Piala Dunia FIFA 2006

Piala Dunia FIFA 2006 (Tulisan Jawi: ڤيالا دنيا FIFA 2006) adalah Piala Dunia FIFA edisi ke-18, kejohanan dunia bola sepak antarabangsa empat tahun sekali. Ia diadakan dari 9 Jun hingga 9 Julai 2006 di Jerman, yang memenangi hak penganjuran acara itu pada bulan Julai 2000. Pasukan mewakili 198 pasukan bola sepak kebangsaan dari enam benua menyertai dalam proses kelayakan yang bermula pada September 2003. Tiga puluh satu buah pasukan layak daripada proses ini, bersama dengan negara tuan rumah, Jerman, untuk kejohanan akhir.

Piala Dunia FIFA 2006
FIFA Fußball Weltmeisterschaft
Deutschland 2006
logo rasmi Piala Dunia FIFA 2006
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Jerman
Tarikh9 Jun – 9 Julai
Pasukan32 (dari 6 konfederasi)
Tempat12 (di 12 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Itali (Kejuaraan Ke-4)
Naib Juara Perancis
Tempat Ketiga Jerman
Tempat Keempat Portugal
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan64
Jaringan gol147 (2.3 per perlawanan)
Kehadiran3,353,655 (52,401 per perlawanan)
Penjaring terbanyakJerman Miroslav Klose (5 gol)
Pemain terbaikPerancis Zinedine Zidane
2002
2010

Pada kejohanan kali ini, Pasukan Itali memenangi Piala Dunia FIFA buat kali ke-4 selepas menumpaskan Perancis pada perlawanan akhir dengan keputusan 5-3 (menerusi sepakan penalti) selepas terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan dan masa tambahan.

Pemilihan Tuan Rumah sunting

Tempat sunting

Jerman dalam 2006 mempunyai limpahan stadium bola sepak yang memenuhi syarat FIFA; kapasiti minimum 40,000 untuk perlawanan Piala Dunia. Kedudukan sedia Olympiastadion di Munich (69,250) tidak digunakan walaupun peraturan-peraturan FIFA membenarkan satu bandar menggunakan dua stadium; Düsseldorf's LTU Arena (51,500), Bremen's Weserstadion (43,000) dan Mönchengladbach's Borussia-Park (46,249) juga tidak digunakan dalam kejohanan.

Dua belas buah stadium dipilih untuk menganjurkan perlawanan Piala Dunia. Semasa kejohanan, kebanyakan stadium dikenali dengan nama yang berbeza, kerana FIFA melarang penajaan stadium melainkan para penaja stadium adalah penaja-penaja rasmi FIFA.[1] Sebagai contoh, Allianz Arena di Munich adalah dikenali sebagai Stadium Piala Dunia FIFA, Munich daam tempoh kejohanan (atau dalam Jerman: FIFA WM-Stadion München), dan malah perkataan syarikat Allianz telah dipindahkan atau diliputi. Nama baru ini disertakan dalam jadual dalam kurungan. Sesetengah stadium juga mempunyai kapasiti yang lebih rendah untuk Piala Dunia, sebagai peraturan-peraturan FIFA larangan tempat berdiri; walau bagaimanapun, ini merupakan penyesuaian kerana beberapa stadium disenaraikan dalam UEFA 5-star ranking.

Olympiastadion

Lokasi: Berlin
Kapasiti: 74,176
Kelab: Hertha BSC Berlin
Map

Signal Iduna Park

Lokasi: Dortmund
Kapasiti: 67,000
Kelab: Borussia Dortmund

Allianz Arena

Lokasi: Munich
Kapasiti: 66,016
Kelab: Bayern München, TSV 1860 München
Map

Mercedes-Benz-Arena

Lokasi: Stuttgart
Kapasiti: 54,267
Kelab: VfB Stuttgart
Map

Veltins-Arena

Lokasi: Gelsenkirchen
Kapasiti: 53,804
Kelab: FC Schalke 04
Map

AOL Arena

Lokasi: Hamburg
Kapasiti: 51,055
Kelab: Hamburger SV
Map

Commerzbank-Arena
Fail:Awdarena.jpg
Commerzbank-Arena

Lokasi: Frankfurt
Kapasiti: 51,500
Kelab: Eintracht Frankfurt
Lokasi

RheinEnergieStadion

Lokasi: Cologne
Kapasiti: 46,134
Kelab: 1. FC Köln
Map

AWD-Arena

Lokasi: Hanover
Kapasiti: 44,652
Kelab: Hannover 96
Map

Zentralstadion

(Zentralstadion)
Lokasi: Leipzig
Kapasiti: 44,199
Kelab: FC Sachsen Leipzig
Map

Fritz-Walter-Stadion

(Fritz-Walter-Stadion)
Lokasi: Kaiserslautern
Kapasiti: 43,450
Kelab: 1. FC Kaiserslautern
Map

EasyCredit-Stadion

(Frankenstadion)
Lokasi: Nuremberg
Kapasiti: 41,926
Kelab: 1. FC Nuremberg
Map

Kelayakan sunting

Negara-negara yang layak

.

Bermula dari Jerman 2006, pemenang Piala Dunia mesti melalui pusingan kelayakan untuk ke pusingan akhir Piala Dunia. Hanya tuan rumah sahaja yang layak secara automatik daripada tahun 2006 hingga seterusnya.

Kumpulan sunting

Penetapan kumpulan sunting

Lapan pasukan pilihan untuk Piala Dunia FIFA 2006 telah diumumkan pada 6 Disember 2005. Pasukan pilihan berada di Pot A dalam undian. Pot B mengandungi pasukan bukan pilihan yang layak dari Amerika Selatan, Afrika dan Oceania; Pot C mengandungi lapan daripada sembilan baki pasukan Eropah, tidak termasuk Serbia dan Montenegro. Pot D mengandungi pasukan bukan pilihan dari CONCACAF dan AFC. Satu balang khas mengandungi Serbia dan Montenegro: ini dibuat untuk memastikan tiada kumpulan yang mempunyai tiga pasukan Eropah.[2] Dalam balang khas, Serbia dan Montenegro diundi terlebih dahulu, kemudian kumpulan mereka diundi dari tiga negara pilihan bukan Eropah, Argentina, Brazil, dan Mexico.

Ia telah ditentukan terlebih dahulu yang, tuan rumah Jerman akan ditempatkan dalam Kumpulan A, oleh itu terjamin venue perlawanan kumpulan mereka dahulu dalam undian. FIFA juga mengumumkan Brazil akan berada di Kumpulan F.

Balang ABalang BBalang CBalang DBalang Khas

 Argentina
 Brazil
 England
 Perancis
 Jerman
 Itali
 Mexico
 Sepanyol

 Angola
 Australia
 Ivory Coast
 Ecuador
 Ghana
 Paraguay
 Togo
 Tunisia

 Croatia
 Republik Czech
 Belanda
 Poland
 Portugal
 Switzerland
 Sweden
 Ukraine

 Costa Rica
 Iran
 Jepun
 Korea Selatan
 Arab Saudi
 Trinidad dan Tobago
 Amerika Syarikat

 Serbia dan Montenegro

Pada Disember 9, 2005 pengundian dilakukan dan pembahagian diumumkan. Selepas undian selesai, banyak pemerhati membuat komen bahawa Kumpulan C merupakan kumpulan maut dalam Piala Dunia kali ini.[3] [4].

Penampilan Pertama sunting

8 buah negara - Angola,Togo,Ghana,Ivory Coast (CAF) Trinidad & Tobago (Concacaf) Serbia dan Montenegro,Republik Czech,Ukraine (UEFA) tampil buat pertama kali.

Serbia & Montenegro dahulunya sebahagian dari Yugoslavia kemudiannya berpecah kepada Serbia & Montenegro selepas kejohanan ini berakhir. Serbia berjaya layak ke edisi 2010 Afrika Selatan tetapi Montenegro tidak.

Republik Czech pula layak pertama kali sejak berpisah dengan Slovakia, dimana mereka dahulunya dikenali sebagai Czechoslovakia. Slovakia layak ke edisi berikutnya. Ukraine pula setelah kejatuhan Soviet Union layak buat julung kalinya.

Angola,Togo,Ghana dan Ivory Coast masing-masing layak buat kali pertama, sekaligus menandakan era kuasa baru dikalangan negara-negara Afrika. Angola dan Togo gagal ke edisi 2010 di benua mereka sendiri. Tetapi Ghana yang digelar 'Black Stars' dan Ivory Coast berjaya layak.

Trinidad & Tobago, negara kerdil di benua Amerika Selatan/Latin tetapi memilih untuk bermain dibawah naungan Concacaf. Layak setelah menang di play off bertemu wakil Asia, Bahrain.

Layak setelah sekian lama sunting

Australia, pasukan yang bernaung dibawah Oceania Football Confederation ini layak setelah melakar keajaiban menang penentuan penalti bertemu Uruguay di Telstra Stadium,Sydney. Socceroos yang dikecewakan oleh Uruguay di play off 2002 berjaya menamatkan badi mereka. Kali terakhir mereka layak ialah di edisi 1974, 32 tahun lalu !!! usai saja kejohanan ini Australia keluar dari OFC dan bernaung dibawah AFC.

Kritikan sunting

Pasukan Asia sekali lagi menjadi tumpuan kerana jurang kualiti. Jepun tersingkir awal setelah tumpas kepada Australia 1-3,Brazil 1-4 dan seri 0-0 dengan Croatia di kumpulan F, Korea Selatan dilihat kompetitif biarpun menamatkan kedudukan di tangga ke 3 kumpulan G selepas menang 2-1 keatas pendatang baru, Togo. Seri bertemu Perancis tetapi tumpas kepada Switzerland. underdog yang menjuarai kumpulan itu diatas Perancis di tangga kedua.

Iran pula yang pernah layak ke edisi 1998 menamatkan kedudukan di tangga tercorot kumpulan D dengan 1 mata dengan seri 1-1 bertemu Angola tetapi sebelum itu tewas 1-3 kepad Mexico dan 0-2 kepada Portugis.

Kontroversi sunting

Peringkat Kumpulan sunting

Perlawanan antara Croatia dan Australia pastinya menarik, daripada 23 pemain dibawa 7 daripada mereka berketurunan Croatia-Australia. Dalam pasukan Croatia pula ada 3 pemain yang dilahirkan dan dibesarkan di Australia tetapi memilih mewakili Croatia atas faktor budaya. Joey Didulica memilih Croatia selepas slot untuk penjaga gawang dimonopoli oleh Mark Schwarzer, Anthony Seric pula berkelana seawal usia remaja ke Eropah dan memilih Croatia, Josip Simunic pula pastinya nama yang menjadi topik hangat dalam perlawanan ini. Simunic dilahirkan dan dibesarkan di Canberra dan berhijrah ke Eropah untuk kelangsungan karier bolasepak, dia tanpa ragu-ragu memilih Croatia kerana tidak berminat mewakili Australia.[5]

Dalam pasukan Australia, Josip Skoko, Tony Popovic, Jason Culina, Ante Covic, Zeljko Kalac, Mark Viduka,Mark Bresciano. Adalah 7 pemain yang memiliki darah Croatia. Tiada yang pelik tentang ini kerana sukan bolasepak di Australia banyak ditubuhkan oleh komuniti Croatia,Greece dan Itali yang menetap di sana. Kesan ini dapat dilihat hingga ke hari ini dimana diaspora ini masih menyumbang bakat ke dalam pasukan Socceroos.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan itu, Australia dengan 3 mata cuma perlu seri untuk layak, manakala Croatia perlu menang kerana baru mengumpul 1 mata. Perlawanan berkesudahan 2-2 dengan Australia pasukan pertama dari OFC layak ke 16 terakhir. Tetapi tidak boleh lupa ialah kontroversi dalam perlawanan itu, Graham Poll melayangkan 3 kad kuning kepada Josip Simunic. Sepatutnya minit ke 90 dimana dia menerima kad kuning kedua dia sudah boleh melangkah keluar padang, tetapi Poll tidak berbuat demikian. Sehinggalah minit ke 93 dia melayangkan kad kuning ketiga pada Simunic dan dibuang padang tatkala permainan sudah pun tamat. Itu kali pertama dalam sejarah Piala Dunia ada pemain menerima 3 kad kuning berbanding maksima 2 kad. Poll menyatakan dia keliru kerana Simunic bertutur loghat Inggeris-Australia dan menjadi punca kenapa dia tersilap tulis nama pemain itu. Dia merekodkan ' #3 Australia ' selepas layangan kad kuning kedua, yang merujuk kepada nombor jersi Craig Moore. Nombor jersi sudah betul yang silapnya disini Poll menulis Australia, di mana dia sepatutnya menulis Croatia. Kesan dari insiden itu, Graham Poll bersara dari arena pengadilan antarabangsa. 3 minit masa diambil Poll untuk sedar akan kesilapannya. Mujur kemenangan tidak berpihak pada Croatia atau Josip Simunic berjaya menjaringkan gol kemenangan atau memberi umpan/bantuan gol. Jika tidak pastinya teruk tindakan disiplin akan diambil.

Kalah Mati 16 Terakhir sunting

Pertembungan kalah mati 16 terakhir antara 2 pasukan Eropah, Portugis bertemu Belanda diwarnai insiden layangan kad kuning sebanyak 16 kali. Satu rekod baru dalam Piala Dunia Fifa. 7 kad kuning kepada Belanda 9 pula kepada Portugis. Perlawanan ini digelar Battle of Nuremberg sempena nama wilayah tempat perlawanan itu berlangsung di Frankenstadion,Nuremberg, Jerman. Stadium itu disewa oleh pasukan FC Nurnberg.

4 kad merah diberikan juga kesan dari layangan kad kuning kedua, 2 Portugis -Costinha,Deco, 2 Belanda - Giovanni Van Bronckhorst, Khalid Boulahrouz. Perlawanan itu dimenangi Portugis 1-0 sekaligus Belanda gagal memadam badi kalah kepada Portugis di Euro 2004.

Australia pula pasukan sulung Oceania yang layak ke peringkat ini bagaimanapun tersingkir hasil sepakan penalti Francesco Totti pada minit akhir perlawanan kerana Lucas Neil membentes Fabio Grosso, ulang tayang menunjukkan tiada sentuhan dari Lucas Neil.

Di suku akhir, kontroversi tidak terhenti di situ saja, Cristiano Ronaldo memainkan peranan penting yang menjadi punca mengapa England bermain 10 orang pemain apabila Wayne Rooney dibuang padang kerana mengasari Ricardo Carvalho. Ronaldo memberi tekanan kepada pengadil Argentina, Horacio Elizondo dan selepas dilayangkan kad merah, Ronaldo mengenyit mata kepada Rooney tindakannya itu dilihat bakal memberi impak buruk kepada kariernya kerana dia bermain di England dan Wayne Rooney adalah gandingannya di Manchester United. Kesannya England yang tewas kepada Portugis di Euro 2004 di penentuan penalti mengalami nasib sama lagi apa mereka tewas dengan cara yang sama kali ini di Arena Aufschalke,Gelsenkirchen.

Di final, insiden Zidane menanduk ke dada Marco Materazzi akan diingati sampai bila-bila. Kata Zidane, dia berbuat begitu kerana berang dengan tindakan Materazzi yang mengejek ibunya dan adik perempuannya. Materazzi menafikan dia menghina ibu Zidane kerana dia juga kematian ibunya di usia remaja dan perkara itu menyentuh hatinya. Kata Mate, dia menarik baju Zidane, tetapi Zidane mengatakan dia akan memberi baju itu kelak kepadanya tetapi Mate menjawab dia lebih mahukan adik Zidane, pada detik itu dia tidak tahu sebenarnya Zidane memang mempunyai adik perempuan. Lantas Zidane dengan penuh rasa berang menanduk dada Materazzi kerana mempersendakan maruah adiknya dan menjadi punca dia dilayangkan kad merah. Lagi menambah rencah ialah mereka berdua penjaring gol untuk pasukan masing-masing dengan Zidane menjaringkan penalti untuk Perancis sebelum Materazzi menanduk gol penyamaan. Perlawanan diheret ke penentuan penalti dengan Itali berjaya menyempurnakan 5 dan Perancis pula 3. Dengan kemenangan 5-3 itu Itali berjaya menjuarai Piala Dunia Fifa buat kali ke-4 setelah 24 tahun menanti, kecewa di tangan Brazil dalam edisi 1994. Pasukan kedua terbanyak memenangi Piala Dunia Fifa selepas Brazil, rekod Itali itu disamakan oleh Jerman pada edisi 2014.

Skuad sunting


Peringkat kumpulan sunting

Pasukan layak untuk fasa seterusnya

Semua waktu tempatan (UTC+2)

Kumpulan A sunting

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Jerman330082+69
 Ecuador320153+26
 Poland310224−23
 Costa Rica300339−60
Jerman  4 – 2  Costa Rica
Philipp Lahm  6'
Miroslav Klose  17'61'
Torsten Frings  87'
LaporanPaulo Wanchope  12'73'
Kehadiran: 66,000
Pengadil: Elizondo (Argentina)

 Poland0 – 2  Ecuador
LaporanCarlos Tenorio  24'
Agustín Delgado  80'

 Jerman1 – 0  Poland
Oliver Neuville  90'+1Laporan
Kehadiran: 65,000
Pengadil: Medina (Sepanyol)

 Ecuador3 – 0  Costa Rica
Carlos Tenorio  8'
Agustín Delgado  54'
Ivan Kaviedes  90'+2
Laporan
Kehadiran: 50,000
Pengadil: Codjia (Benin)

 Ecuador0 – 3  Jerman
LaporanMiroslav Klose  4'44'
Lukas Podolski  57'
Kehadiran: 72,000
Pengadil: Ivanov (Rusia)

 Costa Rica1 – 2  Poland
Ronald Gomez  25'LaporanBartosz Bosacki  33'65'

Kumpulan B sunting

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 England321052+37
 Sweden312032+15
 Paraguay31022203
 Trinidad dan Tobago301204−41
England  1 – 0  Paraguay
Carlos Gamarra  3' (g.s.)Laporan

Trinidad dan Tobago  0 – 0  Sweden
Laporan


Sweden  1 – 0  Paraguay
Fredrik Ljungberg  89'Laporan
Kehadiran: 72,000


Kumpulan C sunting

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Argentina321081+77
 Belanda321031+27
 Ivory Coast310256−13
 Serbia dan Montenegro3003210−80

Serbia dan Montenegro  0 – 1  Belanda
LaporanArjen Robben  18'
Kehadiran: 37,216
Pengadil: Markus Merk (Jerman)



Belanda  0 – 0  Argentina
Laporan

Kumpulan D sunting

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Portugal330051+49
 Mexico311143+14
 Angola302112−12
 Iran301226−41
Mexico  3 – 1  Iran
Omar Bravo  28'  76'
Antônio Naelson  79'
LaporanYahya Golmohammadi  36'

Angola  0 – 1  Portugal
LaporanPauleta  4'

Mexico  0 – 0  Angola
Laporan

Portugal  2 – 0  Iran
Deco  63'
Cristiano Ronaldo  80' (pen.)
Laporan


Iran  1 – 1  Angola
Sohrab Bakhtiarizadeh  75'LaporanFlávio Amado  60'
Kehadiran: 38,000

Kumpulan E sunting

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Itali321051+47
 Ghana320143+16
 Republik Czech310234−13
 Amerika Syarikat301226−41





Kumpulan F sunting

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Brazil330071+69
 Australia31115504
 Croatia302123−12
 Jepun301227−51
Australia  3 – 1  Jepun
Tim Cahill  84'  89'
John Aloisi  90+2'
LaporanShunsuke Nakamura  26'

Brazil  1 – 0  Croatia
Kaká  44'Laporan
Kehadiran: 72,000

Croatia  0 – 0  Jepun
Laporan

Brazil  2 – 0  Australia
Adriano  49'
Fred  90'
Laporan
Kehadiran: 66,000
Pengadil: Markus Merk (Jerman)

Jepun  1 – 4  Brazil
Keiji Tamada  34'LaporanRonaldo  45+1'  81'
Juninho  53'
Gilberto  59'

Kumpulan G sunting

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Switzerland321040+47
 Perancis312031+25
 Korea Selatan311134−14
 Togo300316−50

Perancis  0 – 0  Switzerland
Laporan

Perancis  1 – 1  Korea Selatan
Thierry Henry  9'LaporanPark Ji-Sung  81'
Kehadiran: 43,000


Togo  0 – 2  Perancis
LaporanPatrick Vieira  55'
Thierry Henry  61'

Kumpulan H sunting

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
 Sepanyol330081+79
 Ukraine320154+16
 Tunisia301236−31
 Arab Saudi301227−51
Sepanyol  4 – 0  Ukraine
Xabi Alonso  13'
David Villa  17' (pen.)  48'
Fernando Torres  81'
Laporan
Kehadiran: 43,000




Arab Saudi  0 – 1  Sepanyol
LaporanJuanito  36'

Ukraine  1 – 0  Tunisia
Andriy Shevchenko  70' (pen.)Laporan
Kehadiran: 72,000

Peringkat kalah mati sunting

Pusingan 16Suku akhirSeparuh akhirPerlawanan Akhir
              
24 JunMünchen      
   Jerman 2
30 JunBerlin
   Sweden 0 
   Jerman 1 (4)
24 JunLeipzig
    Argentina 1 (2) 
   Argentina 2
4 JulaiDortmund
   Mexico 1 
   Jerman 0
26 JunKaiserslautern
    Itali 2 
   Itali 1
30 JunHamburg
   Australia 0 
   Itali 3
26 JunKöln
    Ukraine 0 
   Switzerland 0 (0)
9 JulaiBerlin
   Ukraine 0 (3) 
   Itali 1 (5)
25 JunStuttgart
    Perancis 1 (3)
   England 1
1 JulaiGelsenkirchen
   Ecuador 0 
   England 0 (1)
25 JunNuremberg
    Portugal 0 (3) 
   Portugal 1
5 JulaiMünchen
   Belanda 0 
   Portugal 0
27 JunDortmund
    Perancis 1 Tempat ketiga
   Brazil 3
1 JulaiFrankfurt/Main8 JulaiStuttgart
   Ghana 0 
   Brazil 0   Jerman 3
27 JunHanover
    Perancis 1    Portugal 1
   Sepanyol 1
   Perancis 3 

Pusingan kedua sunting




Portugal  1 – 0  Belanda
Maniche  23'Laporan
Kehadiran: 41,000
Pengadil: Ivanov (Rusia)


  Penalti 
Marco Streller
Tranquillo Barnetta
Ricardo Cabanas
0 – 3 Andriy Shevchenko
Artem Milevskiy
Serhiy Rebrov
Oleh Husyev
 


Suku akhir sunting

  Penalti 
Oliver Neuville
Michael Ballack
Lukas Podolski
Tim Borowski
4 – 2 Julio Cruz
Roberto Ayala
Maxi Rodríguez
Esteban Cambiasso
 


  Penalti 
Frank Lampard
Owen Hargreaves
Steven Gerrard
Jamie Carragher
1 – 3 Simão Sabrosa
Hugo Viana
Petit
Hélder Postiga
Cristiano Ronaldo
 

Separuh akhir sunting


Tempat ketiga sunting

Perlawanan Akhir sunting

Semua masa adalah masa Eropah (UTC+2)


  Penalti 
Andrea Pirlo
Marco Materazzi
De Rossi
Del Piero
Fabio Grosso
5 – 3 Sylvain Wiltord
David Trezeguet
Éric Abidal
Willy Sagnol
 

Pemenang sunting

 Juara Piala Dunia FIFA 2006 

Itali
Juara Keempat

Anugerah sunting

Kasut Emas:Bola Emas:Anugerah Yashin:Anugerah Pemain Muda Terbaik:Piala Permainan Bersih FIFA:Pasukan Paling Menarik:
Miroslav Klose
Zinedine Zidane
Gianluigi Buffon
Lukas Podolski
 Brazil &  Sepanyol  Portugal

Pasukan Bintang Pilihan sunting

Penjaga golPemain pertahananPemain tengahPenyerang

Gianluigi Buffon
Jens Lehmann
Ricardo

Roberto Ayala
John Terry
Lilian Thuram
Philipp Lahm
Fabio Cannavaro
Gianluca Zambrotta
Ricardo Carvalho

Zé Roberto
Patrick Vieira
Zinedine Zidane
Michael Ballack
Andrea Pirlo
Gennaro Gattuso
Francesco Totti
Luís Figo
Maniche

Hernán Crespo
Thierry Henry
Miroslav Klose
Luca Toni

Lain-lain sunting

Penjaring gol sunting

Miroslav Klose menerima anugerah Kasut Emas adidas kerana menjaringkan lima gol dalam Piala Dunia. Ini merukan jumlah gol yang paling sedikit dijaring oleh penjaring terbanyak kejohanan sejak enam pemain seri pada empat gol dalam 1962. Secara jumlah, 147 gol telah dijaringkan (empat daripadanya ialah gol sendiri).

5 gol
3 gol
2 gol
1 gol

Gol sendiri

Kedudukan Akhir sunting

Semua 32 pasukan diletakkan berdasarkan kriteria yang telah digunakan oleh FIFA.[7] Sila ambil perhatian bahawa sepakan penalti dikira sebagai seri untuk kedua-dua pasukan.

RPasukanKPMSKJGGBPGMt
1  ItaliE7520122+1017
2  PerancisG743093+615
3  JermanA7511146+816
4  PortugalD741275+213
Tersingkir di Suku Akhir
5  BrazilF5401102+812
6  ArgentinaC5320113+811
7  EnglandB532062+411
8  UkraineH521257−27
Tersingkir di Pusingan 16
9  SepanyolH430194+59
10  SwitzerlandG422040+48
11  BelandaC421132+17
12  EcuadorA420254+16
13  GhanaE420246−26
14  SwedenB412134−15
15  MexicoD41125504
16  AustraliaF411256−14
Tersingkir di Peringkat Kumpulan
17  Korea SelatanG311134−14
18  ParaguayB31022203
19  Ivory CoastC310256−13
20  Republik CzechE310234−13
21  PolandA310224−23
22  CroatiaF302123−12
23  AngolaD302112−12
24  TunisiaH301236−31
25  IranD301226−41
 Amerika SyarikatE301226−41
27  Trinidad dan TobagoB301204−41
28  JepunF301227−51
 Arab SaudiH301227−51
30  TogoG300316−50
31  Costa RicaA300339−60
32  Serbia dan MontenegroC3003210−80

Rujukan sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ "Stadiums renamed for Fifa sponsors". BBC. 2006-06-06. Dicapai pada 2008-03-29.
  2. ^ "FIFA Organising Committee approves team classifications and final draw procedure". FIFA.com. 2005-12-06. Dicapai pada 2008-03-29.
  3. ^ Rencana akhbar Guardian mengenai 'Kumpulan Maut'
  4. ^ Rencana FOX Sports mengenai 'Kumpulan Maut'
  5. ^ https://www.smh.com.au/sport/soccer/socceroos-or-croatia-the-family-ties-that-bind-20150618-ghrglo.html
  6. ^ ["(Inggeris) Laporan FIFA mengenai lagu rasmi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-18. Dicapai pada 2006-05-06. (Inggeris) Laporan FIFA mengenai lagu rasmi]
  7. ^ Based on the methodology of Germany 2006: The final ranking Diarkibkan 2013-07-07 di Wayback Machine

Pautan luar sunting