Piala Sudirman

Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.

Piala Sudirman
Musim ini, persaingan atau edisi:
Current sports event Piala Sudirman 2023
SukanBadminton
Ditubuhkan1989
Juara lalu China (13 Gelaran)
Juara terbanyak China (Gelaran ke-13)
Logo rasmi
Logo lama Piala Sudirman dengan nama lama pertubuhan iaitu "IBF"

Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini ditawarkan buat para pemain. Mereka hanya bermain sekadar mengharumkan nama negara yang diwakili dan juga memperoleh mata ranking dunia BWF.

Piala ini ditaja oleh PT Aqua Golden Mississippi Tbk, syarikat air galian Indonesia, yang semenjak 2000 bernaung dalam kumpulan Danone.

Piala ini memiliki ketinggian 80 cm. Ia diperbuat daripada emas yang disalut dengan perak mempunyai 22 karat (92%) dan bahagian bawahnya yang berbentuk oktagon diperbuat daripada kayu jati. Reka bentuk piala ini seakan-akan menyerupai sebiji bulu tangkis dan dihiasi dengan replika candi Borobudur. Pemegang piala ini mempunyai bentuk bunga sari, melambangkan taraf pemain handalan dunia dalam arena badminton.

Piala ini diperbuat oleh Masterix Bandung Company yang bernilai kira-kira US$15,000 bersamaan RM50,000.

Format

sunting

Piala Sudirman merupakan kejohanan antarabangsa yang tidak memerlukan pusingan kelayakan diadakan. Pertandingan ini dibahagi kepada 7 kumpulan untuk mengadakan perlawanan. Hanya pasukan dari kumpulan pertama sahaja yang berpeluang untuk membawa pulang trofi Piala Sudirman ini sementara pasukan kumpulan yang lain hanya bertarung di kejohanan ini untuk tujuan promosi sahaja. Mana-mana pasukan yang mengutip mata terendah untuk setiap kumpulan akan disingkirkan untuk berada di kedudukan terbawah untuk kumpulan pasukan itu, kecuali kumpulan yang mara ke pusingan akhir.

Keputusan

sunting
TahunTuan rumahPerlawanan AkhirSeparuh akhir
JuaraMataNaib juara
1989
Butiran

Jakarta, Indonesia

Indonesia
3–2
Korea Selatan

China

Denmark
1991
Butiran

Copenhagen, Denmark

Korea Selatan
3–2
Indonesia

Denmark

China
1993
Butiran

Birmingham, England

Korea Selatan
3–2
Indonesia

China

Denmark
1995
Butiran

Lausanne, Switzerland

China
3–1
Indonesia

Korea Selatan

Denmark
1997
Butiran

Glasgow, Scotland

China
5–0
Korea Selatan

Denmark

Indonesia
1999
Butiran

Copenhagen, Denmark

China
3–1
Denmark

Indonesia

Korea Selatan
2001
Butiran

Seville, Sepanyol

China
3–1
Indonesia

Denmark

Korea Selatan
2003
Butiran

Eindhoven, Belanda

Korea Selatan
3–1
China

Indonesia

Denmark
2005
Butiran

Beijing, China

China
3–0
Indonesia

Korea Selatan

Denmark
2007
Butiran

Glasgow, Scotland

China
3–0
Indonesia

Korea

England
2009
Butiran

Guangzhou, China

China
3–0
Korea

Indonesia

Malaysia
2011
Butiran

Qingdao, China

China
3–0
Denmark

Indonesia

Korea Selatan
2013
Butiran

Kuala Lumpur, Malaysia

China
3–0
Korea Selatan

Denmark

Thailand
2015
Butiran

Dongguan, China

China
3–0
Jepun

Indonesia

Korea Selatan
2017
Butiran

Gold Coast, Australia

Korea Selatan
3–2
China

Jepun

Thailand
2019
Butiran

Nanning, China

China
3–0
Jepun

Indonesia

Thailand
2021
Butiran

Vantaa, Finland

China
3–1
Jepun

Korea Selatan

Malaysia
2023
Butiran

Suzhou, China

China
3–0
Korea Selatan

Malaysia

Jepun
2025
Butiran

China

Pasukan kebangsaan yang berjaya

sunting

Indonesia pada mulanya memenangi kejohanan di 1989. Sepanjang sejarah kejohanan, lapan negara telah mencapai pusingan separuh akhir di semua kejohanan Piala Sudirman: China, Denmark, England, Indonesia, Korea, Malaysia, Thailand dan Jepun.

China merupakan pasukan paling berjaya untuk Piala Sudirman ini (12 gelaran), diikuti Korea Selatan (4 gelaran) dan Indonesia (1 gelaran). Piala ini tidak pernah diungguli oleh mana-mana negara bukan Asia, Denmark merupakan negara yang bukan negara Asia yang berjaya menjadi naib juara, iaitu Piala Sudirman 1999.

PasukanJuaraNaib juaraSeparuh akhir
 China13 (1995, 1997, 1999, 2001, 2005, 2007, 2009, 2011, 2013, 2015, 2019, 2021, 2023)2 (2003, 2017)3 (1989, 1991, 1993)
 Korea Selatan4 (1991, 1993, 2003, 2017)5 (1989, 1997, 2009, 2013, 2023)8 (1995, 1999, 2001, 2005, 2007, 2011, 2015, 2021)
 Indonesia1 (1989)6 (1991, 1993, 1995, 2001, 2005, 2007)7 (1997, 1999, 2003, 2009, 2011, 2015, 2019)
 Jepun3 (2015, 2019, 2021)2 (2017, 2023)
 Denmark2 (1999, 2011)9 (1989, 1991, 1993, 1995, 1997, 2001, 2003, 2005, 2013)
 Thailand3 (2013, 2017, 2019)
 Malaysia3 (2009, 2021, 2023)
 England1 (2007)

Pautan luar

sunting