Antonio Angelillo

pemain bola sepak Itali

Antonio Valentín Angelillo (sebutan bahasa Itali: [andʒeˈlillo]; lahir 5 September 1937) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Argentina-Itali. Beliau beraksi di posisi penyerang dan beliau banyak menghabiskan kariernya di Serie A Itali. Selain itu, beliau turut merupakan pemain antarabangsa Argentina dan Itali.

Antonio Angelillo
Antonio Angelillo (kanan) bersama Omar Sívori
Maklumat peribadi
Nama penuhAntonio Valentín Angelillo
Tarikh lahir (1937-09-05) 5 September 1937 (umur 86)
Tempat lahirBuenos Aires, Argentina
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
Posisi permainanPenyerang
Kerjaya remaja
1952–1955Arsenal de Llavallol
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1955Racing9(3)
1956–1957Boca Juniors34(16)
1957–1961Internazionale113(68)
1961–1965Roma106(27)
1965–1966AC Milan11(1)
1966–1967Lecco12(1)
1967–1968AC Milan3(1)
1968–1969Genoa22(5)
Pasukan kebangsaan
1955–1957Argentina11(11)
1960–1962Itali2(1)
Pasukan diurus
1969–1971Angelana
1971–1972Montevarchi
1972–1973Chieti
1973–1974Campobasso
1974–1975Rimini
1975–1977Brescia
1977–1978Reggina
1978–1979Pescara
1980–1984Arezzo
1985–1986Palermo
1987Mantova
1987–1988Arezzo
1988–1990FAR Rabat
1989–1990Maghribi
1991–1992Torres
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya kelab

sunting

Angelillo memulakan kerjayanya ketika di kelab Arsenal de Llavallol pada tahun 1952. Pada tahun 1955, beliau bermain untuk kelab Racing Club de Avellaneda sebelum berpindah ke Boca Juniors pada tahun 1956.

Pada tahun 1957, Angelillo dibeli oleh kelab Itali, Internazionale. Sehingga tahun 1961, beliau telah beraksi dalam 127 perlawanan untuk Nerazzurri selain menjaringkan 77 gol. Dalam Serie A, beliau tampil dalam 133 perlawanan dan menjaringkan 68 gol untuk Internazionale. Selain itu, beliau merupakan kapten pasukan Internazionale.

Setibanya di Itali, Angelillo bersama teman senegaranya iaitu Omar Sívori dan Humberto Maschio digelar The Angels with Dirty Faces (gelaran tersebut merupakan sebuah rujukan ironis bagi filem lama, Angels with Dirty Faces). Mereka bertiga juga dikenali sebagai The Trio of Death kerana kemampuan klinikal mereka masing-masing untuk menghasilkan gol.

Dalam musim 1958-59, Angelilo menjaringkan 33 gol dalam 33 perlawanan Serie A sekali gus beliau dinobatkan sebagai Capocannonieri iaitu anugerah untuk penjaring terbanyak Serie A. Jumlah gol yang dijaringnya iaitu 33 gol merupakan jumlah gol tertinggi dalam satu musim sejak Gunnar Nordahl yang menjaringkan 34 gol dalam musim 1950-51. Namun, rekod itu dikejutkan oleh Gonzalo Higuaín yang menjaringkan 36 gol saat musim 2015-16. Sejak Angelilo menjaringkan 33 gol dalam saingan Serie A, tiada pemain yang menjaringkan 30 gol ke atas untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sehinggalah Luca Toni menghasilkan 31 gol pada musim 2005-06.

Walaupun Angelillo merupakan penjaring terbanyak Internazionale ketika beliau beraksi di sana, beliau tidak meraih sebarang trofi atau kejuaraan bersama Nerazurri.

Dari tahun 1961 hingga 1965, Angelillo beraksi dalam 106 perlawanan untuk Roma dan telah menjaringkan 27 gol. Bersama Roma, beliau merangkul kejuaraan Piala Inter-Cities Fairs pada 1961 dan Coppa Italia pada tahun 1964. Beliau sempat menghabiskan satu musim di AC Milan. Beliau hanya menjaringkan satu gol dalam sebelas perlawanan. Namun, beliau meraih kejuaraan Serie A bersama kelab. Walaupun Milan meraih Piala Pemenang Eropah pada 1968, Angelilo tidak tampil dalam mana-mana perlawanan Milan di kejohanan Eropah itu. Pada tahun berikutnya, beliau berpindah ke Lecco. Beliau beraksi dalam 12 perlawanan dan menjaringkan satu gol. Kemudian, pasukannya berdepan penyingkiran ke Serie B. Beliau kekal beraksi di Serie B apabila beliau berpindah ke kelab terakhir dalam kerjayanya, Genoa.

Kerjaya antarabangsa

sunting

Dalam kejohanan rasmi, Angelilo telah beraksi dalam 11 perlawanan antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Argentina dan telah menghasilkan sebelas gol. Ketika Kejohanan Amerika Selatan 1957, pasukan Argentina bergelar juara dan Angelilo merupakan penjaring kedua terbanyak kejohanan dengan menjaringkan lapan gol dalam tujuh perlawanan. Selepas kejohanan tersebut, beliau bersama dua pemain Argetina lain iaitu Omar Sivori dan Humberto Maschio dibeli oleh kelab Itali sekali gus trio ini dilarang beraksi untuk pasukan Argentina oleh Persekutuan Bola Sepak Argentina. Secara tidak langsung, mereka terlepas kejohanan Piala Dunia 1958.[1] Selepas berpindah ke Itali dan memperoleh kerakyatan Itali, Angelilo kemudian tampil dua perlawanan untuk pasukan kebangsaan Itali dan menyumbangkan satu gol.

Kerjaya jurulatih

sunting

Selepas beliau mengumumkan persaraan, beliau menetap di Itali dan seterusnya menjadi jurulatih untuk beberapa pasukan divisyen bawahan. Kejayaan utamanya sebagai jurulatih ketika beliau mengendali kelab Arezzo apabila beliau meraih gelaran Coppa Italia Serie C, gelaran Serie C1 dan hampir layak ke Serie A dalam musim sulungnya di Serie B bersama Arezzo. Angelillo kini bekerja sebagai pencari bakat Inter di Amerika Selatan dan beliau kini masih menetap di Arezzo.

Statistik kerjaya

sunting
KelabMusimLigaPialaBenuaLainJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Racing Club19559393
Boca Juniors195629142a33117
19575252
Jumlah3416233619
Internazionale1957–5834163416
1958–593333433b24038
1959–603111213312
1960–61158213b22011
Jumlah11368856412777
Roma1961–622410202b06+2c3+13614
1962–63316208b34d64515
1963–64314406b04d0454
1964–65187006b1248
Jumlah1042780224161015041
AC Milan1965-66111109b2213
Lecco1966-6722130251
AC Milan1967-6831600091
Genoa1968-6922520245
Jumlah kerjaya31812228537101813401150

Antarabangsa

sunting
Pasukan kebangsaan Argentina
TahunKmnclnGol
195621
1957910
Jumlah1111
Pasukan kebangsaan Itali
TahunKmnclnGol
196010
196111
196200
Jumlah21

Gol antarabangsa

sunting

Pencapaian

sunting
Angelillo (kanan) bersalaman dengan kapten Juventus, Giampiero Boniperti dalam aksi final Coppa Italia 1958-59.
Roma
Milan

Antarabangsa

sunting
Argentina

Pengurus

sunting
Arezzo
Angelana

Individu

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ "Omar Sivori". The Telegraph. 19 February 2005. Dicapai pada 2 October 2017.

Pautan luar

sunting

Templat:Penjaring Terbanyak Serie ATemplat:Skuad Argentina Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan 1957