Kura-kura

(Dilencongkan dari Testudinidae)

Kura-kura (Jawi: کورا٢) ialah haiwan daripada order reptilia Testudines yang memiliki cangkerang untuk melindungi diri daripada pemangsaan. Kura-kura dapat hidup di air dan darat.[1]

Kura-kura
Seekor kura-kura gergasi Aldabra (Aldabrachelys gigantea)
Pengelasan saintifik s
Domain:Eukaryota
Alam:Animalia
Filum:Chordata
Kelas:Reptilia
Order:Testudines
Suborder:Cryptodira
Superkeluarga:Testudinoidea
Keluarga:Testudinidae
Batsch, 1788
Spesies jenis
Testudo graeca
Linnaeus, 1758

Taburan sunting

Kura-kura tersebar di banyak tempat di dunia, dari Amerika Utara hingga Amerika Selatan, di Lembangan Mediterranean, dari Eurasia sampai ke Asia Tenggara termasuk seluruh Malaysia, di Afrika, Madagaskar dan beberapa pulau di Lautan Pasifik, tetapi kurang di Australasia.

Ciri-ciri sunting

Kura-kura secara umumnya merujuk kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas atau cangkerang yang bertindak melindungi organ-organ dalamannya. Bahagian atasnya dikenali sebagai karapas untuk melindungi belakang kura-kura. Manakala bahagian bawahnya pula adalah plastron untuk melindungi dada haiwan tersebut.

Rangka umum kura-kura

Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehinggalah dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, contohnya Kura-kura Galápagos diketahui hidup selama melebihi 150 tahun. Malah terdapat juga kura-kura dari spesis Aldabra bernama Adwaita yang diketahui hidup selama 255 tahun.

Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).

Kesemua spesies kura-kura, sama ada yang masih hidup atau yang telah pupus, datang dari order Chelonia, termasuk superorder Testudines.

Tabiat sunting

Terdapat dua jenis kura-kura yang diketahui berdasarkan tabiat hidup mereka secara umum. Pertama ialah kura-kura akuatik atau semi-akuatik. Kura-kura jenis ini menghabiskan sepenuh masanya dengan berada di dalam air. Kedua ialah kura-kura non-akuatik. Tidak seperti kura-kura akuatik, mereka perlu berada di atas darat dan bukanlah perenang yang baik seperti kura-kura akuatik.

Pemakanan sunting

Kura-kura sedang makan kaktus

Kura-kura merupakan haiwan maun. Makanan utama kura-kura adalah tumbuh-tumbuhan seperti kangkung, sawi, rumput liar, buah dan kuntuman bunga. Sesetengah spesis kura-kura juga bergantung hidup dengan makan haiwan kecil lain seperti cacing tanah, ulat, serangga dan siput.

Pembiakan sunting

Sebagai reptilia, kura-kura membiak dengan cara bertelur di dalam sarang yang dibinanya.

Kura-kura ialah haiwan ektoterma (berdarah dingin), oleh itu ia sentiasa kelihatan berjemur di longgokan kayu dan batu untuk mengumpulkan haba pada badannya.

Habitat sunting

Sebuah tempat yang aman, sungai dengan air yang jernih.[perlu rujukan]

Pemuliharaan sunting

Taksonomi sunting

Keluarga Testudinidae (Batsch, 1788)[2]

Senarai genus ini adalah berdasarkan pandangan van Dijk et al. (2014)[3] dan Rhodin et al. (2015).[4] Spesies dari setiap genus ini lebih mudah dikenali sebagai Kura-kura Darat (Tortoise) atau Baning kerana saiznya yang agak besar, habitat mereka yang lebih bersifat kedaratan (non-akuatik), kering, serta jari kaki yang tidak berselaput renang.[5]

Keluarga Emydidae (Rafinesque, 1815)

Senarai ini juga dikenali umum sebagai kura-kura. Ciri-ciri yang dimiliki mereka adalah bersifat semi-akuatik dan biasanya digelar sebagai Kura-kura Air (Turtle atau Terrapin) kerana menghabiskan sepenuh masanya di dalam air. Terdapat dua subkeluarga dan 10 genus seperti berikut:

Kura-kura di Malaysia sunting

Terdapat pelbagai spesies kura-kura dari Malaysia, antaranya dikenali dengan nama tempatan seperti berikut:-

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

🔥 Top keywords: