Tokek (Jawi: توكيق ; nama saintifik: Gekko gecko) adalah sejenis cicak dalam keluarga Gekkonidae[3][4] yang terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat. Ia hidup pada pokok-pokok tinggi dan tebing dalam hutan hujan tropika.

Tokek
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
G. gecko
Nama binomial
Gekko gecko
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Lacerta gecko Linnaeus, 1758

Penamaan sunting

Nama tokek datang daripada mendengarkan bunyi dihasilkan oleh haiwan jantan spesies ini.[5][6]:120[7]:253

Habitat sunting

Cicak tokek mudah membiasakan diri dengan suasana persekitaran kawasan perkampungan, dinding, siling rumah khususnya rumah papan kampung, serta ia aktif pada waktu malam untuk menangkap serangga sebagai makanannya. Namun berikutan kebanyakan kawasan hutan sudah diterokai untuk dijadikan kawasan perbandaran, maka cicak tokek semakin terancam dan sukar untuk mendapat habitatnya yang semulajadi menyebabkan populasi cicak ini semakin berkurangan. Pada akhir tahun 1980 hingga akhir tahun 1990, tokek mula diperkenalkan di Hawaii, Florida, Texas, Belize, dan sebahagian kepulauan Caribbean, kini ia merupakan spesies terancam.

Ciri-ciri sunting

Kebanyakan orang berasa takut pada cicak ini kerana saiznya yang agak besar, warna kulitnya yang agak pelik dan unik manakala jarinya pula dianggap boleh menyirat kulit manusia yang terkena pada cakarannya. Di Filipina, kebanyakan orang menganggapnya sebagai haiwan yang dihormati kerana cicak ini memakan serangga yang berbahaya seperti kala jengking dan lipan.

Panggilan sunting

Tokek terkenal kerana berbunyi keriut atau kicau yang kuat, seakan-akan bunyi burung gagak.[7]:253

Tabiat sunting

Tokek ini biasa berehat di sekitar pohon-pohon kayu yang berlubang di tengah batang, di ranting-ranting atau dahan-dahan. Pada musim panas atau kemarau tokek selalunya akan masuk ke rumah2 manusia akan mencari tempat teduhan seperti di dalam tandas, di celah-celah almari dan rak atau tempa-tempat yang lembap tersorok dan tertutup.[perlu rujukan]

Rujukan sunting