Angka Cina ialah aksara yang digunakan untuk menulis nombor dalam bahasa Cina. Kini, penutur bahasa Cina menggunakan tiga sistem angka sekaligus, iaitu: sistem angka Arab yang digunakan di merata dunia, di samping dua sistem angka Cina yang wujud sejak zaman purba.

Sistem angka
Sistem angka Hindu-Arab
Arab barat
Arab timur
Burma
India
Khmer
Mongol
Thai
Angka Asia timur
Batang pembilang
Cina
Jepun
Korea
Suzhou
Vietnam
Angka abjad
Abjad
Armenia
Āryabhaṭa
Cyril
Ge'ez
Ibrani
Yunani (Ionia)
Sistem lain
Aegean
Attic
Babylon
Brahmi
Etruscan
Inuit
Maya
Mesir
Quipu
Rom
Sumeria
Urnfield
Sistem kedudukan dengan asas
Perpuluhan (10)
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60

Salah satu daripadanya adalah sistem angka Suzhou atau huama, yang lama-kelamaan diambil tempat oleh sistem perangkaan Arab. Inilah satu-satunya variasi sistem angka pol yang masih wujud, itupun hanya laris digunakan di pasar-pasar China, seperti di Hong Kong sebelum 1990-an.

Satu lagi sistem angka Cina ialah sistem nombor bertulis yang masih dipakai ketika menulis nombor dalam bentuk panjang, seperti pada cek bank untuk mencegah pemalsuan. Sistem angka ini lebih kurang seakan-akan mengeja nombor dalam bahasa Melayu. Walaupun digolongkan sebagai sebahagian bahasanya, namun sistem aksara Cina tetap dikira sebagai sistem angka. Kebanyakan penutur bahasa Cina kini lebih mudah menggunakan sistem angka Arab.

Nombor bertulis

sunting
Angka Cina dan Arab boleh wujud bersama, seperti pada penanda kilometer ini: 1620 km di Lebuhraya G209 (G二〇九)

Sistem angka aksara Cina terdiri daripada aksara Cina yang digunakan oleh penulisan bahasa Cina untuk menulis angka lisan. Tidak lain dengan nombor yang tereja dalam bahasa Melayu (cth., "seribu sembilan ratus empat puluh lima" untuk 1,945), angka Cina ini bukan berasingan dari sistem tulisan Cina. Memandangkan ia mencerminkan bahasa lisan, ia tidak menggunakan sistem kedudukan yang digunakan oleh angka Arab, begitu juga dengan pengejaan nombor dalam bahasa Melayu.

Aksara yang digunakan untuk melambangkan bilangan

sunting

Nombor piawai

sunting

Inilah aksara-aksara yang melambangkan angka sifar hingga sembilan, dan juga aksara-aksara lain yang melambangkan bilangan-bilangan lebih besar seperti puluh, ratus, ribu dan sebagainya. Angka Cina terdiri daripada dua peranggu berbeza, iaitu satu untuk penulisan seharian dan satu lagi untuk konteks perdagangan atau kewangan yang dikenali sebagai dàxiě (Cina ringkas: 大写Cina tradisional: 大寫). Dàxiě wujud kerana aksara-aksara yang biasa digunakan untuk menulis angka terlalu ringkas sehingga tidak mampu mencegah pemalsuan seperti yang dilakukan oleh pengejaan bilangan dalam bahasa Melayu. Pemalsu boleh mudah mengubah aksara seharian 三十 (30) kepada 五千 (5000) dengan menokok dua tiga lejang. Ini tidak boleh terjadi apabila dàxiě digunakan; bandingkan 叁拾 (30) dan 伍仟 (5000).

T menandakan aksara Tradisional, R menandakan aksara Ringkas.

KewanganBiasaNilaiPīnyīnCatatan
0líng〇 sering digunakan secara basahan untuk melambangkan sifar, tetapi 零 lebih kerap diajar di sekolah. 〇 bukan aksara Cina yang piawai, kerana aksara Cina tiada unsur bentuk bulat. Dalam Unicode, 〇 diterapkan sebagai lambang atau tanda baca Cina, bukan ideograf.
1juga (kewangan, tetapi lapuk), tetapi mudah diherot menjadi 弍 (dua) atau 弎 (satu).
(T) atau
(R)
2èralso (kewangan, tetapi lapuk), tetapi mudah diherot menjadi 弌 (satu) atau 弎 (tiga).
juga (T) atau (R), rujuk Characters with regional usage section.
(T) atau
(R)
3sānalso (kewangan, tetapi lapuk), tetapi mudah diherot menjadi 弌 (satu) atau 弍 (dua).
juga (T) atau (R) sān.
4also (kewangan, tetapi lapuk), aksara Cina lainan bagi 肆, iaitu radikal 镸 dengan aksara 四. Bukan semua pelayar web mampu memaparkan aksara ini yang menganggtai CJK Unified Ideographs Extension A dalam Unicode.</ref>
5 
(T) or
(R)
6liù 
7 
8 
9jiǔ 
10shíAda yang menggunakan untuk tujuan kewangan, tetapi tidak digemari kerana mudah dimanipulasi menjadi 伍 (lima) atau 仟 (ribu).
100bǎi 
1,000qiān
(T)
(R)
104wànBilangan Cina berkumpul secara puluh ribuan
rujuk bahagian Pembacaan dan penulisan bilangan di bawah.
(T)
亿 (R)
108Lihat bahagian bilangan besar di bawah.

Aksara berkegunaan setempat

sunting
KewanganBiasaNilaiPinyin (Mandarin)Bentuk piawaiCatatan
1yāoErtinya adalah "terkecil". Digunakan dalam bahasa Mandarin untuk menyebut angka "1" dengan jelas dalam rantaian angka (seperti nombor telefon dan nombor pengenalan diri), kerana (一 yī) berima dengan tujuh (七 qī). Tidak digunakan dalam pengiraan atau pembacaan nilai. Di Taiwan, ia hanya digunakan oleh pihak tentera, polis, dan kecemasan. Tidak digunakan dalam bahasa Kantonis selain 十三幺 (peranggu kemenangan istimewa) dalam permainan mahjong.
(T)
(R)
2liǎngCara alternatif yang amat kerap digunakan untuk menyebut "2", tetapi kegunaannya berbeza-beza sesama loghat ataupun individu. Cth: dalam bahasa Mandarin, "2222" boleh dibaca "二千二百二十二", "兩千二百二十二" ataupun "兩千兩百二十二". Lihat bahagian Pembacaan dan penulisan bilangan di bawah.
10Dalam pertuturan bahasa Kantonis, ketika 十 digunakan di tengah-tengah bilangan, menyusuli pekali dan disusuli oleh angka sa, 十 menjadi 呀 (aa6), e.g. 六呀三, 63. Tidak digunakan dalam bahasa Mandarin.
atau 廿20niàn二十Bentuk tulisannya masih digunakan dalam penulisan tarikh, khususnya tarikh kalendar tradisi Cina.
Bentuk lisannya masih dipakai dalam sesetengah loghat Cina. Lihat bahagian Pembacaan dan penulisan bilangan di bawah.
Dalam bahasa Kantonis, 廿 (jaa6) harus diikuti oleh angka sa 1-9 (e.g. 廿三, 23), atau ungkapan seperti 廿幾 ("dua puluh berapa"); tidak digunakan secara bersendirian untuk memaksudkan 20.
Bentuk lainan jarang digunakan.
30三十Bentuk tulisannya masih digunakan untuk menyingkatkan tarikh dalam bahasa Cina. Cth. Gerakan 30 Mei (五卅運動).
Bentuk lisannya masih dipakai dalam sesetengah loghat Cina. Lihat bahagian Pembacaan dan penulisan bilangan di bawah.
40四十Bentuk lisannya masih dipakai dalam sesetengah loghat Cina, itupun jarang sekali.
200二百Jarang sekali digunakan, misalnya dalam judul karya Bi Song Lou 《皕宋樓》.

Bilangan besar

sunting

Bagi aksara angka yang lebih besar daripada (10,000), terdapat juga empat sistem yang digunakan pada zaman silam dan moden:

Aksara (T)Faktor tokokan
Aksara (S)亿
Pinyinzhàojīnggāiránggōujiànzhēngzài
Alternatif/
110510610710810910101011101210131014Setiap angka adalah 10 (十 shí) kali yang sebelumnya.
2108101210161020102410281032103610401044Setiap angka adalah 10,000 (萬 wàn) kali yang sebelumnya.
3108101610241032104010481056106410721080Setiap angka adalah 108 (萬萬 wànwàn) kali yang sebelumnya.
4108101610321064101281025610512101024102048104096Setiap angka adalah kuasa dua yang sebelumnya.

Dalam bahasa Cina moden, hanya sistem kedua yang digunakan untuk menyebut bilangan. Walaupun 兆 (zhào) diselubungi pertikaian nilai sebenarnya, namun nilai 1012 laris diterima oleh kebanyakan masyarakat berbahasa Cina dan juga Jepun dan Korea.

Misalnya, 兆 (zhào) yang asalnya bererti 1012, tetapi juga digunakan untuk 106 dalam bidang teknologi maklumat baru-baru ini (khususnya di tanah besar China). Untuk mengelakkan masalah yang timbul akibat kekeliruan ini, kerajaan Republik Rakyat China tidak sesekali menggunakan aksara ini dalam persuratan rasmi, sebaliknya menggunakan 万亿 (wànyì). (Kerajaan Republik China di Taiwan pula sentiasa menggunakan 兆 (zhào) untuk memaksudkan 1012 dalam persuratan rasminya.)

Pinjaman bahasa Sanskrit

sunting

Angka-angka yang menjangkaui 載 (zài) berasal daripada kitab agama Buddha yang berbahasa Sanskrit, tetapi paling kerap ditemui dalam catatan zaman silam.

Aksara (T)Aksara (R)PinyinNilaiCatatan
1048Erti harfiahnya "teramat"
恆河沙恒河沙héng hé shā1052Ertinya "Pasir Gangga"; metafora yang diilhamkan oleh butir-butir pasir dalam sungai Ganges.
阿僧祇ā sēng qí1056Dari Asaṃkhyeya
那由他nà yóu tā1060Dari Nayuta
不可思議不可思议bùkě sīyì1064Erti harfiahnya "tak terduga".
無量无量wú liàng1068Erti harfiahnya "tak terbilang"
大數大数dà shù1072Erti harfiahnya "bilangan besar"

Bilangan kecil

sunting

Berikut adalah aksara-aksara yang digunakan untuk menyatakan peringkat magnitud dalam bahasa Cina bersejarah. Semenjak pengenalan unit SI, sesetengahnya telah diterapkan sebagai awalan SI, manakala yang lain menjadi lapuk.

Aksara (T)Aksara (R)PinyinNilaiCatatan
10−12(Cina Kuno)

bersamaan dengan awalan SI piko.

miǎo10−11(Cina Kuno)
āi10−10(Cina Kuno)
chén10−9(Cina Kuno)

(T) atau (R) bersamaan dengan awalan SI nano.

shā10−8(Cina Kuno)
qiān10−7(Cina Kuno)
wēi10−6masih dipakai, bersamaan dengan awalan SI mikro.
10−5(Cina Kuno)
10−4(Cina Kuno)
háo10−3juga .

masih dipakai, bersamaan dengan awalan SI mili.

1/100juga .

masih dipakai, bersamaan dengan awalan SI senti.

fēn1/10masih dipakai, bersamaan dengan awalan SI desi.

Awalan SI

sunting
Awalan SI
NilaiLambangBMTerjemahan awalPiawaian RRCPiawaian RC
1024Yyota-  yáo yòu
1021Zzeta-  jiē
1018Eeksa- ráng ài ài
1015Ppeta- pāi pāi
1012Ttera- gāi tài zhào
109Ggiga- jīng
106Mmega- zhào zhào百萬 bǎiwàn
103kkilo- qiān qiān qiān
102hhekto- bǎi bǎi bǎi
101dadeka- shí shí shí
100(tiada)sa  yāo
10−1ddesi- fēn fēn fēn
10−2csenti-
10−3mmili- háo háo háo
10−6µmikro- wēi wēi wēi
10−9nnano- xiān nài
10−12ppiko- shā
10−15ffemto- chén fēi fēi
10−18aato- miǎo à à
10−21zzepto-  jiè
10−24yyokto-  yāo yōu

Pautan luar

sunting