Muhammad Atiq Idris pada 23 Februari 2020 selepas berkenalan selama dua bulan.[15][16][17] Tasha dan Atiq melangsungkan perkahwinan mereka pada 28 Februari 2020 dengan sekali lafaz.[18][19] Beliau dijangka akan berpindah ke Singapura selepas selesai bernikah.[20]

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
2005KL Menjerit 1Filem pertama, pelakon tambahan
2011Ratu The MoviePeserta
Klip 3GPSuria
2013Rock Oo!Tasha
Chikaro
2015Bravo 5Nadia
2021Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun TakutMalaika
2022ZaaraZaara

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
1999Spanar JayaNTV7
2006Dilema WanitaTV1
2010DottieAstro Ria
2011GemilangRohanaTV3
SaharaTina
Ramadhan TerakhirSakinah
Bunga April[21]April
Tentang Dhia[22]Rose
2012Atas Nama Cinta[23]Balqis
Friday I'm In LoveOdette JuliaTV9
2013Goyang Shafiq.. Jom Pi Cuti[24]Wan ZarinaTV3
Erna SurayaErna SurayaTV2
Rindu Bertamu Di Abu DhabiAin FarohahTV3
Epilog Cinta KhiranaKhirana
Terukir Di BintangAsmara
Ariana RoseTengku Juwita
2014Maaf Jika Aku Tak SempurnaZita
Kasih Berbisik
2015NasuhaNasuhaTV9
Gerimis Salju NaminaraTV1
Tabir ZulaikhaZulaikhaTV3
M.A.I.DElisaAstro Ria
2016Diari Cinta KitaNurul ImanTV9
2017Sedingin Cinta AntasyaAntasyaHypp Sensasi
2018Air Mata Syurga
2019Kamar KamariahSallyTV3
Mimpi SabrinaFarah
Kau Yang PertamaAmeera
Ajari Playboy ItuDelia
2020Mummy OjaJannahAwesome TV
Jaman ToriBawang Merah

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TV
2009Ku Yakin Berlaku[25]RafidaAstro Oasis
2011Panggilan ArwahAstro Citra
PenggaliTV3
Cinta Dalam Botol[26]Mila
2012Mencari JannahAstro Oasis
Pulut Kacau Meriam KabaitIzzatiAstro Prima
Landasan CintaTV3
SalehaSaleha
2013Cinta Di Menara Burj KhalifaAstro Prima
Bidadari SyurgaAstro Oasis
Bini Aku Hantu LangsuirSeriTV9
Ramadan Jangan Ambil NyawakuTV2
PA CintaTV9
Ciptaan TerindahDayanaTV3
2014Abang Samseng Jemur KainElyana
2015Pengawal HatikuTV9
2016Penjaga Garisan Itu Suami AkuTV2
2017ParutTV2
Kasut Untuk AyahTV1
2018Cucu AtukTV3
HalobaAyuNTV7
SyaitanAstro Citra
2020Janin Tak BerdosaJuliaAwesome TV
Kambing Golek RamadhanTV2
2022Aku Ingin Ke SyurgaSakinah
Ayahanda: Ibrah RamadanSuriTV3

Televisyen sunting

TahunTajukPerananSaluran TV
2016Dalang Prank (Musim 2)Dirinya sendiriAstro Warna
Ini MLM Raya
Joras & Stars
2017HOT TVDirinya sendiri, artis jemputanTV9


Muzik video
TahunLaguPenyanyi
2011"Luar Biasa"Shahir

Anugerah dan pencalonan sunting

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2011Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011Artis Baru Wanita PopularMenang
Artis Wanita Paling Popular OnlineTercalon
Pelakon TV Wanita PopularTercalon
2012Anugerah Blokbuster 2012Anugerah Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie)Menang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting