Yusof Hashim

Artis

Mohd Yusof bin Hashim (dilahirkan pada 8 Julai 1993) atau lebih dikenali sebagai Ucop ialah pelakon, penyanyi, penari, dan personaliti media sosial yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dikenali menerusi video Dubsmash [1] dan watak kembar Farhan & Fahrin dalam Drama Telemovie Dua yang bersiaran di Astro Ria[2]. Beliau juga merupakan pemenang Top Lifestyle Influencer dan Breakout Influencer of the year di Anugerah Influence Asia 2015[3] dan finalis pencalonan Selebriti Media Sosial Pilihan Online 2016[4].

Yusof Hashim
Yusof at KL Fashion Week 2018
Kelahiran
Mohd Yusof bin Hashim

(1993-07-08) 8 Julai 1993 (umur 30)
WarganegaraMalaysia
Nama lainUcop
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari
Tahun aktif2015–kini
Ketinggian183 cm (6 ka 0 in)

Kerjaya sunting

Yusof mula menempah nama dalam bidang seni tari secara komersial seawal 17 tahun dengan penglibatan awal menerusi teater muzikal Gamat pada tahun 2019 di Istana budaya, dengan watak sulung beliau sebagai Bintang, Yusof mengambil peluang ini sebagai batu loncatan dalam memulakan penglibatan beliau di pentas yang berprestij. Berikut ialah penglibatan beliau sebagai penari dan ensemble.[5]

Teater muzikal sunting

TahunPersembahanWatak
2010Gamat The MusicalBintang
2011Kita The MusicalEnsemble
2012Tun Hasmah The MusicalEnsemble
2012Cuci The MusicalEnsemble
2013Supermokh The MusicalEnsemble
2015Teater Baik Punya CilokEnsemble
2015P. Ramlee The Musical TourEnsemble
2018Dendam LaksamanaPenglipur Lara


Pada Jun 2015, nama Ucop mula disebut-sebut di laman sosial apabila beliau menemui aplikasi Dubsmash dan memuat turun video pertama beliau yang mengandungi suara penyanyi terkenal Lady Gaga dan Beyonce dengan penampilan,solekan yang dihasilkan sendiri bersama rakannya.[6] Idea menghasilkan video ini tercetus apabila Yusof sedang touch up dan menukar baju sementara bersedia untuk ke babak yang seterusnya dalam Teater Baik Punya Cilok pada pertengahan tahun 2015. Tidak hairan bagi rakan-rakan penari yang lain jika Yusof yang sering menghasilkan video parodi yang kebiasaannya dilakukan sebelum pementasan teater berlangsung dan sikap Yusof yang suka menghiburkan rakan-rakan dengan mengimitasi watak selebriti ini menjadikan Yusof sebagai Lady Gaga Malaysia di kalangan rakan-rakannya sejak sebelum kewujudan aplikasi Dubsmash lagi. Nama Yusof melonjak naik di laman media sosial dengan jumlah pengikut di Instagram yang naik secara mendadak lebih daripada 300 000 pengikut dalam masa kurang 6 bulan. Menyedari akan kewujudan pengikut yang merangkumi Malaysia, Singapura dan Indonesia, Yusof Mula memperkenalkan watak-watak fiksyen dengan jalan cerita yang direka sendiri oleh beliau seperti Thilagesh, Siska, Rowena dan Gaga yang kini menjadi kegilaan pengikutnya untuk dijadikan sebagai satu medium hiburan seterusnya mencabar dirinya dalam menghasilkan karya dalam lakonan.

Lakonan sunting

Pengalaman beliau dalam muzikal teater secara tidak langsung memupuk bakat anak muda ini dalam bidang lakonan sejak berusia 17 tahun lagi. Lantaran pembawakan watak yang bervariasi dalam laman Instagram yang pernah menjadi fenomena, Yusof diberi kepercayaan oleh salah seorang pengarah tempatan Ghaz Abu Bakar menerusi Super-Telemovie karya 12 Lampu Merah yang digandingkan oleh pelakon wanita popular Nora Danish pada awal tahun 2016.[7]

Filemografi sunting

Filem sunting

YearTitleRoleNotes
2018Gol & Gincu Vol. 2KameoFilem pertama
2019Bikin Filem[8]Nana

Drama sunting

Tahun

Tajuk

WatakSaluran TVCatatan
2016Impian LuluDausDrama pertama
20197 Netizen[9]Astro Ria
2020Kebaya Kasut Kanvas[10]KaidanTV3
2021Diva Popular[11]ShawnAwesome TV
2021Covid Oh Covid[12]AdamTV3
2023Projek: High CouncilAmirrAstro Ria
Lecturerku OppaSir AdamiQIYI
2024Anak Ex-StrayBuyongTV3

Telemovie sunting

YearTitleRoleTV channel
2015Mama Zoomba[13]UcopAstro Ria
2015Dua[14]Farhan & Fahrin
2016DormPaan
2016Lampu Merah[15]PaanAstro Citra
2018ArafahRemyTV3

Anugerah dan pencapaian sunting

TahunKategoriKeputusan
2015Top Lifestyle Influencer[16]Menang
2015Breakout Influencer Of The YearMenang
2017Top Lifestyle InfluencerTercalon
2019Malaysia Youtube Ad AwardsMenang

Rujukan sunting

  1. ^ "Ledakan koleksi jenaka 15 saat Ucop". Kosmo Online. Dicapai pada 2018-05-01.
  2. ^ https://www.myinfotaip.com/2016/01/dua-astro-ria.html
  3. ^ https://www.nst.com.my/education/2018/05/369954/becoming-social-media-influencers
  4. ^ "Humor 15 saat Ucop si 'Raja Dubsmash' Malaysia - Pepatung". Pepatung (dalam bahasa Inggeris). 2015-06-03. Dicapai pada 2018-05-01.
  5. ^ SHUAIB, IWAN SHU-ASWAD. "#APO2016: Ucop Digelar Raja Dubsmash Kerana Video Parodi - Berita Semasa". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2016-03-14. Text "mStar" ignored (bantuan)
  6. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/03/14/apo2016-ucop-raja-dubsmash
  7. ^ SHUAIB, IWAN SHU-ASWAD. "Finalis APO2016: Ucop Gementar Berganding Dengan Nora Danish - Berita Semasa". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2018-05-01. Text "mStar" ignored (bantuan)
  8. ^ https://www.imdb.com/title/tt13373352/
  9. ^ https://www.myinfotaip.com/2019/11/7-netizen.html
  10. ^ https://www.portalmalaysia.com/drama-kebaya-kasut-kanvas/
  11. ^ https://www.myinfotaip.com/2021/01/diva-popular.html
  12. ^ https://www.myinfotaip.com/2021/03/covid-oh-covid.html
  13. ^ http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/12/sinopsis-telemovie-mama-zoomba-astro.html
  14. ^ http://umikasum.blogspot.com/2016/01/telefilem-dua-astro-ria.html
  15. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/04/19/finalis-apo2016-ucop-nora-danish
  16. ^ https://www.astroawani.com/gaya-hidup/influence-asia-february-2016-99865

https://thealist.my/tiktok-influencer-malaysia/

Pautan luar sunting