Pembinasa Type 45

Pembinasa Type 45, juga dikenali sebagai kelas D atau Daring, adalah sebuah kelas kapal pembinasa yang terdiri daripada enam buah kapal yang dibina untuk Tentera Laut Diraja United Kingdom. Kelas ini direka untuk peranan peluru berpandu anti pesawat dan penangkis peluru berpandu dengan menggunakan sistem pertahanan udara PAAMS (Sea Viper) yang terdiri daripada SAMPSON AESA dan radar jarak jauh S1850M. Tiga buah kapal pembinasa pertama dipasang oleh BAE Systems Surface Fleet Solutions daripada sub-komponen yang difabrikasi secara blok oleh beberapa limbungan yang berasingan, manakala 3 buah kapal seterusnya dibina oleh BAE Systems Maritime – Naval Ships. Kapal pertama dari kelas ini iaitu, HMS Daring, telah dilancarkan pada 1 Februari 2006 dan ditauliahkan pada 23 Julai 2009.[15]

HMS Daring pada tahun 2010
HMS Daring berlepas daripada Pangkalan Tentera Laut Portsmouth, 1 Mac 2010.
Ringkasan kelas
Nama:Pembinasa Type 45
Pembina:BAE Systems Maritime – Naval Ships Glasgow Scotland
Pengguna:Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Didahului oleh:Type 42
Kos:Lebih £1.050B per kapal termasuk R&D
Dirancang:6[N 1]
Disiapkan:6
Aktif:6
Ciri-ciri umum
Jenis:Pembinasa peluru berpandu
Sesaran:8,700[3] to 9,400 t (9,300 long ton; 10,400 short ton)[4][5][6]
Panjang:152.4 m (500 ka 0 in)
Lunas:21.2 m (69 ka 7 in)
Draught:7.4 m (24 ka 3 in)
Installed power:
Jana kuasa:
Halaju:In excess of 32 kn (59 km/j; 37 mph)[8]
Jarak:In excess of 7,000 batu nautika (13,000 km) at 18 kn (33 km/j)[8]
Anak kapal:191[9] (accommodation for up to 285)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:Templat:Type 45 weapon fit
Pesawat yang dibawa:
  • 1–2 × Wildcat, dipersenjatai dengan:
    • 4 × peluru anti kapal, atau
    • 2 × torpedo anti kapal selam
  • atau
  • 1 × Westland Merlin,[14] dipersenjatai dengan:
    • 4 × torpedo anti kapal selam
Kemudahan penerbangan:
  • Helikopter Chinook yang mampu beroperasi di atas dek penerbangan
  • Hangar tertutup

Pembinasa Type 45 telah dibina untuk mengantikan pembinasa Type 42 (kelas Sheffield) yang telah dioperasikan sejak Perang Falklands, di mana kapal Type 42 terakhir telah dibersarakan pada tahun 2013. Pejabat Audit Negara telah melaporkan bahawa, semasa satu "serangan intensif", sebuah kapal Type 45 boleh menjejak, menyerang dan memusnahkan secara serentak lebih banyak sasaran berbanding lima buah kapal pembinasa Type 42 yang beroperasi secara bersama.[16] Selepas pelancaran Daring pada 1 Februari 2006 Laksamana Sir Alan West, seorang bekas First Sea Lord, menyatakan bahawa kapal ini akan menjadi pembinasa yang paling berkuasa yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Diraja, selain kapal pertahanan udara terbaik di dunia.[17] Pengurangan jumlah kapal yang akan dibeli daripada 12 buah, kepada 8 buah dan akhirnya 8 buah yang disahkan pada tahun 2008 menjadi kontroversi.[18][19]

Satu kontroversi lain timbul apabila satu pendedahan ke atas kecacatan rekabentuk pada antara penyejuk yang dibekalkan oleh Northrop Grumman di mana, apabila dipasang pada turbin gas Rolls-Royce WR-21 dan beroperasi dalam cuaca panas di Teluk Parsi, kuasa yang dijana akan menurun dengan ketara,[20][21] dan secara pantas menjadi jelas bahawa kelas ini tidak mampu beroperasi seperti yang diharapkan.[22] Satu program pemasangan semula akan dilakukan antara tahun 2019-21 untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah ini pada kesemua enam buah kapal.[23]

Nota sunting

  1. ^ Six hulls were originally ordered, with a planning assumption that a further six would be ordered between 2005 and 2010.[1] This planning assumption was later reduced to a further two. In the 2008 defence budget, the Global Combat Ship programme (known then as the FSC) was brought forward at the expense of ships 7 and 8, resulting in the final order being left at six, with options for further ships not being taken up.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting