TAI TF-KAAN adalah sebuah pesawat penguasaan udara generasi ke-5 berenjin kembar[2] yang kini dibangunkan [3][4][5] oleh Industri Aeroangkasa Turki (TAI) dengan bantuan teknologi daripada BAE Systems, United Kingdom. Pesawat ini diwar-warkan akan mengantikan armada pesawat F-16 yang digunakan oleh Tentera Udara Turki dan juga akan ditawarkan kepada negara-negara luar. Projek ini merupakan sebahagian daripada projek berprofil tinggi di Turki.[6][7][8][9][10][11][12][13]

TAI TF-KAAN
TAI Kaan semasa ujian landasan di kemudahannya di Ankara pada 17 Mac 2023
PerananPesawat penguasaan udara pesawat siluman[1]
Negara pengeluar Turki
PengeluarIndustri Aeroangkasa Turki
Penerbangan sulung21 Februari 2024
Diperkenalkan2028 (terancang)[perlu rujukan]
StatusPembangunan prototaip, Ujian penerbangan
Jumlah dibina1+2 Prototaip
Kos programAS$25 bilion[perlu rujukan]
Kos seunitAS$100-110 juta[perlu rujukan]

Fasa pembangunan

sunting

Pada 15 Disember 2010, Jawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan Turki telah memutuskan untuk mereka, membangun, dan mengeluarkan sebuah pesawat tempur udara ke udara generasi baru secara lokal yang mana akan mengantikan pesawat pejuang F-16 dan akan digunakan bersama-sama dengan pesawat F-35.[14] Dana berjumlah AS$20 juta telah diperuntukan untuk fasa rekabentuk konsep awal selama 2 tahun yang akan dilakukan oleh TAI.[15] Para pegawai TAI mengatakan bahawa fasa rekabentuk konsep akan siap pada akhir tahun 2013, dan laporan akan disediakan untuk kelulusan Perdana Menteri bagi tujuan dana fasa pembangunan dan rangka kerja.

TAI dan Industri Enjin TUSAŞ (TEI) akan mengetuai rekabentuk, proses awal dan pembangunan pesawat ini. TEI akan memfokuskan pada pengeluaran enjin pesawat, sementara TAI akan membangunkan kerangka pesawat dan komponen-komponen lain. Kajian akan mendedahkan anggaran kos pesawat, sistem-sistem mekanik dan elektronik yang akan digunakan termasuk perspektif yang lebih luas akan peluang dan cabaran di dalam penerbangan tentera.[16] TF-KAAN ialah salah satu daripada beberapa projek aeroangkasa Turki selain projek siluman UCAV Bayraktar Kızılelma dan TAI Anka-3.

Kerjasama dengan Saab AB

sunting

Semasa lawatan negara oleh Presiden Turki, Abdullah Gül ke Sweden pada 13 Mac, 2013, pihak Industri Aeroangkasa Turki (TAI) telah menandatangani perjanjian dengan firma Saab AB Sweden, yang mana menetapkan:[7][8][17][18]

  • Saab AB akan menyediakan bantuan teknologi rekabentuk di dalam program TFX.
  • TAI memiliki pilihan untuk membeli unit rekabentuk pesawat pejuang Saab AB.[perlu rujukan]

Pada 8 Januari 2015, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoğlu mengumumkan bahawa program TFX akan menggunakan pelantar asli buatan Turki sepenuhnya tanpa bantuan kerjasama dengan Korea, Sweden, Brazil atau Indonesia.[perlu rujukan]

Bantuan teknologi daripada BAE Systems

sunting

Pada bulan Disember 2015, Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki telah mengumumkan bahawa ia telah memilih BAE Systems dari United Kingdom bagi membantu rekabentuk pesawat penguasaan udara generasi baru negara. Pada hari yang sama Rolls-Royce telah menawarkan kepada Turki perpindahan teknologi EJ200 dan pembangunan bersama enjin terbitan untuk kegunaan program TFX.[19]

Tentera Udara Turki ingin memperoleh sekurang-kurangnya 250+ buah TFX bermula pada tahun 2025 dan menyepadukan ia ke dalam struktur rangkaian berpusat yang digunakan oleh tentera udara termasuk F-35, F-16 Block 50+, pesawat tempur tanpa pemandu masa depan, Penyerak Stand-Off dan Boeing 737 AEW&C Peace Eagle.[perlu rujukan] Turki merancang untuk menggunakan TFX bermula pada 2025, dan digunakan bersama-sama dengan F-35A. TFX akan mengimbangi kekurangan F-35 di dalam pertempuran udara-ke-udara. Kebenaran untuk memulakan fasa pertama pembangunan pesawat ini secara rasmi dijangka pada akhir tahun 2014.[20]

Tender

sunting

Pada 13 Mac 2015, Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki secara rasminya mengeluarkan Permohonan Mendapatkan Maklumat kepada syarikat-syarikat Turki yang mempunyai keupayaan "bagi melakukan rekabentuk, pembangunan dan aktiviti pengeluaran dalam negara bagi program pesawat pejuang Turki bagi memenuhi keperluan pesawat pejuang generasi bagu untuk Angkatan Tentera Turki" yang mana memberi isyarat program ini bermula dengan rasmi.[21]

Rekabentuk

sunting

Kerangka

sunting

Hüseyin Yağcı, Ketua Jurutera bagi program TFX di TAI telah menyatakan bahawa kesemua tiga kertas cadangan rekabentuk konsep setakat ini memaparkan rekabentuk ketumpatan rendah radar bagi keratan rentas pesawat, ruang senjata dalaman dan keupayaan untuk superkrus; yang jelasnya sebahagian daripada ciri-ciri jet pejuang generasi ke-5.[3]

Kemudahan fiuslaj Komposit Karbon Termaju milik TAI, yang mana telah dirasmikan untuk mengeluarkan fiuslaj dalam program pesawat F-35[22][23], telah ditugaskan untuk membangunkan fiuslaj Komposit Karbon Termaju untuk TFX. Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki juga telah mengeluarkan satu tender untuk membangunkan komposit carbon thermoplastik yang lebih ringan untuk kegunaan fiuslaj TFX.[24]

Radar dan penderia

sunting

ASELSAN kini sedang membangunkan sebuah radar jujukan imbasan elektronik aktif termaju yang akan menggunakan teknologi gallium nitride (GaN) dalam program TFX.[25]

Avionik dan kelengkapan

sunting

TFX akan diintegrasi dari dalam kokpit bagi menemani pesawat udara tanpa pemandu (UAV) (kemungkinan besar TAI Anka) melalui hungungan rangkaian data encrypted.[26]

TFX mungkin akan menggunakan penerima amaran radar versi ditingkat upaya yang dibangunkan oleh Aselsan, sistem amaran peluru berpandu, sistem amaran laser, sistem pembebasan dan pengurusan penyerak dan suar, dan sistem penyesak berasaskan memori frekuensi radio digital; yang dahulunya dibangunkan oleh Aselan [27] [28]

Pendorongan

sunting

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu telah mengumumkan pada 8 Januari, 2015, bahawa pesawat TFX merupakan sebuah pesawat pejuang berenjin kembar.[2] Setiausaha Rendah Industri Pertahanan Turki, sebuah agensi perolehan untuk Angkatan Tentera Turki, telah menulis Surat Niat kepada tiga syarikat pengeluar enjin: General Electric, Pratt & Whitney dan EUROJET Turbo.

Pada 20 Januari 2015, firma Aselsan dari Turki telah mengumumkan bahawa ia telah membuat memorandum persefahaman dengan Eurojet, pengeluar enjin EJ200 yang digunakan pada pesawat Eurofighter Typhoon.[29] Pengumuman ini juga menyatakan bahawa terbitan enjin EJ200 akan digunakan dalam program TFX.[30][31][32][33] Dua syarikat ini secara bersama juga akan membangunkan sistem perisian kawalan enjin dan sistem pengawasan penyelenggaraan enjin.[33] Pemilihan enjin EJ200 membuktikan niat TAI untuk menggunakan keupayaan superkrus.

Lihat juga

sunting

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting