Senarai penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan

Berikut ialah senarai penerima Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan semenjak diperkenalkan pada 1901 hingga sekarang.

Horace Engdahl, bekas setiausaha tetap Akademi Sweden, mengumumkan Jean-Marie Gustave Le Clézio memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 2008.

Penerima sunting

TahunPenerimaNegaraSebab
1901 Sully PrudhommePerancis"pengiktirafan khas kepada karangan puisinya yang membuktikan keluhuran idealisme, kesempurnaan kesenian dan gabungan ciri-ciri nurani dan daya fikir yang jarang ditemui"[1]
1902 Theodor MommsenJerman"seniman penulisan sejarah yang teragung di dunia, khususnya kerana karya agungnya yang berjudul Sejarah Rom"[2]
1903 Bjørnstjerne BjørnsonNorway"sebagai penghormatan kepada puisinya yang indah, mengagumkan dan versatil, yang sentiasa ditonjolkan oleh kesegaran inspirasinya dan kesucian semangatnya yang jarang ditemui"[3]
1904 Frédéric MistralPerancis"pengiktirafan kepada keaslian segar dan inspirasi tulen yang ada pada hasil pusinya, yang benar-benar mencerminkan persekitaran semula jadi dan semangat asli bangsanya, ditambah lagi dengan karyanya yang penting sebagai ahli filologi dari Provence"[4]
José EchegaraySepanyol"pengiktirafan kepada berbilang karangan cemerlang yang membangkitkan semula tradisi-tradisi drama Sepanyol yang terhebat secara tersendiri dan aslinya"[4]
1905 Henryk SienkiewiczPoland"kecemerlangannya sebagai pengarang epik"[5]
1906 Giosuè CarducciItali"bukan sahaja disebabkan penghayatan mendalam dan penyelidikan kritis , malah penting sekali sebagai penghormatan kepada tenaga kreatif, kesegaran gaya, dan keghairahan yang mencirikan maha karya puisinya"[6]
1907 Rudyard KiplingUnited Kingdom"disebabkan kuasa pemerhatian, keaslian imaginasi, kejantanan pemikiran dan bakat luar biasa bagi penceritaan yang mencirikan ciptaan pengarang temasyhur di dunia ini"[7]
1908 Rudolf Christoph EuckenJerman"pengiktirafan kepada pencarian kebenaran yang bersungguh-sungguh, daya pemikiran yang tajam, pemandangan yang luas, serta kemesraan dan kekuatan dalam penyampaian agar mewajarkan dan mengembangkan falsafah idealistik dalam kehidupan dalam karya-karyanya"[8]
1909 Selma LagerlöfSweden"sebagai penghargaan kepada idealisme tinggi, imaginasi hidup dan persepsi rohani yang mencirikan penulisannya"[9]
1910 Paul von HeyseJerman"sebagai penghormatan kepada bakat kesenian handal yang dipengaruhi idealisme yang dibuktikan melalui kerjayanya yang lama dan berhasil sebagai penyajak lirik, dramatis, novelis dan penulis cerpen yang terkenal di dunia"[10]
1911 Maurice MaeterlinckBelgium"sebagai penghargaan kepada kegiatan kesusasteraannya yang pelbagai segi, terutamanya karya-karya dramatisnya yang unggul kerana kekayaan imaginasi serta ragam puisinya yang memperlihatkan inspirasi mendalam walaupun sesekali berbentuk cerita dongeng, sambil menarik hati pembaca serta merangsang imaginasi mereka secara penuh misteri"[11]
1912 Gerhart HauptmannJerman"terutamanya sebagai pengiktirafan kepada penerbitannya yang berhasil, beraneka dan cemerlang dalam bidang seni dramatis"[12]
1913 Rabindranath TagoreIndia"kerana rangkapnya yang amat sensitif, segar dan indah, yang mana beliau dengan begitu mahirnya telah menghasilkan fikiran puisinya yang disampaikan sendiri dalam kata-kata berbahasa Inggeris sebagai sebahagian kesusasteraan Barat"[13]
1914Tiada penghadiahan
1915 Romain RollandPerancis"sebagai penghormatan kepada idealisme tinggi dalam penerbitan sasteranya serta perasaan simpati dan cinta terhadap kebenaran yang disifatkan olehnya dalam pelbagai jenis manusia"[14]
1916 Verner von HeidenstamSweden"pengiktirafan kepada betapa pentingnya beliau sebagai pemimpin zaman baru bidang kesusasteraan kita"[15]
1917 Karl Adolph GjellerupDenmark"kerana puisinya yang beraneka dan kaya yang diilhamkan oleh buah fikiran yang luhur"[16]
Henrik PontoppidanDenmark"kerana gambaran kehidupan masa kini di Denmark yang serba tulen"[16]
1918Tiada penghadiahan
1919 Carl SpittelerSwitzerland"sebagai pengiktirafan khas kepada karya epiknya, Olympian Spring"[17]
1920 Knut HamsunNorway"karya agungnya, Markens Grøde (Pertumbuhan Tanah)"[18]
1921 Anatole FrancePerancis"pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang dalam kesusasteraan, yang dicirikan sedemikian oleh kemuliaan gaya, setia kawan yang erat sesama manusia, keanggunan, dan pembawaan keperancisan yang sejati"[19]
1922 Jacinto BenaventeSepanyol"kerana keceriaan kesinambungan tradisi drama Sepanyol"[20]
1923 William Butler YeatsIreland"kerana puisinya yang sentiasa berilham, yang memerikan semangat seluruh bangsa melalui nilai kesenian yang tinggi"[21]
1924 Władysław ReymontPoland"kerana karya epik kebangsaan agung, bertajuk Chłopi (Petani)"[22]
1925 George Bernard ShawIreland"kerana karyanya yang terkenal kerana idealisme dan kemanusiaan, satira perangsang yang sering disemai dengan keindahan puisi luar biasa"[23]
1926 Grazia DeleddaItali"kerana penulisan yang berilhamkan idealis yang jelas menggambarkan kehidupan di pulau asalnya dan membincangkan secara amnya masalah insani dengan mendalam dan rasa simpati"[24]
1927 Henri BergsonPerancis"pengiktirafan kepada buah fikirannya yang kaya dan kukuh serta kebijaksanaan yang disampaikan olehnya"[25]
1928 Sigrid UndsetNorway"terutamanya kerana keberkesanan gambaran kehidupan di rantau Utara pada Zaman Pertengahan"[26]
1929 Thomas MannJerman"terutamanya kerana novel agungnya, Buddenbrooks, yang semakin meraih pengiktirafan sebagai salah satu karya kesusasteraan kontemporari yang klasik"[27]
1930Sinclair LewisAmerika Syarikat"kerana seni pemerihalan yang bersemangat dan jelas serta kebolehannya mereka jenis watak yang baru dengan penuh jenaka dan kelucuan"[28]
1931 Erik Axel KarlfeldtSweden"The poetry of Erik Axel Karlfeldt"[29]
1932 John GalsworthyUnited Kingdom"kerana seni penceritaan yang unggul yang paling menonjol dalam karya berjudul The Forsyte Saga"[30]
1933 Ivan Bunintanpa kewarganegaraan, bermastautin di Perancis"kerana kesenian tegas yang dibawanya mengikut tradisi Rusia klasik dalam penulisan prosa"[31]
1934 Luigi PirandelloItali"kerana kebangkitan semula seni dramatis dan indah yang berani dan bijaksana"[32]
1935Tiada penghadiahan
1936 Eugene O'NeillAmerika Syarikat"kerana kuasa, kejujuran dan emosi mendalam dalam karya-karya dramatisnya yang terkandung dalam konsep tragedi yang asli"[33]
1937 Roger Martin du GardPerancis"kerana kuasa dan kebenaran kesenian ketika menggambarkan persengketaan sesama manusia serta ciri-ciri asas kehidupan masa kini dalam kitar novelnya Les Thibault"[34]
1938 Pearl S. BuckAmerika Syarikat"kerana gambaran kehidupan para petani di China yang kaya dan benar-benar agung serta mahakarya biografinya"[35]
1939 Frans Eemil SillanpääFinland"pemahamannya yang mendalam mengenai masyarakat petani di negaranya serta kehalusan seninya yang menggambarkan cara hidup para petani dan hubungan antara mereka dan alam semulajadi"[36]
1940Tiada penghadiahan
1941Tiada penghadiahan
1942Tiada penghadiahan
1943Tiada penghadiahan
1944 Johannes Vilhelm JensenDenmark"kerana kekuatan dan kesuburan imaginasi puisinya yang luar biasa yang menggabungkan sifat ingin tahu berintelek yang luas pemandangannya dan gaya yang berani dan segar kreatifnya"[37]
1945 Gabriela MistralChile"kerana puisi lirinya yang diilhamkan oleh emosi kuat dan menjulang namanya sebagai lambang aspirasi idealistik seluruh dunia Amerika Latin"[38]
1946 Hermann HesseJerman/Switzerland"kerana penulisan berilhamnya yang semakin berani dan mendalam, sambil memberikan contoh cita-cita kemanusiaan klasik serta gaya bermutu tinggi"[39]
1947 André GidePerancis"kerana karyanya yang menyeluruh dan penting dari segi kesenian, yang mana masalah dan keadaan insan disampaikan dengan rasa cinta tanpa ragu-ragu kepada kebenaran serta pandangan psikologi yang tajam"[40]
1948 T. S. EliotUnited Kingdom"kerana sumbangan perintisnya yang ulung kepada puisi masa kini"[41]
1949 William FaulknerAmerika Syarikat"kerana sumbangannya yang berkesan dan unik dari segi kesenian kepada pengkaryaan novel moden Amerika Syarikat"[42]
1950Bertrand RussellUnited Kingdom"pengiktirafan kepada karyanya yang berbagai-bagai dan penting yang mana beliau memperjuangkan cita-cita kemanusiaan dan kebebasan berfikir"[43]
1951 Pär LagerkvistSweden"kerana semangat kesenian dan kebebasan minda sejati yang diusahakannya dalam puisinya untuk mencari jawapan kepada persoalan abadi yang dihadapi manusia"[44]
1952 François MauriacPerancis"kerana wawasan rohanian mendalam serta kesenian penuh perasaan dalam novel-novelnya yang menembusi drama kehidupan insan"[45]
1953 Winston ChurchillUnited Kingdom"kerana kemahiran memerikan sejarah dan biografi serta bijak berpidato dalam mempertahankan nilai-nilai murni kemanusiaan"[46]
1954 Ernest HemingwayAmerika Syarikat"kerana kemahiran seni naratif yang baru-baru ini dibuktikan dalam karya The Old Man and the Sea (Lelaki Tua dan Laut), serta pengaruh yang digunakannya pada gaya kontemporari"[47]
1955 Halldór LaxnessIceland"kerana kuasa epiknya yang hidup, yang telah memperbaharui seni naratif terulung di Iceland"[48]
1956Juan Ramón JiménezSepanyol"kerana puisi liriknya yang membentuk contoh semangat tinggi dan ketulenan seni dalam bahasa Sepanyol"[49]
1957 Albert CamusPerancis"kerana hasil sastera terpentingnya yang bersungguh-sungguh menjelaskan masalah hati nurani insan pada masa kini"[50]
1958Boris PasternakKesatuan Soviet"kerana pencapaian pentingnya dalam puisi lirik kontemporari dan bidang tradisi epik terulung Rusia"[51]
1959 Salvatore QuasimodoItali"kerana puisi liriknya yang menyampaikan pengalaman tragis dalam kehidupan masa kini dengan berkobar-kobarnya"[52]
1960 Saint-John PersePerancis"kerana ketinggian mengawan dan imejan kenangan dalam puisinya yang mencerminkan keadaan masa kini secara khayalan"[53]
1961Ivo AndrićYugoslavia"kerana daya epiknya yang membantunya memerikan tema dan menggambarkan takdir manusia yang dibentuk dari sejarah negaranya"[54]
1962 John SteinbeckAmerika Syarikat"kerana karyanya yang realistik dan berimaginasi, menggabungkan kelucuan yang menyenangkan hati dan persepsi sosial yang tajam"[55]
1963 Giorgos SeferisYunani"kerana karya liriknya yang terkemuka yang diilhamkan oleh penghayatan mendalam dalam dunia kebudayaan Yunani"[56]
1964 Jean-Paul SartrePerancis"kerana karyanya yang diperkaya dengan idea dan dipenuhi semangat kebebasan dan pencarian kebenaran, serta telah meluaskan pengaruhnya pada masa kini"[57]
1965Mikhail SholokhovKesatuan Soviet"kerana kuasa dan integriti kesenian yang digunakannya dalam karya epik the Don, untuk memerikan satu detik bersejarah dalam kehidupan bangsa Rusia"[58]
1966 Shmuel Yosef AgnonIsrael"kerana seni naratifnya yang mendalam ciri-cirinya beserta motif-motif dari kehidupan bangsa Yahudi"[59]
Nelly SachsJerman"kerana karya lirik dan dramatis ulungnya yang mentafsirkan takdir negara Israel dengan keteguhan yang mengharukan"[59]
1967 Miguel Ángel AsturiasGuatemala"kerana pencapaian sastera hidupnya yang berakar-umbi dalam ciri-ciri dan tradisi kebangsaan kaum Indian di Amerika Latin"[60]
1968Kawabata YasunariJepun"kerana penguasaan naratifnya yang menyampaikan intipati fikiran Jepun dengan penuh kepekaan"[61]
1969Samuel BeckettIreland"kerana karyanya dalam bentuk baru novel dan drama yang mengisahkan kemelaratan manusia moden"[62]
1970 Aleksandr SolzhenitsynKesatuan Soviet"kerana daya etika yang dimiliki beliau dalam mengejar tradisi kesusasteraan Rusia yang terpenting"[63]
1971 Pablo NerudaChile"kerana serangkap puisi yang mengisahkan tindakan sesebuah daya alamiah menghidupkan takdir dan impian sesebuah benua"[64]
1972 Heinrich BöllJerman Barat"kerana karyanya yang menggabungkan sudut pandangan luas dan kemahiran perwatakan yang sensitif menyumbang kepada pembaharuan kesusasteraan Jerman"[65]
1973Patrick WhiteAustralia"kerana seni naratif epik dan psikologinya yang memperkenalkan benua baru ke dalam bidang kesusateraan"[66]
1974 Eyvind JohnsonSweden"kerana seni naratif berpandangan jauh merentas rantau dan zaman demi kebebasan"[67]
Harry MartinsonSweden"kerana karyanya yang menangkap titisan embun dan mencerminkan alam semesta"[67]
1975Eugenio MontaleItali"kerana puisi terulungnya yang telah mentafsirkan nilai-nilai kemanusiaan dengan penuh kepekaan kesenian mengikut pandangan kehidupan tanpa ilusi"[68]
1976Saul BellowAmerika Syarikat"kerana pemahaman insan dan kupasan terperinci mengenai budaya kontemporari yang digabungkan dalam karyanya"[69]
1977Vicente AleixandreSepanyol"atas karya puisi kreatifnya yang menjelaskan keadaan insan di alam semesta dan dalam masyarakat masa kini, sambil melambangkan pembaharuan besar dalam tradisi puisi Sepanyol antara zaman perang"[70]
1978Isaac Bashevis SingerAmerika Syarikat"atas seni naratif penuh perasaan yang berakar umbi dalam tradisi Yahudi Poland, yang menghidupkan keadaan manusia sejagat"[71]
1979 Odysseas ElytisYunani"atas puisinya yang berlatarkan tradisi Yunani, yang menggambarkan perjuangan manusia moden untuk mencapai kebebasan dan kreativiti dengan keteguhan membelai rasa dan kebijaksanaan daya fikir"[72]
1980 Czesław MiłoszPoland
Amerika Syarikat
"dengan penuh kebijaksanaan tanpa kompromi, beliau menyuarakan keadaan manusia yang terdedah kepada dunia yang dibelenggui persengeketaan teruk"[73]
1981Elias CanettiUnited Kingdom"atas karyanya yang dikenali kerana pemandangan luas, kekayaan idea dan daya kesenian"[74]
1982 Gabriel García MárquezColombia"atas novel-novel dan cerpen-cerpennya yang menggabungkan fantasi dan realiti dalam dunia imaginasi yang diolah dengan begitu kaya, mencerminkan kehidupan dan konflik sebuah benua"[75]
1983William GoldingUnited Kingdom"atas novel-novelnya yang menerangkan keadaan manusia di dunia masa kini dengan kebijaksanaan seni naratif realistik serta kepelbagaian dan kesejagatan mitos"[76]
1984 Jaroslav SeifertCzechoslovakia"atas puisinya yang dikurniai kesegaran dan kekayaan daya cipta memberikan imej pembebasan semangat waja dan keserbabolehan manusia"[77]
1985Claude SimonPerancis"menggabungkan daya kreatif penyajak dan pelukis dalam novelnya dengan kesedaran masa yang mendalam ketika menggambarkan keadaan manusia"[78]
1986 Wole SoyinkaNigeria"membentuk drama kewujudan dalam sudut pandangan kebudayaan yang luas dan berbau puisi"[79]
1987Joseph BrodskyAmerika Syarikat"atas pengarangan menyeluruh yang penuh dengan kejelasan pemikiran dan puisi penuh perasaan"[80]
1988Naguib MahfouzMesir"membentuk seni naratif Arab yang berkenaan dengan semua manusia melalui karya-karyanya yang kaya dengan nuansa"[81]
1989Camilo José CelaSepanyol"atas prosanya yang kaya dan intensif yang mencabar dengan membentuk bayangan kepincangan manusia dengan perasaan belas kasihan yang terkawal"[82]
1990 Octavio PazMexico"atas karyanya yang penuh perasaan yang berpandangan luas, dicirikan oleh kepintaran membelai rasa dan integriti kemanusiaan"[83]
1991Nadine GordimerSouth Africa"kerana banyak memanfaatkan kaum manusia dengan karya epiknya yang mengagumkan"[84]
1992 Derek WalcottSaint Lucia"atas karya puisi yang amat berkilauan, disokong oleh bayangan sejarah, hasil komitmen berbilang budaya"[85]
1993 Toni MorrisonAmerika Syarikat"menghidupkan satu aspek terpenting dalam realiti Amerika Syarikat melalui novel-novel yang bercirikan daya wawasan dan erti puitis"[86]
1994 Ōe KenzaburōJepun"dengan daya puitisnya mencipta sebuah alam khayalan di mana kehidupan dan mitos bergabung untuk membentuk gambaran kurang menyenangkan mengenai kesusahan manusia masa kini"[87]
1995 Seamus HeaneyIreland"atas karya-karya dipenuhi keindahan lirik dan kedalaman etika, yang menyanjung tinggi keajaiban seharian dan zaman silam"[88]
1996 Wisława SzymborskaPoland"atas puisi berironi persis yang membolehkan konteks sejarah dan biologi akhirnya diketahui dalam cebis-cebisan realiti manusia"[89]
1997 Dario FoItali"mencontohi badut-badut Zaman Pertengahan untuk menakut-nakutkan golongan berkuasa serta meluhurkan martabat bangsa yang tertindas"[90]
1998José SaramagoPortugal"terus membolehkan kita untuk sekali lagi memahami realiti yang sukar, dengan cerita-cerita ibarat yang ditampung oleh imaginasi, rasa belas kasihan dan ironi"[91]
1999 Günter GrassJerman"cerita-cerita hitamnya yang suka bermain-main menggambarkan air muka sejarah yang dilupakan"[92]
2000 Gao XingjianPerancis/China"kerana karya yang diisi keesahan sejagat, pandangan pahit dan kepintaran lingusitik, telah membuka ruang baru untuk pengkaryaan novel dan drama Cina"[93]
2001V. S. NaipaulUnited Kingdom/Trinidad"kerana telah menyatukan naratif perseptif dan penelitian tegas dalam karya-karya yang menarik kita untuk melihat kewujudan sejarah yang tersembunyi"[94]
2002 Imre KertészHungary"kerana karya yang mendukung pengalaman individu yang rapuh menentang kekejaman sejarah"[95]
2003 J. M. CoetzeeAfrika Selatan"dalam berbanyak-banyak samarannya menggambarkan penglibatan pihak luar yang tidak dijangka"[96]
2004 Elfriede JelinekAustria"kerana curahan hujah-menghujah dalam novel-novel dan pementasan yang memperlihatkan ketidakmunasabahan dan penguasaan klise-klise masyarakat dengan semangat bahasa yang luar biasa"[97]
2005Harold PinterUnited Kingdom"yang mendedahkan jurang di bawah perbualan seharian yang tidak tentu biji butir serta memaksa kita masuk ke dalam bilik-bilik yang ditutupi penindasan, melalui persembahan dramanya"[98]
2006 Orhan PamukTurki"yang telah mencari lambang-lambang baru untuk pertembungan dan jalinan antara budaya dalam pencarian semangat menung hiba di bandar raya asalnya"[99]
2007 Doris LessingZimbabwe/United Kingdom"pengkarya epik pengalaman wanita yang meneliti sebuah tamadun yang berbelah bagi dengan keraguan, semangat berkobar-kobar dan daya berwawasan"[100]
2008 J. M. G. Le ClézioPerancis"pengarang kisah-kisah baru, pengembaraan puitis dan keghairahan penuh nafsu, penjelajah kemanusiaan di luar dan dalam tamadun yang memerintah"[101]
2009 Herta MüllerJerman/Romania"menggambarkan keadaan orang-orang yang dirampas hartanya dengan penumpuan puisi dan keterusterangan prosa"[102]
2010 Mario Vargas LlosaPeru"mengkartografi struktur-struktur kuasa dan gambaran tajamnya mengenai tentangan, pemberontakan dan kekalahan individu".[103]
2011 Tomas TranströmerSweden"membuka laluan yang segar kepada alam nyata menerusi gambaran yang ringkas dan telus".[104]
2012 Mo YanChina"yang menggabungkan cerita rakyat, sejarah dan masa kini dengan realisme berhalusinasi"[105]
2013 Alice MunroKanada"pakar cerpen kontemporari"[106]
2014Patrick ModianoPerancis"atas seni kenang-kenangan yang mana beliau membangkitkan nasib-nasib insan yang paling sukar tertangkap serta membongkar dunia kehidupan sewaktu Pendudukan (Jerman di Perancis pada Perang Dunia Kedua)."[107]
2015Svetlana AlexievichBelarus

(lahir di Kesatuan Soviet)

"atas penulisan polifonik yang memperingati penderitaan dan keberanian di zaman kita" [108]
2016 Bob DylanAmerika Syarikat"atas kebolehannya menggubah gambaran puitis baru dalam tradisi muzik Amerika Syarikat[109]
2017 Kazuo IshiguroUnited Kingdom
(lahir di Jepun)
"atas pengkaryaan novel-novelnya yang penuh emosi di mana terdapatnya pembongkaran jurang yang terpendam di sebalik pencerapan berbayangan kita terhadap hubungan kita dengan dunia"
2018Olga TokarczukPolandDitunda sehingga tahun 2019[110]
2019Peter HandkeAustria

Penerima Nobel mengikut negara sunting

Pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan dari 1901 hingga 2017 datang dari negara-negara berikut:

NegaraNombor
France16
United States11
United Kingdom11
Germany8
Sweden8
Italy6
Spain6
Poland6
Ireland4
Russia/USSR4
Denmark3
Norway3
Chile2
China2
Greece2
Japan2
South Africa2
Switzerland2
Austria1
Australia1
Belarus1
Belgium1
Bulgaria1
Canada1
Colombia1
Czechoslovakia1
Egypt1
Finland1
Guatemala1
Hungary1
Iceland1
India1
Israel1
Mauritius1
Mexico1
Nigeria1
Peru1
Portugal1
Saint Lucia1
Turkey1
Yugoslavia1

Seorang pemenang Hadiah Nobel diklasifikasikan sebagai tanpa kerakyatan (Ivan Bunin, 1933).

Pemenang hadiah Nobel mengikut bahasa sunting

Pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan dari 1901 hingga 2017 telah menulis dalam bahasa berikut:

BahasaNombor
English29 (32)
French14
German13
Spanish11
Swedish7
Italian6
Russian6
Polish5
Danish3
Norwegian3
Chinese2
Greek2
Japanese2
Arabic1
Bengali1
Czech1
Finnish1
Hebrew1
Hungarian1
Icelandic1
Provençal (Occitan)1
Portuguese1
Serbo-Croatian1
Turkish1
Yiddish1

Rabindranath Tagore (Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 1913) menulis dalam bahasa Bengali dan bahasa Inggeris, Samuel Beckett (Hadiah Nobel dalam Sastera 1969) menulis dalam bahasa Perancis dan Inggeris dan Joseph Brodsky (Hadiah Nobel dalam Sastera 1987) menulis puisi dalam bahasa Rusia dan prosa dalam bahasa Inggeris. Tiga penerima Nobel ini telah disusun mengikut bahasa Bengali, Perancis dan Rusia.[111]

Penerima Nobel mengikut jantina sunting

Pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan dari 1901 hingga 2017 ialah dari jantina berikut:

DekadLelakiWanita
1900–190991
1910–191990
1920–192982
1930–193981
1940–194951
1950–1959100
1960–1969101
1970–1979110
1980–1989100
1990–199973
2000–200973
2010–201762
Jumlah10014

Rujukan sunting

  1. ^ "Nobel Prize in Literature 1901". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  2. ^ "Nobel Prize in Literature 1902". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  3. ^ "Nobel Prize in Literature 1903". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  4. ^ a b "Nobel Prize in Literature 1904". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  5. ^ "Nobel Prize in Literature 1905". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  6. ^ "Nobel Prize in Literature 1906". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  7. ^ "Nobel Prize in Literature 1907". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  8. ^ "Nobel Prize in Literature 1908". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  9. ^ "Nobel Prize in Literature 1909". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  10. ^ "Nobel Prize in Literature 1910". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  11. ^ "Nobel Prize in Literature 1911". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  12. ^ "Nobel Prize in Literature 1912". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  13. ^ "Nobel Prize in Literature 1913". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  14. ^ "Nobel Prize in Literature 1915". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  15. ^ "Nobel Prize in Literature 1916". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  16. ^ a b "Nobel Prize in Literature 1917". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  17. ^ "Nobel Prize in Literature 1919". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  18. ^ "Nobel Prize in Literature 1920". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  19. ^ "Nobel Prize in Literature 1921". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  20. ^ "Nobel Prize in Literature 1922". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  21. ^ "Nobel Prize in Literature 1923". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  22. ^ "Nobel Prize in Literature 1924". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  23. ^ "Nobel Prize in Literature 1925". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  24. ^ "Nobel Prize in Literature 1926". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  25. ^ "Nobel Prize in Literature 1927". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  26. ^ "Nobel Prize in Literature 1928". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  27. ^ "Nobel Prize in Literature 1929". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  28. ^ "Nobel Prize in Literature 1930". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  29. ^ "Nobel Prize in Literature 1931". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  30. ^ "Nobel Prize in Literature 1932". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  31. ^ "Nobel Prize in Literature 1933". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  32. ^ "Nobel Prize in Literature 1934". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  33. ^ "Nobel Prize in Literature 1936". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  34. ^ "Nobel Prize in Literature 1937". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  35. ^ "Nobel Prize in Literature 1938". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  36. ^ "Nobel Prize in Literature 1939". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  37. ^ "Nobel Prize in Literature 1944". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  38. ^ "Nobel Prize in Literature 1945". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  39. ^ "Nobel Prize in Literature 1946". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  40. ^ "Nobel Prize in Literature 1947". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  41. ^ "Nobel Prize in Literature 1948". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  42. ^ "Nobel Prize in Literature 1949". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  43. ^ "Nobel Prize in Literature 1950". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  44. ^ "Nobel Prize in Literature 1951". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  45. ^ "Nobel Prize in Literature 1952". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  46. ^ "Nobel Prize in Literature 1953". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  47. ^ "Nobel Prize in Literature 1954". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  48. ^ "Nobel Prize in Literature 1955". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  49. ^ "Nobel Prize in Literature 1956". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  50. ^ "Nobel Prize in Literature 1957". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  51. ^ "Nobel Prize in Literature 1958". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  52. ^ "Nobel Prize in Literature 1959". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  53. ^ "Nobel Prize in Literature 1960". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  54. ^ "Nobel Prize in Literature 1961". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  55. ^ "Nobel Prize in Literature 1962". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  56. ^ "Nobel Prize in Literature 1963". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  57. ^ "Nobel Prize in Literature 1964". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  58. ^ "Nobel Prize in Literature 1965". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  59. ^ a b "Nobel Prize in Literature 1966". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  60. ^ "Nobel Prize in Literature 1967". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  61. ^ "Nobel Prize in Literature 1968". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  62. ^ "Nobel Prize in Literature 1969". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  63. ^ "Nobel Prize in Literature 1970". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  64. ^ "Nobel Prize in Literature 1971". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  65. ^ "Nobel Prize in Literature 1972". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  66. ^ "Nobel Prize in Literature 1973". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  67. ^ a b "Nobel Prize in Literature 1974". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  68. ^ "Nobel Prize in Literature 1975". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  69. ^ "Nobel Prize in Literature 1976". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  70. ^ "Nobel Prize in Literature 1977". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  71. ^ "Nobel Prize in Literature 1978". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  72. ^ "Nobel Prize in Literature 1979". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  73. ^ "Nobel Prize in Literature 1980". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  74. ^ "Nobel Prize in Literature 1981". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  75. ^ "Nobel Prize in Literature 1982". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  76. ^ "Nobel Prize in Literature 1983". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  77. ^ "Nobel Prize in Literature 1984". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  78. ^ "Nobel Prize in Literature 1985". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  79. ^ "Nobel Prize in Literature 1986". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  80. ^ "Nobel Prize in Literature 1987". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  81. ^ "Nobel Prize in Literature 1988". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  82. ^ "Nobel Prize in Literature 1989". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  83. ^ "Nobel Prize in Literature 1990". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  84. ^ "Nobel Prize in Literature 1991". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  85. ^ "Nobel Prize in Literature 1992". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  86. ^ "Nobel Prize in Literature 1993". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  87. ^ "Nobel Prize in Literature 1994". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  88. ^ "Nobel Prize in Literature 1995". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  89. ^ "Nobel Prize in Literature 1996". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  90. ^ "Nobel Prize in Literature 1997". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  91. ^ "Nobel Prize in Literature 1998". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  92. ^ "Nobel Prize in Literature 1999". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  93. ^ "Nobel Prize in Literature 2000". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  94. ^ "Nobel Prize in Literature 2001". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  95. ^ "Nobel Prize in Literature 2002". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  96. ^ "Nobel Prize in Literature 2003". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  97. ^ "Nobel Prize in Literature 2004". Yayasan Nobel. Dicapai pada 17 Oktober 2008.
  98. ^ "Nobel Prize in Literature 2005". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  99. ^ "Nobel Prize in Literature 2006". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  100. ^ "Nobel Prize in Literature 2007". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-17.
  101. ^ "The Nobel Prize in Literature 2008". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2008-10-14.
  102. ^ "The Nobel Prize in Literature 2009". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2009-10-08.
  103. ^ "The Nobel Prize in Literature 2010". Nobel Foundation. Dicapai pada 2010-10-07.
  104. ^ "The Nobel Prize in Literature 2011". Yayasan Nobel. Dicapai pada 2011-10-06.
  105. ^ "Nobel Prize in Literature 2012". Yayasan Nobel. Dicapai pada 11 October 2012.
  106. ^ "Nobel Prize in Literature 2013". Nobel Foundation. Dicapai pada 27 January 2013.
  107. ^ "Nobel Prize in Literature 2014". Nobel Foundation. Dicapai pada 9 October 2014.
  108. ^ "Nobel Prize in Literature 2015". Nobel Foundation. Dicapai pada 8 October 2015.
  109. ^ "Nobel Prize in Literature 2016" (PDF). Yayasan Nobel. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-12-26. Dicapai pada 13 Oktober 2016. for having created new poetic expressions within the great American song tradition
  110. ^ "Nobel Prize for Literature postponed amid Swedish Academy turmoil". BBC. BBC. 4 May 2018. Dicapai pada 4 May 2018.
  111. ^ Number of Nobel Laureates in Literature Sorted in Languages