Perumian Yale

Perumian Yale adalah empat sistem yang direka ketika Perang Dunia II untuk digunakan oleh anggota tentera Amerika Syarikat untuk empat bahasa Asia Timur iaitu bahasa Mandarin, Kantonis, Korea, dan Jepun. Namun begitu, keempat-empat perumian ini tidak berkait rapat iaitu huruf yang sama dalam satu perumian tidak membawa bunyi yang sama dalam satu perumian yang lain.

Perumian-perumian ini pernah digunakan di AS untuk mengajar bahasa-bahasa Asia ini kepada pelajar awam, tetapi kini makin pudar dan hanya kadang-kadang digunakan oleh ahli linguistik akademik. Contohnya, pengajaran bahasa Mandarin, selalu menggunakan Hanyu Pinyin. McCune-Reischauer yang lebih tua berbanding Yale, telah mendominasi bidang perumian bahasa Korea untuk beberapa dekad sebelum beransur-ansur memberi laluan kepada Perumian Semakan dan bukan mana-mana sistem berasaskan Yale.

Bahasa Kantonis

sunting

Perumian Yale Kantonis masih digunakan secara meluas dalam buku-buku kajian dan kamus-kamus Bahasa Kantonis baku, terutamanya untuk pelajar asing. Perumian yang dimajukan oleh Parker Po-fei Huang dan Gerald P. Kok, ini serupa sifatnya dengan Hanyu Pinyin iaitu konsonan tak bersuara tanpa hembus dilambangkan oleh huruf-huruf yang dipakai dalam bahasa-bahasa Eropah untuk melambangkan konsonan berbunyi. Contohnya, [p] ditulis b, manakala konsonan sama yang berhembus, iaitu [pʰ] ditulis p. Oleh sebab inilah serta beberapa faktor lain, perumian Yale dikatakan senang bagi penutur bahasa Inggeris Amerika untuk melafaz tanpa banyak latihan.

Awalan

sunting
b
[p]
p
[pʰ]
m
[m]
f
[f]
d
[t]
t
[tʰ]
n
[n]
l
[l]
g
[k]
k
[kʰ]
ng
[ŋ]
h
[h]
j
[ts]
ch
[tsʰ]
s
[s]
 
gw
[kw]
kw
[kʰw]
y
[j]
w
[w]

Akhiran

sunting
a
[a]
aai
[ai]
aau
[au]
aam
[am]
aan
[an]
aang
[aŋ]
aap
[ap]
aat
[at]
aak
[ak]
 ai
[ɐi]
au
[ɐu]
am
[ɐm]
an
[ɐn]
ang
[ɐŋ]
ap
[ɐp]
at
[ɐt]
ak
[ɐk]
e
[ɛ]
ei
[ei]
   eng
[ɛŋ]
  ek
[ɛk]
i
[i]
 iu
[iu]
im
[im]
in
[in]
ing
[ɪŋ]
ip
[ip]
it
[it]
ik
[ɪk]
o
[ɔ]
oi
[ɔi]
ou
[ou]
 on
[ɔn]
ong
[ɔŋ]
 ot
[ɔt]
ok
[ɔk]
u
[u]
ui
[ui]
  un
[un]
ung
[ʊŋ]
 ut
[ut]
uk
[ʊk]
eu
[œ]
 eui
[ɵy]
 eun
[ɵn]
eung
[œŋ]
 eut
[ɵt]
euk
[œk]
yu
[y]
   yun
[yn]
  yut
[yt]
 
   m
[m̩]
 ng
[ŋ̩]
   

Terdapat sembilan nada berbeza dalam enam kontur nada berlainan dalam bahasa Kantonis.Perumian Yale Kantonis melambangkan nada dengan menggunakan tanda nada dan huruf h, seperti ditunjukkan dalam jadual berikut:

No.HuraianPerlambangan Yale
1tinggi-datarsīnsīk
1tinggi-menurunsìn
2tengah-menaiksín
3tengah-datarsisinsik
4rendah-menurunsìhsìhn
5rendah-menaiksíhsíhn
6rendah-datarsihsihnsihk
  • Nada juga boleh ditulis menggunakan nombor nada menggantikan tanda nada dan huruf h.
  • Dalam bahasa Kantonis baku moden, nada tinggi-datar dan tinggi-menurun sukar dibezakan, oleh itu dilambangkan oleh nombor nada yang sama.
  • Tiga nada masuk: tinggi-datar masuk, tengah-datar masuk, dan rendah-datar masuk sama kontur nadanya dengan tinggi-datar, tengah-datar, dan rendah-datar, tetapi ada perbezaannya dalam koda yang mempengaruhi kadens menurun pendeknya sahaja. Oleh itu, perlambangan sama digunakan antara ketiga-tiga pasangan nada masuk dan nada datar tersebut.

Contoh

sunting
TRPerumian dengan Tanda NadaPerumian dengan Nombor
廣州話广州话gwóng jàu wágwong2 jau1 wa2
粵語粤语yuht yúhyut6 yu5
你好你好néih hóunei5 hou2