Victoria Justice

Pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat

Victoria Dawn Justice (lahir 19 Februari 1993)[1] merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 10 tahun dan sejak itu telah muncul dalam beberapa filem dan siri televisyen termasuk siri Nickelodeon, Zoey 101 dan Victorious. Beliau telah membuat penampilan di beberapa pementasan teater termasuk Unknown dan juga filem seram ngeri 2006, The Garden serta telah muncul dalam beberapa siri Nickelodeon yang lain termasuk True Jackson, VP, The Troop, The Penguins of Madagascar dan iCarly serta rancangan permainan BrainSurge dan Figure It Out sebagai peserta. Pada tahun 2010, beliau membintangi filem The Boy Who Cried Werewolf. Pada 2015, beliau berlakon dalam peranan utama siri MTV, Eye Candy.

Victoria Justice
Justice pada September 2013
Kelahiran
Victoria Dawn Justice

(1993-02-19) 19 Februari 1993 (umur 31)
Pekerjaan
Tahun aktif2003–kini
Terkenal keranaVictorious
Kerjaya muzik
GenrePop
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
www.victoriajustice.net

Selain berlakon, Justice juga terlibat dalam bidang muzik. Beliau telah menyanyikan beberapa lagu untuk runut bunyi muzikal Nickelodeon Spectacular!, yang mana beliau berlakon. Beliau telah merakamkan beberapa lagu untuk siri Victorious.

Kehidupan awal sunting

Justice dilahirkan pada 19 Februari 1993 di Hollywood, Florida, anak kepada pasangan Serene dan Zack Justice.[2] Beliau mempunyai seorang adik perempuan tiri yang bernama Madison Grace Reed.[3] Bapanya berketurunan Inggeris, Jerman, dan Ireland, manakala ibunya berketurunan Puerto Rico.[4] Beliau dan keluarganya berpindah ke Hollywood, California, pada 2003.[5] Pada 2005, beliau telah diujibakat dan telah dipilih menyertai program teater muzikal di Akademi Seni Persembahan Millikan Los Angeles.[6] Justice telah muncul di beberapa iklan syarikat seperti Ralph Lauren, Gap, dan Guess, dan telah muncul di beberapa iklan komersial termasuk Mervyn's, Peanut Butter Toast Crunch, dan Ovaltine.[7]

Kerjaya sunting

2003–2009: Zoey 101, Spectacular dan permulaan kerjaya muzik sunting

Justice bergambar bersama Guitar Hero pada April 2008

Justice memulakan kerjaya lakonannya sewaktu beliau berusia 10 tahun, apabila beliau membuat kemunculan khas dalam episod Gilmore Girls: "The Hobbit, the Sofa and Digger Stiles". Justice memegang watak Jill No. 2.[8] Selepas kemunculannya dalam siri itu, keluarganya berpindah ke Los Angeles, apabila Justice menyatakan beliau mahukan kerjaya lakonan. Pada tahun berikutnya, Justice membuat kemunculan sebagai penampilan istimewa dalam episod kedua siri Disney Channel, The Suite Life of Zack & Cody, dimana beliau melakonkan watak seorang peserta ratu cantik termuda bernama Rebecca. Seterusnya, Justice telah diberikan peranan dalam filem drama triler 2005 Mary. Justice melakonkan peranan sebagai Stella, seorang gadis muda yang mula melihat pandangan Mary Magdalene.[9] Filem ini dipertontonkan di Festival Filem Venice, sebelum ditayangkan di beberapa Festival lain, termasuk Festival Filem Antarabangsa Toronto, Festival Filem Deauville dan Festival Filem Antarabangsa San Sebastián. Pada tahun yang sama, Justice diberikan peranan utama dalam siri televisyen Nickelodeon Zoey 101 sebagai Lola Martinez, seorang pelajar baru yang juga merupakan artis berinspirasi.[10][11] Apabila beliau menyedari telah diberikan peranan itu, beliau berkata: "Saya teramat gembira; terasa ingin melatun dan berangan-angan. Itulah detik yang paling terindah."[12] Episod musim kedua telah memperkenalkan watak Justice pada 11 September 2005. Justice juga mempunyai peranan dalam dua lagi filem pada tahun itu. Beliau membuat kemunculan kameo dalam filem When Do We Eat?, dan juga menerima watak Rose dalam filem televisyen Hallmark Silver Bells, berikutnya yang mana telah menjadi filem Hallmark Hall of Fame.

Pada 2006, semasa menjalani penggambaran Zoey 101, Justice telah membuat kemunculan khas dalam episod Everwood, "Enjoy the Ride". Justice membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada tahun itu, apabila beliau telah diberikan peranan kameo dalam filem Unknown. Filem itu merupakan kegagalan kewangan, dan menerima ulasan bercampur daripada pengkritik. Juga pada 2006, Justice memegang watak pembantu sebagai Holly dalam filem thriller The Garden. Filem ini menerima ulasan negatif daripada pengkritik.[13] Justice menumpukan perhatian di musim ketiga dan keempat Zoey 101 pada 2007 dan 2008. Pada tahun itu, ia telah mencapai ke penghujung. Justice melancarkan single promosi sepanjang 2007, ketika beliau masih terikat dengan Zoey 101. Lagu ini merupakan lagu asal nyanyian Vanessa Carlton, "A Thousand Miles".[14] 2 Mei 2008, telah menyaksikan episod terakhir siri tersebut. Pada 2009, beliau mengumumkan akan menjadi bintang jemputan dalam siri Nickelodeon, The Naked Brothers Band. Sebuah TV khas bertajuk, Valentine Dream Date menampilkan Justice melakonkan watak dirinya sendiri.[15] Justice tidak merancang untuk kembali ke studio rakaman sehingga 2009, apabila beliau berlakon dalam muzikal Nickelodeon, Spectacular!. Peranan Justice menyanyikan tiga lagu dalam filem. Justice berlakon bersama Nolan Funk dan Simon Curtis dalam filem muzikal, yang disiarkan di Nickelodeon pada 16 Februari 2009.[16][17] Filem ini menjadi salah satu filem Nickelodeon paling popular, menarik perhatian penonton sebanyak 3.7 juta penonton pada malam tayangan perdana.[18] Filem ini menerima ulasan yang umumnya positif dari beberapa pengulas, memegang 76% pengesahan penarafan di Rotten Tomatoes sehingga 2011.[19]

Selepas kejayaan The Naked Brothers Band yang mana Justice membuat kemunculan khas, beliau muncul dalam satu lagi episod, "The Premiere", pada 11 April 2009. Beliau kemudiannya muncul dalam episod iCarly,[20] True Jackson, VP, dan The Troop, dan dalam siri gameshow BrainSurge. Justice mengumumkan pada 2009 yang beliau akan muncul dalam filem thriller, yang dijangka untuk keluaran tayangan. Ia kemudiannya diumumkan yang filem ini akan menampikan Dylan Sprouse dan Cole Sprouse.[21] Tidak seperti perancangam awal untuk keluaran tayangan, filem ini mempunyai keluaran tayangan terhad pada 12 Disember 2009, dan telah kembali ke pasca penerbitan. Sungguhpun begitu, keluaran tayangan filem itu di seluruh dunia telah dibatalkan.[22]

2010–2013: Victorious dan The Boy Who Cried Werewolf sunting

Justice menyanyi pada Ogos 2011

Justice mengesahkan yang beliau akan menerima persembahan muzikalnya sendiri di Nickelodeon dikenali sebagai Victorious, sambil menjelaskan genesis rancangan itu: "Saya berada di Zoey 101. Apabila saya berusia 12 tahun, Dan Schneider mengambil saya untuk watak baru, Lola Martinez. Dari situ, saya bekerja dengannya selama tiga tahun, dari tiga musim Zoey 101. Dan selepas itu, beliau (Dan) melihat bakat saya yang boleh menyanyi dan menari sambil berlakon, jadi beliau memikirkan ia lebih baik untuk mencipta sebuah siri TV untuk saya di Nickelodeon, bertajuk Victorious."[23] Episod pengenalan, yang telah dipersembahkan sebagai khas, bersiaran pada 27 Mac 2010, dan meraih 5.7 juta tontonan, menjadikannya sebagai tayangan perdana kedua dengan penarafan tertinggi untuk siri Nickelodeon.[24] Siaran asal episod, yang berlaku selepas Kids' Choice Awards 2010, ialah satu potong lanjutan; semua siaran berikutnya mempunyai pelbagai tontonan dan garis dikeluarkan untuk mematuhi slot masa.

Justice pada November 2012

Justice kembali ke studio rakaman untuk merakamkan lagu untuk siri tersebut pada 2010. Beliau merakamkan lagu pertama siri tersebut, yang juga menjadi lagu temanya, "Make It Shine". Beberapa lagi lagu telah dimuatkan dalam siri itu, termasuk "You're the Reason", "Beggin' on Your Knees" dan "Best Friend's Brother". Justice mempersembahkan single ketiga rasminya, "Freak the Freak Out", semasa episod khas Victorious dengan tajuk sama.[25] Justice kemudiannya menjadi bintang tetamu dalam siri animasi The Penguins of Madagascar, meminjamkan suara untuk watak Stacy dalam episod "Badger Pride". Justice berlakon dalam filem televisyen Nickelodeon 2010, The Boy Who Cried Werewolf, memegang watak Jordan Sands, seorang gadis yag berubah sebagai serigala jadian kerana perilakunya yang aneh.[26] Filem ini merupakan kejayaan utama bagi rangkaian itu, meraih 5.8 juta penonton untuk tayangan perdana.[27] Filem ini menerima ulasan yang umumnya positif dari pengulas, ia juga memegang 69% pengesahan penarafan di Rotten Tomatoes berdasarkan daripada 24 ulasan.[28] Pada 2011, barisan pelakon iCarly, bersama barisan pelakon Victorious berlakon dalam episod lanjutan, bertajuk iParty with Victorious. Ini menandakan kali kedua Justice menjadi bintang tetamu di iCarly, yang pertama sebagai Shelby Marx. Victorious tamat pada 2 Februari 2013 selepas mencapai had 60 episod, lantas tidak mempunyai penamat yang baik.[23]

Dalam temuramah bersama Associated Press pada 2010, Justice menulis yang beliau akan merakamkan album tetapi ia memerlukan jangka masa yang panjang, daripada secara tergesa-gesa, dan menulis lagu di dalam album. Tetapi, beliau teruja untuk mengahadapinya.[29] Justice melancarkannya di iTunes sebuah lagu dari Victorious bertajuk "Countdown", pada 18 Februari 2012. Ia dirakamkan bersama Leon Thomas III. Single seterusnya, beliau melancarkannya pada Selasa 28 Februari 2012, dengan "Take a Hint" dikeluarkan di iTunes pada 3 Mac 2012. Ini merupakan single duet pertamaya bersama rakannya yang juga pelakon Victorious, Elizabeth Gillies. Pada Oktober 2012, beliau mengumumkan akan melancarkan album sulungnya pada 2013, menyatakan "It's going to be pop".[30] Justice melakonkan peranan utama, Wren, daam komedi Fun Size, dikeluarkan pada 26 Oktober 2012. Filem itu juga dibintangi oleh Johnny Knoxville, Chelsea Handler dan Josh Pence.[31]

2013–2015: Eye Candy dan Girl Up sunting

Single sulung Justice, "Gold", telah dikeluarkan pada 18 Jun 2013. Single ini juga mempunyai sebelah B bertajuk "Shake".[32] Pada 11 Oktober 2013, ia telah diumumkan yang Justice telah diberi peranan sebagai Lindy Sampson dalam siri televisyen MTV Eye Candy, sebuah triler siber berdasarkan daripada novel nukilan R. L. Stine.[33] Album sulung Justice pada asalnya dijangka akan dilancarkan pada 2014. Bagaimanapun, pada Ogos tahun itu, Billboard mendedahkan Justice telah meninggalkan Columbia Records, tetapi telah merakamkan muzik baru, yang akan dikeluarkan "mungkin pada tahun depan".[34] Selain daripada single utama "Gold" dan sebelah Bnya "Shake", dua lagu telah dimuatnaik di saluran YouTube Justice, "Caught Up in You"[35] dan "Girl Up".[36] "Girl Up" telah ditulis oleh Justice dan Toby Gad untuk pergerakan Girl Up, yang membantu gadis remaja di negara membangun.[37]

2016–kini: Kejayaan berterusan sunting

Pada 20 Oktober 2016, Justice memegang watak Janet Weiss, salah satu peranan utama The Rocky Horror Picture Show: Let's Do the Time Warp Again.[38] Menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Laverne Cox, filem ini ditayangkan di saluran Fox. Ia merupakan penghargaan[39] kepada klasik kultus filem 1975 dengan judul sama arahan Kenny Ortega, menggunakan skrip asal yang digunakan oleh Richard O'Brien dan Jim Sharman.

Kedermawanan sunting

Justice telah mengambil bahagian dalam acara amal. Beliau telah menyokong program amal seperti Yayasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang memberi faedah kepada pelbagai punca termasuk AIDS, kanak-kanak, alam sekitar, kesihatan, hak asasi manusia dan keamanan.[40]

Pada 30 September 2010, Justice mengumumkan beliau akan menyertai Kempen Amal Girl Up. Ditanya mengenai kempen itu, beliau berkata " Saya tertarik dengan menjadi Champion for Girl Up dan ingin membantu ramai gadis remaja yang tidak dapat diberikan peluang yang kebanyakkan daripada kami untuk menghargainya. Saya tahu ramai gadis di luar sana di serata negara yang seperti saya—bersedia dan memotivasikan untuk berdiri untuk hak dan kebajikan gadis remaja di dunia yang membangun. Saya yakin, kita akan bangkit menghadapi cabaran." Justice menyertai Girl Up pada 30 September 2010, untuk pelancaran rasmi kempen itu di New York dan akan menyokong jelajah “Unite for Girls”, yang menjelajah bandar-bandar di seluruh AS untuk menyeru ramai gadis muda. Beliau berpeluang menyertai program sokongan Girl Up di negara membangun untuk memerhatikan kesan-kesan yang ada pada gadis remaja dan masyarakat.[41] Dalam temuramah bersama Seventeen, Justice menyebut, "Saya melihat ke badan-badan amal yang berbeza dan pendengaran gadis remaja di Guatemala dan Afrika bercakap tentang untuk berjalan dan menangis kerana mereka tidak mempunyai wang untuk pergi ke sekolah. Ianya meruntun jiwa saya, jadi saya mahu menyebarkan sepatah ayat yang saya boleh dan mendapatkan orang lain yang bekerja bersama-sama. Sebelum anda tahu kita benar-benar boleh membuat perbezaan".[42]

Justice juga telah menyokong hospital kanak-kanak. Pada Jun 2012, kempen "Music Makes It Better" telah dilancarkan oleh Pusat Perubatan Kebangsaan Kanak-Kanak, menampilkan pesanan khidmat awam (PSA) oleh Justice, Justin Bieber, dan The Band Perry. Kempen ini bertujuan untuk membawa muzik, seni dan program lain kepada kanak-kanak sewaktu di hospital.[43]

Pengaruh sunting

Pengaruh muzik Justice termasuk Madonna, Britney Spears, Pink, Sara Bareilles, The Jackson 5, The Beatles, Amy Winehouse, Lily Allen, Hall & Oates, Billy Joel, Carly Simon, Ariana Grande, Karen Carpenter,[44] Elton John, Alanis Morissette, Carole King dan Diana Ross.[45]

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
2005MaryStellaFilem pendek
When Do We Eat?Young Nikky
2006The GardenHolly
UnknownDaughter
2008The Kings of AppletownBetsy
2012The First TimeJane Harmon
Fun SizeWren DeSantis
2013Jungle MasterRainie (suara)
2014Snow White and the Seven ThugsSnow WhiteFilem pendek
2015Naomi and Ely's No Kiss ListNaomi
Get SquirrelyLolaPeranan suara
2017The OutcastsJodieTajuk asalnya ialah The Outskirts; dijadualkan untuk keluaran 2015, tetapi ditunda sehingga 2017[46]

Televisyen sunting

TahunTajukWatakCatatan
2003Gilmore GirlsJill #2Episod: "The Hobbit, the Sofa, and Digger Stiles"
2005The Suite Life of Zack & CodyRebeccaEpisod: "The Fairest of Them All"
2005–08Zoey 101Lola MartinezWatak utama; 52 episod
2005Silver BellsRoseFilem
2006EverwoodThalia ThompsonEpisod: "Enjoy the Ride"
2009The Naked Brothers BandDirinya sendiri2 episod
2009Spectacular!Tammi DysonFilem
2009–11iCarlyShelby Marx / Dirinya sendiri / Tori Vega3 episod
2009True Jackson, VPVivianEpisod: "True Crush"
2010The TroopEris FairyEpisod: "Speed"
2010–13VictoriousTori VegaWatak utama; 58 episod
2010, 2015The Penguins of MadagascarStacy (suara)2 episod
2010The Boy Who Cried WerewolfJordan SandsFilem
2013Big Time RushDirinya sendiriEpisod: "Big Time Tour Bus"
2015Being Victoria JusticeDirinya sendiriDokumentari istimewa MTV
2015Eye CandyLindy SampsonWatak utama; 10 episod
2015UndateableAmanda2 episod
2016Cooper Barrett's Guide to Surviving LifeRamona Miller2 episod[47]
2016The Rocky Horror Picture Show: Let's Do the Time Warp AgainJanet WeissFilem televisyen[38]
2017Man with a PlanSophiaPeranan tamu; 1 episod[48]

Diskografi sunting

Jelajah sunting

Konsert utama
  • Make It in America Tour (2012)
Konsert bersama
Pembuka tirai

Anugerah dan pencalonan sunting

TahunAnugerahKategoriKaryaKeputusanRujukan
2006Young Artist AwardsBest Young Ensemble Performance in a TV Series (Comedy or Drama)Zoey 101 (berkongsi bersama pelakon)Menang[49]
2007Young Artist AwardsBest Young Ensemble Performance in a TV Series (Comedy or Drama)Menang[50]
Young Artist AwardsBest Performance in a TV Series - Supporting Young Actress

Best Performance in a TV Series (Comedy or Drama) – Supporting Young Actress

Zoey 101Tercalon[50]
2008Young Artist AwardsBest Young Ensemble Performance in a TV SeriesZoey 101Tercalon[51]
2010Anugerah Pilihan RemajaChoice SmileTercalon[52]
2011Kids' Choice AwardsFavorite TV ActressVictoriousTercalon[53]
Anugerah ALMAFavorite TV Actress – ComedyVictoriousTercalon[54]
Nickelodeon Australian Kids' Choice AwardsFave TV StarVictoriousTercalon[55][56]
Hottest Girl HottieMenang[55][57]
Anugerah ImagenBest Young Actress/TelevisionVictoriousTercalon[58]
Anugerah NAACP ImageOutstanding Performance in a Youth/Children's Program (Series or Special)VictoriousTercalon[59]
Young Artist AwardsBest Performance in a TV Movie, Miniseries or Special – Leading Young ActressThe Boy Who Cried WerewolfTercalon[60]
2012Kids' Choice AwardsFavorite TV ActressVictoriousTercalon[61]
Anugerah ALMAFavorite TV Actress – ComedyVictoriousTercalon[62]
Anugerah Do SomethingTV Star: FemaleTercalon[63]
Anugerah ImagenBest Young Actress/TelevisionVictoriousTercalon[64][65]
Young Artist AwardsBest Performance in a TV Series – Recurring Young Actress 17–21iCarlyTercalon[66]
2013Anugerah ImagenBest Young Actress/TelevisionVictoriousTercalon[64][65]
Kids' Choice AwardsFavorite TV ActressVictoriousTercalon[67]
Nickelodeon Slime FestAussie's Fave Nick StarVictoriousMenang[68]
Aussie's Fave HottieVictoria JusticeMenang[69]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting