Anugerah Akademi ke-85

Majlis Anugerah Akademi ke-85 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2012 dan berlangsung pada Februari 24, 2013 di Teater Dolby, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Craig Zadan dan Neil Meron dan diarahkan oleh Don Mischer.[4][5] Seth MacFarlane mengacarakan majlis ini buat kali pertama.[6]

Anugerah Akademi ke-85
TarikhFebruari 24, 2013
TempatTeater Dolby
Hollywood, Los Angeles, California, U.S.
RangkaianABC
PramajlisJess Cagle
Kristin Chenoweth
Kelly Rowland
Robin Roberts
Lara Spencer[1]
PengacaraSeth MacFarlane[2]
PenerbitNeil Meron
Craig Zadan
PengarahDon Mischer
Tempoh3 jam, 35 minit[3]
Filem TerbaikArgo
Anugerah terbanyakLife of Pi (4)
Pencalonan terbanyakLincoln (12)
 < ke-84Anugerah Akademike-86 > 

Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-4 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada Disember 1, 2012.[7] Pada Februari 9, 2013, dalam sebuah majlis di Hotel The Beverly Hills, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Chris Pine dan Zoe Saldana.[8]

Life of Pi memenangi empat anugerah termasuk Pengarah Terbaik untuk Ang Lee.[9][10] Argo memenangi tiga anugerah termasuk Filem Terbaik, filem keempat untuk memenangi Filem Terbaik tanpa pengarahnya dicalonkan.[11] Pemenang-pemenang yang lain termasuk Les Misérables juga dengan tiga anugerah, Django Unchained, Lincoln dan Skyfall dengan dua dan Amour, Anna Karenina, Brave, Curfew, Inocente, Paperman, Searching for Sugar Man, Silver Linings Playbook dan Zero Dark Thirty dengan satu.

Calon dan pemenang

sunting

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-85 diumumkan pada Januari 10, 2013 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Seth MacFarlane, pengaraca majlis dan pelakon Emma Stone.[12] Lincoln menerima pencalonan terbanyak dengan dua belas dan Life of Pi mendapat sebelas pencalonan.[13]

Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Februari 24, 2013.[14] Argo merupakan filem keempat untuk memenangi Filem Terbaik tanpa mendapat pencalonan pengarah selepas Wings, Grand Hotel dan Driving Miss Daisy.[15] Sebagai penerbit bersama Argo, George Clooney menjadi individu ketiga untuk memenangi Oskar dalam kedua-dua lakonan dan penerbitan.[16] Pada umur 22 tahun, pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Jennifer Lawrence menjadi pemenang kedua termuda dalam kategori tersebut.[17] Dengan kemenangan ketiganya untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Daniel Day-Lewis menjadi pelakon pertama untuk memenangi kategori tersebut tiga kali.[18] Pada umur sembilan tahun, Quvenzhané Wallis menjadi calon termuda untuk Pelakon Wanita Terbaik. Manakala, Emmanuelle Riva (berumur 85 tahun) merupakan calon tertua untuk Pelakon Wanita Terbaik.[19]

Anugerah

sunting
Ang Lee, Pemenang Pengarah Terbaik
Daniel Day-Lewis, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik
Jennifer Lawrence, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik
Christoph Waltz, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Anne Hathaway, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Quentin Tarantino, Pemenang Lakon Layar Asal Terbaik
Malik Bendjelloul, Pemenang bersama Filem Dokumentari Terbaik
Simon Chinn, Pemenang bersama Filem Dokumentari Terbaik
Sean Fine, Pemenang bersama Dokumentari Subjek Pendek Terbaik
Mychael Danna, Pemenang Skor Muzik Asal Terbaik

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[20]

Filem TerbaikPengarah Terbaik
Pelakon Lelaki TerbaikPelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikPelakon Pembantu Wanita Terbaik
Lakon Layar Asal TerbaikLakon Layar Adaptasi Terbaik
  • Argo – Chris Terrio dari The Master of Disguise oleh Antonio J. Mendez dan The Great Escape oleh Joshuah Bearman
    • Beasts of the Southern Wild – Lucy Alibar dan Benh Zeitlin dari Juicy and Delicious oleh Lucy Alibar
    • Life of Pi – David Magee dari Life of Pi oleh Yann Martel
    • Lincoln – Tony Kushner dari Team of Rivals: The Political Genius of Abraham Lincoln oleh Doris Kearns Goodwin
    • Silver Linings Playbook – David O. Russell dari The Silver Linings Playbook oleh Matthew Quick
Filem Animasi TerbaikFilem Bahasa Asing Terbaik
Filem Dokumentari TerbaikDokumentari Terbaik - Subjek Pendek
Filem Pendek Aksi TerbaikFilem Pendek Animasi Terbaik
Skor Muzik Asal TerbaikLagu Asal Terbaik
Suntingan Bunyi TerbaikAdunan Bunyi Terbaik
  • Les Misérables – Andy Nelson, Mark Paterson dan Simon Hayes
    • Argo – John Reitz, Gregg Rudloff dan Jose Antonio Garcia
    • Life of Pi – Ron Bartlett, D. M. Hemphill dan Drew Kunin
    • Lincoln – Andy Nelson, Gary Rydstrom dan Ronald Judkins
    • Skyfall – Scott Millan, Greg P. Russell dan Stuart Wilson
Rekaan Produksi TerbaikSinematografi Terbaik
Solekan dan Dandanan Rambut TerbaikRekaan Kostum Terbaik
Suntingan Filem TerbaikKesan Visual Terbaik

Anugerah Kehormat Akademi

sunting

Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-4 pada Disember 1, 2012 dimana anugerah-anugerah berikut dipersembahkan.[21][22][23]

Anugerah Kehormat Akademi

sunting

Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt

sunting

Filem dengan pencalonan dan kemenangan berganda

sunting

15 filem berikut menerima pencalonan berganda:

PencalonanFilem
12
Lincoln
11
Life of Pi
8Les Misérables
Silver Linings Playbook
7
Argo
5Amour
Django Unchained
Skyfall
Zero Dark Thirty
4Anna Karenina
Beasts of the Southern Wild
3The Hobbit: An Unexpected Journey
The Master
2Flight
Snow White and the Huntsman

Enam filem berikut menerima anugerah berganda:

AnugerahFilem
4
Life of Pi
3Argo
Les Misérables
2Django Unchained
Lincoln
Skyfall

Penyampai dan penghibur

sunting

Penyampai

sunting

Penghibur

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting