Gunnar Nordahl

Nils Gunnar Nordahl (19 Oktober 1921 – 15 September 1995)[1] merupakan seorang bekas pemain bola sepak Sweden yang bermain di posisi penyerang. Beliau dikenali sebagai seorang penyerang berprolifik, kuat dan berfizikal tinggi. Beliau menjadi terkenal apabila menyarung jersi AC Milan dari tahun 1949 hingga 1956 sambil meraih dua gelaran scudetto dan gelaran pluricapocannoniere. Pada masa itu, beliau menjadi penerima pertama anugerah itu apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak (Capocannonieri) buat lima musim. Nordahl juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Milan dan memegang rekod gol terbanyak untuk satu kelab di liga Itali sebelum rekod itu dikejutkan Francesco Totti pada Januari 2012. Nordahl dilihat salah satu pemain bola sepak Sweden terhebat sepanjang zaman dan dianggap salah satu penyerang terhebat dalam sejarah bola sepak.[2]

Gunnar Nordahl
Maklumat peribadi
Nama penuhNils Gunnar Nordahl
Tarikh lahir(1921-10-19)19 Oktober 1921
Tempat lahirHörnefors, Sweden
Tarikh kematian15 September 1995(1995-09-15) (umur 73)
Tempat kematianAlghero, Itali
Posisi permainanPenyerang
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
1937–1940Hörnefors IF41(68)
1940–1944Degerfors IF77(56)
1944–1949IFK Norrköping95(93)
1949–1956Milan257(210)
1956–1958Roma34(15)
Jumlah504(442)
Pasukan kebangsaan
1942–1948Sweden33(43)
Pasukan diurus
1958–1959AS Roma (pemain-pengurus)
1959–1961Karlstads BIK
1961–1964Degerfors IF
1967–1970IFK Norrköping
1971–1973IF Saab
1974IK Sleipner
1975–1976Östers IF
1977–1978AIK Fotboll
1979–1980IFK Norrköping
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Kerjaya kelab sunting

Sweden sunting

Nordahl memulakan kerjayanya di kelab Hörnefors IF di Sweden sebelum berpindah ke Degerfors IF dan kemudian IFK Norrköping. Beliau memenangi empat kejuaraan Sweden bersama Norrköping dan pernah menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan. Ketika beliau beraksi di Sweden, Nordahl telah menjaringkan 149 gol dalam 172 perlawanan.

Itali sunting

Nordahl melakukan perpindahan ke Milan pada 22 Januari 1949. Kemudian, beliau bergandingan dengan rakan sepasukan dari negara tanah airnya, Gunnar Gren dan Nils Liedholm untuk membentuk trio Gre-No-Li. Selama empat musim di Milan, beliau menjadi penjaring terbanyak liga sebanyak lima kali (1949–50, 1950–51, 1952–53, 1953–54 dan 1954–55).[3][4] Nordahl merupakan penjaring terbanyak Milan sepanjang zaman sebanyak 210 gol liga. Nordahl juga penjaring gol kedua terbanyak Serie A sepanjang zaman dengan mencetak 225 gol dalam 291 perlawanan.[5][6][7][8] Hanya Silvio Piola menjaringkan lebih banyak gol dalam sesatu musim[9] sehinggakan Francesco Totti memecah rekod itu pada Mac 2013. Oleh sebab itu, Nordahl menjadi penjaring terbanyak Serie A di kalangan pemain bukan dari negara Itali. Beliau juga merupakan penjaring gol efisien di Serie A dengan 0.77 gol per perlawanan.

Selepas meninggalkan Milan, Nordahl bermain untuk Roma buat dua musim. 35 gol disumbat Nordahl pada musim 1949-50 menjadikan sebagai rekod gol terbanyak dihasilkan dalam satu-satu musim Serie A (tidak termasuk Divisione Nazionale sebelum Serie A diperkenalkan). Tetapi rekod itu telah dikejutkan Gonzalo Higuaín pada musim 2015–16 yang menjaringkan 36 gol. Nordahl dianggap pada generasi hari ini sebagai seorang legenda buat kelab Milan. Apabila bekas penyerang Milan, Andriy Shevchenko menjaringkan gol ke-100nya di Serie A, seorang penyokong Milan komen: "Andai dia dapat gandakan nombor itu, dan tambahkan 26 lagi, kemudian beliau baru berjaya melepasiIl Cannoniere."

Kerjaya antarabangsa sunting

Nordahl dipanggil oleh pasukan kebangsaan Sweden pada 1945. Pada 1948, beliau membantu Sweden untuk memenangi kejohanan bola sepak di Sukan Olimpik 1948 di London selain menjadi penjaring terbanyak kejohanan. Pasukan Sweden juga memanggil adik beradiknya, Bertil dan Knut Nordahl.[10] Perpindahan Nordahl ke Milan memaksanya untuk bersara dari pasukan kebangsaan sebagai peraturan pada masa itu untuk menghalang pemain-pemain profesional Sweden dari menyertai Piala Dunia FIFA 1950 bersama dua rakannya, Gren dan Liedholm. Dalam 33 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Sweden, beliau menjaringkan jumlah 43 gol.[11]

Gol antarabangsa sunting

Statistik kerjaya sunting

KelabMusimLiga
KmnclnGol
Hörnefors1937–381420
1938–391425
1939–401323
Degerfors1940–411715
1941–422113
1942–432014
1943–441914
Norrköping1944–452227
1945–462125
1946–472017
1947–482218
1948–49106
Milan1948–491516
1949–503735
1950–513734
1951–523826
1952–533226
1953–543323
1954–553327
1955–563223
Roma1956–573013
1957–5842
Jumlah di Milan257210
Jumlah keseluruhan504422

Penghargaan sunting

Tugu Gunnar Nordahl di Hörnefors, Sweden.

Kelab sunting

IFK Norrköping[12]
Milan[13]

Antarabangsa sunting

Sweden[14]

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ name=sr
  2. ^ name=FIFA
  3. ^ name=top10
  4. ^ name=FIFA
  5. ^ name=top10
  6. ^ name=XI
  7. ^ name=AS
  8. ^ name=UEFA
  9. ^ name=FIFA
  10. ^ name=sr>Gunnar Nordahl Diarkibkan 2016-02-07 di Wayback Machine. sports-reference.com
  11. ^ name=FIFA
  12. ^ name=FIFA
  13. ^ name=FIFA
  14. ^ name=FIFA
  15. ^ name=sok
  16. ^ name=FIFA
  17. ^ name=r1
  18. ^ name=FIFA
  19. ^ name=r1

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Omero Tognon
Kapten Milan
1954–1956
Diikuti oleh:
Nils Liedholm