Semenanjung Iberia

Semenanjung Iberia atau lebih dikenali sebagai Iberia sahaja merupakan sebuah semenanjung yang terletak di barat daya Eropah dan ia merangkumi kawasan negara berdaulat pada hari ini iaitu Sepanyol, Portugal, Andorra dan Wilayah Luar Negeri British Gibraltar. Semenanjung ini adalah salah satu daripada tiga semenanjung Eropah selatan (dua yang lain ialah Semenanjung Itali dan Semenanjung Balkan). Di selatan dan timur, ia bersempadan dengan Laut Mediterranean, dan di utara dan barat dengan Lautan Atlantik. Pergunungan Pyrene membentuk pinggir semenanjung ini, menjadikan ia bersambung dengan bahagian Eropah yang lain.Di selatan, ia mendekati pantai utara Afrika. Semenanjung ini adalah semenanjung kedua terbesar di Eropah dengan keluasan 582 860 km². Nama "Iberia" juga telah digunakan sejak zaman Yunani dan Rom Purba untuk sebuah wilayah lain di sudut bertentangan dengan Eropah, Iberia Caucasian, dalam negara Georgia sekarang.

Gambar satelit Semenanjung Iberia

Geografi sunting

Pembahagian kawasan sunting

Pembahagian siasah Semenanjung Iberia yang diisih mengikut keluasan

Negara/
kawasan
Jumlah penduduk[1]km2batu persegi% batu persegiPerkongsian
Sepanyol43,500,000505,519195,18285%menduduki kebanyakkan kawasan semenanjung
Portugal10,000,00089,26134,46415%menduduki kebanyakkan kawasan barat semenanjung
Perancis12,035540210<1%Cerdagne Perancis adalah sisi selatan banjaran Pyrene di antara Sepanyol dan Perancis, maka ia teknikalnya berada dalam semenanjung Iberia[2]
Andorra84,082468181<1%terletak di sebelah utara semenanjung di selatan pergunungan Pyrene di antara Sepanyol dan Perancis
Gibraltar29,43173<1%sebuah wilayah luar negeri British di penghujung paling selatan semenanjung

Bandar-bandar utama sunting

Senarai bandar raya di semenanjung Iberia mengikut jumlah penduduk
Bandar raya/bandarKawasan dan negaraJumlah penduduk (2011–12)Bandar raya/bandarKawasan dan negaraJumlah penduduk (2011–12)
1MadridMadrid, Sepanyol3,233,527 11CórdobaAndalusia, Sepanyol328,841
2BarcelonaCatalonia, Sepanyol1,620,943 12ValladolidCastile dan León, Sepanyol311,501
3ValenciaValencia, Sepanyol797,028 13VigoGalicia, Sepanyol297,733
4SevilleAndalusia, Sepanyol702,355 14Vila Nova de GaiaNorte, Portugal288,749
5ZaragozaAragon, Spain679,624 15GijónAsturias, Sepanyol277,554
6MálagaAndalusia, Sepanyol567,433 16L'HospitaletCatalonia, Sepanyol257,057
7LisbonLisboa, Portugal547,631 17A CoruñaGalicia, Spain246,146
8MurciaMurcia, Sepanyol441,354 18Vitoria-GasteizNegara Basque, Sepanyol242,223
9BilbaoNegara Basque, Sepanyol351,629 19PortoNorte, Portugal237,559
10AlicanteValencia, Sepanyol334,678 20GranadaAndalusia, Spain239,017

Rujukan sunting

  1. ^ Populasi hanya termasuk di kawasan tanah besar Sepanyol (tidak termasuk Kepulauan Balearic, Kepulauan Canary, Ceuta dan Melilla), tanah besar Portugal (tidak termasuk Madeira dan Azores), Andorra dan Wilayah Luar Negeri British Gibraltar.
  2. ^ Contohnya, sungai Segre, yang mengalir ke barat dan kemudiannya ke selatan, bertemu di sungai Ebro yang sumbernya dari sebelah Perancis.

Lihat juga sunting