Abad ke-22 SM
abad
Abad ke-22 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 2200 SM hingga 31 Disember 2101 SM dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-3 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: |
|
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Peristiwa
sunting- 2217 SM – 2193 SM — Serangan-serangan orang nomad ke atas Akkad.
- 2200 SM – Keakhiran Dinasti Keenam Mesir.
- k.k. 2190 SM – Keakhiran Kemaharajaan Lama di Mesir Kuno, dan permulaan Zaman Pertengahan Pertama. Dinasti-dinasti ke-7 - ke-10.
- 2181 SM — Mesir: Kemangkatan Firaun Nitocris. Keakhiran Dinasti Keenam, dan permulaan Dinasti Ketujuh. Firaun Neferkara I memulakan pemerintahannya.
- k.k. 2180 SM - Empayar Akkad jatuh di bawah serangan Guti (Mesopotamia), sekelompok penghuni gunung dari timur laut.
- 2173 SM — Mesir: Keakhiran Dinasti Ketujuh, dan permulaan Dinasti Kelapan.
- 2160 SM — Mesir: Kemangkatan Firaun Neferirkara. Keakhiran Dinasti Kelapan, dan permulaan Dinasti Kesembilan. Firaun Neferkare memulakan pemerintahannya.
- k.k. 2160 SM — Permulaan Zaman Minoan Pertengahan di Crete.
- k.k. 2150 SM - 2030 SM: Mahakarya Gilgamesh ditulis.
- k.k. 2150 SM — Lagash.
- k.k. 2144 SM — Gudea, raja (ensi) kota Lagash memulakan pemerintahannya.
- 2138 SM — Babylon: Gerhana suria pada 9 Mei dan gerhana qamari pada 24 Mei berlaku dan dipercayai merupakan gerhana berganda yang terjadi 23 tahun selepas naik takhta raja Shulgi dari Babylon, menurut mereka yang mengikut kronologi panjang.
- 2130 SM — Mesir: Keakhiran Dinasti Kesembilan, dan permulaan Dinasti Kesepuluh. Perang-perang Dinasti Kesembilan di Mesir bermula.
- 2124 SM — Kemangkatan Gudea, raja (ensi) bagi kota Lagash.
- k.k. 2120 SM - Arca penunaian sumpah Gudea di Lagash (Telloh moden, Iraq) dicipta, dan kini berada di Musee du Louvre, Paris.
- 2119 - 2113 (kronologi pertengahan): Utu-hegal, raja pertama Dinasti Ketiga Ur.
- 2116 SM – 2110 SM: Perang Uruk-Gutian.
- 2112 SM – 2095 SM: Kempen-kempen ketenteraan Sumer ke atas Ur-Nammu.
- 2104 - 2103 SM: Tarikh banjir dalam kitab Bible, menurut takwim Ibrani.
- 2100 SM — Permulaan Dinasti Xia di China.
Tokoh-tokoh
sunting- Gudea
- Ur-Nammu
- Noah (2704 SM - 1753 SM, menurut takwim Ibrani)
Kelahiran
sunting- Arpachshad, anak lelaki Ham, anak lelaki Noah, (2102 SM - 1664 SM, menurut takwim Ibrani)
Kematian
sunting- Lamech, anak lelaki Methuselah, (2886 SM - 2109 SM, menurut takwim Ibrani)
- Methuselah, anak lelaki Enoch, (3073 SM - 2104 SM, menurut takwim Ibrani)
🔥 Top keywords: Laman UtamaDua Darjat (drama)Khas:CariHari Raya AidiladhaAniq DurarWukufFaisal HalimAbang AdikCinta Untuk Sekali LagiMohd Shuhaily Mohd ZainAku Bukan UstazahBunga SaljuPadang ArafahUEFA Euro 2024Zim Zim Ala KazimKhilaf Yang TertulisPembunuhan Zayn RayyanAzahari HusinNabi Muhammad SAWDon Daniyal Don BiyajidSyamim FaridErysha EmyraHari ArafahKhas:Perubahan terkiniInna lillahi wa inna ilaihi raji'unProjek: Anchor SPMSharifah RoseKontrak sosial (Malaysia)Edisi SiasatSolatSenarai peribahasa (A–M)MalaysiaBella AstillahPerkara yang dilarang dalam IhramSenarai saluran AstroHari TasyrikPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaRiena DianaLynx