Pedro de la Rosa

Pedro Martínez de la Rosa (lahir 24 Februari 1971) ialah seorang pemandu Formula Satu Sepanyol yang bertanding dalam 107 perlumbaan Grand Prix untuk pasukan Arrows, Jaguar, McLaren, Sauber dan HRT F1. Beliau membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada 7 Mac 1999, dan menjadi salah seorang pemandu yang mendapat mata kejuaraan pada perlumbaan sulung mereka. Beliau mendapat 35 mata kejuaraan, termasuk satu podium di Grand Prix Hungary 2006.

Pedro de la Rosa
Lahir (1971-02-24) 24 Februari 1971 (umur 53)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanSepanyol Sepanyol
Tahun aktif19992002, 20052006, 20102012
TeamsArrows, Jaguar, McLaren, Sauber, HRT
Entri107 (105 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium1
Mata kerjaya35
Petak pertama0
Pusingan terpantas1
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 1999
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2012
Kedudukan 2012Ke-25 (0 mata)

Pada 21 November 2011, ia telah diumumkan bahawa de la Rosa telah menandatangani kontrak dua tahun untuk memandu bersama HRT F1,[1] namun hanya bersama pasukan tersebut bagi satu musim selepas HRT menarik diri dari Formula Satu bagi musim 2013, dan meninggalkannya tanpa pasukan untuk berlumba pada musim 2013. Pada 16 Januari 2013, de la Rosa telah diumumkan sebagai pemandu pembangunan Ferrari bagi musim 2013.

Kerjaya awal sunting

De la Rosa dilahirkan di Cardedeu, Catalonia, Sepanyol, dan tidak seperti ramai pelumba lain, beliau memulakan kerjayanya dengan mengendalikan kereta alat kawalan jauh. Beliau memenangi kejuaraan kereta alat kawalan jauh Eropah sebanyak dua kali, pada tahun 1983 dan 1984[2] dan merupakan naib juara dalam kejuaraan dunia pada tahun 1986.[3] Hanya selepas ini, beliau memulakan kerjayanya dalam sukan go-kart dalam sebuah kejuaraan tempatan Sepanyol pada tahun 1988 ketika berusia 17 tahun. Beliau kemudiannya bertanding dalam kejuaraan Spanish Formula Fiat Uno dan menjadi juara pada tahun 1989.

Formula Satu (1999–2013) sunting

Arrows (1999-2000) sunting

Pada tahun 1998, de la Rosa menjadi pemandu ujian untuk Jordan. Pada tahun berikutnya, beliau menyertai Arrows dan mendapat mata kejuaraan dunia pertamanya selepas mendapat tempat keenam pada perlumbaan pertamanya di Grand Prix Australia. Beliau sentiasa menamatkan perlumbaan di hadapan rakan sepasukannya yang lebih berpengalaman, Toranosuke Takagi. Pada tahun 2000, beliau kekal bersama Arrows. De la Rosa mendapat tempat keenam di Grand Prix Jerman dan Grand Prix Eropah.

Jaguar (2001–2002) sunting

De la Rosa memandu untuk Jaguar di Grand Prix Kanada 2001

Beliau berlumba selama dua tahun bersama Jaguar Racing, dan menjadi rakan sepasukan Eddie Irvine. De la Rosa mendapat 3 mata pada tahun 2001 dan tidak mendapat sebarang mata pada tahun 2002.

McLaren (2003–2009) sunting

De la Rosa di Grand Prix Kanada 2005, sebagai pemandu ketiga

Beliau menjadi pemandu ujian untuk McLaren, namun berlumba di Grand Prix Bahrain 2005 selepas Juan Pablo Montoya mengalami kecederaan bahu. Beliau mendapat tempat kelima dan menetapkan masa pusingan terpantas pada perlumbaan tersebut.

Pada 11 Julai 2006, ia telah diumumkan bahawa de la Rosa akan mengambil alih kerusi perlumbaan kedua McLaren, dengan mengantikan Montoya.

Di Grand Prix Hungary 2006, de la Rosa mendapat podium pertama dalam kerjayanya selepas mendapat tempat kedua, di belakang Jenson Button.

Selepas terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa de la Rosa akan menjadi rakan sepasukan Fernando Alonso pada tahun 2007, Lewis Hamilton mengambil alih kerusi perlumbaan tersebut. De la Rosa meneruskan tugasnya sebagai pemandu ujian pasukan tersebut.[4]

Pada musim 2005, beliau menggabungkan tugas pemandu ujiannya dengan menjadi pengulas perlumbaan untuk saluran Telecinco. Selepas ketiadaannya pada tahun 2006, beliau kembali menjadi pengulas pada tahun 2007.

Laporan pada tahun 2007 mengaitkan de la Rosa dengan pasukan Prodrive yang baru, yang ditubuhkan untuk membuat kemunculan sulung mereka pada musim 2008. Spekulasi mencadangkan bahawa Prodrive akan dijalankan dengan sokongan daripada pasukan McLaren, dan bahawa de la Rosa, bersama-sama dengan Gary Paffett akan berlumba untuk mereka pada musim sulung mereka. Walau bagaimanapun, pasukan tersebut gagal untuk memasuki musim baru, dan bagi tahun 2008, de la Rosa kekal sebagai pemandu ujian McLaren.

De la Rosa di Grand Prix Brazil 2006

De la Rosa juga terlibat dalam kontroversi pengintipan dalam pasukannya dan pasukan pesaing, Ferrari. Dengan bukti yang disediakan oleh beliau dan rakan sepasukan, Fernando Alonso, FIA mengecualikan McLaren daripada Kejuaraan Pengeluar Dunia 2007, dan dikenakan denda $ 100 juta. Beliau difahamkan telah menghantar e-mel kepada Mike Coughlan dan Fernando Alonso mengenai persediaan kereta Ferrari.[5]

Sebelum Grand Prix Australia 2008, de la Rosa telah dilantik sebagai pengerusi baru Persatuan Pemandu Grand Prix. Beliau menggantikan Ralf Schumacher yang bersara pada masa yang sama.[6] Beliau kekal di McLaren pada tahun 2009. Beliau meninggalkan jawatannya sebagai pengerusi Persatuan Pemandu Grand Prix selepas menandatangani perjanjian untuk memandu untuk Sauber pada tahun 2010. Nick Heidfeld menjadi pengerusi baru persatuan tersebut di Grand Prix Australia 2010.[7]

BMW Sauber/Sauber (2010–2011) sunting

De la Rosa memandu untuk BMW Sauber di Grand Prix Malaysia 2010.

Pada tahun 2010, de la Rosa memandu untuk pasukan Sauber.[8] Rakan sepasukannya ialah pemandu Jepun, Kamui Kobayashi, yang menyertai Sauber dari pasukan Toyota.

De la Rosa menamatkan tujuh daripada 13 perlumbaan yang beliau mulakan pada musim 2010, dan mendapat tempat ketujuh di Grand Prix Hungary.[9] de la Rosa berjaya memasuki Q3 sebanyak dua kali, di Silverstone dan di Hungary. Kedua-dua de la Rosa dan Kobayashi bergelut dengan masalah kebolehpercayaan bagi majoriti perlumbaan pada musim ini.

Beliau digantikan oleh Nick Heidfeld selepas Grand Prix Itali.[10] de la Rosa menggantikan Heidfeld sebagai pemandu ujian untuk Pirelli, yang dijangka untuk kembali ke Formula Satu pada musim 2011.[11]

Selepas Sergio Pérez mengalami kemalangan di Monaco, de la Rosa menggantikan Pérez di Grand Prix Kanada. De la Rosa menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-12.

Kembali bersama McLaren (2011) sunting

Pada 9 Mac 2011, McLaren mengumumkan bahawa de la Rosa telah menyertai mereka semula sebagai sebagai pemandu ujian dan simpanan mereka.[12]

HRT (2012) sunting

De la Rosa memandu untuk HRT di Grand Prix Malaysia 2012
De la Rosa di Grand Prix Amerika Syarikat 2012

Pada 21 November 2011, telah diumumkan bahawa de la Rosa telah menandatangani kontrak dua tahun bersama pasukan HRT F1.[1] Rakan sepasukannya ialah pemandu India, Narain Karthikeyan.[13] Kedua-dua pemandu gagal untuk melayakkan diri untuk perlumbaan pertama musim di Australia, dengan de la Rosa hanya mampu untuk melengkapkan tujuh masa pusingan pada perlumbaan hujung minggu tersebut. Pada perlumbaan seterusnya di Malaysia, beliau memulakan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-22 selepas menerima penalti selepas perlumbaan dimulakan semula, namun dinaikkan ke tempat ke-21 selepas Karthikeyan diberikan penalti masa 20 saat.

De la Rosa mendapat tempat ke-21 di China, manakala di Bahrain, beliau mendapat tempat ke-20 selepas bermula dari tempat ke-22.[14] Di Sepanyol, de la Rosa berjaya menamatkan perlumbaan tanah airnya buat kali pertama sejak tahun 1999 dengan mendapat tempat ke-19 dan terakhir. Bagaimanapun, beliau tidak dapat menamatkan Grand Prix Monaco selepas berlanggar dengan Pastor Maldonado pada awal perlumbaan.[15]

Ferrari (2013) sunting

Pada 16 Januari, Ferrari mengumumkan bahawa de la Rosa telah ditandatangani sebagai pemandu pembangunan mereka, dan membantu Ferrari dalam sumber simulator mereka.[16] Pada 24 Januari, Ferrari mengumumkan bahawa de la Rosa akan berkongsi tugas ujian dalam kereta 2013 mereka, F138, dengan Felipe Massa pada ujian pertama musim ini, bermula pada 5 Februari di Jerez.[17]

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

MusimSiriPasukanPerlumbaanKemenanganP/PertamaP/TerpantasPodiumMataMata
1989Spanish Formula FiatOfensiva Uno – Meycom72??5?Pertama
1990Spanish Formula FordRacing for Spain108??9?Pertama
British Formula Ford60??20NC
Formula Ford Festival?10000N/AKe-12
1991Spanish Formula Renault ChampionshipRacing for Spain100??346Ke-4
1992Rencontres Internationales de Formule RenaultRacing for Spain32????Pertama
Formula Renault Great Britain1230?7153Pertama
1993British Formula ThreeWest Surrey Racing14000018Ke-6
Macau Grand Prix10000N/ANC
Masters of Formula Three10000N/AKe-9
1994British Formula ThreeRacing for Spain1700006Ke-19
1995All-Japan Formula ThreeTOM'S9884954Pertama
Macau Grand Prix10001N/AKe-3
1996Formula NipponTeam Nova10000113Ke-8
All-Japan GT ChampionshipTOM'S6000238Ke-13
Macau Grand PrixPaul Stewart Racing10000N/AKe-7
1997Formula NipponTeam Nova106431082Pertama
All-Japan GT ChampionshipTOM'S6223464Pertama
1998Formula SatuBenson & Hedges JordanPemandu ujian
1999Formula SatuRepsol Arrows Grand Prix International1600001Ke-18
2000Formula SatuArrows Grand Prix International1700002Ke-16
2001Formula SatuProst AcerPemandu ujian
Formula SatuJaguar Racing F1 Team1300003Ke-16
2002Formula SatuJaguar Racing F1 Team1700000Ke-21
2003Formula SatuWest McLaren MercedesPemandu ujian
2004Formula SatuWest McLaren MercedesPemandu ujian
2005Formula SatuWest McLaren Mercedes100104Ke-20
2006Formula SatuTeam McLaren Mercedes8000119Ke-11
2007Formula SatuVodafone McLaren MercedesPemandu ujian
2008Formula SatuVodafone McLaren MercedesPemandu ujian
2009Formula SatuVodafone McLaren MercedesPemandu ujian
2010Formula SatuBMW Sauber F1 Team1400006Ke-17
2011Formula SatuVodafone McLaren MercedesPemandu ujian
Formula SatuSauber F1 Team100000Ke-20
2012Formula SatuHRT Formula 1 Team2000000Ke-25
2013Formula SatuScuderia FerrariPemandu ujian

Keputusan lengkap Formula Nippon sunting

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

TahunKemasukan12345678910DCMata
1996Team NovaSUZ
5
MIN
7
FUJ
6
TOK
6
SUZ
Ret
SUG
11
FUJ
6
MIN
Ret
SUZ
5
FUJ
2
Ke-813
1997Team NovaSUZ
1
MIN
1
FUJ
2
SUZ
3
SUG
1
FUJ
1
MIN
2
MOT
1
FUJ
2
SUZ
1
Pertama82

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

TahunKemasukanCasisEnjin1234567891011121314151617181920WDCMata
1999Repsol ArrowsArrows A20Arrows T2-F1 3.0 V10AUS
6
BRA
Ret
SMR
Ret
MON
Ret
ESP
11
CAN
Ret
FRA
11
GBR
Ret
AUT
Ret
GER
Ret
HUN
15
BEL
Ret
ITA
Ret
EUR
Ret
MAL
Ret
JPN
13
Ke-181
2000Arrows F1 TeamArrows A21Supertec FB02 3.0 V10AUS
Ret
BRA
8
SMR
Ret
GBR
Ret
ESP
Ret
EUR
6
MON
Ret
CAN
Ret
FRA
Ret
AUT
Ret
GER
6
HUN
16
BEL
16
ITA
Ret
USA
Ret
JPN
12
MAL
Ret
Ke-162
2001Jaguar RacingJaguar R2Cosworth CR-3 3.0 V10AUSMALBRASMRESP
Ret
AUT
Ret
MON
Ret
CAN
6
EUR
8
FRA
14
GBR
12
GER
Ret
HUN
11
BEL
Ret
ITA
5
USA
12
JPN
Ret
Ke-163
2002Jaguar RacingJaguar R3Cosworth CR-3 3.0 V10AUS
8
MAL
10
BRA
8
SMR
Ret
ESP
Ret
AUT
Ret
MON
10
CAN
Ret
EUR
11
Ke-210
Jaguar R3BCosworth CR-4 3.0 V10GBR
11
FRA
9
GER
Ret
HUN
13
BEL
Ret
ITA
Ret
USA
Ret
JPN
Ret
2005West McLaren MercedesMcLaren MP4-20Mercedes FO 110R 3.0 V10AUS
TD
MAL
TD
BHR
5
SMR
TD
ESP
TD
MONEURCAN
TD
USA
TD
FRA
TD
GBR
TD
GERHUNTUR
TD
ITA
TD
BELBRAJPN
TD
CHN
TD
Ke-204
2006Team McLaren MercedesMcLaren MP4-21Mercedes FO 108S 2.4 V8BHRMALAUSSMREURESPMONGBRCANUSAFRA
7
GER
Ret
HUN
2
TUR
5
ITA
Ret
CHN
5
JPN
11
BRA
8
Ke-1119
2010BMW Sauber F1 TeamSauber C29Ferrari 056 2.4 V8BHR
Ret
AUS
12
MAL
DNS
CHN
Ret
ESP
Ret
MON
Ret
TUR
11
CAN
Ret
EUR
12
GBR
Ret
GER
14
HUN
7
BEL
11
ITA
14
SINJPNKORBRAABUKe-176
2011Sauber F1 TeamSauber C30Ferrari 056 2.4 V8AUSMALCHNTURESPMONCAN
12
EURGBRGERHUNBELITASINJPNKORINDABUBRAKe-200
2012HRT F1 TeamHRT F112Cosworth CA2012 V8AUS
DNQ
MAL
21
CHN
21
BHR
20
ESP
19
MON
Ret
CAN
Ret
EUR
17
GBR
20
GER
21
HUN
22
BEL
18
ITA
18
SIN
17
JPN
18
KOR
Ret
IND
Ret
ABU
17
USA
21
BRA
17
Ke-250

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Pedro de la Rosa akan memandu untuk HRT F1 Team pada tahun 2012". hispaniaracing.com. HRT F1. 21 November 2011. Dicapai pada 21 November 2011.
  2. ^ "30+ Years of EFRA Race History" (PDF). EFRA. European Federation of Radio-Operated Model Automobiles. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-02-13. Dicapai pada 11 September 2013.
  3. ^ "Palmarès championnat du monde TT 1/8e" (PDF). RCMag. PHP-Nuke Europe. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-15. Dicapai pada 11 September. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ "Lewis Hamilton menyertai juara dunia Formula 1 Fernando Alonso di Vodafone McLaren Mercedes". mclaren.com. 2006-11-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-11. Dicapai pada 2006-11-24.
  5. ^ "Surat mengesahkan bahawa pemandu ada bukti baru". autosport.com. 2007-09-07. Dicapai pada 2007-09-07.
  6. ^ "De la Rosa dilantik sebagai pengerusi GPDA". autosport.com. 2008-03-14. Dicapai pada 2008-03-14.
  7. ^ Noble, Jonathan (2010-03-26). "Heidfeld dilantik sebagai pengerusi GPDA". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-03-26.
  8. ^ "Sauber mengesahkan de la Rosa bagi musim 2010". Sporting Life. 365 Media Group Ltd. 2010-01-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 2010-04-19.
  9. ^ "Hungarian GP – Sunday – Team Quotes". GrandPrix.com. Inside F1, Inc. 1 Ogos 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-04. Dicapai pada 16 November 2010.
  10. ^ "Heidfeld mengantikan de la Rosa di Sauber". GPUpdate.net. GPUpdate.net. 2010-09-14. Dicapai pada 2010-09-14.
  11. ^ "De la Rosa mengambil alih tugas di Pirelli". Sky Sports. British Sky Broadcasting. 28 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada 6 November 2010.
  12. ^ Elizalde, Pablo (9 Mac 2011). "De la Rosa kembali bersama McLaren". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 9 Mac 2011.
  13. ^ "Narain Karthikeyan melengkapkan barisan pemandu HRT untuk tahun 2012". HRT F1 Team. HRT F1. 3 Februari 2012. Dicapai pada 3 Februari 2012.
  14. ^ "Grand Prix Bahrain". HRTF1Team.com. HRT F1. 22 April 2012. Dicapai pada 30 Mei 2012.
  15. ^ "De la Rosa: Kesilapan Maldonado memang memalukan". GPUpdate.net. GPUpdate.net. 28 Mei 2012. Dicapai pada 30 Mei 2012.
  16. ^ Noble, Jonathan; Elizalde, Pablo (16 Januari 2013). "Pedro de la Rosa gets Ferrari Formula 1 development role". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  17. ^ "Alonso to miss first pre-season test". Formula1.com. Formula One Administration. 24 Januari 2013. Dicapai pada 26 Mei 2013.

Pautan luar sunting