Peringkat magnitud

Turutan magnitud merupakan kelas skala atau magnitud bagi sebarang bilangan, yang mana setiap kelas mengandungi nilai-nilai nisbah yang ditetapkan pada kelas yang mendahuluinya. Dalam kegunaan paling amnya, bilangan yang diskalakan adalah 10 dan skalanya adalah eksponen (persepuluhan) yang digunakan pada bilangan ini (yakni satu turutan magnitud lebih besar bersamaan dengan 10 kali ganda besarnya). Beza turutan magnitud sedemikian boleh diukur pada skala logaritma dalam "dekad" (iaitu faktor 10).

Turutan magnitud kuantiti fizikal adalah magnitudnya dalam kuasa 10 apabila kuantiti fizikal itu dinyatakan dalam kuasa 10 dengan satu digit di kiri titik perpuluhan.

Kegunaan

sunting

Turutan magnitud lazimnya digunakan untuk membuat perbandingan yang amat berasaskan anggaran serta mencerminkan perbezaan yang sungguh besar. Dalam dua bilangan yang berbeza satu turutan magnitud, salah satu bilangan itu adalah sekitar 10 kali ganda besarnya daripada yang satu lagi. Andai bezanya dua turutan magnitud, maka bezanya adalah faktor sekitar 100. Dua bilangan yang sama turutan magnitudnya adalah lebih kurang sama skalanya, iaitu nilai yang lebih banyak adalah kurang daripada 10 kali ganda nilai yang lebih kecil.

Istilah
(skala panjang)
Istilah
(skala pendek)
AwalanSimbolPerpuluhanKuasa 10Turutan
magnitud
persekuadrilionperseseptilionyokto-y0.000,000,000,000,000,000,000,00110−24−24
persetriliadpersesekstilionzepto-z0.000,000,000,000,000,000,00110−21−21
persetrilionpersekuintilionato-a0.000,000,000,000,000,00110−18−18
persebiliardpersekuadrilionfemto-f0.000,000,000,000,00110−15−15
persebilionpersetrilionpiko-p0.000,000,000,00110−12−12
persemiliardpersebilionnano-n0.000,000,00110−9−9
persejutapersejutamikro-µ0.000,00110−6−6
perseribuperseribumili-m0.00110−3−3
perseratusperseratussenti-c0.0110−2−2
persepuluhpersepuluhdesi-d0.110−1−1
sasa11000
sepuluhsepuluhdeka-da101011
ratusratushekto-h1001022
riburibukilo-k1,0001033
jutajutamega-M1,000,0001066
miliardbiliongiga-G1,000,000,0001099
biliontriliontera-T1,000,000,000,000101212
biliardkuadrilionpeta-P1,000,000,000,000,000101515
trilionkuintilioneksa-E1,000,000,000,000,000,000101818
triliardsekstilionzeta-Z1,000,000,000,000,000,000,000102121
kuadrilionseptilionyota-Y1,000,000,000,000,000,000,000,000102424

Rujukan

sunting