Rusdi Ramli

Pelakon dan pengarah Malaysia

Rusdi Ramli (Jawi: رشدي راملي; lahir 16 Jun 1970) merupakan pelakon dan pengarah Malaysia yang memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 di Universiti Sains Malaysia. Anak lelaki kepada pelakon Norlia Ghani ini dilahirkan di Ulu Kelang dan pernah membintangi banyak drama televisyen dan filem.[2] Namanya dinamakan sempena filem Dr. Rushdi (1970) oleh P. Ramlee yang merupakan rakan ibu bapanya. Bapanya ialah Ramli Ismail atau dikenali sebagai Ramli Kechik, yang pernah berlakon dalam filem Nasib Do Re Mi, di mana beliau menemani Pak Maon lakonan Allahyarham Mahmud Jun ke Malam Pesta Muda Mudi manakala dalam filem Laksamana Do Re Mi, Ramli memegang watak sebagai Perdana Menteri Negara Pasir Berdengung.

Rusdi Ramli
Kelahiran (1970-06-16) 16 Jun 1970 (umur 53)
PekerjaanPelakon, pengacara, pengarah
Tahun aktif1989–kini
PasanganSharon Paul (k. 2008)[1]
Anak-anak2
IbuNorlia Ghani
BapaRamli Ismail

Filemografi sunting

Filem sunting

TahunTajukWatakCatatan
1989Sumpahan MahsuriFilem pertama, pelakon tambahan
TuahHang Lekiu
1991MemoryHelmi (remaja)
2000Leftenan AdnanPrebet Malik
2005Pontianak Harum Sundal Malam IIZali / Joyo
2006BilutHassan
2007Qabil Khushry Qabil IgamQabil Igam
Waris Jari HantuAri
1957: Hati MalayaHali / Azahari
2008CuciPenjual UbatPenampilan khas
AnakIsaac
2013Awan Dania The MovieRemy
Mencari CintaRazlan
Tanda PuteraTun Abdul Razak
2014FaithfulMohamedFilem pendek
2018Polis EVO 2Komander MaarofPelakon undangan
2022SeratusPenampilan khas
2024Rampok

Drama sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1989OpahTV1Drama pertama
1992Drama Pendekar - Pedang Maut
Drama Pendekar - Pertarungan Maut
1993Drama Pendekar - Pahlawan Lima
1994Hati WajaSyahdan
1996Cinta KorporatBadrulTV3
1998Dendam TerleraiKamil
1998–2002Mat DespatchAidilTV1
2006KamasutraAmirTV3
2007Butakah CintaAlimTV1
2008Chef Masin Pahit 4 RasaMalikTV1
Ai D’BeijingJeffreyTV3
Kasih IftitahAzrai
2009–2010WarisAriTV2
2010Sos Cili Sos TilamIrwanTV1
Ahmad DurrahAhmad DurrahTV3
ArjunaPanglima Kebal
2011Dia Bukan MaryamKamalTV9
MorehAstro Oasis
2012Lara HatiHadeefTV9
2014Tanah Kubur (Musim 11)KassimAstro OasisEpisod: "Kubur Terbakar"
Kifarah 2RusmanTV3Episod: "Seri Muka"
Dosa Seorang SuamiRafiq
Tentang HatiUmarTV2
2015Kifarah MistikTV3Episod: "Gantung"
Aku Bukan DiaJohariTV1
2016HeroTuan AriffinTV2
Suami Tanpa CintaSyafiq / ApekAstro Ria
Akadku Yang TerakhirTuan AlaudinAstro Prima
2017Sumpah IbuTV9Juga sebagai pengarah
Tukar-Tukar MenuTV3
Mr. Stalker... Saya Cintakan Awaklah!JeffriHypp Sensasi
Setia MenunggumuSalam HD
2018Cinta FatamorganaTuan MunirTV3
Doa Ku MohonSebagai pengarah
Cinta Tiada GantiNizman @ AtanAstro Prima
Cintaku di Bumi IzmirSyed Kamaruddin Syed MansurHypp Sensasi
2019Setelah Cinta Itu PergiEncik RazakTV3
Rumah Siti KhadijahDato Rais
2019–2021BlackPak HassanViu
2021Kampung KolestrolSuratmanTV9
Ali AliaAmirAstro Prima
2022NurlailaAyahTV1
Republik GombakTV3Sebagai pengarah
2023Bawah BlokHassan
Misteri Flat KiranaSebagai pengarah
Keria Women
2024Kasih NelisaTV1
Jefri ZainMajor JohanTV2
FramedAstro Premier

Telefilem sunting

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
1998Dajal SuciAmranTV3
2002Anak BapakHisyam
Mertua Oh Mertua
Cinta Yana & AddinAddinTV1
2003Momok 3DanialVCD
Menantu TanjungTV2
Keranamu DurianTV3
2004Baju Punya PasalTV2
Mario Mariono BrosVCD
2005Daun Ketupat KeringMidiTV2
2007Abang! Mak Panggil Balik!HarunTV9
Selimut PutihTV3
2009Pesan MakTV2
Andaiku TahuFuad
2010Kasut EmasRamli
2011JimanJimanTV9
Susuk AmandaEhsanAstro Prima
2012Amarah HawaMokhsinAstro Prima
Ikan BakarBaharomTV3
2013Jangan Ganggu AkuRazif
Karlos BolosASB Zain
2015Manikam HatiFarihinTV9
S Untuk SyawalSam & SyukriTV3
2016Kecoh-Kecoh RayaTV2
2018Misteri MariaNTV7Sebagai pengarah
Fasiq
Kekasih di Kala MaghribTV1
TaubatkuTV3Penampilan khas
2019Batik ZakiahAzmi
2021Takbir SemalamLatiffAwesome TVPenampilan khas
2022Atuk On Tak OnTV OkeySebagai pengarah
SetiaNasirTV2
2023AyahZamriTV1

Televisyen sunting

TahunTajukSebagaiSaluran TVCatatan
2009Anak WayangPengacaraAstro Riamengacara bersama Nur Fazura
2022Ruang Temu SiarArtis JemputanUnifi TV

Diskografi sunting

Album sunting

  • Rusdi Ramli - The Essential (2011)

Rujukan sunting

Pautan luar sunting