Terier Norwich

baka anjing dari England

Terier Norwich[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari England[1] dan dibiakbakakan untuk memburu rodensia kecil. Sebagai salah satu baka terier terkecil, anjing ini agak jarang. Keragaman bertelinga labuh ialah terier Norfolk.

Terier Norwich
Terier Norwich merah (kiri) dan hitam dan sawo matang (kanak)
Negara asalEngland
Trait
Berat5.0–5.5 kg (11.0–12.1 lb)
Tinggi24–25.5 cm (9.4–10.0 in)
BuluLapis bulu ganda (keras mirip dawai & lapis bulu bawah lembut)
WarnaMerah, hitam dan sawo matang, gandum, grizzle
Saiz perinduk1–3 ekor
Jangka hayat14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal

sunting
Seekor terier Norwich

Penampilan

sunting

Terier ini ialah salah satu baka terier pekerja terkecil yang berukuran seberat hampir-hampir 12 paun (5.4 kg) dan secara unggulnya tidak melebihi 10 inci (25 cm) pada paras kelasa, dengan telinga mencucuk lapis bulu ganda, yang terdapat dengan semua cahaya warna merah, sawo matang, gendum, hitam dan sawo matang, dan grizzle.[2] Tengkoraknya lebar dan sedikit membuat dengan stop cukup jelas. Nisbah muncung dengan kepala ialah 2:3. Matanya kecil dan berbentuk bujur. Telinganya biasanya tegak — tetapi dapat terbentang ke belakang apabila anjing tenang — dan terletak dengan renggang pada lebar baik antara kedua-duanya. Hujungnya tajam. Belakangnya pendek dengan kedalaman bagus dan loin cukup melengkung. Tungkainya pendek dengan siku yang lebih proksimal daripada distal. Ekornya sederhana panjang apabila tidak terpotong, tebal di pangkal dengan penirus dekat dengan hujung. Ekornya patut 'terangkat dengan lincah' dan 'tidak terlebih riang'.[3] Piawaian American Kennel Club mensyaratkan ekor 'sederhana terpotong' dengan cukup bahagian ekor yang tertinggal supaya dapat dipegang.[2]

Terier Norwich grizzle dan terier Norwich hitam dan sawo matang

Perangai

sunting

Kadang-kadang, baka ini menunjukkan tingkah laku salakan dan penggalian, yang mencerminkan warisan teriernya. Pelatihan tekal dan awal dapat membantu untuk menguruskan tabiat ini.[4]

Kesihatan

sunting

Sebuah kajian di United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 14 tahun untuk terier Norwich.[5]

Anak terier Norwich

Sebuah kajian Amerika Syarikat terhadap lebih daripada 90,000 ekor anjing mendapati terier Norwich sebagai baka kedua paling cenderung terhadap pirau portosistemik dengan 7.41% daripada jumlah anjing yang terjejas berbanding dengan 0.35% untuk anjing baka kacuk.[6]

Sebuah kajian retrospektif tentang katarak yang menggunakan rekod pesakit daripada hospital-hospital Amerika Utara mendapati prevalens sebanyak 4.02% untuk terier Norwich berbanding dengan 1.61% untuk anjing baka kacuk.[7]

Isu pernafasan

sunting

Sesetengah terier Norwich menderitai sindrom obstruktif pernafasan atas yang berbeza daripada sindrom obstruktif salur udara brakisefalik. Dalam sebuah kajian terhadap 12 ekor anjing dengan tanda-tanda bagi keadaan ini, 11 ekor mempunyai keabnormalan bukaan larinks dengan lipatan ariepiglotik lewah, keruntuhan larinks, sakul larinks terbokong, dan bukaan larinks menyempit kesemuanya diperhatikan pada berbilang anjing.[8]

Sebuah kajian tahun 2019 mendapati bahawa sesetengah terier Norwich yang menghidap gangguan saluran pernafasan mengongsi varian termutasi bagi gen ADAMTS3 yang biasanya dikaitkan dengan pembengkakan di sekeliling saluran udara. Anjing dengan dua salinan mendapat skor lebih teruk dalam ujian fungsi saluran udara. Para pembiak baka berharap agar dapat menggunakan pengujian genetik untuk meminimumkan mutasi yang sedang diwariskan.[9]

Terier Norwich dapat memiliki warna merah, gandum, hitam dan sawo matang, atau grizzle (bulu merah dan hitam saling bercampur).

Komplikasi bersalin

sunting

Soal selidik mengenal pasti terier Norwich sebagai anjing yang memerlukan agar lebih daripada separuh anjing betina menjalani pembedahan sesar untuk melahirkan anak. Soal selidik ini juga mendapati bahawa lebih daripada seperlima daripada semua anak terier Norwich lahir mati.[10] Soal selidik berdasar di United Kingdom pula mengenal pasti kadar pembedahan sesar sebanyak 36.6%.[11]

Populasi

sunting
Terier Norwich muda

Pada tahun 2018, kedua-dua terier Norfolk dan terier Norwich muncul dalam senarai baka anjing paling rentan daripada The Kennel Club, dengan baka Norwich yang mempunyai kurang daripada 300 kelahiran setahun.[12]

Sejarah

sunting

Asal usul

sunting

Terier pemburu rubah yang menyerupai terier Norwich telah diperihalkan sejak abad ke-19.[13]

Dua baka pupus kerap dicadangkan sebagai leluhur kepada terier Norwich: terier Cantab dan terier Trumpington.[14]

Terier Cantab

sunting

Pada tahun 1880-an, seorang peniaga anjing, Charles Lawrence, menjadi cukup terkenal sesama mahasiswa Universiti Cambridge (Universitas Cantabrigiensis). Salah seoerang mahasiswa menulis tentangnya: 'Semua orang mengenalinya, tiada sesiapa yang mempercayainya namun margin untungnya mesti banyak...'. Lawrence berasal dari Chesterton yang berdekatan dan membiakbakakan terier daripada terier Ireland, terier Yorkshire, dan terier merah Anglia Timur (yang secara percakapan dikenali sebagai 'anjing gipsi'), beliau mengembangkan anjing pemburu tikus yang juga merupakan pendamping baik untuk mahasiswa. Anjing ini kemudian dikenali sebagai terier Cantab (terier Cambridge).[15]

Terier Trumpington

sunting

Selepas graduasi beliau dari Cambridge pada tahun 1889, E. Jodrell Hopkins membuka sebuah livery stable di Trumpington Street. Beliau membela dan membiakbakakan terier di sini dan ia kemudian dikenali sebagai terier Trumpington. Anjing ini mendapat kepopularan di Norwich dan di Leicestershire sebelum Hopkins berpindah ke Newmarket. Hopkins bermula dengan pembiakbakaan seekor terier Scotland brindle gelap betina jenis Aberdeen yang diwarisi oleh beliau daripada seorang rekrut perang dengan seekor terier Cantab yang mempunyai lapis bulu merah lebih panjang dan lebih kasar. Daripada pasangan ini, lahir seekor anjing berlapis bulu kasar yang terutamanya merah bernama Rags dan eekor anjing betina lebih gelap dan lebih kecil bernama Nell. Hopkins membelia Nell dan mengirimkan Rags kepada J. E. Cooke, tuan sekawan staghound di Norwich. Cooke membiakbakakan Rags dengan berbilang terier sukan milik warga pekan berlainan dan kesemua anak anjing mempunyai lapis bulu merah. Hopkins pula membiakbakakan Nell dan ibunya dengan seekor anjing yang telah dibeli oleh beliau bernam Jack, seekor terier berlapis pasir bertelinga terpotong. Keturunan daripada pasangan ini sama ada mempunyai lapis bulu merah atau grizzle.[16]

Frank Jones

sunting

Frank Jones berasal dari Kaunti Wicklow dan menjelang tahun 1901 bekerja sebagai whip pada staghound Norwich. Jones akhirnya berhenti bekerja dan berpindah ke Market Harborough. Beliau membawa terier yang dibapai oleh Rags ke pekan untuk bekerja sebagai pemburu tikus. Beliau memilih untuk menamai terier ini sempena pekan yang ditinggalkan oleh beliau. Beliau mengutamakan telinga tegak dan terier merah atau hitam dan sawo matang berwarna menyeluruh tanpa sebarang putih. Perang Dunia Pertama menyebabkan penurunan bilangan terier beliau; walau bagaimanapun, Jones tetap membiakbakakan anjing dan menjelang tahun 1930 terdapat sebuah kelab khas yang mencuba untuk mendapatkan pengiktirafan dengan The Kennel Club. Jones tidak menginginkan pengiktirafan rasmi atau gagasan piawaian pertunjukan. Pada tahun 1956, beliau menghadiri sebuah pertunjukan dan mengutuk terier Norwich moden dengan mendakwa bahawa anjing beliau tidak lebih besar daripada terier Yorkshire dan berkata bahawa beliau tidak peduli tentang sebarang 'penambahbaikan'. Anjing Frank kemudian diimport ke Amerika Syarikat pada awal abad ke-20 dan dikenali sebagai 'terier Jones'[17]

Pengiktirafan baka

sunting

Pada tahun 1932, atas jasa Pn. D. Normandy-Rodwell, sekumpulan 13 orang pemilik terier Norwich membentuk kelab baka pertama. Terdapat perdebatan dalam kumpulan itu tentan piawaian baka unggul dan, walaupun amalan ini diharamkan oleh The Kennel Club, beberapa orang anggota memotong telinga terier mereka yang kekurangan telinga tegak. Walaupun pengerusi The Kennel Club A. Croxton Smith menyatakan bahawa pembatasan kepada satu jenis telinga bakal menyebabkan kesukaran dan seorang pembiak baka yang dikenali sebagai Kolonel Gell berkata: 'dalam pengawalaturan telinga berbolak-balik, Norwich Terrier Club memerangkap diri ke dalam masalah pada masa hadapan.' Presiden Norwich Terrier Club — Jack Read — enggan mengizinkan anjing hitam dan sawo matang dan bertelinga labuh ke dalam piawaian draf. Normandy-Rodwell yang merupakan setiausaha percaya bahawa anjing patut hanya berwarna 'jingga cerah' dan hanya telinga tegak patut diizinkan. Akhirnya, Read berserah dan mengizinkan anjing hitam dan sawo matang, walaupun beliau enggan mengizinkan sebarang anjing dengan tanda-tanda putih. Pada tahun 1935, Read meletakkan jawatan beliau sebagai presiden selepas piawaian baka pertama diterbitkan kerana piawaian itu menyertakan kedua-dua warna hitam dan sawo matang dan telinga labuh.[18]

Pemisahan baka

sunting

Selama lebih daripada 30 tahun, Marion Sheila Scott Macfie mencuba untuk mempromosikan keragaman bertelinga labuh bagi terier Norwich sebagai baka terpisah dan tersendiri daripada terier Norwich. Beliau berkali-kali membawa anjing beliau ke pertunjukan yang semakin popular dan, semasa Perang Dunia Kedua, beliau mengirimkan dua pasang anjing ke Amerika Syarikat. Semakin kerap terier Norwich ditunjukkan, semakin kerap Macfie mula geram terhadap hakikat bahawa anjing bertelinga tegak menang dengan lebih kerap daripada keragaman bertelinga labuh. Pada tahun 1957, beliau berjuang untuk menjadikan telinga labuh dianggap setara tetapi The Kennel Club menolak hujah beliau. Tujuh tahun kemudian, beliau menerima pengiktirafan terpisah bagi keragaman bertelinga labuh sebagai terier Norfolk.[19]

Kedua-dua jenis telinga terus diizinkan dalam gelanggang sehingga The Kennel Club mengiktiraf keragaman bertelinga labuh sebagai baka tersendiri, iaitu terier Norfolk, pada tahun 1964, dan American Kennel Club, United Kennel Club, dan Canadian Kennel Club melakukan perkara sama pada tahun 1979. Sehingga masa itu, baka-baka ini ditetapkan oleh AKC sebagai Norwich Terrier, P.E. (prick ears, "mencucuk telinga") dan Norwich Terrier, D.E. (drop ears, "telinga labuh").[20]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: تيريئر نوريج; bahasa Inggeris: Norwich terrier

Rujukan

sunting
  • Read, Joan R. (1 Januari 1994). The Norfolk Terrier (dalam bahasa Inggeris). ISBN 0-9623261-1-9.

Bibliografi

sunting
  • Bunting, Marjorie (1997). The Norwich Terrier (dalam bahasa Inggeris). Bromma, Sweden: Mälaröbörsen. ISBN 91-972833-6-3.
  • Nicholas, Anna Katherine (1 Mac 1994). Norwich Terrier (dalam bahasa Inggeris). TFH Publications. ISBN 0866225803.
  • Peper, Wilfried (1995). Norfolk und Norwich Terrier (dalam bahasa Jerman). Hamburg, Jerman: Parey. ISBN 3-490-07619-2.
  • Sattler, Victor (2009). Comparative Study & Illustrated Breed Standard of Norfolk and Norwich Terriers (dalam bahasa Inggeris). Toronto, Kanada: Wildgoose.

Pautan luar

sunting